Salam sejahtera, apa khabar semua pembaca blog ini. Lama sudah saya tidak mencoretkan artikel di blog ini. Saya agak sibuk sekarang dengan urusan pengajaran dan tugasan universiti. Yang paling best adalah sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah ebook pertama saya tentang pelaburan emas. Jika tiada aral melintang insyaallah dijangka selepas Hari Raya ini akan siap dan fasa seterusnya untuk proses pemasaran.
Saya rasa sudah sampai masanya saya kumpulkan semua case study dan pengalaman saya selama 2 tahun lebih juga dalam pelaburan emas ini kepada pembaca sekelian dalam bentuk ebook untuk manfaat bersama sesama peniaga emas dan pelabur emas.
Saya tak ingin ulas panjang tentang ebook ini panjang lebar, insyaallah bila dah hampir siap, akan saya hebahkan kandungan dan objektif ebook ini saya terbitkan. Ini kerana saya mendapat permintaan dan pertanyaan yang boleh tahan juga banyaknya dari rakan-rakan peniaga, pelabur emas dan juga email dari pembaca blog ini, untuk menerangkan secara detail kaedah pelaburan emas ini. Saya akui saya masih belum betul-betul mahir dalam selok belok emas ini, dan masih banyak yang perlu saya belajar lagi…namun secebis pengalaman saya, kiranya boleh dikongsikan untuk manfaat semua.
Baiklah sebelum ramai yang mengucapkannya, saya yang terawal ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Ramadhan bagi tahun ini kepada semua pembaca blog ini, Selamat Berpuasa dan diharap jalanilah ibadah ini dengan keihklasan dan hati yang mengharapkan pengampunan Allah. Bulan yang penuh berkah ini Allah bukakan pintu pengampunan bagi hambanya dengan seluas-luasnya, maka manfaatkanlah waktu ini ya….
Update Pergerakan Harga Emas.
Oklah, dah agak lama dah tidak update selepas harga emas mengalami fasa downtrend yang agak lama juga, hampir sebulan lebih.
Berita baiknya, pada 2 Ogos 2010 lalu, harga emas telah ada menunjukkan tanda-tanda perubahan trend yang ketara, dan apabila diamati segala aspek fundamental dan teknikal, saya menjangka, kali ini emas sedang dalam fasa permulaan untuk kembali ke fasa uptrend. Alhamdulillah…harap-harap begitulah….cuba lihat harga pada 2 Ogos lalu….
Jadi,saya telah memajakkan gold bar yang telah dibeli dahulu pada 1 Julai 2010 di Agro Bank untuk dapatkan extra cash. Cash hasil pajak itu bolehlah digunakan untuk membeli emas GIA untuk mulakan Kempen Pelaburan Jangka Pendek lagi….dan harga GIA pada masa itu adalah seperti di bawah;
Sehingga ke hari ini, alhamdulillah, trend semakin naik dan kini aras harga emas pada graf sudah berada pada tahap seperti graf di bawah ini. Diharapkan harga akan terus naik dan insyaallah selepas mencapai target keuntungan, saya akan jualkan emas-emas GIA tersebut dan tebus kembali gold bar yang saya pajakkan di Agro Bank beserta dengan untung hasil pelaburan jangka pendek ini.
Jika pembaca ingin mengetahui bagaimana caranya saya melakukan teknik ini langkah demi langkah yang simple dan mampu anda lakukan, nantikan kemunculan ebook sulung saya di pasaran dan rajin-rajinlah menjenguk selalu blog ini ya, terima kasih…..


August 9th, 2010
admin




![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)


