Archive for the ‘Analisa Teknikal Emas’ Category

November 1 2009

Analisis Pergerakan Harga Nov 1-7 09

Salam

Apa khabar pembaca semua, semoga sihat. Alhamdulillah minggu ini banyak dapat siapkan tugasan akademik yg tertangguh dek kelahiran baby saya, maklumlah takde pakai orang gaji, semua saya kena sediakan …..jadi mr mama kejap 2 minggu ni.

Pada 30 Okt 09 telah selamat berlangsung satu seminar yang dianjurkan oleh Public Gold sendiri dihadiri oleh otai emas terkenal Pokli dan Syukor Jutawanemas. ALhamdulillah sempat bertanya itu dan ini kepada mereka dan sambutan di Batu Pahat tak kurang hebat juga walaupun malam itu hujan agak lebat juga….tahniah orang batu pahat….

Tapi dalam post kali ini saya tak nak ulas pasal seminar ini panjang, insyallah next post agaknya, tapi nak tumpukan pada pergerakan harga emas utk Nov 1-7 09 ini.

Pergerakan emas di Daily chart menunjukkan garisan MA dah mula bersilang dan begitu juga indicator MACD, positive akan ada pergerakan semula harga ke bullish. Timefame H4 juga menunjukkan MACD yang jelas positif untuk harga emas kembali bullish. Tetapi pergerakan harga pada currency USD dan EUR agak tidak berapa “tally” dengan emas ini,  so ini memberikan petunjuk harga emas akan naik hingga ke paras Resistance level 3 di USD 1060 dan maybe akan buat bounce balik, bergantung kepada pergerakan currency USD ketika itu.

Saya dah mula memajakkan semua emas saya 200 gm PG ke Ar Rahnu untuk membeli stok emas baru pada 30 Okt 09 untuk dijual kerana harga sedang mula nak naik kembali minggu ini dan minggu depan insyaallah.

Analisis ini juga disokong oleh beberapa berita fundamental contohnya berita ini;

Gold Prices to benefit from weaker dollar ‘for the next quarter’

- Friday 30th October 2009

A prominent analyst suggested today (October 29th) that physical Gold Investment positions are beginning to build up over fears about the dollar, Reuters reports.

Since passing the $1,000-per-ounce mark recently, market commentators have been divided on which direction the yellow metal’s next significant move will be in. Walter de Wet, from Standard Bank, which is the largest bank in Africa, explained that he is expecting further gains because the greenback looks set to struggle for the next three months. He told the news provider: “We have some decent interest in the physical side. We see some base-building going on.

“Our view is that we are going to see a general trend for dollar weakness in the next quarter.”

Those comments were strongly echoed last week by ScotiaMocatta, which is the precious metals division of the Bank of Nova Scotia - the third-largest bank in Canada. In a note viewed by Reuters, the group predicted that gold prices could easily reach as high as $1,400 per ounce over the course of the next 12 months.

“Gold is going through a very interesting time, but there are a multitude of factors influencing the price, some of which are quite contradictory, such as the presence of deflation and the fear of inflation,” read one section. “We also have an uneasy feeling that after the near catastrophic events seen over the past 12 months, the sharp recovery seen since March seems too good to be true, and for that reason it probably is.”

Source: Bullion Vault.com

Tak kurang juga berita terkini untuk currency USD dn EUR di Forexfactory.com mengatakan

“The first week of November is packed with major events: rate decisions in the US, Britain, Europe and Australia, and many employment figures, with the king of forex, Non-Farm Payrolls, the king of forex, closing the week with the monthly circus. There are lots of other events to open the month. Take a deep breath:

So minggu ini investors still waiting for Non Farm Payrolls news, kalau ada effect pada USD maka effect juga pada gold price movement. So kita tunggu dan lihat this week bagaimana trend harga emas dan USD bergerak untuk menjangka pergerakan seterusnya selepas keluar berita Non Farm Payrolls. Jika NFP berita negatif tentang USD, maka harga emas akan naik dan begitu jugalah sebaliknya.

Semoga artikel ini memberikan sedikit pertimbangan dalam pelaburan emas anda.

Kalau ada apa-apa pandangan tentang pergerakan harga emas ini boleh kita share ideas dan pendapat. ….silakan.. .

Share/Save/Bookmark

October 3 2009

Salam Aidilfitri dan Update Emas

Salam sejahtera kepada pembaca blog ini, dlm kesempatan Syawal yg berbaki ni, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf  zahir batin saya ucapkan.

Agak lama juga tak berkesempatan untuk update blog ini dek kesibukan tugas hakiki di Universiti selain dengan hal-hal keluarga. Namun, atas sebab minat dalam emas, akan saya pastikan blog ni terus bergemerlapan seperti terangnya kemilau “emas” yang tak pernah pudar…insyallah

Pandangan Tentang Pergerakan Harga Emas

Seperti yang dijangkakan, berdasarkan artikel saya yang lepas “September Gold Rush”, bulan September 2009 ini memang BOOOM. Kenaikan emas cecah RM 6.60 / gram (berdasarkan syiling Kijang Emas) bermula dari 13 Julai sehingga 23 September 09 (gelombang kenaikan pertama). Saya sendiri berjaya meraih keuntungan yang lumayan daripada kenaikan ini dengan membeli Gold Bar 100 gm Public Gold pada harga RM11276 dan still pegang lagi emas itu yang kini dah mencecah harga RM11987 (Harga pada 3 Oktober 09). Saya kira pembaca blog ini yang mengambil manfaat dan tips dalam blog ini pasti juga telah dapat memperolehi keuntungan, tahniah…..

Bulan Oktober menyaksikan graf turun seketika semenjak dari Hari Raya pertama akibat pengambilan untung oleh pelabur-pelabur. Berdasarkan pengamatan saya sekarang disokong oleh beberapa berita fundamental dan rekod prestasi emas yang lepas (2000 - 2008), saya amat positif , kini gelombang kedua kenaikan emas akan berlaku sejurus sebelum Deepavali ini 17 Oktober 09. Dijangka gelombang kedua ini berlangsung sampailah Feb 2010. Sama-samalah kita nantikan DAN YANG PENTING pastikan anda dah mula melabur dalam emas fizikal  untuk ambil peluang keemasan ini. Dah nak melabur emas, klik sini

Satu lagi berita fundamental yang amat menarik dan boleh bagi guide ialah pada link di bawah ini;

“Gold Poised for US1500 in 2010″

Para analisis menjangkakan kenaikan emas sehingga US 1500 / ounce dalam tempoh 15 bulan bermula dari sekarang. Sekarang pun dah cecah US1000 / ounce. Wah! Satu signal yang canteek dan satu sebab kuat kenapa kita kena beli emas fizikal sekarang juga…..takleh tunggu lagi dah, lambat sikit, harga emas naik lagi. Emas dah berjaya melawan inflasi sejak 1400 tahun yang lalu, dan ia akan terus melawan inflasi sehingga sistem kapitalis ini sudah tidak digunakan lagi. Persoalannya adakah kita tahu bila sistem kapitalis ini akan dihapuskan.?….atau adakah ia akan terus diamalkan sampai bila-bila…? Sudahkah kita bersedia pada masa itu…? Bagi umat islam khasnya, boleh renung-renungkan hadith Nabi SAW ini;

Abu Bakar Ibn Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar dan Dirham.”

Kalau nak beli Emas Fizikal untuk Pelaburan sila KLIK SINI.

Share/Save/Bookmark

September 6 2009

September Gold Rush

Salam dan selamat sejahtera. Diam tak diam kita sudah melepasi setengah daripada musim   berpuasa. Ini bermakna tak lama lagi nak raya dan sekarang musim sales / discount sana sini, ekonomi agak rancak di kala ini , tidak terkecuali juga dengan EMAS…..OH…..EMAS. Ini satu berita baik bagi para pelabur emas, based pada prediction di artikel saya 30 Ogos 09 yang lepas, harga emas sudah keluar dari fasa sideway, setelah ada Double Top dan Double bottom terbentuk dan ia terus menjunam naik sampai hujung minggu ini. Para analisis emas menjangkakan, jika harga emas boleh melepasi paras harga tertinggi USD 1000/ oz, harga pecah rekod!! Maka bull run akan terus berlaku. Tetapi sekiranya price tak berjaya melepasi tahap USD1000 / oz dan jatuh sehingga paras USD 920 / oz, maka dah boleh mula menjual semua emas yang ada, kerana musim bear run akan berlaku. Fakta ini berdasarkan fundamental report di bawah;

Laporan dari Fiancial Sense

Ini pula ulasan pada satu artikel yang agak menarik minat saya dan juga pelabur emas lain, yang boleh dijadikan panduan melabur emas iaitu Bulan September adalah THE BEST MONTH FOR GOLD sebab in September berdasarkan kajian tahun-tahun yang lepas, September bull run biasanya akan mula berlaku dan ia boleh naik tinggi mengalahkan lain-lain bulan dalam setahun.

Kenaikan ini disebabkan 4 perkara utama demand emas amat tinggi

1)  Oleh kerana India adalah pengguna emas terbesar dunia, maka musim post monsoon perayaan Diwali dan musim orang kahwin di India jadi sebab ramai rakyatnya beli emas.

2)  Tukang-tukang emas mula beli stok baru emas untuk ditempa dan dijual semula untuk musim perayaan Christmas sekejap lagi di US.

3)  Perayaan Hari Raya yang akan disambut pada Oktober ini menggalakkan ramai muslim seluruh dunia membeli emas awal-awal.

4)  Di China, sambutan Hari Kemerdekaan yang akan bermula 1 Oktober dan sambutan festival Tahun Baru China awal tahun 2010 menggalakkan ramai rakyatnya membeli emas awal-awal.

Sumber :Laporan dari Financial Sense

Diharap, sumber berita fundamental ini boleh dijadikan panduan dalam membuat keputusan pelaburan emas anda. See ya..selamat berpuasa…

Share/Save/Bookmark

August 30 2009

Review Harga Emas Ogos 2009

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini.  Agak lama juga saya tidak sempat update blog ini, kerana desakan kerja-kerja penyelidikan dan pengajaran, dengan dateline yang agak ketat, alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan. Sebelum itu juga ingin saya mengucapkan di kesempatan ini “Selamat Berpuasa” kepada semua dan semoga dapat puasa yang berkat. Kenapa penting puasa yang berkat, kerana dengan keberkatanlah salah satu sebab utama mudahnya menerima rezeki yang cukup dan melimpah ruah dari pemberi rezeki yang utama, tuhan kita. Jika kita akrab dengan pemberi rezeki, senangnya rezeki nak datang.

Baiklah, kembali kepada emas…emas…oh emas, jika diperhatikan graf untuk bulan Ogos ini, harga emas berlegar-legar turun dan naik dalam fasa Uptrending. Saya dapati emas bar yang saya beli semasa harganya RM11276 utk 100 gram dari Public Gold masih belum lagi dapat untung yang memuaskan, balik modal pun belum lagi. Kalau sapa beli emas GIA Public Bank, harganya berlegar sekitar RM109 - RM110 lebih segram. Tapi saya yakin, emas ini walaupun begitu sekarang, oleh kerana situasinyanya sekarang yang mana demand melebihi supply, insyallah ia akan naik lagi cuma perlulah kita sabar skiit lagi untuk harganya keluar dari fasa sideway ini. Cuba lihat betapa sidewaynya harga emas Ogos ini (28/7 - sekarang)walaupun trend masih Uptrend……

Di sini ada beberapa news untuk Harga Emas bulan September 2009. Pendapat saya selari dengan pendapat dari penganalisis harga emas lain yang mana harga akan naik pada September ini, selain disokong oleh Seasonal Festival seperti Hari Raya, Musim Haji, Christmas dan New Year, faktor ekonomi seperti volatility stock market di US dan rise of EUR dollar, juga mampu melonjakkan harga emas dunia. Cuba baca artikel ini ….

Gold Forecast of September 2009″.

Satu clue baru yang saya dapat belajar, jika Dollar US jatuh, EUR dollar naik, maka kebarangkalian besar, Gold Price akan naik, seperti quotes dalam artikel dlm link di atas.

Apa-apa pun nantikan update dari saya berkenaan harga emas ini from time to time, so lawatilah blog saya ini kerap kali. Sekian, selamat berpuasa…puasa jangan tak puasa……

Share/Save/Bookmark

August 18 2009

Tak Percaya ke Kuasa Emas?

Salam dan selamat sejahtera, kali ini saya ingin mengulas post saya yang lepas, Pengalaman saya bertanya ramai orang dan kenalan saya, rata-rata masih ragu-ragu bolehke…… menjana pendapatan dan menerima keuntungan yang tinggi mengalahkan ASB melalui pelaburan emas ini…?

Hasil analisis saya, dengan memantau pergerakan harga emas, ianya memang tak mustahil. Pada Mei 2009 yang lepas, trend kenaikan emas mula berlaku dan berakhir pada Jun 2009. Selepas itu price buat reversal trend balik. Sila lihat graf emas di bawah;

 

Dengan hanya menggunakan analisis teknikal yang agak basic dan bantuan indicator tertentu, kita boleh memantau sebenarnya bila timing terbaik untuk membeli dan menjual semula emas-emas. Dan yang paling menariknya semua tools ini boleh didapati secara FREE di internet…tak perlu keluar apa-apa belanja.

 

Pada 5/5/2009, harga emas dunia pada takat US 896.82/OZ

 

Ini contoh pengiraannya:

 

Harga emas dunia US 896.82/oz juga bersamaan dengan USD28.836 / gram  ( 1 OZ = 31.1 gram). Tukar ke Ringgit Malaysia pada kadar 1 USD = RM3.54, maka harga emas dunia

USD 28.836 /gram   = RM 102.07 / gram.

 

Manakala harga jualan syiling Kijang Emas pada 6/5/09 (Waktu US awal sedikit dari kita), ialah RM 3349 / oz. Ini bersamaan dengan RM 107.68 / gram.

 

Boleh lihat history harga Syiling Kijang Emas di sini. Klik sini.

 

Memandangkan ini harga terendah untuk musin trend menaik kali ini, maka kita pun pakat belilah Syilng Kijang Emas ini pada 5 / 5 / 2009.

 

Dengan bermodalkan RM10,047, maka dapatlah beli 3 keping Kijang Emas 1oz setiap satu beratnya.

 

 

Kemudian pada 5/6/2009, pada masa tu harganya USD 960.53 / OZ

 

Based pada petunjuk dari carta emas, didapati emas telah sampai ke penghujung trend menaiknya….harga pun dah tinggi masa ini.

 

Harga emas dunia US 960.53/oz  juga bersamaan dengan USD 30.89 / gram  ( 1 OZ = 31.1 gram). Tukar ke Ringgit Malaysia pada kadar 1 USD = RM3.42, maka harga emas dunia

USD 30.89 /gram   = RM 105.64  / gram.

 

Manakala bagi Syiling Kijang Emas pula, harganya pada 8 / 6 / 2009 adalah RM 3551 / oz bersamaan dengan RM 114.18 / gram.

 

Perhatikan, dalam tempoh hanya sebulan kenaikan emas boleh mencecah RM 6.50 / gram…!!

 

So, pada 8 / 6 / 2009 boleh jualkan balik semua 3 keping Syiling Kijang Emas yang ada atau jual nilai keuntungan sahaja maybe jual dulu 1 atau 2 keping Syiling Kijang Emas anda.

 

Jadi, berapakah keuntungan sebenar anda ?

 

Pengiraan Untung

 

Jika jual 3 keping Syiling Kijang Emas (1 oz) anda, maka keuntungannya

 

(RM6.50 X 3 X 31.1 gram ) = RM 606.45 dalam tempoh SEBULAN jer tuuuuh.

Itu belum lagi kalau beli 1 kg emas, dah dapat RM6500 SEBULAN…!!!…Duduk diam-diam, simpan emas….dapat untung…..

 

So siapa kata pelaburan emas tak muaaaaiiiii. Jika kita sebagai pelabur, cukup ilmu tentang pelaburan ini, tidak mustahil untuk memperolehi keuntungan sebegini. Jadi mempelajari imu tentang pelaburan emas itu patut dilakukan dahulu di samping kita terus melabur di bakul emas  atau di bakul yang lain seperti ASB, Saham Amanah, Fixed Deposit, Tabung Haji dsb..

 

Selamat Melabur, jadilah pelabur yang bijak…

Share/Save/Bookmark