Archive for the ‘Analisa Teknikal Emas’ Category

July 12 2011

Produk Baru Emas di Pasaran “LiteGold”

Salam sejahtera semua pembaca blog saya.


Alhamdulillah, syukur, dah lama giler tak update blog sempoi ni, akhirnya diberikan kekuatan dan ilham untuk menulis.


Dalam 2 bulan ni…biz emas on cam biasa. Tempoh setengah tahun hingga Disember 2011 ini, selain biznes emas, saya nak tumpukan pada penyusunan semula semua stok-stok emas yg ada, emas baru, emas lama, used gold, goldbar / dinar dengan bantuan skill dan ilmu dari bro Karim Bizmambau. He he kali ini nak try gabungkan ilmu chart emas MT4 dan ilmu Manipulasi Stok Bizmambau. Insyaallah akan ada hasilnya nanti  jika tekun dipraktiskan.


OK saya juga nak umumkan, secara rasminya saya dah jadi Pengedar Daerah (Batu Pahat, Yong Peng dan Kluang)  bagi produk LiteGold yang menawarkan aneka produk barang kemas 999 seperti loket, rantai leher dan tangan. Boleh lihat sampel produk kat bawah ni.


GALERI PRODUK LITEGOLD

Klik Sini untuk Download Katalog


Kalau ada saper saper warga Batu Pahat, Kluang, Senggarang atau Kluang atau saper-saper jelah yang nak memakai dan memperagakan produk emas LiteGold samada untuk pelaburan / perhiasan boleh lah hubungi saya di telefon 019 7724054 (Nizam).


Saya ada memberikan pakej sangat istimewa kepada yang membeli produk LiteGold mahupun produk GCP/ Public Gold dari saya. Nak tahu apa dia, kena calling calling atau SMS / email  / FB saya yer….


Harga terkini produk LiteGold boleh anda lihat di laman web ini www.litegold.com . Insyaallah, berita terbaru dari CEO LiteGold, tidak lama lagi produk emas 916 dari LiteGold juga akan berada di pasaran. Maka lebih pilihan untuk pengguna / peminat emas…yahoo.


Berkenaan update harga emas pulak, ok setakat ini analisa saya, harga emas masih meneruskan trend ”sideway” nya…..harga emas masih mengacah-acah, belum ada tanda-tanda pasti signal kenaikan berterusan akan muncul dalam minggu ini.



Tapi ini waktu yang baik untuk pelabur, membeli emas kerana kalau dah 2-3 kali turun naik ni….tak lama lagi harga akan breakout tinggi. Dijangka apabila harga emas mampu melepasi paras harga US1560/ounce, ada harapan trend menaik akan berterusan sehingga tidak mustahil ke paras tertinggi terbaru tahun ini USD2000/ounce dengan pantas. Lihat petikan news ini dari seorang penganalisa ekonomi;


” Word on the street is the Greeks are buying up gold as they are afraid of their banking system. But the Chinese are the ones buying gold by the bucketload.

The Chinese are getting hit hard by inflation. China announced on Saturday that inflation surged to a three-year high of 6.4% in June despite five interest rate hikes since October. As we know, it is much easier to create inflation than it is to tame it…

The Chinese now have the option of changing their savings accounts into gold at their bank, and they are taking advantage of this convenience.

It is estimated that China will surpass India as the world’s largest gold buyer this fall. Chinese gold buying has grown in the double digits annually for the past decade, and it is expected to grow 10% to 15% this year.

We are very close to a turning point. If we can break out above $1,560 an ounce, we will be at $2,000 very quickly. Buy gold.”


Musim membeli ala borong kedua bagi tahun 2011 sebenarnya dah berlaku masa awal 2-5 Mei tempohari. Tapi kalau anda masih rasa nak beli lagi pun OK lagi sekarang. Bersedia dgn stok sebelum fasa breakout muncul.


Ok setakat ini dulu update ringkas dari saya..yang penting…I’m back online…….setelah 2 bulan rest jap menyusun semula stok-stok yg ada. Semoga ceria semua.


Nizam77

admin

Share/Save/Bookmark

April 12 2011

Pergerakan Harga April 2011

Salam ceria kepada semua pembaca blog ini.

Apa khabar semua?

Dah agak lama tangan ni nak update…tapi saya tunggu masa yang sesuai utk update selari dengan perkembangan chart dan pergerakan harga emas terkini.


OK saya nak update sedikit tentang hala tuju harga emas dalam April 2011 ini. Analisis ini hanya berdasarkan analisa teknikal sahaja, saya tidak sempat nak meneliti laporan ekonomi banyak berita…sekadar beberapa sumber yang di yakini ada impak besar pada pergerakan harga emas.


Pada minggu lepas, harga emas pecah rekod tertinggi lagi…..USD 1479 lebih kurang….sedikit jer lagi kena sasaran US1500 oleh kebanyakan penganalisa emas. Dan kalau kita lihat….perkembangan dunia hari ni, kebimbangan perang yang semakin merebak di Timur Tengah, Bencana di Jepun, kenaikan harga minyak mentah dunia  dah mencecah US 112/ barrel, dan kebimbangan pada inflasi disebabkan currency USD yang semakin lemah lepas campurtangan di Libya…..nampak gaya melonjakan lagi harga emas.


Pada minggu-minggu berikutnya bermula 10 April ni…dijangka harga akan jatuh kembali. Ini pattern biasa saya observe pada chart emas….klu emas dah buat ”all time high”….minggu berikutnya pasti trend correction akan berlaku. Inilah yang berlaku utk minggu ni sehingga dijangka pertengahan April ini, harga akan ”ding dong” naik dan turun ….mencari semula momentum. Ini disahkan oleh beberapa indicator penting saya seperti EMA-Bband versi 2, Fibonacci dan Ellliot Wave analisis. Lihat kedudukan terknii harga emas di D1 frame.



Saya juga menjangkakan pada waktu ini, trader dah boleh mula lepaskan beberapa pegangan emas dari hasil pajak untuk mula kaut untung setelah mula melabur pada Februari 2011 lepas…..ambil untung anda dan pergi buat lah apa yang patut dengan duit untung emas tuuu…….habuan anda.


OK post seterunsya saya akan buat sedikit analisa keuntungan yang dah dapat kita tuai sepanjang kenaikan emas pada suku tahun pertama emas 2011. Jadi nantikan ya artikel saya sekejap lagi.


Bagi pemilik sah ebook saya, jangan lupa buka updates saya terkini tentang kaedah pengiraan untung bagi Strategi Pelaburan 2 in 1 bagi tahun ini 2011….


Pembaca sekelian rasa harga emas dah tinggi sangat ker sekarang ni, untuk dia naik lebih tinggi lagi. Orang kata sekarang harga emas dah BUBBLES…..iyer ker? Check back laporan ini………

“Gold is still underowned compared to historical averages. Today, gold makes up less than 1% of global financial assets. In 1968, that number was closer to 5% of total assets.”



OK kalau ada yang masih nak dapatkan ebook saya, masih ada lagi….tapi terus terang cakap, dah tak banyak unit lagi tinggal…..cukup kuota jer…akan saya tutup jualannya. Jom KLIK SINI untuk dapatkannya.

OK jumpa lagi kita pada artikel seterusnya……terima kasih


Admin

Nizam77

Share/Save/Bookmark

December 25 2010

Percutian Tahunan dan Update Emas

Salam hormat dan ceria semua pembaca blog ini…..

Apa khabar. Diam tak diam kita dah hampir sampai ke penghujung tahun 2010. Sekejap jer dah nak setahun. Masa untuk kita review dan update AZAM BARU tahun 2011. Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda siapkan blueprint agenda dan strategi untuk tahun 2011…?

Alhamdulillah saya selamat pergi dan balik dari bercuti pada 15-22 December di Cameron Highlands. Satu pengalaman percutian hujung tahun yang menyeronokkan jika bercuti bersama keluarga tersayang. Lebih-lebih lagi kepada anak kecil saya, kecil-kecil lagi dah sampai ke Cameron. Mereka seronok bermain di ladang teh, ladang strawberi, masuk kebun sayur, keluar jungle walk sikit…pendek kata tak puas….rasa nak pergi lagi ke sana…..walau dah pergi berkali-kali.


Saya bergambar dengan buah strawberi

Ha, macam nilah rupa pokok strawberi tu…


Bersama keluarga tersayang di ladang teh BOH Sungei Palas Cameron

Kehijauan pemandangan ladang teh menggamit kedamaian & ketenangan….saujana mata memandang


Jika anda belum lagi pergi bercuti, saya sarankan apa kata tahun hadapan 2011, anda rancang budget yang mecukupi untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Jom kalau nak tahu cara mudah nak sediakan tabungan percutian yang mecukupi, boleh KLIK SINI.


Baiklah, bila dah lama tak menulis ni terasa banyak benda nak diceritakan pada pembaca blog setia saya ini. Berita terbaru adalah pengumuman dividen ASB yang berjumlah 7.5% DAN BONUS 1.25%. Menarik juga, walaupun agak sederhana nilainya, tapi yang penting untung….pada sapa-sapa yang dah melabur.


Apa kata kita invest lagi duit dividen itu dalam pelaburan emas pula. Anda akan untung dari ASB dan EMAS….dan kalau guna lagi Teknik Pelaburan Emas Eksklusif 2 in 1, bukan sahaja dari ASB, tapi emas dan pelaburan lain hasil pajakan yang betul dari duit emas asal. Anda dah untung dalam 3 jenis pelaburan dengan satu sumber modal, ASB sahaja. Nak tahu camner nak buat teknik 2 in 1 , sila KLIK SINI.


OK update sedikit ebook saya, alhamdulillah, sambutan terhadapnya semakin meningkat. Sehingga kini, kuota jualan masih berbaki 169 UNIT SAHAJA LAGI. Jika anda berminat, masih boleh dapatkan pakej ebook bersama sessi worksyop DI SINI.


Terima kasih juga kepada rakan affiliater saya yang tolong promosikan ebook ini. Tanpa anda, siapalah saya. Saya ingin share ilmu dan teknik special ini kepada ramai lagi rakan dan sahabat kita di luar sana untuk faham betul-betul bagaimana nak jadikan emas ini sebagai IBU DUIT ,penjana income untuk diri dan keluarga kita. Dengan strategi yang betul, kita boleh jadikan EMAS ini sebagai pekerja setia yang akan bekerja siang dan malam memberikan kita dan keluarga sedikit rezeki dari tuhan……rugi besar kalau tak tahu teknik ini. Apa tunggu lagi, fast action fast result, jom KLIK SINI.


Bagi pemilik sah ebook ini, pastikan anda buka email anda ya kerana ada berita terkini penting tentang perubahan dan update tarikh terbaru Sessi Worksyop Teknikal Emas di Johor dan Kuala Lumpur pada bulan Januari ini.


Berjumpa kita semasa Sessi Worksyop Pertama nanti di Batu Pahat. Pastikan para pembeli sudah membaca email saya tentang pertukaran tarikh worksyop pertama di Batu Pahat ini ya, bukan lagi pada 25 Dec ini, tapi dah ditukar ke tarikh lain, kerana perubahan jadual dan program di UTHM.


OK update sedikit harga emas musim ini dan tahun baru kelak…

Setakat bulan December ini dan secara keseluruhan prestasi kenaikan harga emas sekarang, masih lagi dalam fasa uptrend untuk long term 2-3 years. Namun jika dilihat secara dekat sedikit, dalam period 1 year ini, harga emas sekarang bermula dari Oktober sehingga sekarang, masih dalam fasa sideway. Walaupun kenaikan belum tinggi, tapi kalau kena caranya menggunakan strategi EMA-Bband Match, serba sedikit anda boleh kaut profit dari naik dan turunnya harga emas yang sideway ini. Cuba lihat screenshoot harga emas di Monthly dan Daily untuk lebih jelas tentang apa yang saya perkatakan.


Monthly outlook of Gold Chart - Still Uptrending

Daily outlook of Gold Chart - Sideway phase


Tidak pasti sampai bilakah musim sideway panjang ini akan berkahir, kerana belum ada fundamental  / signal yang betul-betul boleh memastikan pada waktu bilakah breakout sebenar harga emas akan berlaku. Apa yang pasti, kita perlu bersedia untuk menghadapi breakout tersebut. Jika breakout ke arah uptrend, maka profit segera dapat anda raih. Tapi jika sebaliknya, bagaimana strategi anda? Tepuk dada tanya selera, lain pelabur lain cara bermain. Tapi jika anda ingin mencari satu teknik trading yang bersistem dan mudah apa kata anda cuba yang ini DI SINI, mungkin ia berhasil untuk anda. Belum cuba belum tahu.


Jangkaan harga dalam musim rismas ini menyaksikan harga berlegar-legar sekitar Support US 1378 dan Resistance US 1394 pada minggu ini, namun momentum price untuk ke arah Resistance US 1394 lebih menguasai pasaran minggu ini berdasarkan pada PSAR, Bband, Stochastic dan MACD signal. Mungkin buying season untuk festival Krismas dan Tahun Baru masih lagi rancak di sana sini, memastikan harga tidak akan dapat jatuh melepasi aras Support US 1360.


Jika anda sudah memiliki ebook Teknik Manipulasi Emas, berdasarkan kemahiran baru yang anda perolehi dalam ebook tersebut, saya kira anda sudah tahu apa yang harus anda lakukan untuk mengaut keuntungan dari fasa ini.


Jadilah pelabur yang bijak. Walaupun sesuatu pelaburan itu memiliki risiko yang tinggi, ia  hanya dapat dimanipulasikan dan diminimakan kerugiannya dengan bekalan ilmu dan pengalaman yang mecukupi.


Sekian, selamat menyambut hari Krismas bagi yang menyambutnya. Selamat bercuti juga kepada semua pembaca blog ini.


Admin

Share/Save/Bookmark

May 31 2010

Pergerakan Harga May 31 - Jun 5

Salam sejahtera semua pembaca blog saya…..apa khabar?

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menulis untuk blog ini. Lama juga tak update pergerakan harga emas ini, ada sedikit kesibukan dengan tugas hakiki dan pelaburan. Minggu lepas, mnyaksikan harga emas menurun selepas satu kenaikan secara drastik kesan “debt crisis” di EURO zone.

Untuk minggu ni, bagaimana…? Berikut antara análisis yang dapat dikenalpasti boleh beri kesan pada harga emas, secara tak langsung. Cuba lihat graf emas setakat minggu ini.

Analisa Fundamental

Antara news headlines yang penting minggu ini;

“US Pending Home Sales: Published on Wednesday 10 AM,(Malaysia Time). Other housing figures from the US were excellent. For example, existing home sales jumped by 7.6%. So also with pending home sales, the positive trend will probably continue. The rise of 5.3% seen last month will probably be followed by a similar rise of 4.8%, boosting the dollar.”

- Memungkinkan US Dollar naik kembali, menurunkan harga emas

“American ADP Non-Farm Payrolls: Published on Thursday at 8:15 AM (Malaysia Time) The figure from ADP isn’t too good in predicting the Non-Farm Payrolls, but always shakes the markets. This somewhat lagging indicator showed a gain in jobs in the past two months. The gain of 32K jobs in the private sector will probably be followed by a bigger rise this time – 56,000.”

- Kesan kenaikan pada USD dan menurunkan harga emas.

“American Unemployment Claims: Published on Thursday at 12:30 GMT. This weekly barometer is usually a better indicator. During most of this month’s weeks, it stood around 440K, signalling a positive NFP. Unemployment claims stood on 460K last week. A drop below 430K will raise expectations, while a rise above 480K will be very disappointing.”

“Non-Farm Payrolls: Published on Friday 8:30 AM (Malaysia Time). The most important indicator was superb last month – it showed that the American job market gained 290K jobs, far better than 198K that was predicted. Also the previous month’s number was upgraded to 230K. On the other hand, the unemployment rate jumped from 9.7% to 9.9%, avoiding double digits, but still causing worries.”

Secara keseluruhannya, pada minggu ini, banyak berita positif dari USD menungkinkan sedikit penurunan pada harga emas dunia.

Analisa Teknikal

Secara keseluruhan, daripada Weekly dan Daily timeframe untuk carta emas, signal utama saya masih lagi bertahan pada posisi UPTRENDING. Di timeframe Daily;

MACD : Uptrend

RSI : Belum ada terbentuk trending pattern.

MA crossing : Uptrend

B-Band : Uptrend

LK-FDI : Masih uptrending lagi, belum masuk fasa sideway.

Jadi secara keseluruhannya, berdasarkan pada analisis Fibonacci, harga emas akan naik buat seketika mencecah paras Resistance 2 di US 1218/ ounce, sebelum harga emas jatuh sedikit, bergantung pada Non Farm Payrolls news yang akan keluar pada Jumaat ini. Jika harga emas jatuh sedikit, peluang yang baik untuk membeli emas pada harga rendah…Kadar penurunan harga

Support 2 : US 1202 / ounce

Support 3 : US 1197 / ounce

Semoga analisa ini dapat beri panduan dalam pelaburan emas anda.

Share/Save/Bookmark

April 6 2010

Pergerakan harga April 4- 10

Salam sejahtera pembaca blog saya sekelian, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam blog ini.

Amacam, minggu lepas menyaksikan kenaikan harga emas lagi, terasa debaran momentum kenaikan harga emas macam dah nak bermula lagi tahun ini…dah 2 kali garisan Resistance berjaya dilepasi harga emas dalam 2 minggu lepas, adakah minggu ini naik lagi….?

Ini screenshot setakat mana dah harga emas bergerak setakat hari Selasa malam 11.14 malam.

Ok analisa fundamental yang dapat dikenalpasti……

Nampak gaya US menyuntik lagi wang ke dalam pasaran, ada potensi market USD samada akan jatuh atau stabil buat satu tempoh masa tertentu.

The US Federal Reserve has completed its purchase of $1.7 trillion (£1.1bn) of mortgage securities, agency debt and US Treasuries, the conjuring trick of “credit easing” that allowed Ben Bernanke to create stimulus equal to 12pc of GDP. The Fed’s money creation has been more or less the size of Washington’s borrowing needs for the last year, as Beijing notes with suspicion. SUMBER :

http://www.telegraph.co.uk/finance/comment/ambroseevans_pritchard/7553511/Deflation-on-the-prowl-as-Bernanke-shuts-down-his-printing-press.html

American Unemployment Claims: Published on Thursday at 12:30 GMT. Yet another drop in the weekly jobless claims is due. After reaching 439K, they’re predicted to drop to 432K, supporting more job gains in the next NFP. Recent releases were better than expected.

British rate decision: Published on Thursday at 11:00 GMT. The Official Bank Rate is expected to stay at the historic low of 0.5%, and the Quantitative Easing program will probably not receive extra cash, after exhausting the 200 billion pounds allocated to it. The focus will be on the MPC rate statement, and especially comments about the government deficit and the economy.

http://www.forexcrunch.com/eurusd-outlook-april-5-9/

Besar kemungkinan ada kemungkinan harga emas akan naik lagi sekitar Rabu dan ada price correction selepas Rabu……..mungkin disebabkan banyak positif news release on US Dollar pada Khamis dan Jumaat ini.

Walaubagaimanapun ini adalah jangkaan berdasarkan analisis fundamental yang simple jer…

Analisa Teknikal carta emas jika dilihat sekarang masih lagi dalam fasa uptrending oleh semua signal-signal utama saya sekurang-kurangnya ada harapan untuk mencecah paras Resistance 3 pada US 1142 / ounce atau lebih dalam minggu ini.

Selamat melabur……penuhkan ilmu pelaburan di minda anda, sebelum mula melabur. :-)

Share/Save/Bookmark

March 31 2010

Pergerakan Harga Mac 28 - Apr 3

Salam sejahtera semua pembaca blog saya, minggu ini dipenuhi dengan aktiviti menghantar emas kepada pelanggan setelah ambil stok sedikit sambil-sambil join Kursus Latihan Agen Public Gold yang dikendalikan oleh Sifu Syukor Hashim di HQ Bandar Sunway Petaling Jaya pada  28 Mac lalu.

Banyak ilmu baru berkenaan emas yang saya belajar dari beliau….serta teknik-teknik jualan yang lebih advance….cayalah sifu…dan peluang berjumpa otai-otai emas lain macam saudara Azman, Pokya Putraemas.com, Hasfarizan dan lain-lain…

Minggu lepas menyaksikan news release menyebabkan harga emas naik secara drastik dan kenaikan ini adalah antara kenaikan yang muaai juga sebab harga dah cuba melepasi 2 kali garisan Support, petanda kenaikan drastik akan berlaku dan kalau dah naik, harga insyaallah dah tak cecah lagi harga lama….harap-harap. ALHAMDULILAH saya dapat LOCK pada harga tersebut, dan ada juga bebrapa customer yang lock juga harga tersebut, tahniah….

Harga terendah musim ini


OK minggu ini saya berkesempatan untuk analisis harga emas ini….

Ada kemungkinan kenaikan dollar US yang kuat mungkin berlaku pada hari Rabu ini selepas news release pada Rabu 8.15 am (waktu Malaysia)….disebabkan data pengangguran dijangka lebih baik berbanding Feb 2010 lalu. Kalau dilihat pada carta malam ini pun graf emas dah mula menurun balik…..walaupun kalau dikaji secara teknikal carta, patutnya takde reversal lagi, tapi itulah penangan “news release“. Ia boleh merubah arah trend secara tiba-tiba…..cuba tengok tuuu kat carta, candlestik akhir sekali…

Investors should start readying themselves for some strong gains in the labor market. Why? It’s because both data and anecdotal evidence point in that direction, at least for a while. “We are going to be hiring this year,” said Joe Brusuelas, of Stanford-based economic research firm Brusuelas Analytics. He pegs the likely gain in payrolls at around 225,000 for March, up from a loss of 36,000 in February. SUMBER :

http://blogs.wsj.com/economics/2010/03/25/dont-be-shocked-by-jobs-boom-next-week/

Antara bukti mengapa ada sesetengah pekerja yang berkelulusan tinggi tapi dapatlah kerja ala kerani pun ok bagi some US citizen. Ini petanda berita di atas ada kebenarannya. So confirm dollar USD naik Rabu ini.

Don Carroll, a former financial analyst with a master’s degree in business administration from a top university, was clearly overqualified for the job running the claims department for Cartwright International, a small, family-owned moving company here south of Kansas City. But he had been out of work for six months, and the department badly needed modernization after several decades of benign neglect. It turned out to be a perfect match. SUMBER :

http://www.nytimes.com/2010/03/29/us/29overqualified.html?ref=business

Ini satu lagi news kuat yang boleh menaikkan dolar US dan menjatuhkan nilai Emas Rabu ini…Non Farm Payroll utk March 2010 dijangka menyentuh tentang data unemployment yang dijangka naik boom….

On Friday, the U.S. is expected to show growth of 200,000 nonfarm jobs when the government reports the monthly data for March. Some economists are even predicting gains of up to 250,000. Read our complete economic calendar and consensus forecast. If the forecasts prove accurate, it would be the largest expansion since November 2007 and only the second advance in the past 27 months. SUMBER :

http://www.marketwatch.com/story/jobs-jobs-jobs-is-focus-for-investors-2010-03-28

March 28 (Bloomberg) — Employers in the U.S. probably added jobs in March for the second time in more than two years, setting the stage for a broadening of the expansion, economists said before a report this week. Payrolls probably rose by 190,000, the most in three years, after declining 36,000 in February, according to the median forecast of 62 economists surveyed by Bloomberg News before the Labor Department’s April 2 report. Other reports may show consumer spending and confidence increased, while factories expanded and home prices declined.

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=a8qAxLY2AvLw&pos=1

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan minggu ini bermula Rabu ini ada kemungkinan harga emas menurun balik selepas kenaikan drastic pada minggu lepas…berdasarkan pada Fundamental analisis.

Teknikal Analisis

Pergerakan harga emas minggu ini …

MACD : Uptrend

ADX Level : Mula membentuk downtrend pattern

MA crossing : Downtrend

B-Band : Downtrend

Teknikal analisis masih belum menunjukkan signal downtrend yang ketara lagi hari Selasa ini, walaubagaimanapun, berhati-hati juga dengan news release di atas, boleh jadi mengubah pattern sekarang ke downtrend….pada aras

Support 2 : US 1102 / ounce

Support 3 : US 1098 / ounce

Jika emas mula turun balik, peluang baik kepada pelabur emas yang terlepas peluang kenaikan harga yang drastic minggu lepas…jom beli emas dengan saya, ready stok siap…

Selamat Melabur :-)

Share/Save/Bookmark

March 24 2010

Pergerakan Harga 21 - 27 Mac

Salam sejahtera semua pembaca blog ini,

Alhamdulillah, agak dah lama tak update pergerakan harga emas ini, ada yang sms dan email saya kenapa dah lama tak post artikel pergerakan harga. Jawapannya ada dua iaitu samaada saya agak sibuk dengan tugasan kerja hakiki saya dan keadaan harga emas dalam sebulan dua ini agak tak berapa menarik, musim sideway amat panjang bermula bulan Dec 2009 lepas. Jadi ceritanya pada musim sideway ini agak membosankan berkisar tentang unemployment dan sektor perumahan di US yang kejap turundan naik…..

OK lah ini ulasan pandangan saya tentang arah harga dalam minggu ini.

Analisa Fundamental

So far….ada beberapa berita di US yang saya kira akan kuat mempengaruhi harga emas minggu ini.  Jika dilihat dari carta emas terkini, beginilah rupanya…..musim sideway yang panjang naik, turun, naik turun….

Berita tentang penurunan jualan sektor perumahan yang menurun petanda penstrukturan semula pengangguran di US masih belum tampak hasilnya. Ekstrak berita;

Sales of existing U.S. homes fell in February for a third month,
indicating a lack of jobs is hindering government efforts to revive
demand. Purchases dropped 0.6 percent to a 5.02 million annual rate,
the lowest level in eight months and in line with the median forecast
of economists surveyed by Bloomberg News, figures from the National
Association of Realtors showed today in Washington. SUMBER :


http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=azrewqFwlhXk&pos=1

Selain itu news yang akan keluar pada hari Rabu ini mngkin boleh melonjakkan sedikit Dollar US dan menjatuhkan kembali sedikit harga emas, kerana indeks pengeluaran industri dijangka meningkat di kala sektor perumahan masih merudum. Ekstrak berita;

March 21 (Bloomberg) — Orders for long-lasting goods in the U.S.
probably climbed in February for a third month, and home sales were
little changed, adding to evidence manufacturing is heading the
recovery, economists said before reports this week. SUMBER :


http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=aAfOqnrHMIb8&pos=5

Analisa Teknikal Carta

Berdasarkan pada kedudukan candlestik dan chart pattern indicator saya trend harga di frame Daily adalah dalam fasa

MACD               :  Uptrend

ADX Level         :  Tiada trend kuat terbentuk, masih sideway

MA Crossing      :  Downtrend

B-Band               :  Downtrend

Dapat disimpulkan, secara keseluruhannya harga emas dijangka menurun kerana downtrend kuat di semua USD currency pair, memungkinkan harga emas jatuh…..dan price akan buat sedikit correction pada paras Support 1, sebelum price mula berlegar-legar di sekitar Support 1 dan 2.

Support 1         :  US 1095/ ounce

Support 2         :  US 1090/ ounce

Support 3         :  US 1085/ounce

Dalam hal ini, pencarian harga terendah musim ini masih belum datang lagi…..tapi ia pasti akan datang……so prepare your capital for the incoming big waves…….

Selamat Melabur  :-)

Share/Save/Bookmark

February 17 2010

Pergerakan Harga 14-20 Feb

Salam sejahtera, kepada semua pembaca blog ini, Selamat Menyambut Tahun Baru China kepada yang menyambutnya, dan kepada yang tidak menyambutnya pun…he he….selamat bercuti panjaaaang. Semoga sentiasa dirahmati tuhan dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan.

Cuti panjang ini tidak bercuti ke mana, just berjalan-jalan bawa family bersiar-siar, holiday sambil promosi Gold Bar Public Gold dan Servis Membeli Emas Terpakai.

OK dah lama rasanya tak update pergerakan harga ini, kali ini insyaallah diberikan kesempatan olehNYA lagi…

Minggu ini, hasil carian, didapati banyak indicator news yang memihak kepada kejatuhan nilai Dollar US dan ini bermakna minggu ini harga emas naik semula…seperti dalam carta emas setakat Rabu pagi ini.

Antara berita fundamental di US secara ringkasnya mengatakan penurunan nilai Dollar US minggu ini disebabkan pada suntikan dana untuk sektor perumahan di US dipotong, permintaan terhadap aset Dollar di seluruh dunia menurun. Ini antara ekstrak beritanya;

Feb. 16- International demand for long-term U.S. financial assets grew in December at a slower pace than a month earlier, as China sold U.S. government securities, a U.S. Treasury Department report showed. Net buying of long-term equities, notes and bonds totaled $63.3 billion for the month, compared with net purchases of $126.4 billion in November, the Treasury said in Washington.

Sumber : http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601083&sid=a1mKfP3W.Ang

Over the next six months, the federal government plans to wind down many of its emergency programs for housing. Then it will become clear if the market can function on its own. People here are pretty sure the answer will be no.

Sumber : http://www.nytimes.com/2010/02/15/business/15housing.html?ref=business

Berdasarkan analisis teknikal carta pula;

MACD : Uptrend

MA Crossing : Uptrend

B-Band : Uptrend

ADX Lelvel : Uptrend dijangka sehingga Khamis ini dan Jumaat ada kemungkinan harga emas menurun sedikit

Kadar kenaikan harga emas berdasarkan Fibonacci level

Resistance 1  : US 1121 / oz

Resistance 2  : US 1127 / oz

Resistance 3  : US 1136 / oz

Secara keseluruhan minggu ini adalah UPTREND bagi emas, harga,….. yahoo naiiik balik minggu ini..cepat tempah stok emas anda melalui saya di 016 7254054 AREA JOHOR…

Selamat Melabur     :-)

Share/Save/Bookmark

January 27 2010

Pergerakan harga 24 - 30 Jan

Salam sejahtera dan apa khabar semua pembaca blog ini.

Minggu ini alhamdulillah diberikan kesempatan menulis lagi coretan rasa tentang apa yang berlaku untuk market emas minggu ke minggu.

Banyak tugasan pengajaran dan penyelidikan yang saya lakukan minggu ini. Selain itu, saya sedang dalam usaha untuk upgrade services saya selain dari menjual dan membeli kembali Emas Pelaburan Public Gold dan Public Dinar, kini ke services membeli dan menjual Barang Kemas Baru dan Terpakai serta Khidmat Menukar Gold Bar/Dinar ke Barang Kemas.

Walaubagaimanapun masih lagi dalam perundingan dan pembelajaran, masih lagi banyak perlu dipelajari. Yang menariknya tentang emas ini adalah lagi kita gali ilmu tentangnya, lagi banyak pengetahuan baru, serta of course….keuntungan pun bertambah. Yang penting saya dapat offer more services kepada pelanggan lama saya serta yang baru…

Apa pun nantikan update terbaru “New Services ” ini dalam blog saya ini dalam masa terdekat….

Baiklah analisis fundamental minggu ini, wow, satu minggu yang “SARAT” dengan berita best dan tak best untuk emas, lebih-lebih lagi berkisar ekonomi di US. Amat sukar untuk saya meramal arah harga minggu ini berdasarkan news yang ada, walaupun majoriti mengatakan ekonomi US sdang memulih, petanda harga emas nak jatuh lagi. Antara news yang saya kira ada “impak besar” pada pasaran adalah;

Berita 1

“Consumer confidence rose for the third straight month in January to the highest since September 2008, driven mostly by an improvement in present-day conditions, according to a private report released on Tuesday. The Conference Board, an industry group, said its index of consumer attitudes rose to 55.9 in January from an upwardly revised 53.6 in December.” - Sumber:

http://www.reuters.com/article/idUSN1416882220100126

Berita 2 yang akan release pada Rabu 27 Jan pula;

“Massive interventions by governments and central banks are helping the world economy recover from the Great Recession. At some point, however, economies will have to remember how to walk without crutches. Avoiding a bumpy ride could well depend on export-dependent countries, such as China and Germany, mending their ways, and on indebted U.S. consumers failing to do so.” - Sumber:

http://online.wsj.com/article/SB10001424052748703415804575023000633618796.html?mod=WSJ_economy_LeftTopHighlights

Berita 3 juga akan release pada Rabu 27 Jan ini;

“Federal Reserve policy makers are considering adopting a new benchmark interest rate to replace the one they’ve used for the last two decades. The central bank has been unable to control the federal funds rate since the September 2008 bankruptcy of Lehman Brothers Holdings Inc., when it began flooding financial markets with $1 trillion to prevent the economy from collapsing.” - Sumber:

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601083&sid=akYMsCezpjlk

So jika based pada fundamental, ada harapan market sideway untuk US dan juga sideway kesannya pada harga emas….cuma mungkin jika prediction tersasar, market boleh juga menyebabkan US currency naik dan Harga Emas menurun.

Untuk analisis teknikal, jika diperhalusi graf emas setakat hari ni Selasa 26 Jan, harga emas masih di fasa “Downtrend” lagi pada timeframe H4 dan Uptrend di Daily timeframe. Ada potensi market akan sideway memandangkan signal MACD, ADX dan Heiken Ashi dok main-main di paras Support dan Resistance level. Pencarian harga terendah musim downtrending ini masih belum muncul. Cuba lihat graf emas sekarang;

Analisis Fibonacci untuk pivot level akan menjangka harga bergerak di paras berikut minggu ini;

Support 1   :  US 1095/ounce

Support 2   :  US 1092/ounce

Support 3   :  US 1088/ounce

Resistance 1  : US 1103/ounce

Resistance 2  : US 1106/ounce

Resistance 3   : US 1110/ounce

Semoga artikel ini membantu anda membuat pertimbangan yang baik dalam pelaburan emas….contact saya untuk maklumat lanjut di 016 7254054 :-)

Selamat Melabur.

Share/Save/Bookmark

January 19 2010

Analisa Pergerakan Harga 17 - 23 Jan

Salam sejahtera semua pembaca blog ni….

Diam tak diam, dah sampai ke pertengahan Jan 2010 dah, sekejap masa berlalu. Bagaimana dengan plan 2010, dah mula melakukannya. Diharapkan dengan momentum tahun baru yang masih berbaki ini, boleh melonjakkan semangat anda dan juga saya, mega gold rush masih kuat lagi, banyak bank -bank di dunia sekarang membeli lagi emas…

Walaupun matlamat nak kumpul 1 kg emas tahun ini, memang agak mencabar diri sendiri, tetapi insyaallah saya pasti boleh lakukan. Tahun ini nak produce satu ebook pasal pelaburan emas,….tajuk “rahsia lagiii”, dan diharapkan projek ebook ini mampu menyumbangkan satu lagi khazanah dalam pelaburan emas, semarakkan lagi pelaburan emas di Malaysia, kongsi pengalaman dalam pelaburan emas dan insyaallah dapatlah bantu saya untuk capai cita-cita nak kumpul emas 1kg ini…
Bulan Januari ini titik tolak permulaan menulis ebook, insyaallah ianya berdasarkan pengalaman sebenar trading emas nih. Harap pembaca sekelian dapat doakan niat ini dimakbulkan tuhan…ebook ini release di pasaran.

OK untuk minggu ini, apa cerita si “emas” ni, nak kemana arah harganya?
Prediction saya untuk minggu lepas, memang betul harga emas agak menurun minggu lepas dan harga bergerak sideway pada penghujung minggu lepas. Berdasarkan pengamatan fundamental,antara news yang dapat saya scan dari sumber sohih adalah;

“Losses on commercial real estate loans pose the biggest risk to U.S. banks this year, troubling smaller lenders while unlikely to threaten the entire financial system, U.S. bank examiners concluded during a review.
“Losses from commercial real estate will be quite high by historic standards,” said Eugene Ludwig, former Comptroller of the Currency who is now chairman of Promontory Financial Group, a Washington-based consulting firm to financial institutions. “Hundreds of banks will fail or will be resolved over the course of the cycle.” Federal Reserve Governor Elizabeth Duke said in a Jan. 4

Sumber :

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601110&sid=aD30hm2UDGeU

Based pada economic indicator ini yang akan release pada Rabu 20 Jan ini, dijangka emas boleh naik harga ni…so tunggu dan lihat Rabu ini, betul tak?

Dari segi teknikal carta emas saya, masih uptrend di timeframe H4 dan daily untuk indicator MACD, ADX dan MA crossing. So positif akan ada kenaikan pada harga emas minggu ini, insyaallah….pada paras kenaikan;

Resistance 1      : US 1136/ounce
Resistance 2     : US 1139/ounce
Resistance 3    : US 1143/ounce

Selamat melabur.  :-)

Share/Save/Bookmark