Archive for November, 2009

November 30 2009

Analisa Pergerakan Harga Nov 30 - Dec 6

Salam sejahtera semua pembaca, selamat pulang dari bercuti Hari Raya Haji. Alhamdulillah ada kesempatan untuk menulis lagi untuk jangkaan pergerakan harga minggu ini.

OK minggu lepas menyaksikan harga emas naik dan naik lagi sehingga Berjaya melepasi tahap Resistance target iaitu US 1195/ounce ,selepas itu seperti jangkaan, tiba musim hari raya haji harga emas mula jatuh kembali. Drastik juga kadar menjunamnya dari US 1189 ke US 1136,/ounce sebelum ia bounce naik balik juga drastik sampai ke paras US 1175/ounce. Kenaikan drastik ini disebabkan oleh Dubai Crisis yang menyebabkan lonjakan harga US currency dan menjatuhkan EUR currency. Tengok chart emas pada 27 Nov lalu, kan ada kenaikan  harga  emas yang drastik pada masa tu setelah harga jatuh balik, ada “tail” panjang pada bentuk candlestik.



Minggu ini sehingga hari ini Isnin, harga emas mula menaik kembali tapi kalau ikut pada indicator khas saya, momentum kenaikan harganya dijangkakan agak lembap sedikit minggu ini. Ini disokong oleh beberapa sebab fundamental yang dapat dikenalpasti iaitu ;


Fakta 1:

Non Farm Employment Change indicator untuk USD forecast bahawa kadar overtime working hours yang cuba diimplementasikan dalam sector industri dan pembuatan di USD mungkin hanya dapat membantu memenuhi permintaan terhadap barangan dan produk, walaubagaimanapun kesan terdekat menyebabkan pertumbuhan ekonomi US akan terbantut. So saya berpendapat, harga currency price USD akan berubah-ubah ataupun “volatile” , turun naik minggu ini dan ini memberi kesan volatility pada harga emas minggu ini.

Sumber : The Wall Street Journal


Fakta 2 :

Dari kenyataan di bawah ;

The Euro finally broke out of the range but returned to it when the Dubai crisis broke out. EUR/USD awaits a rate decision and 10 other events that will shape its direction in the upcoming week. Here’s an outlook for the upcoming week in Euroland, and an updated EUR/USD technical analysis.”

Berdasarkan kenyataan ini dan teknikal chart analysis untuk EUR currency, ada kecenderungan EUR currency untuk naik memandangkan 6 daripada 10 events yang dinyatakan seperti kat atas tu, selidik punya selidik oklah insyaallah positif forecast. Ini bermakna ada tendency untuk EUR currency naik kembali setelah jatuh agak teruk juga selepas Dubai Crisis 27 Nov lalu. Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman, trading, kalau currency nak naik balik selepas major price jatuh agak lambat recovery period nyer…tak macam kalau currency jatuh, laju ajer..so sekali lagi memberi kesan volatilii pada market EUR yang kebiasaannya “peg” (saya pun tak tahu maknanya dalam BM apa yer, mungkin “disandarkan” ) pada gold market.

Sumber : Forexcrunch


Secara keseluruhan berdasarkan fundamental dari gold news market, masih positif akan ada kenaikan pada harga emas, Cuma mungkin bukan pada minggu ini kerana berdasarkan teknikal chart untuk emas, fasa downtrend di timeframe H4 untuk emas dah mula berlaku, dan momentum downtrendnya sehingga hari ini masih kuat, jadi tanda-tanda pemulihan emas balik naik balik harganya agak sukar juga minggu ini, insyallah minggu depan naik lah tu harganya kerana Daily dan Monthly timeframe masih bullish, sama-sama kita doakan.

Saya berpendapat, minggu ini bolehlah review stok masing-masing, boleh kumpul modal untuk beli stok baru ataupun untuk investor boleh lock harga beli emas untuk simpanan dan bersedia untuk price breakout untuk Christmas dan New Year Season. Untuk nak jual balik, terpulang pada individu, kalau dah untung as per target, jual balik pun boleh, tak pun simpan lagi pun saya rasa ok lagi…..uptrend masih kuat lagi in weekly dan monthly timeframe. Sebagai rujukan, paras kejatuhan

Support Level 1 : US 1147/ounce

Support level 2 : US 1134/ounce

Support Level 3 : US 1113/ounce

OK itu saja, selamat melabur emas fizikal….belilah emas fizikal untuk ketenangan minda anda semasa melabur…..

Kalau nak LOCK harga emas dengan saya boleh hubungi saya di 016 7254054 area Johor…..

Share/Save/Bookmark

November 26 2009

Dinar Emas - Senjata Baru Umat Islam

Salam dan selamat sejahtera semua pembaca blog ini;


Petikan artikel Prof Zuhaimy Ismail;

“Sistem riba’ orang kufur akan hancur dengan sendirinya sekiranya umat islam mula menolaknya dan menggantikan dengan sistem kewangan sebenar. Dinar Emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan dalam islam”

Saya tertarik dengan satu artikel oleh Prof Zuhaimi Ismail dalam majalah Milenia Muslim keluaran Nov 09 ini bahawa musuh umat islam kini adalah Dolar Amerika. Setuju tak pembaca sekelian? Ini kerana wang kertas Dolar Amerika hanyalah alat perbankan Yahudi kufur sebenarnya. Ini petikan dari artikel beliau;

“Mereka (Yahudi) sedar akan pentingnya kekayaan untuk menguasai dunia malah dalam protokol ke-21 secara terbuka mereka menyatakan mahu menguasai dunia dengan menguasai pegangan emas dunia.”

Artikel ini juga menyatakan bahawa merekalah yang memulakan sistem perbankan berasaskan wang kertas berunsurkan riba’ yang akhirnya menjadi institusi dinamakan “bank” yang diamalkan di seluruh dunia.

Mereka menguasai IMF, Bank-bank utama dunia serta wang Dolar Amerika ini yang menyebabkan kita dan negara-negara lain terpaksa berhutang dengan konco-konco mereka sampai bila-bila.

Dolar Amerika ini hanyalah wang kertas yang dipaksakan nilainya di seluruh dunia sebagai alat perdagangan / pertukaran utama dunia. Kini Dolar Amerika semakin menyusut disebabkan hutangnya yang amat tinggi lebih US$8 TRILLION, dan akan bertambah hari demi hari sehingga kalau difikir secara logiknya mana mungkin boleh naik balik nilainya……

Tenatnya Dolar Amerika kini menyebabkan urusan kos perdagangan antarabangsa semakin meningkat menyebabkan banyak negara di dunia kini mula cari alternatif lain untuk gantikan Dolar Amerika macam cadangan nak gunakan matawang EURO.

Tapi kita selaku umat islam seharusnya mula kembali kepada Dinar Emas, satu-satunya senjata ampuh yang umat islam ada. Umat islam mesti memulakan sistem kewangan berasaskan matawang dinar emas ini. Ramai pakar ekonomi islam mengatakan akan kemampuan dan kekuatan Dinar Emas ini dalam perdagangan antarabangsa. Umat islam mesti berusaha menjadikan Dinar Emas sebagai matawang perdangangan di kalangan umat islam. Walaubagaimanapun itulah masalahnya, orang Yahudi kufur akan cuba memastikan supaya umat islam tidak kembali kepada emas sebagai alat perdagangan, kerana mereka sendiri mengakui kehebatan emas ini.

Kita kena tahu bahawa senjata utama orangYahudi kufur ialah sistem kewangannya yang berasaskan riba’ manakala senjata umat islam ialah Dinar Emas tanpa riba’. Jadi sama-samalah kita kembalikan revolusi kegemilangan Dinar Emas ini semula. Marilah sama-sama kita memiliki Dinar Emas.

Share/Save/Bookmark

November 23 2009

Pergerakan Harga Emas 22-28 Nov 09

Salam sejahtera pembaca blog saya…

Alhamdulillah dalam minggu ini yang agak busy juga sibuk menanda kertas pelajar, dapat meluangkan masa untuk update pergerakan harga emas bagi minggu ini 22-28 Nov 2009.

Syukur, itu perkataan pertama keluar dari mulut saya bila menyaksikan harga emas minggu lepas, mencanak naik dan Alhamdulillah sebahagiannya memang menepati jangkaan yang saya target. Last week harga bergerak dari US1131 ke US1169 / ounce tanpa ada banyak buat pembetulan, cuma harga agak “ding-dong” dari 17 – 20 Nov  lalu. Tengok chart untuk tengok dah sampai mana harga emas ni…..?


Ramai yang bertanya pada saya bila masa sesuai untuk beli emas, tapi kalau mengikut trend nya semenjak dari sebelum mula Puasa Ramadhan sampai sekarang, saya perhatikan, rasanya tak perlu tunggu sampai harga betul-betul rendah, sebab price breakoutnya, bila ia berlaku…., memang secara tiba-tiba dan tak dijangka. Jadi petuanya bila agak-agak harga dah mula statik “ding-dong’ dalam 2-3 hari, secara kasarnya dah boleh mula membeli emas lebih-lebih lagi antara Nov sampai Feb 2010 ini.

Tak payah tunggu lama-lama sebab saya sendiri pun ter”miss” peluang baik pada 19-20 Nov yang lalu bila tiba-tiba pada Isninnya price telah breakout tinggi dari US1138 ke US1162. Berdasarkan pengamatan saya kesan “crowd psychology” telah melanda dunia selepas berbondong-bondong Central Bank mula membeli emas dengan banyaknya, menyebabkan harga emas naik bila permintaan emas meningkat ditambah berita beberapa lombong emas di dunia dan pengeluaran Gold Bar dan Gold Coins oleh kilang UK Royal Mint semakin bertambah.

Berdasarkan pengamatan saya malam ini, teknikal chart menunjukkan trend di weekly dan monthly masih kuat ke arah bullish dijangkakan price akan cuba buat rekod mencecah US1185 – 1190 / ounce minggu ini. Akan ada update level Resistance baru dalam sehari dua ini, tunggukan update dari saya…..

Trend keseluruhan di EUR currency juga masih bullish memungkinkan trend USD currency tetap bearish (fasa menurun) sekaligus melonjakkan harga emas kembali.

Selain itu kesan jangka pendek dari perayaan Hari Raya Haji dan Christmas memungkinkan harga emas yang juga naik. Kadar penurunan harga dianggarkan dalam US1165 / ounce berdasarkan analisis Fibonacci.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua pembaca blog ini, tahun ini tak dapat saya nak beraya di Kelantan……ada tugasan kena settlekan, cuti pun tak dapat lama….hu hu….juga tak lupa kalau memandu tu, berhati-hati, jalan licin nih, musim hujan dan banjir, pastikan tengok berita terkini update utk elakkan lalui jalan yang sedang banjir….ok

Report on US GDP yang dijangka lemah minggu ini, sumber yang berpotensi menurunkan lagi matawang USD minggu ini.

Laporan dari Market Watch

Share/Save/Bookmark

November 17 2009

Pergerakan Harga 16-21 Nov

Salam kepada pembaca semua;

Sedikit ulasan saya pada pergerakan harga minggu ini 16-21 Nov 09 sebagai panduan kepada agen-agen emas dan pelabur khususnya;

Permulaan hari Isnin ini menyaksikan harga emas aktif naik, menunjukkan momentum bullish kesan dari incident minggu lepas masih kuat sehingga mampu mencecah paras USD 1131 / ounce melepasi rekod yang penganalisis jangka boleh hit rekod USD1126/ounce. Tengok chart tuu, tinggi kan harga emas……fuuuh.


Harga emas dijangka akan terus naik minggu ini sampai Nov 20 berdasarkan pengamatan pada indicator khas saya dan petunjuk dari analisis Elliot Wave dan MACD. Signal pada MACD dan indicator khas saya menunjukkan momentum pergerakan harga emas masih kukuh dan boleh bertahan insyaallah sampai hujung minggu ini.

Berdasarkan pada momentum bullish ini yang dah sampai ke tahap Resistance 3, besar kemungkinan harga emas akan berlegar-legar di sekitar harga USD 1131 – 1145 / ounce sebelum ia bounce dan jatuh semula dalam minggu hadapan, mengikut jangkaan saya.

Trend kenaikan ini mungkin tidak dapat bertahan lama pada price USD 1145 / ounce kerana petunjuk currency USD menunjukkan USD Currency akan ada tendency untuk naik kembali based pada beberapa news release dalam minggu ini antaranya :

  1. Retail Sales in the U.S. Increase More Than Forecast on Autos.
  2. Sales at U.S. retailers rose more than expected in October as consumers bought more motor vehicles and other goods
  3. Sales, Production, Housing Probably Rose: U.S. Economy Preview.

Fakta No. 1, 2 dan 3 boleh refer di link ini untuk pembacaan yang menyeluruh;

Sumber : Bloomberg.com

Kebiasaannya pada bila tiba dekat-dekat nak musim perayaan dunia dalam kes ini hari raya haji, harga emas akan turun seketika seperti yg berlaku semasa Hari Raya Puasa dan Deepavali baru-baru ini. Mungkin time raya-raya nih, orang sibuk beraya, bukan sibuk beli emas, masa tuh diskaun kat kedai emas pun dah habis, dia rancak time sebelum apa-apa raya biasanya.

Fundamental di atas menunjukkan consumer spending indicator pada USD yang semakin kukuh, sekaligus jika trend ini berterusan boleh memberikan kesan pada penurunan harga emas.

Walaubagaimanapun, penurunan harga emas semasa musim Raya Haji ini mungkin sementara sahaja, kerana trend keseluruhan emas di Weekly dan Monthly Frame masih bullish. Jadi tak perlu panik dahulu, simpan je lagi emas anda, insyaallah ada rezki dan berkat doa, harga naik lagi tuuu untuk Christmas dan Tahun Baru Season.

Selain itu berita baik untuk emas, diberitakan tahun 2009 akan menyaksikan banyak Central Bank di Negara-negara di dunia akan jadi pembeli emas yang banyak. Pada minggu lepas Central Bank India membeli 200 tan emas dari IMF next order lagi 200 tan, diikuti oleh polisi kerajaan Vietnam untuk membenarkan import emas jika harga emas terus melambung tinggi.

Sumber : Central Bank jadi net gold buyer

Vietnam buka polisi untuk import gold


Selamat Melabur Emas…..

Share/Save/Bookmark

November 15 2009

Kenapa Zaman Sekarang Kena Simpan Emas..?

Salam pembaca semua,

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menulis some artikel untuk mencelikkan bangsa kita kepada revolusi emas, kembali kepada emas.

OK saya cuba mengulas satu persoalan yang mana memang dah ramai yg mengulas, tapi utk blog saya blum ada lagi. Jawapan mutlak bagi soalan kat atas tu adalah, sebab EMAS NAIK HARGA. Ini semua orang perasan. Pernahkah kita lihat harga emas jatuh teruk? Tak pernah tuan-tuan dan puan-puan semua. Dah 2600 tahun berlalu, emas telah digunakan di seluruh dunia sebagai matawang, tetapi ia tidak pernah turun harga……hebatkan?

Ini bermakna kalau 2 tahun dulu mungkin harga emas dalam sekitar RM85-100 segram, jangan haraplah sekarang kita akan dapat membeli emas pada harga tersebut lagi.

Sedangkan sistem matawang berasaskan kredit yang digunapakai sekarang tak sampai 2600 tahun pun asyik buat hal, sana-sini matawang jatuh teruk, harga saham banyak yang turun dari naik, hyperinflasi , kemiskinan sana sini dan sebagainya yang tak pernah surut.

Gambar di bawah adalah matawang emas pertama di dunia digunakan sejak 2600 tahun lalu oleh Kerajaan Lydia , agak-agak lah sekarang nih kalau saya nak bagi wang emas lama ni pada pembaca semua….nak tak? Kenapa nak? Kan matawang lama…..jawapannya sebab IA ADALAH EMAS. Ia tetap bernilai sekarang walaupun ia dah berusia lebih 2000 tahun. Malahan kalau sekarang ada syiling emas ini dan cuba jual di kedai emas, kita akan dapat pada harga terkini, zaman ini, bukan harga pada zaman dia 2600 tahun lalu, maknanya walaupun usia berlalu, zaman berlalu, duitnya pun dah nampak buruk, tetapi ia tetap dapat mempertahankan nilai kekayaannya sepertimana nilai kekayaan di zamannya. Ini baru betul penyimpan kekayaan.


Gambar : Antara Matawang Emas Pertama di Dunia

Berbeza dengan wang kertas, hari ini nilai kekayaan RM50 adalah RM50, tetapi selepas 20-50 tahun, nilai kuasa beli RM50 dah bukan RM50 lagi sebab harga barang yang dulunya berharga RM50, selepas 20-50 tahun dah bukan bernilai RM50 tapi mungkin RM100. So, kena top up lagi duit kertas untuk beli barang yang sama. Contohnya rumah, lepas 10 tahun, rumah yang sama juga, malah semakin buruk, tapi nak beli, harganya dah naik. Bukan nilai harta itu yang naik, tetapi nilai wang kertas itu yang semakin menurun sedar tak sedar sebenarnya. Lagi banyak wang diperlukan untuk membeli barang yang sama. Kes ini sama macam beli karipap. Dulu RM1 dapat 4-5 keping, sekarang RM1 dapatlah 2-3 keping. Karipap yang sama juga lebih kurang je rasanya.

Kita perlu menyimpan emas terutamanya sekarang untuk selamatkan kekayaan kita. Adakah selamat untuk menyimpan wang yang setiap masa dan tahun nilainya semakin susut? Memang nampak banyak wang, kita simpan di bank, tetapi dalam diam kita tak sedar inflasi telah membunuh kekayaan kita dalam senyap dengan memakan nilai wang kertas kita.


Jadual 1 : Kadar Inflasi di Malaysia dari 2003 - 2009 (Sehingga 17 Sept 09)

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


Jadual 1 menunjukkan kadar inflasi di Malaysia setiap tahun…..apa citer ni naiiiiik je inflasi. Cuba bandingkan dengan kadar dividen ASB kita dlm Jadual 2.


Jadual 2 : ASB Dividen dan Bonus. Gambar Ihsan dari Jutawanemas.com


Didapati seolah-olah trend nya, lagi tinggi inflasi, semakin rendah dividen yg akan diperolehi di ASB. Yelah, bank terpaksalah rendahkan kadar interest rate agar orang boleh berbelanja, buat loan, tapi hasilnya, bank tak dapat untung tinggi, maka dia bagilah pelabur-pelabur dividen yang rendah. Tapi cuba tengok nilai harga emas dalam Jadual 3, amacam?


Jadual 3 : Harga Emas dari 1990 - 2007


Lagi tinggi inflasi, lagi tinggi harga emas naik, so pilihan di tangan anda untuk mula menukar wang kertas dengan emas bar / dinar emas, untuk mempertahankan ekonomi dan kekayaan kita.

Jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah emas sebagai aset simpanan anda.

Jangan dok pening / buat alasan payah nak simpan lagi, ada syarikat / bank yang menawarkan khidmat safe deposit box utk simpan emas atau dokumen penting, dan kadar bayaran pun memang rendah.

Adakah berbaloi melihat nilai simpanan anda menyusut 5-7% setahun sebab inflasi dan macam-macam kos, sedangkan emas boleh cecah pulangan 27% dan lebih, dengan kos kadar simpan di safe box cuma 1-2% setahun?

Fikir-fikirkanlah……

Share/Save/Bookmark

November 14 2009

Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa

Salam semua pembaca….

Alhamdulillah, selamat sampai ke Sunway KL dari Kelantan dan ambil stok, sblm ofis tutup. Klu tak, takde stok la saya utk dibawa ke Johor. Tak dapat la nak ber TT dengan agen-agen emas T’Ganu macam Wazir dan Poklang serta join Seminar di T’Ganu mlm ni.

Lepas ke Sunway, sambung perjalanan semula. Di kesempatan nih,  sambil rilek-rilek ni on the way, sempat juga buka e-paper dan saya kira berita mengejut juga nih, seperti tajuk artikel di atas….untung korang yer…nasib baik SC bagi peluang utk dapatkan balik modal yang terlebur gara-gara Swisscash.

So selepas ini, kita ambillah iktibar dari story di atas, agar jgn lagi terlibat dengan skim-skim cepat kaya nih. Lagi ekonomi jatuh, lagi banyak skim-skim ini wujud di pasaran. Sebabnya mereka nak cash anda untuk maybe selamatkan one of their company yang dah nak bangkrap ke….so diaorang create program-program macam nih.Investlah dalam aset yang memang terbukti mampu memberikan pulangan yang juga lumayan dan yang penting selamat seperti pelaburan emas fizikal Public Gold, anda beli emas, anda dapat emasnya…..macam-macam boleh buat kalau emas ada di tangan kita sendiri…kan….Peace of Mind, seperti tema baju free yang saya dapat masa gi servis kereta di Toyota Kota Bharu, Kelantan.

Mungkin selepas ini pihak SC tak akan membayar lagi duit yang terlebur itu kalau perkara ini berulang.

OK, lah sedikit ulasan berita di Berita Harian 14 Nov 09 ini di bawah untuk dikongsi;

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.”

Haiiii…macam-macam…

OK lah, masa rehat dah habis, masa untuk teruskan perjalanan yang berbaki ini ke Batu Pahat Johor…di sana ada pelanggan yang menunggu untuk emasnya dihantar……..insyaallah pembaca semua, saya akan update pergerakan harga emas next week dalam masa terdekat dalam blog ini, so tunggu ya…. my next article…..

Share/Save/Bookmark

November 7 2009

Pergerakan Harga 8-14 Nov 09

Salam, hari ini alhamdulillah lepas packing barang-barang utk mula berangkat ke KL pagi ini, lepas settlekan baby, terus mengadap blog ini utk update terkini. Broadband saya buat hal pula hari ini, tak dapat “connect”. Apa-apahal baik update dulu mlm ni guna STREAMYX, dah kat Kelantan susah nanti. Yang paling merisaukan ialah perjalanan ini nanti dengan berita sana sini kata banjir di Pantai Timur, insyallah pesan tok guru, betulkan niat kita, insyaallah Allah akan tolong….amiin.

MInggu lepas menyaksikan trend menaik mula berlaku di mana price mula breakout pada 3 Nov, dan melonjak naik sehingga ke rekod tertinggi USD1100 / ounce…fuuuh. Masa saya beli pada 30 Okt masa tu emas 50 gm rega RM6291, sekarang dah ada buyer nak beli, dah lock harga pada RM6493 (harga 4 Nov), dah ada untung jualan RM202 daripada cash flow kenaikan emas dalam masa 5 hari je…he he….canteek timing.

Beberapa sebab emas naik minggu lalu antaranya;

1. Berita Non Farm Payroll yang mengesahkan kadar pengangguran di US semakin naik rekod tertinggi 10.2% tinggi dalam masa 26 tahun menyebabkan USD jatuh pada 6 Nov, kalau perhatikan chart.

2. India’s Central Bank telah membeli 200 metrik tan emas daripada IMF telah juga membantu menaikkan harga emas.

Mari lihat setakat mana harga emas dah sekarang nih….lihat chart;

Kalau dilihat dari aspek teknikal chart, bentuk-bentuk candlestik menunjukkan kebiasaannya akan berlaku satu lagi price breakout macam minggu lepas, sebab investors masih “ding dong” tak tahu arah mana nak pilih, tunggu news release biasanya, tetapi belum boleh diagak bila ia akan berlaku, boleh jadi minggu ini atau minggu depan. Ke mana arah price nak breakout inilah yang menjadi persoalannya. Adakah ia akan terus bullish atau berlaku reversal trend? Jika berdasarkan teknikal tanda-tanda MACD dan indicator khas menunjukkan trend menaik akan berterusan.

Jika dilihat pada aspek fundamental, ada beberapa fakta yang boleh menyokong trend bullish ini seperti;

Fakta 1:

American unemployment rate is now at double digits – 10.2%. Obama’s warning of a rate above 10% comes true. This worse-than-expected release, together with Non-Farm Payrolls triggers fear of a slow recovery for a very extended period – “Safe haven” dollar and yen make gains in a choppy market.

Sumber : ForexCrunch

The Non-Farm Payrolls disappointed only marginally, and fell by 190,000 jobs, almost at the early expectations of 173,000. The unemployment rate made the big disappointment. by rising from 9,8 to 10.2%. This big jump was significantly worse than the early expectations for a small rise to 9.9%.

So besar kemungkinan, investors masih lagi takut akan tempoh pemulihan kadar pengangguran yang dijangka lama menyusutkan lagi USD sekaligus boleh melonjakkan harga emas.

Fakta 2 :

Based pada traditional seasonal strength untuk gold dimana based pada kajian didapati daripada tahun 1969 ke 2009, bulan November dan Disember adalah bulan kenaikan harga emas, profit direkodkan sekitar 1-2.5%. Mungkin juga disebabkan musim haji yang akan tiba sat lagi, ramai jemaah orang pakat beli emas utk hadiah dsb. Lihat carta;

Sumber : Seekingalpha.com

Fakta 3 :

Penambahan demand untuk gold. Harga emas dalam matawang seluruh dunia bukan saja utk USD, malah matawang EUR, GBP, JPYmenunjukkan peningkatan, yang mana indicator ini menunjukkan PERMINTAAN pada EMAS pelaburan di dunia semakin meningkat….so apa lagi harga emas akan naik lagi….boleh refer chart di bawah;

Sumber : Seeking Alpha

Jadi, dah jelas sekarang based pada teknikal dan fundamental memang minggu ni emas naik lagi dan tunggulah untuk next price breakout. Yang pasti 9 dan 10 hb Nov juga pada hemat saya canteek untuk beli emas sebagai stok baru atau for investment, rega ok ni tunggu nak breakout je….

Jadi nak order emas, boleh lock dengan saya di 016 7254054 utk area Kelantan buat minggu ini saja, coz saya bercuti samapai 15 Nov di sana. Orang Batu Pahat pun takde masalah utk “LOCK” price, stok masih ada..saya boleh deliver lepas 15 Nov ini.  Saya juga ingin minta pandangan rakan-rakan yang lebih arif dalam mentaksir arah harga emas next week, kita share sama-sama, share knowledge……

Share/Save/Bookmark

November 1 2009

Analisis Pergerakan Harga Nov 1-7 09

Salam

Apa khabar pembaca semua, semoga sihat. Alhamdulillah minggu ini banyak dapat siapkan tugasan akademik yg tertangguh dek kelahiran baby saya, maklumlah takde pakai orang gaji, semua saya kena sediakan …..jadi mr mama kejap 2 minggu ni.

Pada 30 Okt 09 telah selamat berlangsung satu seminar yang dianjurkan oleh Public Gold sendiri dihadiri oleh otai emas terkenal Pokli dan Syukor Jutawanemas. ALhamdulillah sempat bertanya itu dan ini kepada mereka dan sambutan di Batu Pahat tak kurang hebat juga walaupun malam itu hujan agak lebat juga….tahniah orang batu pahat….

Tapi dalam post kali ini saya tak nak ulas pasal seminar ini panjang, insyallah next post agaknya, tapi nak tumpukan pada pergerakan harga emas utk Nov 1-7 09 ini.

Pergerakan emas di Daily chart menunjukkan garisan MA dah mula bersilang dan begitu juga indicator MACD, positive akan ada pergerakan semula harga ke bullish. Timefame H4 juga menunjukkan MACD yang jelas positif untuk harga emas kembali bullish. Tetapi pergerakan harga pada currency USD dan EUR agak tidak berapa “tally” dengan emas ini,  so ini memberikan petunjuk harga emas akan naik hingga ke paras Resistance level 3 di USD 1060 dan maybe akan buat bounce balik, bergantung kepada pergerakan currency USD ketika itu.

Saya dah mula memajakkan semua emas saya 200 gm PG ke Ar Rahnu untuk membeli stok emas baru pada 30 Okt 09 untuk dijual kerana harga sedang mula nak naik kembali minggu ini dan minggu depan insyaallah.

Analisis ini juga disokong oleh beberapa berita fundamental contohnya berita ini;

Gold Prices to benefit from weaker dollar ‘for the next quarter’

- Friday 30th October 2009

A prominent analyst suggested today (October 29th) that physical Gold Investment positions are beginning to build up over fears about the dollar, Reuters reports.

Since passing the $1,000-per-ounce mark recently, market commentators have been divided on which direction the yellow metal’s next significant move will be in. Walter de Wet, from Standard Bank, which is the largest bank in Africa, explained that he is expecting further gains because the greenback looks set to struggle for the next three months. He told the news provider: “We have some decent interest in the physical side. We see some base-building going on.

“Our view is that we are going to see a general trend for dollar weakness in the next quarter.”

Those comments were strongly echoed last week by ScotiaMocatta, which is the precious metals division of the Bank of Nova Scotia - the third-largest bank in Canada. In a note viewed by Reuters, the group predicted that gold prices could easily reach as high as $1,400 per ounce over the course of the next 12 months.

“Gold is going through a very interesting time, but there are a multitude of factors influencing the price, some of which are quite contradictory, such as the presence of deflation and the fear of inflation,” read one section. “We also have an uneasy feeling that after the near catastrophic events seen over the past 12 months, the sharp recovery seen since March seems too good to be true, and for that reason it probably is.”

Source: Bullion Vault.com

Tak kurang juga berita terkini untuk currency USD dn EUR di Forexfactory.com mengatakan

“The first week of November is packed with major events: rate decisions in the US, Britain, Europe and Australia, and many employment figures, with the king of forex, Non-Farm Payrolls, the king of forex, closing the week with the monthly circus. There are lots of other events to open the month. Take a deep breath:

So minggu ini investors still waiting for Non Farm Payrolls news, kalau ada effect pada USD maka effect juga pada gold price movement. So kita tunggu dan lihat this week bagaimana trend harga emas dan USD bergerak untuk menjangka pergerakan seterusnya selepas keluar berita Non Farm Payrolls. Jika NFP berita negatif tentang USD, maka harga emas akan naik dan begitu jugalah sebaliknya.

Semoga artikel ini memberikan sedikit pertimbangan dalam pelaburan emas anda.

Kalau ada apa-apa pandangan tentang pergerakan harga emas ini boleh kita share ideas dan pendapat. ….silakan.. .

Share/Save/Bookmark