October 3 2009

Salam Aidilfitri dan Update Emas

Salam sejahtera kepada pembaca blog ini, dlm kesempatan Syawal yg berbaki ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf  zahir batin saya ucapkan.

Agak lama juga tak berkesempatan untuk update blog ini dek kesibukan tugas hakiki di Universiti selain dengan hal-hal keluarga. Namun, atas sebab minat dalam emas, akan saya pastikan blog ni terus bergemerlapan seperti terangnya kemilau “emas” yang tak pernah pudar…insyallah

Pandangan Tentang Pergerakan Harga Emas

Seperti yang dijangkakan, berdasarkan artikel saya yang lepas “September Gold Rush”, bulan September 2009 ini memang BOOOM. Kenaikan emas cecah RM 6.60 / gram (berdasarkan syiling Kijang Emas) bermula dari 13 Julai sehingga 23 September 09 (gelombang kenaikan pertama). Saya sendiri berjaya meraih keuntungan yang lumayan daripada kenaikan ini dengan membeli Gold Bar 100 gm Public Gold pada harga RM11276 dan still pegang lagi emas itu yang kini dah mencecah harga RM11987 (Harga pada 3 Oktober 09). Saya kira pembaca blog ini yang mengambil manfaat dan tips dalam blog ini pasti juga telah dapat memperolehi keuntungan, tahniah…..

Bulan Oktober menyaksikan graf turun seketika semenjak dari Hari Raya pertama akibat pengambilan untung oleh pelabur-pelabur. Berdasarkan pengamatan saya sekarang disokong oleh beberapa berita fundamental dan rekod prestasi emas yang lepas (2000 - 2008), saya amat positif , kini gelombang kedua kenaikan emas akan berlaku sejurus sebelum Deepavali ini 17 Oktober 09. Dijangka gelombang kedua ini berlangsung sampailah Feb 2010. Sama-samalah kita nantikan DAN YANG PENTING pastikan anda dah mula melabur dalam emas fizikal  untuk ambil peluang keemasan ini. Dah nak melabur emas, klik sini

Satu lagi berita fundamental yang amat menarik dan boleh bagi guide ialah pada link di bawah ini;

“Gold Poised for US1500 in 2010″

Para analisis menjangkakan kenaikan emas sehingga US 1500 / ounce dalam tempoh 15 bulan bermula dari sekarang. Sekarang pun dah cecah US1000 / ounce. Wah! Satu signal yang canteek dan satu sebab kuat kenapa kita kena beli emas fizikal sekarang juga…..takleh tunggu lagi dah, lambat sikit, harga emas naik lagi. Emas dah berjaya melawan inflasi sejak 1400 tahun yang lalu, dan ia akan terus melawan inflasi sehingga sistem kapitalis ini sudah tidak digunakan lagi. Persoalannya adakah kita tahu bila sistem kapitalis ini akan dihapuskan.?….atau adakah ia akan terus diamalkan sampai bila-bila…? Sudahkah kita bersedia pada masa itu…? Bagi umat islam khasnya, boleh renung-renungkan hadith Nabi SAW ini;

Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham.”

Kalau nak beli Emas Fizikal untuk Pelaburan sila KLIK SINI.

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply