Archive for October, 2009

October 25 2009

Satu Cerita Menarik Pengalaman Usahawan Tempatan

Salam, bertemu kembali pembaca sekelian setelah hampir seminggu saya tidak dapat update blog ini dek kesibukan urusan kelahiran baby girl saya yang baru. Alhamdulillah pada 15 Okt 09 pukul 6.33 pagi titik tolak saya mendapat seorang lagi cahaya mata baru, perempuan….

Alhamdulillah, cukup dah 2 pasang anak-anak saya sekarang. Hadirnya memberikan semangat baru buat saya seolah-olah baby saya ini ” baby emas betullah”. Di saat saya sedang menemani isteri di wad selepas bersalin, di samping isteri dan baby di sebelah, rezeki tak disangka datang, saya diziarahi oleh anak didik saya dan di kesempatan ini satu urusniaga pembelian emas dapat dijalankan tanpa diduga….rezeki anak….rezeki anak. Pembelian yag agak besar juga 50 gram gold bar PG …..aduhai kelakar juga rasanya bila diingat balik..kat hospital pun sempat bisnes….

OK lah di kesempatan ini ingin saya ceritakan tentang satu peluang perniagaan yang amat menarik dan lumayan di internet yang saya baru sertai dan sudah mula mendatangkan hasilnya….program pemasaran secara AutoViral…yelah, asyik citer emas jer, tukar selera skit. Satu coretan pengalaman benar seorang usahawan internet tempatan yg hebat Zamri Nanyan….ikuti kisahnya….dan hayatinya…fuh

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan
3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/life4freedom untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Dari $10 Ke $17,521 Sebulan. Ini Rahsianya.
Sistem Pemasaran AutoViral Terbaru


Share/Save/Bookmark

October 16 2009

Offer Menarik bagi Pelabur Emas yang Agresif

salam

Selamat menyambut hari Deepavali bagi yang menyambutnya. Di kesempatan ini saya ingin membuat offer ysang menarik sekali yang jarang-jarang di”offer” oleh orang lain.

Saya ingin mengajar anda secara FREE jer teknik-teknik asas yang paling mudah dan praktikal untuk menjangka pergerakan harga emas. Melalui skill asas ini, anda akan mendapat kelebihan;

1. Panduan membeli emas, boleh menjangka timing terbaik untuk membeli emas pada harga paling rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi.

2. Boleh melakukan Teknik Pajak untuk mendapat lebih banyak untung yang singkat dalam Pelaburan Emas Jangka Pendek.

Walaubagaimanapun tawaran ini terhad kepada

1. Mereka yang membeli sekurang-kurangnya 200 gm emas fizikal dari saya sendiri.

2. Pelanggan lama saya yang dah beli 100gm emas dan nak tambah lagi pelaburan kepada 200 gm emas.

3. Buat masa ini kelas terhad akan dibuat di Parit Raja Batu Pahat sahaja.

Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini, saya nak belajar ilmu ini pun ambil masa hampir 2 tahun dengan pengalaman untung dan ruginya lagi…. . untuk  customer saya, takpe free je ilmu ini saya ajarkan…..

macam kata Pokli, sharing is caring…..

Jom, kalau berminat, call saya LOCK harga emas 200gm ke atas dan start the learning class.

Share/Save/Bookmark

October 12 2009

Kelas Pelaburan Emas

Salam semua,

Satu sesi kelas pelaburan emas di mana akan mengajar anda cara-cara pelaburan emas dijalankan dan ketahui bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan pelaburan emas, akan diadakan di K.L seperti butiran di bawah;

Tarikh  :  14 Oktober 09 (Rabu)

Masa     : 8.00 - 10.30 mlm

Tempat :  Public Fine Gold International Sdn Bhd

42A, Jalan PJS8 / 6 (Third Floor)

Mentari Business Park

Bandar Sunway, Petaling Jaya

Bayaran : Percuma

Telefon :   03- 56348999

Faks      :  03-56341916

Boleh bawa kamera, pen, laptop, video camera, etc

So jom, kita bersama-sama memeriahkan majlis ini sambil berkongsi ilmu tentang pelaburan emas. Tak kisah anda amat baru, zero knowledge pasal emas, atau dah ootai pun takpe, bleh datang sama bawa pasangan masing-masing, keluarga, kawan-kawan atau sesiapa berminat.

Share/Save/Bookmark

October 10 2009

Pengalaman Buat Untung di Ar Rahnu

Salam,

Lama rasa tak update blog ini, maklumlah bulan hari raya, sibuk bekerja dan urusan hari raya ini, apa lagi….berziarah, marhaban dan melayan tetamu yg datang.

Post kali ini saya nak share pengalaman bagaimana saya buat untung dengan menggunakan konsep OPM ” Other people’s money” yang telah Pokli ajar saya masa mula-mula jadi agent Public Gold dulu.

Berbekalkan ilmu yang saya dapat dari sifu utama, saudara Syukor Jutawanemas (di sini ) dan ilmu membaca carta harga emas, saya boleh jangka masa yang sesuai untuk beli dan jual emas dengan agak tepat jugalaaah untuk buat untung guna konsep “Beli harga rendah, Jual harga tinggi”. Saya telah cuba praktikkan ilmu-ilmu tersebut untuk menjana pendapatan. Terima kasih kepada saudara Syukor dan Pokli atas maklumat dan idea beliau.

OK…Bagaimana Caranya.?…

Caranya gini, pada 31 Julai 09 lalu based pada carta, harga emas dah kira rendah tuuu. So saya pun beli Gold Bar 100 gm Public Gold untuk cuba-cuba menyimpan. Kemudian, pada 14 Sept 09, saya pergi pajak  Gold Bar 100 gm itu dan saya dapat pinjaman tunai RM8580 dengan upah simpan RM98.23 sebulan. Cuba tengok carta bawah ni, nampak rendahkan harga emas masa tu.

Dengan modal ini, saya beli emas gold bar PG 20gm dan 50 gm pada harga rm2420 dan RM6021 masing-masing, sebagai stok jualan. Boleh tengok contoh Surat Pajak Ar Rahnu Bank Rakyat dipajak pada 14 Sept 09.

Kemudian, pada 10 Oktober, harga dah kira tinggi jugalah berdasarkan pada carta emas, jika saya jualkan balik Gold Bar 100 gm itu pada Public Gold, maka harganya RM11780. Bermakna saya akan dapat balik modal saya RM11276 bersama keuntungan.

Kemudian pula, sebagai agen PG saya telah berjaya menjual balik Gold Bar 20 gm dan 50 gm itu kepada rakan saya dengan harga RM2533 dan RM6304 masing-masing, kedua-duanyanya pada 8 Okt 09. Pada 9 Okt  saya pergi tebus semula Gold Bar itu dengan modal hasil jualan itu. Boleh lihat contoh resit tebus emas Ar Rahnu Bank Rakyat;

Jadi, untungkah saya dengan proses Pajak Gadai ini?

OK, jom kita buat kiraan skit, adakah saya untung dengan semua transaksi ini?

1. Keuntungan dari transaksi jual beli Gold Bar 20 gm dan 50   gm ialah;

Untung 20 gm  : RM2533 - RM 2420 = RM113

Untung 50 gm : RM6304 - RM6021 = RM283

2. Untung dari Kenaikan Harga Emas Gold Bar 100 gm

Untung 100 gm : RM11780- RM11276 = RM504

3. Komisen jualan oleh Public Gold

4. Tolak kos Upah Simpan Ar Rahnu

Kos simpan : RM81.40

5. Untung Bersih kesemuanya

RM113 + RM283 + RM504 - RM81.40 = RM818.60 + komisen jualan

Jika anda selaku pelabur EMAS  sahaja, maka keuntungan anda hasil dari menggunakan Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek ini adalah;

RM504 - RM81.40 = RM422.60

Dalam jangka masa +/- 3 bulan sahaja…duduk diam-diam dapat duit sebab emas naik harga…..he he…..

Jadi ini membuktikan emas mampu menjana pulangan singkat jika kena caranya dan apa kata kali ini kita ubah mentaliti kita jangan jadikan Institusi Pajak Gadai Ar Rahnu sebagai jalan terakhir jika dah terdesak nak pakai wang, sebaliknya jadikan ia tempat untuk kita menjana pendapatan lumayan daripadanya dengan konsep “OPM”.

So jika saya pun boleh, anda pun boleh juga……contact saya untuk keterangan lanjut di 016-7254054 (area: Batu Pahat , Kluang, Air Hitam, Rengit, Yong Peng Johor )

Share/Save/Bookmark

October 3 2009

Salam Aidilfitri dan Update Emas

Salam sejahtera kepada pembaca blog ini, dlm kesempatan Syawal yg berbaki ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf  zahir batin saya ucapkan.

Agak lama juga tak berkesempatan untuk update blog ini dek kesibukan tugas hakiki di Universiti selain dengan hal-hal keluarga. Namun, atas sebab minat dalam emas, akan saya pastikan blog ni terus bergemerlapan seperti terangnya kemilau “emas” yang tak pernah pudar…insyallah

Pandangan Tentang Pergerakan Harga Emas

Seperti yang dijangkakan, berdasarkan artikel saya yang lepas “September Gold Rush”, bulan September 2009 ini memang BOOOM. Kenaikan emas cecah RM 6.60 / gram (berdasarkan syiling Kijang Emas) bermula dari 13 Julai sehingga 23 September 09 (gelombang kenaikan pertama). Saya sendiri berjaya meraih keuntungan yang lumayan daripada kenaikan ini dengan membeli Gold Bar 100 gm Public Gold pada harga RM11276 dan still pegang lagi emas itu yang kini dah mencecah harga RM11987 (Harga pada 3 Oktober 09). Saya kira pembaca blog ini yang mengambil manfaat dan tips dalam blog ini pasti juga telah dapat memperolehi keuntungan, tahniah…..

Bulan Oktober menyaksikan graf turun seketika semenjak dari Hari Raya pertama akibat pengambilan untung oleh pelabur-pelabur. Berdasarkan pengamatan saya sekarang disokong oleh beberapa berita fundamental dan rekod prestasi emas yang lepas (2000 - 2008), saya amat positif , kini gelombang kedua kenaikan emas akan berlaku sejurus sebelum Deepavali ini 17 Oktober 09. Dijangka gelombang kedua ini berlangsung sampailah Feb 2010. Sama-samalah kita nantikan DAN YANG PENTING pastikan anda dah mula melabur dalam emas fizikal  untuk ambil peluang keemasan ini. Dah nak melabur emas, klik sini

Satu lagi berita fundamental yang amat menarik dan boleh bagi guide ialah pada link di bawah ini;

“Gold Poised for US1500 in 2010″

Para analisis menjangkakan kenaikan emas sehingga US 1500 / ounce dalam tempoh 15 bulan bermula dari sekarang. Sekarang pun dah cecah US1000 / ounce. Wah! Satu signal yang canteek dan satu sebab kuat kenapa kita kena beli emas fizikal sekarang juga…..takleh tunggu lagi dah, lambat sikit, harga emas naik lagi. Emas dah berjaya melawan inflasi sejak 1400 tahun yang lalu, dan ia akan terus melawan inflasi sehingga sistem kapitalis ini sudah tidak digunakan lagi. Persoalannya adakah kita tahu bila sistem kapitalis ini akan dihapuskan.?….atau adakah ia akan terus diamalkan sampai bila-bila…? Sudahkah kita bersedia pada masa itu…? Bagi umat islam khasnya, boleh renung-renungkan hadith Nabi SAW ini;

Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham.”

Kalau nak beli Emas Fizikal untuk Pelaburan sila KLIK SINI.

Share/Save/Bookmark