Archive for May, 2010

May 31 2010

Cara Mudah Cari Duit Lebih

Salam, artikel ini ditulis untuk memudahkan lagi urusan Pembelian Emas / Barang Kemas Terpakai, Patah, Rosak, Putus, Baru dan Lama.

Jika anda buntu untuk mencari wang tambahan demi menampung perbelanjaan bulanan anda, maka atas inisiatif ini, saya telah wujudkan program ini untuk sama-sama membantu “win-win” situation. Saya dapat EMAS terpakai, anda dapat komisen hasil belian tadi.

ANDA HANYA PERLU FORWARDKAN INFO INI KEPADA SAYA

1. Nama Penjual Emas / Barang Kemas

2. Barang emas yang hendak dijual

3. No. telefon penjual emas

4. NO Akaun Bank anda (untuk depositkan komisen).

Dan hantar melalui blog ini melalui

1. Ruangan komen blog ini

2. Email saya : knizambiz@gmail.com

3. Call / SMS di : 016 7254054

Saya akan terus buat call pada nombor telefon penjual tadi dan akan jalankan urusniaga pembelian emas. Jika urusniaga berjaya, komisen 20% atas nilai keuntungan  akan diberikan…untuk komisen yang lebih tinggi, sila jadi Agen Pembeli Emas berdaftar dengan saya terlebih dahulu.

ANDA HANYA BERITAHU SAHAJA, DAN SELEBIHNYA KAMI URUSKAN…KOMISEN ANDA DAPAT…..SENANG KERJA KAN?? TIADA RISIKO…BILA-BILA MASA BOLEH BUAT..

Share/Save/Bookmark

May 31 2010

Pergerakan Harga May 31 - Jun 5

Salam sejahtera semua pembaca blog saya…..apa khabar?

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menulis untuk blog ini. Lama juga tak update pergerakan harga emas ini, ada sedikit kesibukan dengan tugas hakiki dan pelaburan. Minggu lepas, mnyaksikan harga emas menurun selepas satu kenaikan secara drastik kesan “debt crisis” di EURO zone.

Untuk minggu ni, bagaimana…? Berikut antara análisis yang dapat dikenalpasti boleh beri kesan pada harga emas, secara tak langsung. Cuba lihat graf emas setakat minggu ini.

Analisa Fundamental

Antara news headlines yang penting minggu ini;

“US Pending Home Sales: Published on Wednesday 10 AM,(Malaysia Time). Other housing figures from the US were excellent. For example, existing home sales jumped by 7.6%. So also with pending home sales, the positive trend will probably continue. The rise of 5.3% seen last month will probably be followed by a similar rise of 4.8%, boosting the dollar.”

- Memungkinkan US Dollar naik kembali, menurunkan harga emas

“American ADP Non-Farm Payrolls: Published on Thursday at 8:15 AM (Malaysia Time) The figure from ADP isn’t too good in predicting the Non-Farm Payrolls, but always shakes the markets. This somewhat lagging indicator showed a gain in jobs in the past two months. The gain of 32K jobs in the private sector will probably be followed by a bigger rise this time – 56,000.”

- Kesan kenaikan pada USD dan menurunkan harga emas.

“American Unemployment Claims: Published on Thursday at 12:30 GMT. This weekly barometer is usually a better indicator. During most of this month’s weeks, it stood around 440K, signalling a positive NFP. Unemployment claims stood on 460K last week. A drop below 430K will raise expectations, while a rise above 480K will be very disappointing.”

“Non-Farm Payrolls: Published on Friday 8:30 AM (Malaysia Time). The most important indicator was superb last month – it showed that the American job market gained 290K jobs, far better than 198K that was predicted. Also the previous month’s number was upgraded to 230K. On the other hand, the unemployment rate jumped from 9.7% to 9.9%, avoiding double digits, but still causing worries.”

Secara keseluruhannya, pada minggu ini, banyak berita positif dari USD menungkinkan sedikit penurunan pada harga emas dunia.

Analisa Teknikal

Secara keseluruhan, daripada Weekly dan Daily timeframe untuk carta emas, signal utama saya masih lagi bertahan pada posisi UPTRENDING. Di timeframe Daily;

MACD : Uptrend

RSI : Belum ada terbentuk trending pattern.

MA crossing : Uptrend

B-Band : Uptrend

LK-FDI : Masih uptrending lagi, belum masuk fasa sideway.

Jadi secara keseluruhannya, berdasarkan pada analisis Fibonacci, harga emas akan naik buat seketika mencecah paras Resistance 2 di US 1218/ ounce, sebelum harga emas jatuh sedikit, bergantung pada Non Farm Payrolls news yang akan keluar pada Jumaat ini. Jika harga emas jatuh sedikit, peluang yang baik untuk membeli emas pada harga rendah…Kadar penurunan harga

Support 2 : US 1202 / ounce

Support 3 : US 1197 / ounce

Semoga analisa ini dapat beri panduan dalam pelaburan emas anda.

Share/Save/Bookmark

May 11 2010

Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek…dia buat lagi…

Salam sejahtera kepada semua peminat emas, especially pembaca blog saya, terima kasih, kerana sudi menatapi blog sempoi ini….

Alhamdulillah, dah dekat sebulan dua ni, emas mengganas kembali. Dalam keganasan ini, saya sempat melabur untuk jangka pendek, cuma tak banyak emas yang dapat saya “mainkan” dalam tempoh ini, ada kekangan sedikit, banyak keperluan perlu dibereskan dahulu…tapi yang penting adalah juga profit dapat dijana dari tempoh ini.

OK, teknik ini bermula pada 25 Mac 2010 (paras harga terendah) hingga 9-11 May 2010, dalam 46 hari juga.

OK Bagaimana ianya boleh dilakukan..?

Mula-mula sekali, pada 25 Mac 2010, telah berlaku satu kejatuhan harga emas ke tahap terendah pada musim ini, iaitu sebanyak RM 2578 / 100 gram. Cuba lihat screenshot rega emas bar Public Gold.

Katakan anda telah lock dan membeli sebanyak 1 kilogram emas Public Gold pada harga belian RM 127691.

1 KG EMAS PG = RM127691

Kemudian, oleh kerana anda ingin ambil profit jangka pendek dari emas 1kg yang telah anda beli tadi, anda pun pajakkan ia di Pajak Gadai Ar Rahnu (ni kena tanya agen PG katne yg boleh pajak), kalau tanya saya, kalau orang Johor, pergi aje ke KPMNJ Jalan Segget JB untuk memajak emas anda, kat sana diaorang terima Gold Bar dan Dinar Public Gold.

Dalam proses pemajakan emas tadi, dengan 1 kg emas, saya jangkakan anda akan dapat cash sebanyak RM 89383 . Ini kerana kadar pajak di KPMNJ adalah lebih kurang Bank Rakyat, harga semasa tinggi sedikit dari harga di Public Gold. Dalam kes ini saya anggarkan anda dapat cash 70% dari nilai RM127691, untuk memudahkan kiraan.

Tunai diterima selepas pajak 1 kg emas = RM 89383

OK Step seterusnya, pada hari yang sama juga selepas gi pajak, anda harus beli lagi emas gold bar samaada dari Public Gold atau mana-mana institusi yang ada pelaburan emas seperti GIA Public Bank, Emas bar 950 dari Emas Rakyat, gold bar dari KFH. Prinsipnya, anda mesti beli emas dengan institusi yang memberikan spread emas yang paling kecil dan semestinya patuh syariah….

1. Kebiasaannya, untuk penjual emas, boleh je beli emas PG sebab pergerakan harga lebih pantas dan senang jual walaupun spread agak besar juga.

2. Kalau anda pada posisi pelabur, mungkin boleh beli emas GIA, KFH, atau Emas Rakyat, kerana spread yang lebih kecil, dan senang nak jualkan bila dah untung, tak perlu cari customer untuk jual.

Dalam kes saya ini, saya telah membeli emas GIA dengan harga RM 115.24/ gram. Katakan dengan cash RM89383 tadi, anda mampu membeli emas GIA sebanyak 775 gram.

RM 89311 = RM 115.24 X 773  gram Emas GIA Public Bank

OK Step seterusnya, adalah menunggu dengan penuh sabar dan yakin, EMAS ANDA AKAN NAIIIIIIK HARGA….. kerana anda dah beli pada harga terendah….apa nak bimbang. Teruskan kerja hakiki anda….

Waktu yang dinantikan telah tiba, harga emas telah sampai ke kemuncak ketinggiannya. Dan alhamdulillah pada 8 May 2010, harga emas dah kira tinggi jugalah, walaupun sebenarnya kalau ikutkan analisis, belum cecah ke kemuncaknya lagi.  Cuba lihat graf dan screenshot harga emas pada waktu itu.

Harga emas GIA semasa dah tinggi.

Harga emas PG semasa dah tinggi

OK, pada 11 Mei 2010, pada harga buying price GIA Public Bank RM 121.45/ gram, anda bolehlah menjual kembali emas GIA yang telah dibeli dahulu pada 25 Mac lalu. Berapa nak jual?….kalau saya jual semua sekali tinggalkan baki 2 gram dalam GIA sahaja, sebab harga emas akan jatuh selepas itu. Jika anda jualkan semua RM773 gram pada harga RM 121.45 / gram, maka anda akan terima balik cash sebanyak RM 93880.85

RM 121.45/ gram x 775 gram = RM 93880.85

OK, sampai masanya untuk anda bawa semua cash RM93880.85 itu ke tempat dimana anda pajakkan emas 1kg anda dahulu, di KPMNJ. Cuba kita buat analisa sedikit sebelum nak tebus emas anda.

1) Jumlah pinjaman di KPMNJ = RM 89383

2) Anggaran upah simpan sebulan = RM 1001.10

(Anggaran ini dibuat pada kadar 1.12% dari nilai RM 89383 iaitu

1.12% x RM89383  / sebulan)

3) Jumlah upah simpan sehingga 11 May 2010 iaitu 47 hari = RM 1570

Bawa RM 93880 tadi ke KPMNJ dan bayarkan upah simpan RM 1570. Bakinya pula anda bayarkan balik nilai pinjaman asal sebanyak RM 89383 dan anda akan dapat balik emas 1 kg anda beserta lebihan cash di tangan RM 2927.85 sebagai untung hasil dari teknik pelaburan emas jangka pendek tadi.

RM93880.85 - RM89383 - RM1570 = RM 2927.85

Haa….dalam masa 47 hari pelaburan emas anda sebanyak 1 kg ini kelebihan yang anda dapat dengan menggabungkan teknik jangka panjang dan jangka pendek ;

1)  Emas 1 kg anda telah naik “capital gain” dari RM 127691 ke nilai RM 136342, KENAIKAN SEBANYAK RM8651 dalam masa 47 hari jer….

2) Anda dapat raih untung cash tambahan RM 2927.85 sambil-sambil duduk menunggu harga emas naik.

3) Sesak-sesak, nak pakai duit, boleh pajakkan emas anda, dan anda masih boleh terima faedah kenaikan emas anda itu walaupun sedang dipajak.

SO tuan-tuan dan puan-puan, itu baru 1 kg EMAS punya kemampuan, cuba kalau ada 3-5 kilogram emas, tak ke boleh jana income bulanan macam tuuuu,

ITULAH SEBABNYA…..SAYA NAK STRIVE JUGA KUMPUL 1 KG DAN LEBIH EMAS ….kerana ia mampu juga jana PASSIVE INCOME yang hebat…sehebat passive income dari pelaburan hartanah…

dan begitu jugalah kepada anda semua, simpanlah emas sambil pelajarilah ilmu pelaburan emas ini, insyaallah ia mampu memberikan pulangan yang hebat jika tahu caranya…..dan untuk musim seterusnya, saya akan cuba melakukan variasi pada teknik ini iaitu untuk menukar platform dari GIA ke gold bar KFH ataupun gold bar dari Emas Rakyat, kerana pada pendapat saya, ianya lebih patuh syariah berbanding GIA Account, kerana sekarang kita dah ada alternatif yang lebih baik.

Untuk informasi lanjut / membeli atau jual emas, boleh hubungi saya di 016 7254054……

Share/Save/Bookmark

May 8 2010

Update Pelaburan Emas dan Kempen Terbaru Emas

Salam sejahtera semua pembaca blog ini…

Alhamdulillah, dah agak lama tak update blog ini. Kebelakangan ini, agak sibuk dengan urusan universiti dan peperiksaan akhir untuk pelajar sana, di samping sedang menyusun semula strategi perniagaan dan pelaburan emas ini. Beberapa kempen baru sedang dilaksanakan seperti “Kempen tukar Emas Terpakai kepada Jongkong Emas / Dinar“. Dalam kempen ini saya giat menceritakan kepada customer dan pengguna emas bagaimana dengan menukar barang emas terpakai dan rosak, patah-patah dengan gold bar/dinar emas, mampu mengembalikan semula nilai emas rosak / patah anda dalam masa yang singkat, jadi secara tak langsung, klu kita beli dan pakai barang kemas, lepas tu dah pakai lama tiba-tiba ia patah, rosak,kemek, mulur , design dah outdated…dsb….maka dengan cara ini, anda mampu kembalikan semula nilai emas rosak anda dengan bantuan gold bar/dinar /GIA Gold account.

Begini caranya;

Katakan harga semasa emas 916 di pasaran sekarang (7/5//10)- RM138/gm

Harga emas terpakai/patah 916 (7/5/10) - RM109.41/gm

Jika anda nak jual anting-anting patah 916 beratnya 2.4 gm, maka

Harga semasa anting-anting baru 916    - RM331.20

Harga terpakai/patah anting-anting 916 - RM262.58 (Harga adalah anggaran, tertakluk pada condition / design anting-anting itu).

Jadi dalam kes ini, anda dah rugi sikit RM 68.62 dalam proses jualan tadi. Jadi bagaimana nak atasi kerugian ini…?

1. Beli emas di kala harga rendah dan jual balik di kala tinggi. Teknik ini sesuai dilakukan dengan emas pelaburan gold bar/ dinar atau GIA Account. Oleh kerana harga jual dan beli semula emas pelaburan sudah dtetapkan oleh institusi yang mengluarkannya, maka mudah untuk kita pantau pelaburan emas ini. Klu untuk customer yang nak melabur cara pantas, saya akan ajar mereka teknik manipulasi graf emas untuk cover balik kerugian RM68.62 tadi dengan GIA Gold Account.

2. Nak lagi pantas cover balik kerugian tadi adalah dengan jadi Agen Pembeli Emas berdaftar dengan saya. Tiada modal diperlukan dan tak payah keluar peluh. Tugas anda hanyalah forwardkan informasi penjual emas kepada saya. Jika urusan pembelian itu dapat disempurnakan, maka anda akan diberikan komisen. Dalam kes di atas, jika anda mampu memberikan prospek penjual emas dalam lingkungan 10 gm, insyaallah anda mampu cover balik kerugian RM 68.12 tadi. Seolah-olah anda menjual anting-anting patah anda tadi dengan harga semasa anting-anting baru.

Jadi bagaimana, siapa kata menjual emas patah-patah itu satu tindakan yang merugikan…??


Gambar Gold Bar dari KFH (Ihsan dari www.jutawanemas.com)

Baiklah, selain  kempen terbaru ini, banyak perkara juga berlaku dalam sebulan saya tak update blog ini, kalau kita baca blog jutawanemas.com, haa, nampak nya sekarang kita dah ada satu alternatif lain dalam melabur emas iaitu

Akaun Pelaburan Emas Kuwait Finance House. Boleh baca artikel tentang KFH di sini, yang dilulas oleh En Syukor Hashim.

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kuwait-finance-house-malaysia-kfh-gold-account-i/

Apa yang menariknya tentang KFH gold investment ini adalah, spreadnya yang rendah dalam 5% dan hampir sama dengan spread GIA Public Bank, dan ia lebih patuh syariah kerana jika kita ingin keluarkan emas fizikalnya, memang boleh dapat, berbanding akaun GIA yang hanya jual/beli nilai emas sahaja. Kalau nak monitor pergerakan index emas di KFH boleh klik sini

http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/

Jadi sekarang saya sedang mengintai-intai peluang untuk menggunakan emas dari KFH sebagai ganti untuk pelaburan di GIA Account, lebih-lebih lagi untuk Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek. Tunggukan artikel saya selepas ini untuk teknik pelaburan jangka pendek yang latest yang dapat dilakukan oleh saya.

Share/Save/Bookmark