Archive for January, 2010

January 27 2010

Pergerakan harga 24 - 30 Jan

Salam sejahtera dan apa khabar semua pembaca blog ini.

Minggu ini alhamdulillah diberikan kesempatan menulis lagi coretan rasa tentang apa yang berlaku untuk market emas minggu ke minggu.

Banyak tugasan pengajaran dan penyelidikan yang saya lakukan minggu ini. Selain itu, saya sedang dalam usaha untuk upgrade services saya selain dari menjual dan membeli kembali Emas Pelaburan Public Gold dan Public Dinar, kini ke services membeli dan menjual Barang Kemas Baru dan Terpakai serta Khidmat Menukar Gold Bar/Dinar ke Barang Kemas.

Walaubagaimanapun masih lagi dalam perundingan dan pembelajaran, masih lagi banyak perlu dipelajari. Yang menariknya tentang emas ini adalah lagi kita gali ilmu tentangnya, lagi banyak pengetahuan baru, serta of course….keuntungan pun bertambah. Yang penting saya dapat offer more services kepada pelanggan lama saya serta yang baru…

Apa pun nantikan update terbaru “New Services ” ini dalam blog saya ini dalam masa terdekat….

Baiklah analisis fundamental minggu ini, wow, satu minggu yang “SARAT” dengan berita best dan tak best untuk emas, lebih-lebih lagi berkisar ekonomi di US. Amat sukar untuk saya meramal arah harga minggu ini berdasarkan news yang ada, walaupun majoriti mengatakan ekonomi US sdang memulih, petanda harga emas nak jatuh lagi. Antara news yang saya kira ada “impak besar” pada pasaran adalah;

Berita 1

“Consumer confidence rose for the third straight month in January to the highest since September 2008, driven mostly by an improvement in present-day conditions, according to a private report released on Tuesday. The Conference Board, an industry group, said its index of consumer attitudes rose to 55.9 in January from an upwardly revised 53.6 in December.” - Sumber:

http://www.reuters.com/article/idUSN1416882220100126

Berita 2 yang akan release pada Rabu 27 Jan pula;

“Massive interventions by governments and central banks are helping the world economy recover from the Great Recession. At some point, however, economies will have to remember how to walk without crutches. Avoiding a bumpy ride could well depend on export-dependent countries, such as China and Germany, mending their ways, and on indebted U.S. consumers failing to do so.” - Sumber:

http://online.wsj.com/article/SB10001424052748703415804575023000633618796.html?mod=WSJ_economy_LeftTopHighlights

Berita 3 juga akan release pada Rabu 27 Jan ini;

“Federal Reserve policy makers are considering adopting a new benchmark interest rate to replace the one they’ve used for the last two decades. The central bank has been unable to control the federal funds rate since the September 2008 bankruptcy of Lehman Brothers Holdings Inc., when it began flooding financial markets with $1 trillion to prevent the economy from collapsing.” - Sumber:

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601083&sid=akYMsCezpjlk

So jika based pada fundamental, ada harapan market sideway untuk US dan juga sideway kesannya pada harga emas….cuma mungkin jika prediction tersasar, market boleh juga menyebabkan US currency naik dan Harga Emas menurun.

Untuk analisis teknikal, jika diperhalusi graf emas setakat hari ni Selasa 26 Jan, harga emas masih di fasa “Downtrend” lagi pada timeframe H4 dan Uptrend di Daily timeframe. Ada potensi market akan sideway memandangkan signal MACD, ADX dan Heiken Ashi dok main-main di paras Support dan Resistance level. Pencarian harga terendah musim downtrending ini masih belum muncul. Cuba lihat graf emas sekarang;

Analisis Fibonacci untuk pivot level akan menjangka harga bergerak di paras berikut minggu ini;

Support 1   :  US 1095/ounce

Support 2   :  US 1092/ounce

Support 3   :  US 1088/ounce

Resistance 1  : US 1103/ounce

Resistance 2  : US 1106/ounce

Resistance 3   : US 1110/ounce

Semoga artikel ini membantu anda membuat pertimbangan yang baik dalam pelaburan emas….contact saya untuk maklumat lanjut di 016 7254054 :-)

Selamat Melabur.

Share/Save/Bookmark

January 19 2010

Analisa Pergerakan Harga 17 - 23 Jan

Salam sejahtera semua pembaca blog ni….

Diam tak diam, dah sampai ke pertengahan Jan 2010 dah, sekejap masa berlalu. Bagaimana dengan plan 2010, dah mula melakukannya. Diharapkan dengan momentum tahun baru yang masih berbaki ini, boleh melonjakkan semangat anda dan juga saya, mega gold rush masih kuat lagi, banyak bank -bank di dunia sekarang membeli lagi emas…

Walaupun matlamat nak kumpul 1 kg emas tahun ini, memang agak mencabar diri sendiri, tetapi insyaallah saya pasti boleh lakukan. Tahun ini nak produce satu ebook pasal pelaburan emas,….tajuk “rahsia lagiii”, dan diharapkan projek ebook ini mampu menyumbangkan satu lagi khazanah dalam pelaburan emas, semarakkan lagi pelaburan emas di Malaysia, kongsi pengalaman dalam pelaburan emas dan insyaallah dapatlah bantu saya untuk capai cita-cita nak kumpul emas 1kg ini…
Bulan Januari ini titik tolak permulaan menulis ebook, insyaallah ianya berdasarkan pengalaman sebenar trading emas nih. Harap pembaca sekelian dapat doakan niat ini dimakbulkan tuhan…ebook ini release di pasaran.

OK untuk minggu ini, apa cerita si “emas” ni, nak kemana arah harganya?
Prediction saya untuk minggu lepas, memang betul harga emas agak menurun minggu lepas dan harga bergerak sideway pada penghujung minggu lepas. Berdasarkan pengamatan fundamental,antara news yang dapat saya scan dari sumber sohih adalah;

“Losses on commercial real estate loans pose the biggest risk to U.S. banks this year, troubling smaller lenders while unlikely to threaten the entire financial system, U.S. bank examiners concluded during a review.
“Losses from commercial real estate will be quite high by historic standards,” said Eugene Ludwig, former Comptroller of the Currency who is now chairman of Promontory Financial Group, a Washington-based consulting firm to financial institutions. “Hundreds of banks will fail or will be resolved over the course of the cycle.” Federal Reserve Governor Elizabeth Duke said in a Jan. 4

Sumber :

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601110&sid=aD30hm2UDGeU

Based pada economic indicator ini yang akan release pada Rabu 20 Jan ini, dijangka emas boleh naik harga ni…so tunggu dan lihat Rabu ini, betul tak?

Dari segi teknikal carta emas saya, masih uptrend di timeframe H4 dan daily untuk indicator MACD, ADX dan MA crossing. So positif akan ada kenaikan pada harga emas minggu ini, insyaallah….pada paras kenaikan;

Resistance 1      : US 1136/ounce
Resistance 2     : US 1139/ounce
Resistance 3    : US 1143/ounce

Selamat melabur.  :-)

Share/Save/Bookmark

January 13 2010

Pergerakan Harga 10 Jan - 16 Jan 2010

Salam sejahtera semua pembaca blog ini. Alhamdulillah diberikan kesempatan oleh tuhan untuk menulis lagi artikel di blog ini.
Minggu lepas menyaksikan harga emas mula mengganas balik dan berjaya keluar dari fasa downtrend ke fasa uptrend. Alhamdulillah banyak sales dapat dibereskan minggu lepas.
Ini yang seronok berniaga emas kerana tak perlu cerita panjang lebar tentang emas, semua orang kenal emas dan berharganya emas. Bila datang je signal emas nak naik, berpusu-pusu orang datang membeli
kerana mereka tahu emas akan naik harga. Bagi mereka yang dah beli emas bulan Dec 09 lalu, sekarang ni dah ada yang pulang modal, yang untung pun dah ramai.Tahniah atas langkah bijak awal anda semua.

OK bagaimana minggu ini, akan terus naik lagi harga emas? Setakat hingga hari ini, Rabu 13 Jan, harga emas sedang dalam fasa buat pembetuan harga dalam musim uptrend. Tengok carta emas tuuu, nampak jatuh sekejap kan?

Kenapa harga jatuh? Berdasarkan analisis fundamental saya dapati ada beberapa news dari US yang mungkin mempengaruhi harga emas jatuh;

Berita 1

Jan. 10 (Bloomberg) — Consumers probably took advantage of holiday discounts in December and manufacturers churned out more goods, pointing to a U.S. economy poised to sustain the expansion into 2010, economists said before reports this week.

Sumber:

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601068&sid=aeHDKGKJOfxQ

Berita 2:

Jan. 12 (Bloomberg) — The trade deficit in the U.S. widened in November more than anticipated as imports climbed faster than exports, pointing to a rebound in global demand that is fueling growth.

The gap expanded 9.7 percent to $36.4 billion, the highest level since January, from a revised $33.2 billion in October, Commerce Department data showed today in Washington. Imports increased 2.6 percent, reflecting a jump in oil prices, while exports rose to the highest level in a year.

Sumber :

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=a9NuboNd9OTA&pos=3

Kedua-dua berita ini ada potensi boleh menurunkan lagi harga emas sehingga hujung minggu ini, kerana pembaikan semula pada ekonomi US sedang rancak berjalan. Kadar penurunan berdasarkan analisis Fibonacci adalah

Support 1    :  US 1125/ounce

Support 2    :  US 1117/ounce

Support 3    :  US 1105/ounce

Dari segi teknikal carta emas pula,

Kesemua indicator utama saya masih menunjukkan petanda uptrending lagi di timeframe H4 dan Daily, so prediction saya, harga emas akan naik lagi ke paras Resistance ini berkemungkinan besar minggu hadapan.

Resistance 1   : US 1150/ounce

Resistance 2   : US 1158/ounce

Resistance 3   : US 1171/ounce

Jadi apa tindakan anda para pelabur sekelian? Kalau saya, hold dulu stok emas yang ada kerana harga masih dalam fasa uptrending. Lebih baik disimpan dulu, jangan dijual lagi emas anda, kecuali dah terdesak, kerana ada potensi harga akan naik semula minggu hadapan jika tiada apa-apa news buat kacau.

Kepada yang belum membeli emas, ini waktu yang cantik untuk membeli kerana price tengah buat pembetulan yang biasanya tak lama lebih-lebih lagi dalam musim uptrending ini. Jadi cepat-cepat kumpulkan modal dan buat savings dalam bentuk emas fizikal, lebih muai dan selamat.

Sesiapa area Johor nak lock harga emas, boleh SMS/Call saya di 016 7254054 untuk pembelian emas, stok masih ada…dan saya deliver emas ini kpada anda….tak perlu beratur/bersesak dalam jem nak dapatkan emas…..terima kasih :-)

Share/Save/Bookmark

January 7 2010

Pergerakan Harga 3 - 9 Jan 2010

Salam sejahtera dan salam hormat semua pembaca blog saya sekelian.

Pejam celik pejam celik, tup-tup dah masuk tahun baru 2010. Pastinya ada azam baru yang telah disemai sejak sebelum masuk tahun baru 2010 lagi. Begitu juga saya, punya azam baru, dan target saya dalam bidang pelaburan dan perniagaan emas tahun 2010 ini adalah untuk MENGUMPUL 1 KG EMAS…dan pergi Umrah tahun ini 2010….he he…ini target yang saya kira realistik untuk saya capai, insyaallah sama-samalah kita semua doakan agar tuhan mempermudahkan jalannya untuk mencapai impian tersebut.

Minggu ini adalah satu minggu yang amat sibuk bagi saya kerana berbagai hal datang serentak seperti pindah rumah, mula persekolahan anak-anak, mula semester baru universiti, anak-anak semua kembali ke pangkuan saya dan isteri setelah tempoh berpantang isteri 60 hari tamat….rasa macam nak tercabut kaki ini berlari sana sini menguruskan semuanya, tetapi insyaallah bisnes dan pelaburan emas still “on track” lagi. Saya anggap ini cabaran yang besar bagi saya untuk membahagikan masa sebaiknya untuk family, career dan bisnes ini.

OK kupasan kali ini ringkas sahaja kerana tiada analisis fundamental yang saya lakukan kerana kesuntukan masa, walaubagaimanapun indicator teknikal carta menunjukkan pada 4 Jan 2010 lalu telah terbentuk satu simbol trend reversal yang paling CONFIRM TREND BERALIH ARAH DARU DOWNTREND KE UPTREND iaitu wujudnya candlestick “DRAGONFLY” . Ini satu petanda trend reversal yang amat kuat diikuti oleh perubahan pada indicator MACD dan ADX level yang turut berubah dari downtrend ke uptrending.

Cuba lihat carta antara 31 Jan dan 4 Jan lalu, akan kita lihat satu bentuk candlestik yang berupa macam pedang panjang hala ke bawah, satu brake effect yang tinggi.

Jadi pengamatan teknikal di timeframe Wekkly, Daily dan H4 menunjukkan uptrend bagi EMAS dah bermula dan selepas ini price akan naik kembali ke paras resistance level di bawah;

Resistance 1   :   US 1125/ounce

Resistance 2  :  US 1128/ounce

Resistance 3  :  US 1133/ounce

Jadi sekarang tempoh sesuai sangat nak beli emas kerana trend menaik sudah bermula dan harga masih di tahap rendah lagi sebelum ia akan naik lagi insyaallah SEPANJANG BULAN JAN 2010 ini…..

Selamat melabur :-)

Share/Save/Bookmark