Salam kepada pembaca semua;
Sedikit ulasan saya pada pergerakan harga minggu ini 16-21 Nov 09 sebagai panduan kepada agen-agen emas dan pelabur khususnya;
Permulaan hari Isnin ini menyaksikan harga emas aktif naik, menunjukkan momentum bullish kesan dari incident minggu lepas masih kuat sehingga mampu mencecah paras USD 1131 / ounce melepasi rekod yang penganalisis jangka boleh hit rekod USD1126/ounce. Tengok chart tuu, tinggi kan harga emas……fuuuh.
Harga emas dijangka akan terus naik minggu ini sampai Nov 20 berdasarkan pengamatan pada indicator khas saya dan petunjuk dari analisis Elliot Wave dan MACD. Signal pada MACD dan indicator khas saya menunjukkan momentum pergerakan harga emas masih kukuh dan boleh bertahan insyaallah sampai hujung minggu ini.
Berdasarkan pada momentum bullish ini yang dah sampai ke tahap Resistance 3, besar kemungkinan harga emas akan berlegar-legar di sekitar harga USD 1131 – 1145 / ounce sebelum ia bounce dan jatuh semula dalam minggu hadapan, mengikut jangkaan saya.
Trend kenaikan ini mungkin tidak dapat bertahan lama pada price USD 1145 / ounce kerana petunjuk currency USD menunjukkan USD Currency akan ada tendency untuk naik kembali based pada beberapa news release dalam minggu ini antaranya :
- Retail Sales in the U.S. Increase More Than Forecast on Autos.
- Sales at U.S. retailers rose more than expected in October as consumers bought more motor vehicles and other goods
- Sales, Production, Housing Probably Rose: U.S. Economy Preview.
Fakta No. 1, 2 dan 3 boleh refer di link ini untuk pembacaan yang menyeluruh;
Sumber : Bloomberg.com
Kebiasaannya pada bila tiba dekat-dekat nak musim perayaan dunia dalam kes ini hari raya haji, harga emas akan turun seketika seperti yg berlaku semasa Hari Raya Puasa dan Deepavali baru-baru ini. Mungkin time raya-raya nih, orang sibuk beraya, bukan sibuk beli emas, masa tuh diskaun kat kedai emas pun dah habis, dia rancak time sebelum apa-apa raya biasanya.
Fundamental di atas menunjukkan consumer spending indicator pada USD yang semakin kukuh, sekaligus jika trend ini berterusan boleh memberikan kesan pada penurunan harga emas.
Walaubagaimanapun, penurunan harga emas semasa musim Raya Haji ini mungkin sementara sahaja, kerana trend keseluruhan emas di Weekly dan Monthly Frame masih bullish. Jadi tak perlu panik dahulu, simpan je lagi emas anda, insyaallah ada rezki dan berkat doa, harga naik lagi tuuu untuk Christmas dan Tahun Baru Season.
Selain itu berita baik untuk emas, diberitakan tahun 2009 akan menyaksikan banyak Central Bank di Negara-negara di dunia akan jadi pembeli emas yang banyak. Pada minggu lepas Central Bank India membeli 200 tan emas dari IMF next order lagi 200 tan, diikuti oleh polisi kerajaan Vietnam untuk membenarkan import emas jika harga emas terus melambung tinggi.
Sumber : Central Bank jadi net gold buyer
Vietnam buka polisi untuk import gold
Selamat Melabur Emas…..

admin Under
| 
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






tq bro..infor yg amat berguna utk sy..kalau dah tiba masa sesuai utk agen beli emas….bg tau k