Salam ceria kepada semua pembaca blog ini.
Apa khabar semua?
Dah agak lama tangan ni nak update…tapi saya tunggu masa yang sesuai utk update selari dengan perkembangan chart dan pergerakan harga emas terkini.
OK saya nak update sedikit tentang hala tuju harga emas dalam April 2011 ini. Analisis ini hanya berdasarkan analisa teknikal sahaja, saya tidak sempat nak meneliti laporan ekonomi banyak berita…sekadar beberapa sumber yang di yakini ada impak besar pada pergerakan harga emas.
Pada minggu lepas, harga emas pecah rekod tertinggi lagi…..USD 1479 lebih kurang….sedikit jer lagi kena sasaran US1500 oleh kebanyakan penganalisa emas. Dan kalau kita lihat….perkembangan dunia hari ni, kebimbangan perang yang semakin merebak di Timur Tengah, Bencana di Jepun, kenaikan harga minyak mentah dunia dah mencecah US 112/ barrel, dan kebimbangan pada inflasi disebabkan currency USD yang semakin lemah lepas campurtangan di Libya…..nampak gaya melonjakan lagi harga emas.
Pada minggu-minggu berikutnya bermula 10 April ni…dijangka harga akan jatuh kembali. Ini pattern biasa saya observe pada chart emas….klu emas dah buat ”all time high”….minggu berikutnya pasti trend correction akan berlaku. Inilah yang berlaku utk minggu ni sehingga dijangka pertengahan April ini, harga akan ”ding dong” naik dan turun ….mencari semula momentum. Ini disahkan oleh beberapa indicator penting saya seperti EMA-Bband versi 2, Fibonacci dan Ellliot Wave analisis. Lihat kedudukan terknii harga emas di D1 frame.
Saya juga menjangkakan pada waktu ini, trader dah boleh mula lepaskan beberapa pegangan emas dari hasil pajak untuk mula kaut untung setelah mula melabur pada Februari 2011 lepas…..ambil untung anda dan pergi buat lah apa yang patut dengan duit untung emas tuuu…….habuan anda.
OK post seterunsya saya akan buat sedikit analisa keuntungan yang dah dapat kita tuai sepanjang kenaikan emas pada suku tahun pertama emas 2011. Jadi nantikan ya artikel saya sekejap lagi.
Bagi pemilik sah ebook saya, jangan lupa buka updates saya terkini tentang kaedah pengiraan untung bagi Strategi Pelaburan 2 in 1 bagi tahun ini 2011….
Pembaca sekelian rasa harga emas dah tinggi sangat ker sekarang ni, untuk dia naik lebih tinggi lagi. Orang kata sekarang harga emas dah BUBBLES…..iyer ker? Check back laporan ini………
“Gold is still underowned compared to historical averages. Today, gold makes up less than 1% of global financial assets. In 1968, that number was closer to 5% of total assets.”
OK kalau ada yang masih nak dapatkan ebook saya, masih ada lagi….tapi terus terang cakap, dah tak banyak unit lagi tinggal…..cukup kuota jer…akan saya tutup jualannya. Jom KLIK SINI untuk dapatkannya.
OK jumpa lagi kita pada artikel seterusnya……terima kasih
Admin
Nizam77


admin Under
| 

![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)


