January 7 2010

Pergerakan Harga 3 - 9 Jan 2010

Salam sejahtera dan salam hormat semua pembaca blog saya sekelian.

Pejam celik pejam celik, tup-tup dah masuk tahun baru 2010. Pastinya ada azam baru yang telah disemai sejak sebelum masuk tahun baru 2010 lagi. Begitu juga saya, punya azam baru, dan target saya dalam bidang pelaburan dan perniagaan emas tahun 2010 ini adalah untuk MENGUMPUL 1 KG EMAS…dan pergi Umrah tahun ini 2010….he he…ini target yang saya kira realistik untuk saya capai, insyaallah sama-samalah kita semua doakan agar tuhan mempermudahkan jalannya untuk mencapai impian tersebut.

Minggu ini adalah satu minggu yang amat sibuk bagi saya kerana berbagai hal datang serentak seperti pindah rumah, mula persekolahan anak-anak, mula semester baru universiti, anak-anak semua kembali ke pangkuan saya dan isteri setelah tempoh berpantang isteri 60 hari tamat….rasa macam nak tercabut kaki ini berlari sana sini menguruskan semuanya, tetapi insyaallah bisnes dan pelaburan emas still “on track” lagi. Saya anggap ini cabaran yang besar bagi saya untuk membahagikan masa sebaiknya untuk family, career dan bisnes ini.

OK kupasan kali ini ringkas sahaja kerana tiada analisis fundamental yang saya lakukan kerana kesuntukan masa, walaubagaimanapun indicator teknikal carta menunjukkan pada 4 Jan 2010 lalu telah terbentuk satu simbol trend reversal yang paling CONFIRM TREND BERALIH ARAH DARU DOWNTREND KE UPTREND iaitu wujudnya candlestick “DRAGONFLY” . Ini satu petanda trend reversal yang amat kuat diikuti oleh perubahan pada indicator MACD dan ADX level yang turut berubah dari downtrend ke uptrending.

Cuba lihat carta antara 31 Jan dan 4 Jan lalu, akan kita lihat satu bentuk candlestik yang berupa macam pedang panjang hala ke bawah, satu brake effect yang tinggi.

Jadi pengamatan teknikal di timeframe Wekkly, Daily dan H4 menunjukkan uptrend bagi EMAS dah bermula dan selepas ini price akan naik kembali ke paras resistance level di bawah;

Resistance 1   :   US 1125/ounce

Resistance 2  :  US 1128/ounce

Resistance 3  :  US 1133/ounce

Jadi sekarang tempoh sesuai sangat nak beli emas kerana trend menaik sudah bermula dan harga masih di tahap rendah lagi sebelum ia akan naik lagi insyaallah SEPANJANG BULAN JAN 2010 ini…..

Selamat melabur :-)

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

10 Responses to “Pergerakan Harga 3 - 9 Jan 2010”

  1. pokli.com says:

    alhamdulillah

    perkongsi yg menarikkk

    jom beli emas dgn khairul nizammmmmmmm

    • admin says:

      salam

      thank you, yep betul tu…sifu besau dah kata beli….jom oghe johor….mari pakat beli emas ni, timing canteek nih….

  2. max says:

    salam sejathera, saya nak tanya:
    1). Adakah masa ini paling sesuai untuk membeli emas pada harga 1 gram=rm125(08.01.2010)

    2). Bilakah masa yang sesuai untuk jual balik emas sekiranya saya membeli pada hari ini?(pada harga berapa yang sepatutnya)

    thanks a lot…..

    • admin says:

      salam thanks kerna bertanya,
      1) ok masa ini juga sesuai nak beli, sebab price pun baru bergerak…..walaupun masa paling sesuai adalah pada 22 Dec 2009 hari itu, perfect timing masa tu…walaubagaimanapun price skrg masih uptrending lagi harga sampai insyaallah hujung bulan Jan 2010 ini, bulan Feb, blum tau lagi……kena tgk nanti dah dekat2 nak Feb 2010.

      2) bila masa yg sesuai sbnrnya depend pada kita, berapa untung kita sasarkan. Klu nak cepat, saya sarankan tunggu sampai nak dekat2 raya puasa nanti ok juga nak jual balik. Diantara bln 2 hingga 5 2010 ni…klu ikut sjarah price lepas-lepas kenaikan tak tinggi sangat…..

      so itu guide sajalah….terpulang pada max.atie, yang paling senang ada cash cukup je terus beli, sebab pengalaman saya jual nih kadang-kadang dh signal kat buyer ni perfect timing utk beli, tapi sampai masanya cash pulak takde…sudahnya melepas juga……..itu moral of the story….

      selamat melabur

  3. max says:

    saya dah masuk public bank gold investment account sebanyak 42 gram x 124.94(harga masa tu…)Rm 5247.48,bilakah masa dan harga yang sesuai unuk jual semula?satu lagi nak tanya, bolehkah saya jual dalam 1 gram, 2 gram atau 5 gram macam tu…so klu jual 2 gram maksudnya saya ada balance 40 gram…thanx..

  4. anep says:

    salam.saya nak tahu harga emas putih terkini.1gram=rm?
    tolong email saya di anepsmith@yahoo.com kerana saya jarang bukak website ni.harap membantu.tq

    • admin says:

      salam, thanks krna bertanya, ok utk emas putih, buat masa ini kami tidak membeli dahulu atas sebab-sebab yg belum boleh dielakkan, jadi tak dapatlah nak quote berapa harganya, maaf ya.
      Jika en/cik berminat, kami ada sediakan peluang untuk berniaga/jadi usahawan emas tanpa modal yang menarik, komisen pun tinggi….jika berminat, boleh contact saya di 016 7254054 utk keterangan lanjut…tiada obligasi

      admin

  5. faqhri says:

    salam cik…saya perlukan bantuan cik ni..saya nak buka investment public bank gia..modal 70 k..adakah ok???bagilah tips haluan

    • admin says:

      salam, thanks faqhri, ok rm70k tuuu, banyak….ok ini pendapat saya berdasarkan pengalaman jual beli emas ini untuk panduan…

      1. saya berpendapat, ada baiknya en faqhri, menjadi agen Public Gold dengan rm70k…..
      2. selepas itu, dengan rm70k itu, pajakkan emas-emas itu untuk dapatkan cash semula. Insyaallah saya guide macamana nak buat proses pajak dan perkara teknikal tentang pajak gadai ini.
      3. klu nak invest jangka pendek, boleh masuk GIA
      4. guna teknik pelaburan jangka pendek seperti yg saya lakukan (ada saya ceritakan di entry post yang sebelum ini dalam blog saya, cuba scroll down).

      …..untuk bermain GIA, sebaiknya faqhri perlu tahu membaca timing yang sesuai graf emas agar jangka masa pelaburan yang faqhri lakukan berbaloi dengan pulangan yang diterima. Dahulu semasa mula-mula invest di GIA saya amat kecewa kerana saya melaburkan emas saya terlalu lama utk dapatkan pulangan sehingga saya terlepas banyak peluang -peluang lain yang menarik dan berbaloi….kerana modal dah terbeku di GIA…nak jual pun tengah rugi lagi…..

      saya ada offer utk en faqhri, jika en faqhri jadi ajen Public Gold under saya, saya akan beri tips mudah dan sure boleh buat punyer teknik untuk membaca graf dan menjangka harga rendah dan tinggi emas ini. Insyaallah saya pun dalam proses utk siapkan sebuah ebook tentang kaedah manipulasi graf emas dalam pelaburan emas di malaysia atas permintaan yangramai dari customer saya. Jadi segala tips ini adalah intipati dari ebook tersebut…insyaallah, moga dipermudahkan jalan utk saya siapkannya.

      moga tips ini menjadi panduan berguna buat faqhri, thanks

      admin

  6. makasih mas infonya bagus sekali..

Leave a Reply