Salam hormat kepada pembaca sekelian,
Alhamdulilah minggu ini agak lewat skit nak update pergerakan harga emas, sampaikan ada yang bertanyakan saya dgn sms ke mana harga nak bergerak ni, jatuh teruk lagi ke minggu ni…?..nak kena jual ke?….macam-macam persoalan tentang harga emas nih. Insyaallah saya cuba tengok-tengokkan sedikit ke mana harga ini diramalkan akan bergerak sebagai sedikit panduan sahaja ya, tiada jaminan ini betul, lain orang lain cara, lain pandang……walaubagaimanapun keputusan pelaburan di tangan anda sendiri ya…ini sekadar panduan ringkas sahaja.
Kenapa harga emas jatuh menjunan minggu lepas? Antara peristiwa penting pada 3 /12 lepas iaitu ramai pelabur menunggu untuk keluarnya berita Non Farm Payroll di US. Kalau berita cantek untuk USD maka emas pun jatuh. Berita NFP keluar kata mengatakan kadar pengangguran dan job market di US taklah seteruk disangkakan kerana angka actual 10% index sedangkan forecast index 10.2%.
Sumber :Bloomberg.com
Ini memberi impak besar kepada ramai pelabur bahawa kesan pemulihan sementara ekonomi di US semakin cerah. So mencanak-canak naik duit US by the time news itu release dari 3-4 Dec 09. Cuba tengok candlestik “marubozu” hijau pada 3/12, fuuh panjang berderet-deret.
Dan kesannya pada emas, memang menjatuhkan sementara harga emas…tengok, menjunam harga emas turun. Tengok chart emas sehingga kini, 8 Dec 09;
OK so camane ni, harga emas turun sampai mana, dah boleh jual ke? Ok untuk menjawab persoalan ini, ini antara pendapat saya berdasarkan pengamatan dan analisis teknikal & sedikit fundamental (tak sempat nak baca banyak berita, busy dengan dateline kerja heh he….)
Minggu ini fasa penurunan emas dijangka akan berterusan sehingga Jumaat ini dan mungkin boleh berterusan sampai awal minggu hadapan kerana beberapa news penting release pada minggu hadapan daripada Bureau of Economic Analysis US yang menjangkakan seperti report di bawah…..
Ada harapan jangkaan harga akan naik lagi sehingga minggu ini US dollar.
“Dec. 6 (Bloomberg) — Sales at U.S. retailers probably rose in November for the third time in the past four months, a sign consumer spending will sustain growth into 2010, economists said before a government report this week.”
Artikel dari Bloomberg.com
Berdasarkan teknikal analisis di timeframe Daily Gold pun
MACD = downtrend
ADX level = takde pattern , so market sideway / terus downtrend
MA crossing = downtrend
Heiken Ashi = Momentum downtrend masih kuat
B-Band stop = downtrend
Support level 2 = US 1134/ounce
Support level 3 = US 1123/ounce
Majoriti analisis harga emas turun lagi minggu ini. Walaubagaimanapun berdasarkan teknikal di chart Weekly dan Monthly ….masih ada momentum dari Heiken Ashi signal yg kira bolehlah…..untuk harga meningkat kembali harap-harap minggu depan.
Ok selamat melabur……..dengan bijak…..bijak wang dengan pelaburan emas…

admin Under
| 

![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






thanks for the info..
so apa action yg perlu dibuat?
Depend pada cash dan keperluan
1. jika dah rasa ok dengan keuntungan, ada keperluan mendesak bolehla jual balik, tapi pastikan dah untung dan keperluan mendesak, agar kita sentiasa ingat untuk menyimpan utk masa depan
2. boleh tambah simpanan/stok emas anda samaada tambah pelaburan atau utk beli stok jualan pada harga murah.
3. simpan je emas yg sedia ada sbb, bull run emas bukannya dalam satu garis tegak naik je, ada masanya price buat correction bila dah oversold/overbought. Dlm kes ini saya yakin ia sedang correction, sbb dlm timeframe monthly, jelas dah ada 3 bar bermakna dah 3 bulan harga naik…naik tanpa ada pembetulan.
4. nak gi pajak gadai, itu atas risiko sendiri, kerana panduan yg diberikan dlm blog ini adalah analisis jangka panjang weekly to monthly walaupun saya guna daily timeframe, so utk dapat accurate timing utk pajak gadai perlukan analisis lain dan ini sukar utk dijelaskan di sini.
SO PILIHAN DI TANGAN ANDA, SAYA HANYA CUBA MENDIDIK PELABUR UNTUK PEKA DENGAN PELABURAN MEREKA, AGAR PELABUR LEBIH TERDIDIK DENGAN APA YANG MEREKA LABURKAN, SELEBIHNYA ATAS RISIKO PELABUR SENDIRI…….
SO CHEEERS……
Salam Ziarah Bro, pendekatan analisa teknikal + fundamental yg menarik, semoga sukses selalu….
salam, thanks fxputra, dulu suka buat teknikal aje, pastu bila dah lama-lama rupanya tak cukup teknikal jer, fundamental pun kena tahu juga skit-skit, sbb ada kadang-kadang price breakout tak dapat dijangka klu setakat teknikal shj. Kira fundamental ni pelengkap kpd prediction by teknikal
semoga sukses jua utk fxputra dan semua pembaca blog ini, thanks