November 30 2009

Analisa Pergerakan Harga Nov 30 - Dec 6

Salam sejahtera semua pembaca, selamat pulang dari bercuti Hari Raya Haji. Alhamdulillah ada kesempatan untuk menulis lagi untuk jangkaan pergerakan harga minggu ini.

OK minggu lepas menyaksikan harga emas naik dan naik lagi sehingga Berjaya melepasi tahap Resistance target iaitu US 1195/ounce ,selepas itu seperti jangkaan, tiba musim hari raya haji harga emas mula jatuh kembali. Drastik juga kadar menjunamnya dari US 1189 ke US 1136,/ounce sebelum ia bounce naik balik juga drastik sampai ke paras US 1175/ounce. Kenaikan drastik ini disebabkan oleh Dubai Crisis yang menyebabkan lonjakan harga US currency dan menjatuhkan EUR currency. Tengok chart emas pada 27 Nov lalu, kan ada kenaikan  harga  emas yang drastik pada masa tu setelah harga jatuh balik, ada “tail” panjang pada bentuk candlestik.



Minggu ini sehingga hari ini Isnin, harga emas mula menaik kembali tapi kalau ikut pada indicator khas saya, momentum kenaikan harganya dijangkakan agak lembap sedikit minggu ini. Ini disokong oleh beberapa sebab fundamental yang dapat dikenalpasti iaitu ;


Fakta 1:

Non Farm Employment Change indicator untuk USD forecast bahawa kadar overtime working hours yang cuba diimplementasikan dalam sector industri dan pembuatan di USD mungkin hanya dapat membantu memenuhi permintaan terhadap barangan dan produk, walaubagaimanapun kesan terdekat menyebabkan pertumbuhan ekonomi US akan terbantut. So saya berpendapat, harga currency price USD akan berubah-ubah ataupun “volatile” , turun naik minggu ini dan ini memberi kesan volatility pada harga emas minggu ini.

Sumber : The Wall Street Journal


Fakta 2 :

Dari kenyataan di bawah ;

The Euro finally broke out of the range but returned to it when the Dubai crisis broke out. EUR/USD awaits a rate decision and 10 other events that will shape its direction in the upcoming week. Here’s an outlook for the upcoming week in Euroland, and an updated EUR/USD technical analysis.”

Berdasarkan kenyataan ini dan teknikal chart analysis untuk EUR currency, ada kecenderungan EUR currency untuk naik memandangkan 6 daripada 10 events yang dinyatakan seperti kat atas tu, selidik punya selidik oklah insyaallah positif forecast. Ini bermakna ada tendency untuk EUR currency naik kembali setelah jatuh agak teruk juga selepas Dubai Crisis 27 Nov lalu. Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman, trading, kalau currency nak naik balik selepas major price jatuh agak lambat recovery period nyer…tak macam kalau currency jatuh, laju ajer..so sekali lagi memberi kesan volatilii pada market EUR yang kebiasaannya “peg” (saya pun tak tahu maknanya dalam BM apa yer, mungkin “disandarkan” ) pada gold market.

Sumber : Forexcrunch


Secara keseluruhan berdasarkan fundamental dari gold news market, masih positif akan ada kenaikan pada harga emas, Cuma mungkin bukan pada minggu ini kerana berdasarkan teknikal chart untuk emas, fasa downtrend di timeframe H4 untuk emas dah mula berlaku, dan momentum downtrendnya sehingga hari ini masih kuat, jadi tanda-tanda pemulihan emas balik naik balik harganya agak sukar juga minggu ini, insyallah minggu depan naik lah tu harganya kerana Daily dan Monthly timeframe masih bullish, sama-sama kita doakan.

Saya berpendapat, minggu ini bolehlah review stok masing-masing, boleh kumpul modal untuk beli stok baru ataupun untuk investor boleh lock harga beli emas untuk simpanan dan bersedia untuk price breakout untuk Christmas dan New Year Season. Untuk nak jual balik, terpulang pada individu, kalau dah untung as per target, jual balik pun boleh, tak pun simpan lagi pun saya rasa ok lagi…..uptrend masih kuat lagi in weekly dan monthly timeframe. Sebagai rujukan, paras kejatuhan

Support Level 1 : US 1147/ounce

Support level 2 : US 1134/ounce

Support Level 3 : US 1113/ounce

OK itu saja, selamat melabur emas fizikal….belilah emas fizikal untuk ketenangan minda anda semasa melabur…..

Kalau nak LOCK harga emas dengan saya boleh hubungi saya di 016 7254054 area Johor…..

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Analisa Pergerakan Harga Nov 30 - Dec 6”

  1. Alif says:

    Assalamualaikum wbt
    Salam perkenalan. Saya Mohd Alif Nordin dari KL. Nak tumpang promote emas boleh? Kalau tak boleh, terus delete je ye. Terima kasih.

    Terus terang saya cakap, saya sangat galakkan anda semua untuk libatkan diri dengan jual-beli emas ni sebanyak dan secepat mungkin! Semasa trend harga emas tengah naik ni, adalah lebih baik sekiranya sebahagian duit yang ada dalam ASB atau KWSP tu anda keluarkan dan jual-beli/melabur dalam emas.

    Buat masa ni, serious…fokus lah pada EMAS! In the long run pun, melaburlah dalam emas.

    Sekarang saya ada READY STOCK untuk:
    1) emas 1 dinar
    2) emas jongkong 20g
    3) emas jongkong 50g
    4) emas jongkong 100g

    Harga adalah mengikut harga semasa yang dipaparkan di http://www.publicgold.com.my

    Sila hubungi saya di 019-2624 250 untuk urusan jual-beli (utk lock harga dan set time dan tempat untuk urus niaga). Serah-terima emas dan duit mestilah pada hari yang sama anda lock price dengan saya.

    NOTA: Anda tidak akan dikenakan ‘Delivery Charge’ yang mungkin menjangkau RM30 per unit seperti yg di charge oleh Public Gold, tetapi tawaran ini hanya terhad kepada pembeli di kawasan KL dan Selangor sahaja.

    Terima kasih again tuan rumah!

  2. khairulnizam says:

    salam,boleh jer….demi untuk ramai orang kita di luar sana celik dengan emas dan cepat cepat melabur emas…..

Leave a Reply