Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Agak lama juga saya tidak sempat update blog ini, kerana desakan kerja-kerja penyelidikan dan pengajaran, dengan dateline yang agak ketat, alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan. Sebelum itu juga ingin saya mengucapkan di kesempatan ini “Selamat Berpuasa” kepada semua dan semoga dapat puasa yang berkat. Kenapa penting puasa yang berkat, kerana dengan keberkatanlah salah satu sebab utama mudahnya menerima rezeki yang cukup dan melimpah ruah dari pemberi rezeki yang utama, tuhan kita. Jika kita akrab dengan pemberi rezeki, senangnya rezeki nak datang.
Baiklah, kembali kepada emas…emas…oh emas, jika diperhatikan graf untuk bulan Ogos ini, harga emas berlegar-legar turun dan naik dalam fasa Uptrending. Saya dapati emas bar yang saya beli semasa harganya RM11276 utk 100 gram dari Public Gold masih belum lagi dapat untung yang memuaskan, balik modal pun belum lagi. Kalau sapa beli emas GIA Public Bank, harganya berlegar sekitar RM109 - RM110 lebih segram. Tapi saya yakin, emas ini walaupun begitu sekarang, oleh kerana situasinyanya sekarang yang mana demand melebihi supply, insyallah ia akan naik lagi cuma perlulah kita sabar skiit lagi untuk harganya keluar dari fasa sideway ini. Cuba lihat betapa sidewaynya harga emas Ogos ini (28/7 - sekarang)walaupun trend masih Uptrend……
Di sini ada beberapa news untuk Harga Emas bulan September 2009. Pendapat saya selari dengan pendapat dari penganalisis harga emas lain yang mana harga akan naik pada September ini, selain disokong oleh Seasonal Festival seperti Hari Raya, Musim Haji, Christmas dan New Year, faktor ekonomi seperti volatility stock market di US dan rise of EUR dollar, juga mampu melonjakkan harga emas dunia. Cuba baca artikel ini ….
“Gold Forecast of September 2009″.
Satu clue baru yang saya dapat belajar, jika Dollar US jatuh, EUR dollar naik, maka kebarangkalian besar, Gold Price akan naik, seperti quotes dalam artikel dlm link di atas.
Apa-apa pun nantikan update dari saya berkenaan harga emas ini from time to time, so lawatilah blog saya ini kerap kali. Sekian, selamat berpuasa…puasa jangan tak puasa……

August 30th, 2009
admin


Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Blog ini bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan kepentingan melabur dalam emas, beberapa kaedah dalam pelaburan emas, analisa teknikal harga emas yang dilakukan oleh saya sendiri serta berita dan tips dalam perniagaan emas.![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)





