Salam Sejahtera semua pembaca blog ini…
Alhamdulillah selamat kembali dari bercuti dari Kelantan, dan insyaallah meriah baliklah kehidupan seharian saya sambil-sambil berbiznes emas, kena melayan kerenah anak-anak empat orang yang masih kecil, belum bersekolah kecuali seorang di Tadika.
Minggu ini juga murah rezki saya, banyak order emas perlu dibereskan, sehinggakan stok emas fresh dari KL yang diambil hari Isnin dah habis terjual hari Rabu…..ini petanda kesedaran untuk memiliki emas di saat harga emas tengah rendah ni amat tinggi bukan saja di Negara lain, juga di Malaysia.
Masing-masing berlumba memiliki emas, sebelum ia betul-betul kehabisan.
OK artikel kali ini agak ringkas sahaja, kerana kesuntukan masa dek kerana persediaan mengajar yang perlu dilakukan apabila semester baru akan bermula bagi student-student universiti minggu hadapan……
Kalau dilhat kesan dari berita last week artikel saya memang benar terjadi, ia menjatuhkan lagi harga emas yang saya kira macam dah nak naik kembali, tapi sebaliknya, terus jatuh sehingga paras US 1098/ounce. Lihat candlestick pada 17/12, harga emas jatuh menjunam hingga ke paras US 1094/ounce jer….
Selepas dari itu minggu ini berdasarkan beberapa news dari beberapa sumber terkemuka mengatakan US DOLLAR akan naik lagi minggu ini sehingga perayaan Krismas….mengapa? Ia berkisar tentang housing sales dan job employment di US;
1. Jangkaan pelabur tentang penjualan rumah dan consumer spending akan bertambah sebelum actual news release pada 23 Dec ini. Sumber ;
http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=awloQrChrhQc&pos=3
2. Labor Data yang akan release 24 Dec ini menjangkakan tahap ambilan pekerja sementara di industry akan meningkat. Sumber ;
http://www.nytimes.com/2009/12/21/business/economy/21temps.html?_r=2&ref=business
Jadi dengan banyaknya sumber berita positif untuk US Dollar, so apalagi turun lagi harga emas minggu ini sampai Krismas ini.
So apa harapan untuk emas naik harga nih? Insyallah ada beberapa indicator macam MACD di Daily timeframe carta emas masih UPTREND……so ADA HARAPAN akan naik harga emas juga….
Secara teknikal carta emas di Daily Timeframe;
MACD = Uptrend
ADX Level = pattern menguncup, downtrend market nak develop
MA Crossing = Masih downtrend
Heiken Ashi = masih downtrend
Support Level 1 = US 1090/ounce
Support Level 2 = US 1082/ounce
Support Level 3 = US 1071/ounce
So pelabur boleh budget lah untuk membeli emas tatkala harga mencecah ke paras support level yang di atas tu….
Selamat Menyambut Hari Krismas bagi yang menyambutnya…..

admin Under
| 

![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)





