Salam sejahtera pembaca blog saya…
Alhamdulillah dalam minggu ini yang agak busy juga sibuk menanda kertas pelajar, dapat meluangkan masa untuk update pergerakan harga emas bagi minggu ini 22-28 Nov 2009.
Syukur, itu perkataan pertama keluar dari mulut saya bila menyaksikan harga emas minggu lepas, mencanak naik dan Alhamdulillah sebahagiannya memang menepati jangkaan yang saya target. Last week harga bergerak dari US1131 ke US1169 / ounce tanpa ada banyak buat pembetulan, cuma harga agak “ding-dong” dari 17 – 20 Nov lalu. Tengok chart untuk tengok dah sampai mana harga emas ni…..?
Ramai yang bertanya pada saya bila masa sesuai untuk beli emas, tapi kalau mengikut trend nya semenjak dari sebelum mula Puasa Ramadhan sampai sekarang, saya perhatikan, rasanya tak perlu tunggu sampai harga betul-betul rendah, sebab price breakoutnya, bila ia berlaku…., memang secara tiba-tiba dan tak dijangka. Jadi petuanya bila agak-agak harga dah mula statik “ding-dong’ dalam 2-3 hari, secara kasarnya dah boleh mula membeli emas lebih-lebih lagi antara Nov sampai Feb 2010 ini.
Tak payah tunggu lama-lama sebab saya sendiri pun ter”miss” peluang baik pada 19-20 Nov yang lalu bila tiba-tiba pada Isninnya price telah breakout tinggi dari US1138 ke US1162. Berdasarkan pengamatan saya kesan “crowd psychology” telah melanda dunia selepas berbondong-bondong Central Bank mula membeli emas dengan banyaknya, menyebabkan harga emas naik bila permintaan emas meningkat ditambah berita beberapa lombong emas di dunia dan pengeluaran Gold Bar dan Gold Coins oleh kilang UK Royal Mint semakin bertambah.
Berdasarkan pengamatan saya malam ini, teknikal chart menunjukkan trend di weekly dan monthly masih kuat ke arah bullish dijangkakan price akan cuba buat rekod mencecah US1185 – 1190 / ounce minggu ini. Akan ada update level Resistance baru dalam sehari dua ini, tunggukan update dari saya…..
Trend keseluruhan di EUR currency juga masih bullish memungkinkan trend USD currency tetap bearish (fasa menurun) sekaligus melonjakkan harga emas kembali.
Selain itu kesan jangka pendek dari perayaan Hari Raya Haji dan Christmas memungkinkan harga emas yang juga naik. Kadar penurunan harga dianggarkan dalam US1165 / ounce berdasarkan analisis Fibonacci.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua pembaca blog ini, tahun ini tak dapat saya nak beraya di Kelantan……ada tugasan kena settlekan, cuti pun tak dapat lama….hu hu….juga tak lupa kalau memandu tu, berhati-hati, jalan licin nih, musim hujan dan banjir, pastikan tengok berita terkini update utk elakkan lalui jalan yang sedang banjir….ok
Report on US GDP yang dijangka lemah minggu ini, sumber yang berpotensi menurunkan lagi matawang USD minggu ini.


admin Under
| 

![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)



tq bro….opsst tak balik kelate..klu tak leh jumpa
thanks 4 the info…sgt2 membantu
salam,
emmm, rasanya tetap balik juga ke sana sebab nak naik sekolah, anak isteri kena ambil…..maybe lewat skit, after 20 hb disember insyaallah…
Kena graf analisisnya tak nampak????
salam
sbnrnya klu nak masukkan graf analisisnya jadi makin berserabut graf itu dan menyukarkan pembaca lain yg mungkin kurang arif tntg teknikal chart nak faham. Jadi yg penting basic pattern jadi semua pembaca tak kira level mana pun boleh faham bila tengok chart tu….ye tak?
Salam;
Saya tak nampak apa-apa pun. Cuma nampak benda spt di bawah. Sebab apa yer?
salam, saya dah cuba resolve masalah compatibility browser IE dgn wordpress, tapi tak jadi juga walaupun dah cuba guna themes yg support IE
So saranan saya cuba saudara gunakan Mozilla Firefox browser utk view chart tersebut, insyaallah takde masalah.
Insyaallah saya still berusaha dan belajar camner nak atasi masalah ini….sorry…
Oh, masalah compatibility. OK, aku alih guna browser lain, aku cuba Chrome dulu, kalu tak aku try lah firefox..
Yeop, Ok dgn chrome. TQ.
COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram, harga semasa RM 1280.
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Harga belian semula yang hebat.
Terima kasih.
sila lihat email ,saya ada bertnya pada puan jamilah berkenaan pamp suisse itu