Salam dan selamat sejahtera, kali ini saya ingin mengulas post saya yang lepas, Pengalaman saya bertanya ramai orang dan kenalan saya, rata-rata masih ragu-ragu bolehke…… menjana pendapatan dan menerima keuntungan yang tinggi mengalahkan ASB melalui pelaburan emas ini…?
Hasil analisis saya, dengan memantau pergerakan harga emas, ianya memang tak mustahil. Pada Mei 2009 yang lepas, trend kenaikan emas mula berlaku dan berakhir pada Jun 2009. Selepas itu price buat reversal trend balik. Sila lihat graf emas di bawah;
Dengan hanya menggunakan analisis teknikal yang agak basic dan bantuan indicator tertentu, kita boleh memantau sebenarnya bila timing terbaik untuk membeli dan menjual semula emas-emas. Dan yang paling menariknya semua tools ini boleh didapati secara FREE di internet…tak perlu keluar apa-apa belanja.
Pada 5/5/2009, harga emas dunia pada takat US 896.82/OZ
Ini contoh pengiraannya:
Harga emas dunia US 896.82/oz juga bersamaan dengan USD28.836 / gram ( 1 OZ = 31.1 gram). Tukar ke Ringgit Malaysia pada kadar 1 USD = RM3.54, maka harga emas dunia
USD 28.836 /gram = RM 102.07 / gram.
Manakala harga jualan syiling Kijang Emas pada 6/5/09 (Waktu US awal sedikit dari kita), ialah RM 3349 / oz. Ini bersamaan dengan RM 107.68 / gram.
Boleh lihat history harga Syiling Kijang Emas di sini. Klik sini.
Memandangkan ini harga terendah untuk musin trend menaik kali ini, maka kita pun pakat belilah Syilng Kijang Emas ini pada 5 / 5 / 2009.
Dengan bermodalkan RM10,047, maka dapatlah beli 3 keping Kijang Emas 1oz setiap satu beratnya.
Kemudian pada 5/6/2009, pada masa tu harganya USD 960.53 / OZ
Based pada petunjuk dari carta emas, didapati emas telah sampai ke penghujung trend menaiknya….harga pun dah tinggi masa ini.
Harga emas dunia US 960.53/oz juga bersamaan dengan USD 30.89 / gram ( 1 OZ = 31.1 gram). Tukar ke Ringgit Malaysia pada kadar 1 USD = RM3.42, maka harga emas dunia
USD 30.89 /gram = RM 105.64 / gram.
Manakala bagi Syiling Kijang Emas pula, harganya pada 8 / 6 / 2009 adalah RM 3551 / oz bersamaan dengan RM 114.18 / gram.
Perhatikan, dalam tempoh hanya sebulan kenaikan emas boleh mencecah RM 6.50 / gram…!!
So, pada 8 / 6 / 2009 boleh jualkan balik semua 3 keping Syiling Kijang Emas yang ada atau jual nilai keuntungan sahaja maybe jual dulu 1 atau 2 keping Syiling Kijang Emas anda.
Jadi, berapakah keuntungan sebenar anda ?
Pengiraan Untung
Jika jual 3 keping Syiling Kijang Emas (1 oz) anda, maka keuntungannya
(RM6.50 X 3 X 31.1 gram ) = RM 606.45 dalam tempoh SEBULAN jer tuuuuh.
Itu belum lagi kalau beli 1 kg emas, dah dapat RM6500 SEBULAN…!!!…Duduk diam-diam, simpan emas….dapat untung…..
So siapa kata pelaburan emas tak muaaaaiiiii. Jika kita sebagai pelabur, cukup ilmu tentang pelaburan ini, tidak mustahil untuk memperolehi keuntungan sebegini. Jadi mempelajari imu tentang pelaburan emas itu patut dilakukan dahulu di samping kita terus melabur di bakul emas atau di bakul yang lain seperti ASB, Saham Amanah, Fixed Deposit, Tabung Haji dsb..
Selamat Melabur, jadilah pelabur yang bijak…

admin Under
| 
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)





