Archive for February, 2010

February 21 2010

Gred-gred Emas di Malaysia

Salam sejahtera kepada pembaca sekelian, kebetulan ada masa sedikit untuk saya update blog ini sambil-sambil menunggu isteri saya berurut di Melaka ini.

OK musim cuti panjang dah nak habis, jadi tiba masa untuk ramai keluarga dan warga kota untuk pulang ke rumah dan tempat kerja masing-masing, menyambung semula tugasan. Sepanjang cuti ini saya gunakan kesempatan ini untuk meninjau harga-harga emas di kedai emas, buat perbandingan dengan harga emas terkini dan saya dapati memang masih besar lagi spread (beza harga jual dan beli) walaupun dia dah bagi diskaun up to 60%…FUH…mana tak kaya raya tokeh-tokeh emas ini.

OK artikel kali ini saya nak cerita pasal gred-gred emas yang ada di Malaysia ini. maklumat ini berguna jika anda peminat barang kemas dan nak tahu di mana kedudukan/ranking gred emas ini, yang mana lebih berkualiti…dan paling penting tak tertipu lagi dengan harga yang dijual. Kadang-kadang ada penjual yang beri harga emas 916 pada emas gred 750 dan sebagainya. Ada barang kemas yang dicop kempa 916 tetapi dijual dengan harga emas gred 835….

OK ini grednya. Gred emas tertinggi (paling berkualiti sebab kandungan emas tinggi) adalah yang berada di atas. Emas gred 999.9 adalah paling berkualiti dan mahal kerana ia adalah emas yg telah ditulenkan sehingga 99.9% ketulenan. ..biasanya untuk dibuat jongkong/wafer emas pelaburan.

GRED EMAS  …………… KARAT NO

999.9                                             24K

999                                                 24K

950                                                23K  (emas tarik)

916                                                 22K

875                                                21K

835                                                 20K

800                                                19k  (emas paun)

750                                                 18k

585                                                 14k  (emas campur)

375                                                   9k  (suasa)

Dalam hal ini gred emas terbaik adalah 999.9 dan paling rendah kandungan emasnya adalah emas suasa. Jadi untuk rujuk harga pasaran barang kemas di Malaysia boleh merujuk kepada website ini

http://www.fgjam.org.my/

Atau jika anda ingin menjualkan emas anda, samada emas baru, emas yang dah patah-patah, putus, emas yang tehilang berlian/zircon/batu permata dsb, emas rosak boleh hubungi saya untuk saya beli.

Jika anda ada masalah dengan surat pajak anda, juga boleh hubungi saya untuk saya tolong tebuskan kembali emas anda sebelum ianya dilelong. Rugiii jika dibiarkan emas anda dilelong.

Selamat melabur :-)

Share/Save/Bookmark

February 17 2010

Pergerakan Harga 14-20 Feb

Salam sejahtera, kepada semua pembaca blog ini, Selamat Menyambut Tahun Baru China kepada yang menyambutnya, dan kepada yang tidak menyambutnya pun…he he….selamat bercuti panjaaaang. Semoga sentiasa dirahmati tuhan dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan.

Cuti panjang ini tidak bercuti ke mana, just berjalan-jalan bawa family bersiar-siar, holiday sambil promosi Gold Bar Public Gold dan Servis Membeli Emas Terpakai.

OK dah lama rasanya tak update pergerakan harga ini, kali ini insyaallah diberikan kesempatan olehNYA lagi…

Minggu ini, hasil carian, didapati banyak indicator news yang memihak kepada kejatuhan nilai Dollar US dan ini bermakna minggu ini harga emas naik semula…seperti dalam carta emas setakat Rabu pagi ini.

Antara berita fundamental di US secara ringkasnya mengatakan penurunan nilai Dollar US minggu ini disebabkan pada suntikan dana untuk sektor perumahan di US dipotong, permintaan terhadap aset Dollar di seluruh dunia menurun. Ini antara ekstrak beritanya;

Feb. 16- International demand for long-term U.S. financial assets grew in December at a slower pace than a month earlier, as China sold U.S. government securities, a U.S. Treasury Department report showed. Net buying of long-term equities, notes and bonds totaled $63.3 billion for the month, compared with net purchases of $126.4 billion in November, the Treasury said in Washington.

Sumber : http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601083&sid=a1mKfP3W.Ang

Over the next six months, the federal government plans to wind down many of its emergency programs for housing. Then it will become clear if the market can function on its own. People here are pretty sure the answer will be no.

Sumber : http://www.nytimes.com/2010/02/15/business/15housing.html?ref=business

Berdasarkan analisis teknikal carta pula;

MACD : Uptrend

MA Crossing : Uptrend

B-Band : Uptrend

ADX Lelvel : Uptrend dijangka sehingga Khamis ini dan Jumaat ada kemungkinan harga emas menurun sedikit

Kadar kenaikan harga emas berdasarkan Fibonacci level

Resistance 1  : US 1121 / oz

Resistance 2  : US 1127 / oz

Resistance 3  : US 1136 / oz

Secara keseluruhan minggu ini adalah UPTREND bagi emas, harga,….. yahoo naiiik balik minggu ini..cepat tempah stok emas anda melalui saya di 016 7254054 AREA JOHOR…

Selamat Melabur     :-)

Share/Save/Bookmark

February 12 2010

Promosi Perkhidmatan Baru

Salam sejahtera dan apa khabar semua pembaca blog ini. Lama rasanya tak online mengupdate blog ini. Ini kerana dah 3 minggu ini agak sibuk dengan promosi dan buat kerja-kerja awal untuk menggerakkan SERVIS BARU saya selain dari Menjual dan Membeli Emas Pelaburan Public Gold / Dinar.

Kini dengan rasminya saya ingin mempromosikan perkhidmatan saya yang baru iaitu;

1)  Khidmat Membeli Emas Terpakai, Patah, Rosak serta Gold Bar  dan Syiling Emas baru atau lama.

Jika anda ada emas-emas patah / rosak atau memang nak jual emas anda, jangan runsing, jual balik pada saya. Saya beli dengan harga tinggi yang menarik setanding dengan pembeli emas lain. Anda boleh jual pada saya walaupun anda ada emas berkilo-kilo dalam tangan, insyaallah saya beli. Tak semestinya di Johor sahaja, di mana saja anda berada sila hubungi saya, insyaallah, akan ada wakil  saya di sana yang akan menyelesaikan masalah anda.

2)  Khidmat Tolong Tebus Surat Pajak di Ar Rahnu / Konvensional.

Jika anda ada masalah nak tebus semula emas anda di Pajak Gadai Ar Rahnu / Konvensional, jangan biarkan ia begitu saja, anda akan rugi, sebaliknya hubungi saya. Cash akan diberikan untuk tebus emas anda dan baki tebusan akan saya pulangkan kembali ditolak keuntungan. Untuk area luar Johor, boleh hubungi saya, nanti akan saya paskan pada wakil saya di sana untuk menguruskan urusniaga ini.

3)  Khidmat Menguji dan Menilaikan Emas Anda, khidmat jururunding emas .

Anda nak “Trade in” emas anda di kedai emas, pastikan anda timbang sendiri dan pastikan mutu emas anda sebelum ke sana agar anda tidak akan tertipu lagi apabila berurusan dengan emas/barang kemas. Hubungi saya untuk uji emas anda. Statistik menunjukkan ramai pengguna emas tertipu semasa menjalankan urusniaga trade in barang kemas.

Anda juga boleh bertanya tentang emas pelaburan anda, apakah teknik terbaik yang boleh anda lakukan dengan emas pelaburan anda.

4)  Khidmat Mencuci dan Memperbaiki Emas Anda Semula.

Jika anda ada emas yang agak kusam, lusuh, nampak tak bermaya, serahkan pada saya untuk diservis. Kembalikan semula KILAUAN EMAS anda yang sebenar…

5)  Peluang Menjana Pendapatan Lumayan daripada Bisnes Emas kini dibuka.

Bagi yang berminat, ada 2 pelan bisnes iaitu yang bermodal dan bermula tanpa modal yang ingin saya kongsikan. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Satu peluang yang menarik!! Boleh berniaga emas tanpa modal???

Diharapkan perkhidmatan  baru yang saya tawarkan ini akan mampu memeriahka lagi dunia Pelaburan Emas dan memartbatkan nilai EMAS itu sendiri selaku logam yang terpilih.

Saya mengamalkan Prinsip ini dalam Produk dan Perkhidmatan Emas yang saya tawarkan iaitu;

1. Ketelusan dalam urusniaga. Anda boleh timbang sendiri EMAS anda..untuk elak daripada gharar dan riba’

2. Berkonsepkan ” Friendly Services”.

3. Adanya akad JUAL dan BELI yang kami tekankan dalam setiap urusniaga EMAS agar kami dan pihak pelanggan tidak akan terlibat dengan RIBA’ dan agar selaras dengan kehendak syariat islam..

4. Pelanggan yang biasa berurusniaga dengan kami akan diberikan sedikit diskaun dan insentif, insyallah….masih dalam perancangan sebagai tanda menghargai mereka.

Jika anda berminat dengan tambahan servis yang ditawarkan, bolehlah menghubungi saya atau rakan saya di talian tertera di bawah ini atau menulisnya di Ruangan Contact.

EN KHAIRUL : 016-7254054

PN ZUE : 017-7321648

Insyaallah, atas permintaan ramai, analisa teknikal dan fundamental emas akan saya cuba kongsikan dalam blog ini kembali selain artikel tentang emas …..heh hee tunggu …..

Selamat Melabur Emas……….. :-)

Share/Save/Bookmark