Archive for December, 2009

December 29 2009

Pergerakan Harga 27 Dec - 2 Jan 2010

Minggu cuti Krismas lepas, Alhamdulillah dapat selesaikan satu aktiviti besar yang amat memenatkan iaitu aktiviti pindah rumah. Ya, tiga hari bertungkus-lumus dengan bantuan jiran dan kontraktor yang menyiapkan rumah baru saya di Parit Raja Batu Pahat, Johor., memunggah barang. Sehingga kini he he masih belum siap lagi mengemas rumah dan persekitaran yang masih tunggang langgang.

Sampai lagi ke minggu ini Dec 27 – Jan 2 2010. Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pembaca blog ini. Mari kita lihat arah mana harga emas nak bergerak minggu ini.

Berdasarkan prediction saya yang lepas, jika dilihat pada rekod tahun-tahun lepas kebiasaannya bulan Dec adalah bulan Uptrend untuk emas, tapi tahun ini sebaliknya berlaku, sehingga sekarang tanda-tanda lonjakan harga emas masih belum berlaku lagi. Lihat carta emas terkini di bawah;

Berdasarkan pada analisa fundamental secara ringkasnya ada beberapa news akan release hari ini, Selasa dan Khamis yang majority boleh menurunkan harga emas, atau setidaknya “sideway” pada harga emas. Cuba lihat laporan di bawah;

The decrease in U.S. home prices probably eased further and consumer confidence climbed, showing the biggest part of the economy is recovering heading into 2010, economists said before reports today. The drop in property values, mortgage rates less than a percentage point from record lows, rising incomes and government credits are making homes more affordable and may help the market keep improving. Households, whose spending accounts for 70 percent of the economy, are also turning less pessimistic as firings slow and stock prices rebound. “The economy is increasingly showing signs of stabilizing,” said John Herrmann, chief economist at Herrmann Forecasting in Summit, New Jersey.

Sumber :

http://www.businessweek.com/news/2009-12-29/home-prices-in-u-s-probably-fell-at-slower-pace-confidence-up.html

Americans are cautiously poking their heads out of their collective shell, wondering if all is clear or if they’ll get whacked again. By most measures, U.S. consumers’ confidence is slowly improving, but it remains far below normal levels. On Tuesday, the Conference Board will release its consumer confidence index, one of the few economic indicators scheduled for the holiday-shortened week. Economists surveyed by MarketWatch are forecasting an increase in the index to 54 in December from 49.5 in November, keeping the index in the narrow range it’s been in since May. The index bottomed at 25.3 in February, far below the average level of 100 recorded during the last expansion

Sumber :

http://www.marketwatch.com/story/consumers-gaining-confidence-slowly-2009-12-27

Bagaimanapun saya menjangkakan penurunan emas minggu ini mungkin tidak sejauh seperti dua minggu lepas, berdasarkan analisis Fibonacci dan petunjuk dari indicator carta emas saya. Selepas news release pada rabu ini, ada harapan harga emas akan buat retracement balik ke uptrending.

Analisis Teknikal Carta

Minggu ini trend di Daily masih downtrend sementara di Weekly masih Uptrend.

Daily chart analisis menunjukkan

MACD = Uptrend

ADX Level = tiada pattern, market sideway,

MA crossing = downtrend

Heikin Ashi = masih dalam fasa downtrending yang kuat

B-Band = downtrending

Candle pattern = potensi untuk downtrending lagi masih ada.

Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan fasa downtrending masih menguasai pasaran emas, cuma minggu ini mungkin kejatuhannya di paras minimum pada aras Support Level

Support 1 : US 1102/ounce

Support 2 : US 1099/ounce

Jika pasaran emas buat retracement balik, kemungkinan price akan melonjak ke paras;

Resistance 1 : US 1112/ounce

Resistance 2 : US 1114/ounce

Resistance 3 : US 1119/ounce

Selamat melabur. :-)

Share/Save/Bookmark

December 25 2009

Seminar Emas Bermula Lagi

Salam sejahtera semua pembaca blog ini dan selamat bercuti panjang kali ini. Mungkin ramai yang pulang ke kampung dan tak kurang juga yang pergi bercuti melawat ke tempat-tempat menarik. Apa pun pergunakan cuti anda dengan sebaiknya.

Baiklah, info yang amat berguna kepada agen, bakal agen emas dan pelabur-pelabur emas sekelian, seminar PERCUMA Pelaburan Emas DAN Peluang Perniagaan dalam Emas akan bermula dan dah ada yang bermula. Detail tentngnya ada di bawah ini;

Hari, Tarikh, Masa dan Tempat Seminar
Sat 19.12.09 8pm-10pm Sungai Petani Park Avenue Hotel
Sun 20.12.09 8pm-10pm Butterworth Pearl View Hotel
Sat 26.12.09 8pm-10pm Kota Bahru Grand Riverview Hotel
Sun 27.12.09 8pm-10pm Kuala Terengganu Ming Star Hotel
Sat 02.01.10 8pm-10pm Johor Bahru J. A. Residence Hotel

Detail tempat Seminar
Park Avenue Hotel
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

Pearl View Hotel
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

Grand Riverview Hotel
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

Ming Star Hotel
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

Jadi marilah kita, jom pakat pergi beramai-ramai dan kepada warga Johor YANG INGIN ke seminar ini, untuk mengelakkan kehabisan tempat, sila daftar nama anda kepada saya secara email di knizambiz@gmail.com atau SMS/Call saya di 016 7254054 UNTUK RESERVE TEMPAT. Tempat terhad.

Dan jangan lupa, MASUK PERCUMA…boleh bawa rakan, family sesapa je ke seminar ini….tapi pastikan daftarkan nama anda dan rakan anda dengan saya untuk booking tempat duduk.. :-)

Share/Save/Bookmark

December 22 2009

Pergerakan Harga Dec 20-26

Salam Sejahtera semua pembaca blog ini…

Alhamdulillah selamat kembali dari bercuti dari Kelantan, dan insyaallah meriah baliklah kehidupan seharian saya sambil-sambil berbiznes emas, kena melayan kerenah anak-anak empat orang yang masih kecil, belum bersekolah kecuali seorang di Tadika.

Minggu ini juga murah rezki saya, banyak order emas perlu dibereskan, sehinggakan stok emas fresh dari KL yang diambil hari Isnin dah habis terjual hari Rabu…..ini petanda kesedaran untuk memiliki emas di saat harga emas tengah rendah ni amat tinggi bukan saja di Negara lain, juga di Malaysia.

Masing-masing berlumba memiliki emas, sebelum ia betul-betul kehabisan.

OK artikel kali ini agak ringkas sahaja, kerana kesuntukan masa dek kerana persediaan mengajar yang perlu dilakukan apabila semester baru akan bermula bagi student-student universiti minggu hadapan……

Kalau dilhat kesan dari berita last week artikel saya memang benar terjadi, ia menjatuhkan lagi harga emas yang saya kira macam dah nak naik kembali, tapi sebaliknya, terus jatuh sehingga paras US 1098/ounce. Lihat candlestick pada 17/12, harga emas jatuh menjunam hingga ke paras US 1094/ounce jer….


Selepas dari itu minggu ini berdasarkan beberapa news dari beberapa sumber terkemuka mengatakan US DOLLAR akan naik lagi minggu ini sehingga perayaan Krismas….mengapa? Ia berkisar tentang housing sales dan job employment di US;

1. Jangkaan pelabur tentang penjualan rumah dan consumer spending akan bertambah sebelum actual news release pada 23 Dec ini. Sumber ;

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=awloQrChrhQc&pos=3

2. Labor Data yang akan release 24 Dec ini menjangkakan tahap ambilan pekerja sementara di industry akan meningkat. Sumber ;

http://www.nytimes.com/2009/12/21/business/economy/21temps.html?_r=2&ref=business


Jadi dengan banyaknya sumber berita positif untuk US Dollar, so apalagi turun lagi harga emas minggu ini sampai Krismas ini.

So apa harapan untuk emas naik harga nih? Insyallah ada beberapa indicator macam MACD di Daily timeframe carta emas masih UPTREND……so ADA HARAPAN akan naik harga emas juga….


Secara teknikal carta emas di Daily Timeframe;

MACD = Uptrend

ADX Level = pattern menguncup, downtrend market nak develop

MA Crossing = Masih downtrend

Heiken Ashi = masih downtrend

Support Level 1 = US 1090/ounce

Support Level 2 = US 1082/ounce

Support Level 3 = US 1071/ounce

So pelabur boleh budget lah untuk membeli emas tatkala harga mencecah ke paras support level yang di atas tu….  :-)

Selamat Menyambut Hari Krismas bagi yang menyambutnya….. :-)

Share/Save/Bookmark

December 15 2009

Pergerakan Harga 13 - 19 Dec 09

Salam sejahtera semua pembaca…

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh tuhan untuk update perkembangan harga emas lagi, walaupun saya dihimpit masalah broadband saya yg asyik putus-putus masa melayari internet, lebih lagi masa-masa holiday ni, Pada minggu ini saya berpeluang menghadiri Worksyop Affiliate Pantas Bersama Internet Marketer terkenal iaitu saudara Mawardee di UIA dan selepas itu relaks sekejap di UIA kebetulan ada nak cari sedikit bahan-bahan untuk penyelidikan saya. Seronok juga, satu ilmu baru dalam bidang pemasaran internet saya belajar. Kena belajar dah, walaupun agak merangkak-rangkak sedikit. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Kemudian saya akan bercuti dari 13 – 19 Disember 09 di Kelantan. Kesempatan bercuti kali ini membolehkan saya ambil sedikit holiday break lepas dua miinggu berturut-turut kena menghadiri bengkel anjuran universiti. Cuti ini dapat juga teruskan niat untuk buat kenduri bercukur untuk baby saya.

OK saya nak teruskan dengan tema blog ini, kali ini untuk kita tengok lagi arah mana harga emas nak pergi minggu ini. Tengok, makin jatuh harga emas kan, seram tak?


Setakat ini dah 2 minggu harga emas jatuh menjunam sehingga hari Jumaat lepas. Alhamdulillah betul prediction saya. Kalau dilihat minggu ini 14 – 19 Dec 09 ini pun tak banyak berubah, setelah harga menguncup minggu lepas, kali ini harga emas lagi jatuh ke paras terendah di Support 3 pada harga US 1113/ounce. Walaupun baru-baru ini ada news dari Dubai tentang penstrukturan hutangnya semasa Dubai krisis, ada la sedikit kenaikan pada harga emas…

Selidik punya selidik saya belum jumpa apa-apa news indicator yang baik kecuali satu ini untuk kalendar minggu hadapan. Extract beritanya;

“Analysts at Deutsche Bank Securities expect 21 million U.S. households to end up owing more on their mortgages than their homes are worth by the end of 2010. If one in five of those households defaults, the losses to banks and investors could exceed $400 billion. As a proportion of the economy, that’s roughly equivalent to the losses suffered in the savings-and-loan debacle of the late 1980s and early 1990s.

The flip side of those losses, though, is massive debt relief that can help offset the pain of rising unemployment and put cash in consumers’ pockets.

For the 4.8 million U.S. households that data provider LPS Applied Analytics estimates haven’t paid their mortgages in at least three months, the added cash flow could amount to about $5 billion a month — an injection that in the long term could be worth more than the tax breaks in the Obama administration’s economic-stimulus package.

“It’s a stealth stimulus,” says Christopher Thornberg of Beacon Economics, a consulting firm specializing in real estate and the California economy. “The quicker these people shed their debts, the faster the economy is going to heal and move forward again.”

Sumber : http://online.wsj.com/article/SB126040517376983621.html

Dijangkakan forecast sebenar news ini akan keluar pada Rabu 16 Dec, dijangka boleh menjatuhkan harga emas lagi.

Daripada pengamatan teknikal carta emas di H4 timeframe, hampir semua indicator utama saya mengatakan downtrend berterusan untuk minggu hadapan begitu jua untuk Daily timeframe, momentum downtrend menguasai carta.

So, saya positif harga emas akan menguncup ataupun menurun lagi minggu ini, ke satu paras Support level seperti range di bawah;

Support 1 ; US 1114/ounce

Support 2 : US 1110/ounce

Support 3 : US 1104/ounce

Jadi apalagi, boleh shopping sakan beli lagi emas fizikal untuk persediaan kenaikan harga emas lagi…insyaallah…..bila ye, entah?….hanya tuhan yang tahu…..saya hanya mampu buat jangkaan by weekly to monthly, selebihnya d luar kemampuan saya……banyak perkara boleh berlaku dalam long term ini…..cuma yang pasti emas tetap aset sebenar yang laku di seluruh dunia. Kita perlu simpan macam tok nenek kita lakukan dulu, mewariskan emas pada generasi seterusnya….. dan kenaikan harga emas tetap akan berlaku dalam long term ini…..insyaallah..

Share/Save/Bookmark

December 8 2009

Pergerakan Harga 6 - 12 Dec 09

Salam hormat kepada pembaca sekelian,

Alhamdulilah minggu ini agak lewat skit nak update pergerakan harga emas, sampaikan ada yang bertanyakan saya dgn sms ke mana harga nak bergerak ni, jatuh teruk lagi ke minggu ni…?..nak kena jual ke?….macam-macam persoalan tentang harga emas nih. Insyaallah saya cuba tengok-tengokkan sedikit ke mana harga ini diramalkan akan bergerak sebagai sedikit panduan sahaja ya, tiada jaminan ini betul, lain orang lain cara, lain pandang……walaubagaimanapun keputusan pelaburan di tangan anda sendiri ya…ini sekadar panduan ringkas sahaja.

Kenapa harga emas jatuh menjunan minggu lepas? Antara peristiwa penting pada 3 /12 lepas iaitu ramai pelabur menunggu untuk keluarnya berita Non Farm Payroll di US. Kalau berita cantek untuk USD maka emas pun jatuh. Berita NFP keluar kata mengatakan kadar pengangguran dan job market di US taklah seteruk disangkakan kerana angka actual 10% index sedangkan forecast index 10.2%.

Sumber :Bloomberg.com

Ini memberi impak besar kepada ramai pelabur bahawa kesan pemulihan sementara ekonomi di US semakin cerah. So mencanak-canak naik duit US by the time news itu release dari 3-4 Dec 09. Cuba tengok candlestik “marubozu” hijau pada 3/12, fuuh panjang berderet-deret.

Dan kesannya pada emas, memang menjatuhkan sementara harga emas…tengok, menjunam harga emas turun. Tengok chart emas sehingga kini, 8 Dec 09;


OK so camane ni, harga emas turun sampai mana, dah boleh jual ke? Ok untuk menjawab persoalan ini, ini antara pendapat saya berdasarkan pengamatan dan analisis teknikal & sedikit fundamental (tak sempat nak baca banyak berita, busy dengan dateline kerja heh he….)

Minggu ini fasa penurunan emas dijangka akan berterusan sehingga Jumaat ini dan mungkin boleh berterusan sampai awal minggu hadapan kerana beberapa news penting release pada minggu hadapan daripada Bureau of Economic Analysis US yang menjangkakan seperti report di bawah…..

Ada harapan jangkaan harga akan naik lagi sehingga minggu ini US dollar.

“Dec. 6 (Bloomberg) — Sales at U.S. retailers probably rose in November for the third time in the past four months, a sign consumer spending will sustain growth into 2010, economists said before a government report this week.”

Artikel dari Bloomberg.com


Berdasarkan teknikal analisis di timeframe Daily Gold pun

MACD = downtrend

ADX level = takde pattern , so market sideway / terus downtrend

MA crossing = downtrend

Heiken Ashi = Momentum downtrend masih kuat

B-Band stop  = downtrend

Support level 2  =  US 1134/ounce

Support level 3  = US 1123/ounce

Majoriti analisis harga emas turun lagi minggu ini. Walaubagaimanapun berdasarkan teknikal di chart Weekly dan Monthly ….masih ada momentum dari Heiken Ashi signal yg kira bolehlah…..untuk harga meningkat kembali harap-harap minggu depan.

Ok selamat melabur……..dengan bijak…..bijak wang dengan pelaburan emas…  :-)

Share/Save/Bookmark

December 6 2009

Bagaimana Saya Melakukan Teknik Pelaburan Jangka Pendek

Salam sejahtera kepada pembaca sekelian, agak lama juga tak update blog ini, agak busy skrg ni dengan kursus dan penulisan.

Untuk post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya membuat keuntungan dengan menggunakan Teknik Pelaburan Jangka Pendek menggunakan “OPM” iaitu Pajak Gadai Ar Rahnu. Boleh refer di sini camner teknik ini dilakukan seperti penerangan dari sifu emas saudara Syukor.

Artikel ini ditulis bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menerangkan kepada pembaca sekelian yang mungkin agak sangsi / ragu-ragu / tak yakin “ boleh ke aku jana pendapatan tambahan dengan Teknik Jangka Pendek ini”, sambil melabur emas untuk Jangka Panjang / Sederhana..?..selain itu untuk menggalakkan anda menjadi agen Public Gold, kerana sambil melabur, anda boleh jana income lumayan juga, tak percaya….bacalah sampai habis artikel ini.


Jawapannya BOLEH SANGAT kalau dengan emas fizikal dan saya cuba buktikan bagaimana ianya dilakukan. Kalau nak menunjuk saya rasa diri saya bukan orangnya, saya masih belajar lagi dan income ini pun masih kecil berbanding otai-otai emas lain di luar sana yang boleh jana lebih dari ini dengan teknik yang lebih advance……saya sekadar berkongsi pengalaman sebenar .

OK konsep teknik ini adalah “beli harga rendah dan jual harga tinggi”. Kalau dilihat pada carta emas bulan Oktober dan November 2009 lalu, harga terendah berlaku pada 30 Okt 09. Lihat carta emas dunia untuk pemahaman;

Pada 30 Okt itu saya telah membawa 2 ketul emas saya 100gm ke Ar Rahnu Bank Rakyat cawangan Yong Peng Johor untuk dipajakkan. Hasilnya saya dapat pinjaman sebanyak RM18800 iaitu 65% daripada nilaian marhum oleh pihak Ar Rahnu.

Dengan pinjaman itu saya terus order pada hari itu juga beberapa unit Gold Bar Public Gold untuk dijual iaitu 6 ketul 20 gm dan berjumlah RM15168. Harga setiap satunya RM2528 pada masa itu. Saja saya tak gunakan habis duit pinjaman itu untuk membeli emas kerana nak standby sedikit cash untuk emergency case, kot-kot ada orang nak jual emas dia balik ke….atau nak tebus sedikit sedikit ke….mana tahu…kan.

Lepas itu masa berlalu dan jika ada jualan saya akan terus order balik dengan Public Gold sehinggalah harga emas dah ada untung jualan 5-10%, barulah saya jual terus emas-emas dari duit pinjaman itu. Alhamdulillah saya dapat menjual kesemua 6 gold bar itu dan rezeki lebih pula bulan ini dapat jual seunit 50 gram dan 100 gram serta beberapa set dinar dari stok asal saya. Muai jugalah hasilnya.

So pada 25 Okt lalu oleh kerana emas pun dah tinggi harganya dan kebetulan ada customer nak beli 100 gm saya, maka terpaksalah saya tebus salah satu emas 100 gm yg ketika itu sedang dipajak di Ar Rahnu.

Mari kita lihat contoh keuntungan sebenar jualan emas 6 keping 20 gm itu;

1) RM 2659 – RM2528 = RM 131

2) RM 2736 – RM2528 = RM 208

3) RM 2733 - RM2528 = RM 205

4) RM 2743 - RM2528 = RM 215

5) RM 2831 - RM2528 = RM 303

6) RM 2831 - RM2528 = RM 303

Jualan emas 100 gm : RM 13860 – RM11276 = RM 2584

Secara kasarnya jumlah keuntungan kasar saya adalah RM 1365 + RM 2584 = RM 3949 sehingga 25 Nov 09. Itu belum dikira komisen jualan lagi tu….boleh tahan..!!

Jika ditolak dengan kadar upah simpan baru RM232.67 seperti resit tebus sebahagian ini di bawah, saya masih lagi beroleh keuntungan.

Dan ini contoh surat pajak gadai selepas saya tebus sebahagian emas saya untuk mengurangkan upah simpan kerana emas masih dalam fasa uptrend, so ini kira main untuk second round la pula dari 25 Nov sampai insyaallah bulan Feb 2010.

Hasilnya untuk round kedua ini saya hanya perlu bayar RM 111sebulan saja selama tempoh saya pajak. Lebih kurang 1.14% sebulan, dari nilai pinjaman kita sebenarnya kadar upah simpan itu.

OK Kesimpulannya melalui hasil jualan emas 20 gm, 6 ketul yg dibeli menggunakan duit pinjaman Ar Rahnu itu, saya dah dapat jana keuntungan RM 1365 dlm tempoh lebih kurang sebulan jer……..dan bukan itu saja emas saya 100gm dah naik “capital gain” dari nilainya RM11276 ke RM13860. So 2 keuntungan dalam satu kombinasi pelaburan.

OK itu saya selaku agen Public Gold, bagaimana kalau anda selaku pelabur biasa pula..? Untungkah buat Pelaburan Jangka Pendek ini sambil melabur untuk jangka panjang?

Jom kita buat sedikit kira-kira,

Keuntungan ANDA selaku Pelabur Emas Fizikal.

Katakan pada situasi yang sama, anda pajak 2 ketul emas 100 gm di Ar Rahnu dan dengan pinjaman RM18800 pun anda beli 6 ketul gold bar 20 gm Public Gold pada 30 Okt 09.

So, anda pun tunggu punya tunggu, dah nama pun pelabur kan….so sehinggalah pada tarikh 30 Nov 09, iaitu harga tertinggi untuk musim ini, kira dah tak tahan nak pakai duit dah, anda pun jumpalah saya selaku agen Public Gold untuk jualkan semula 6 ketul emas 20 gm anda. Anda kena jualkan semuanya agar anda boleh tebus semula emas 100 gm anda yg sedang dipajak itu.

Berdasarkan harga emas website Public Gold, jika anda menjualkan semua emas anda itu maka harganya adalah RM 2670 (rujuk harga We Buy). Maka, keuntungan anda

Untung Jual balik 1 ketul pada Agen : RM 2670 – RM 2528 = RM 142

Anda jual balik 6 ketul, maka jumlah untung = RM 852

OK lepas tu anda kena gi Ar Rahnu untuk tebus semula sebahagian emas anda 100gm dengan membawa wang modal anda RM18800 dan keuntungan RM 852 tadi.

Tolak upah simpan berjumlah RM 232.67, Maka untung bersih anda selaku pelabur emas adalah RM 619.33

RM 619.33 dijana hasil dari Teknik Pelaburan Jangka Pendek selama lebih kurang sebulan jer, duduk diam-diam emas naik harga dan dapat extra cash….best tak??

Rasa terbakar tak….??? Kalau boleh esok juga nak gi Pajak Gadai kan….

So itulah kelebihan emas fizikal berbanding emas pelaburan berbentuk buku seperti GIA ataupun Maybank Gold Passbook. Anda tak akan dapat melakukan teknik pajak jangka pendek melaluinya. Jadi bukalah minda anda, sama-samalah kita belajar teknik pelaburan emas ini dan simpan emas fizikal banyak-banyak. Tak rugi beli emas sebenar.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan bolehlah komen artikel ini atau boleh berhubung direct dengan saya di talian 016 – 7254054.

Jika anda berminat nak jadi Agen Public Gold, boleh menghubungi saya, kita runding camaner nak jadi Agen walaupun modal anda belum cukup…

Share/Save/Bookmark