Archive for the ‘Cari Duit Lebih?’ Category

April 16 2011

Pelaburan Emas Jangka Pendek Suku Pertama 2011

Salam ceria semua pembaca blog saya….

OK post kali ini nak bercerita tentang masa yang ditunggu-tunggu, nak ambik untung setelah sekian lama melabur emas. Dah nama pelabur….mesti la nak ambil untung kan? Apa hal kalau dok simpan jer….bila nak merasa nikmat untung tu….

Kita review balik pelaburan emas kita pada suku tahun pertama 2011 ini.

Kita mula memborong emas dengan banyak pada 7 Feb 2011 lalu setelah ”confirm ” signal EMA-Bband (v1) di chart emas. Harga yang terpapar pada masa tu, semasa timing betul-betul cantik utk membeli macam di bawah;

Jom kita buat analisa keuntungan berapa profit anda bila main Strategi 2 in 1 ini.

Pada 7 Feb 2011, beli emas fizikal Public Gold / GCP dan terus masuk pajak Ar Rahnu. Katakan modal asal pembelian anda RM50,000

Anda mampu membeli emas

Rantai Tangan GCP : 200 gm x RM 153.49 = RM 30,698

Gold Bar Public Gold : 100 gm = RM 15,108

20 gm = RM 3050

JUMLAH BELIAN = RM 48,856


Marhum Agro Bank pada 7 Feb 2011 adalah RM 154 per gram

Pinjaman (jika anda customer tetap) : 70% x RM 49280 = RM 34,496

Upah Simpan : 0.8% x RM 34,496 = RM 276 sebulan

Kemudian saya bawa duit hasil pajak sebanyak RM 34,496 tadi ke Maybank dan saya buka dan invest dalam buku akaun emas GSPA.

Harga emas GSPA pada 7 Feb 2011 : RM 134.51 per gram

Jumlah Belian : RM 34,496 / 134.51 = 256 gram

Maka saya dah boleh beli 256 gram dari duit hasil pajak tu….he he banyak tu…

Kemudian tunggu punya tunggu…dah kita beli dulu pada harga terendah, apa nak risau, pada 15 April 2011, kira OK lah harga pun dah tinggi…..berdasarkan pada signal EMA-Bband, potensi untuk naik masih ada lagi kalau tengok kat chart emas. Tapi apa nak buat, tangan dah gatal…..nak pakai cash…keluarkan ajelah untung yang ada…



Harga buy back GSPA pada 15 April 2011 : RM 140.47 per gram

Jualkan semua emas GSPA : 256 gram x RM 140.47

: RM 35,960.32

Saya bawa cash sebanyak RM 35,960 ke Agro Bank bersama dengan surat pajak pada 7 Feb lalu untuk tebus semula emas 320 gram anda.


Jumlah upah simpan utk 2 bulan 10 hari : RM 640

Lebihan cash setelah ditebus emas asal : RM 35,960 – RM 34,496

= RM 1464

Untung bersih setelah ditolak upah simpan : RM 1464 – RM 640

= RM 824….


Jadi dalam tempoh 2 bulan tu dapatlah extra cash RM 824, boleh lah…sapa nak bagi free free jer kan? Bukan buat apa pun….


Dalam kes saya, sebab Ar Rahnu YAPEIM tu belakang rumah saya jer, macam takde buat apa pun, tahu-tahu lepas 2 bulan dapat extra cash RM 824…..he he duduk diam dapat cash…


Itu baru 320 gram emas. Klu ada 1 kg, cuba kira skit….


RM 140. 47 x 801 gram = RM 112,516

Upah simpan 2 bulan = RM1900

Untung bersih                 = RM 112,516 – (RM107,800 + RM 1900)

= RM 2816


Kalau saya tak nak tebus dan nak main lagi permainan emas ni. Katakan saya buat overlaps bagi emas asal 320 gm sebab dalam tempoh 2 bulan ini ada kenaikan tinggi pada harga emas.

Marhum Agro Bank pada 15 April 2011 adalah RM 167 / gram

Pajakan Pertama

RM 154 x 320 x 70% : RM 34,496

0.8% x RM 34,496         : RM 276 sebulan upah simpan

Pajakan Kedua (Overlaps)

RM 167 x 320 x 70% : RM 37,408

Lebihan cash : RM 37,408 – ( RM 34,496 + RM 640) = RM 2272


Senang cerita dengan modal emas anda yang asal sahaja berbagai arah cash extra boleh masuk kalau anda tahu caranya nak putar-putar emas anda tu….2 in 1, overlaps, bisnes emas, bisnes internet, affiliate income….semua tu mudah untuk dibuat jika tahu caranya…dan yang penting ada kemahuan untuk terus belajar ilmu “money makes money”.


Bagi mereka yang mahir dalam bab-bab investment ni, sebenarnya bukan sahaja 2 in 1 malah 10 in 1 punya strategi pun boleh kita apply kalau tahu apa yang kita buat dengan emas kita.


Contohnya, saya apply beberapa strategi terhadap emas asal saya


Agihan duit hasil pajak emas asal;

- 50% akan masuk buku akaun emas

- 20% akan masuk “high risk investment” sebagai income harian

- 30% medium risk investment macam pelaburan emas terpakai, emas lelong


Jadi dengan ini, saya dapat mempelbagaikan arah kemasukan extra cash saya setiap bulan. Barulah setiap bulan senyuuuum jer……


Ok harap artikel ini berguna untuk tatapan anda semua…..dan hebahkan pada kawan-kawan anda jika maklumat ini amat berguna…..kita sebarkan ilmu yang baik yang membantu ini, dapat pahala.


Admin

Nizam77

019 - 7724054

Share/Save/Bookmark

October 10 2010

Projek Terbaru 1 MInggu 1 Dinar Emas

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog setia saya, terima kasih kerana kunjungan anda ke sini menyebabkan saya akan terus memperjuangkan kepentingan kita semua memilki dan menyimpan dinar dan emas sebagai penyimpan nilai kekayaan kita.

Alhamdulillah sudah lama ingin update blog sempoi saya ini, tapi kekangan masa dan tugasan hakiki menyebabkan agak lama juga tak dapat post artikel terbaru.

Banyak aktiviti dan perkara yang nak diceritakan di sini;

Berkenaan ebook sulung saya, insyaallah masih on target lagi, dijangka hujung Oktober ini akan dilancarkan jika tiada masalah. Jika ingin mengetahui perkembangan terbaru ebook saya boleh ke link ini pajakemas.com.


Update Pergerakan Emas

Baiklah, mari kita lihat update terkini pergerakan harga emas sekarang. Jika dilihat pada kedudukan sekarang di carta emas, woow, harga emas saya kira untuk tahun ini telah berjaya melepas halangan demi halangan  untuk ke harga terbaru di aras USD 1300 / ounce. Harga ini dijangka akan ding dong sebelum stabil buat beberapa minggu dan wallahualam, apa akan jadi lepas tu….


Alhamdulillah pelaburan jangka pendek saya telah memberikan pulangan yang menarik, berkat kesabaran saya tidak jual semua emas GIA saya masa time raya ni yang penuh dengan dugaan sana-sini untuk mengeluarkan dan membelanjakan wang investment di GIA. Setakat ini status harga emas GIA dari mula melabur hingga sekarang adalah seperti dalam screenshot carta emas di bawah.


Ikutkan hati macam macam nak dibeli sebelum raya tempohari…sana sini SALE, JUALAN MURAH, JUALAN LELONG, boleh cair iman, tapi kerana tetap dengan keputusan untuk simpan lagi pegangan pelaburan, harga akan naik lagi lepas raya ni…..yess, kan betul naik kaw kaw harga lepas raya….alhamdulillah.



Emas saya yang asal juga dah naik harga. Di samping menjana pulangan jangka panjang atas emas fizikal, saya juga  dah menjana  pulangan jangka pendek dengan emas GIA saya, alhamdulillah….


Secara kasarnya dalam pelaburan jangka pendek jika anda beli emas 1 kg di GIA, untung anda sekarang (9/10/2010) adalah

1000 gm x (RM 131.06 – RM 123.12) = RM 7940…!!!

Dalam masa lebih kurang 2 bulan sahaja, itu pun trend kenaikan belum betul-betul di paras harga tertinggi lagi nih….kalaulah anda semua ada 1 kg emas, atau cash RM150,000 boleh dah beli 1 kg emas……tak ke untung macam tu…….


Baiklah dari segi jangkaan harga emas akan datang, jika berdasarkan analisa teknikal sahaja, (tak sempat nak lihat berita fundamental);

RSI                  :  harga dah mula oversold

Stoch              :  harga dah lama dah oversold

Bband             :  masih uptrend

Heiken Ashi   :  momentum uptrend kuat lagi.


Berdasarkan petunjuk di atas, saya menyimpulkan harga akan naik lagi setelah buat pembetulan dalam minggu ni, diharap harga naik sehingga pertengahan  / hujung bulan Oktober ini. Namun, suasana harga emas sekarang agak tak masuk akal juga skrg, kerana harga dah tinggi dan mungkn pelabur perlu alert pada news fundamental yang boleh menjatuhkan semula harga emas. Ini kerana signal RSI dan Stochastic dah nak ke hujung skala 100%. Kebiasaannya kalau dah ke hujung skala 100% tu, dah tak lama nak jatuh balik harga bila-bila masa sahaja.


Projek Terbaru 1 Minggu 1 Dinar

Ok baru-baru ini saya telah buat eksperimen dengan diri sendiri dan alhamdulillah saya berjayalah setakat ini melakukannya. Nak tahu apa dia para pembaca sekelian, dua minggu lepas, saya telah launching projek terbaru saya diberi nama

PROJEK 1 MINGGU 1 DINAR EMAS

Projek ini saya launch atas inisiatif saya untuk melihat lebih ramai orang awam seperti saya dan anda semua untuk memiliki kemampuan membeli 1 dinar emas setiap minggu non stop. Wah, 1 dinar je sekarang dah RM630. Kalau sebulan dah kena beli RM 2520. ”Fuh dah macam gaji saya sebulan ni abang Nizam, mana laraaat!”…..keluh seorang pemerhati, he he….


Ya betul, kalau gaji anda cuma RM 2000, camner nak join projek ini kan….TAPI….TAPI melalui program ini saya akan bimbing anda sampai pandai bagaimana anda berkemampuan membeli 1 dinar setiap minggu…….betuul, saya dah buat dah, dah nampak hasilnya di peringkat awal ni….saya amat yakin saya boleh teruskan konsistensi setiap minggu, semua orang saya pasti boleh buat….semangat kena ada….


OK untuk penerangan lebih lanjut tentang projek ini dan bagaimana nak buat, saya akan cerita lebih detail dalam posting blog artikel akan datang, so nantikan ya, rajin-rajinlah melawat ke blog saya, terima kasih semua…..

Selamat Melabur……

Share/Save/Bookmark

September 14 2010

Salam Idulfitri dan Update Ebook

Salam sejahtera dan ceria kepada semua pembaca blog ini…diam tak diam kepada semua umat islam, syawal sudah menjelma. Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam..

Sudah agak lama tidak update blog ini, kerana agak sibuk menyiapkan persiapan Aidilfitri dan menyiapkan penulisan ebook saya. Alhamdulillah ebook telah hampir siap, dan dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada Oktober 2010 ini.

OK sedikit kupasan tentang ebook sulung saya bertajuk “ Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia”. Ebook ini adalah hasil penulisan saya sendiri berdasarkan pengalaman melabur dan berniaga emas pelaburan dan emas terpakai selama 2 tahun.

Berkenaan isi kandungan ebook ini, jika anda menghadapi masalah seperti di bawah ini, maka, anda harus teruskan membaca artikel ini.

  1. Kurang pasti cara sebenar pelaburan emas dijalankan kerana kurangnya kajian kes sebenar bagaimana ianya dilakukan.

  1. Anda terbeli emas fizikal pada harga yang tinggi, dan tak sanggup nak tunggu sampai 2 tahun untuk menunggu emas anda menghasilkan pulangan, maka ebook ini sesuai untuk anda.

  1. Dah nak bersara / pencen, tapi tabungan dana persaraan belum cukup. Harapkan KWSP pun tak cukup juga. Jika anda ingin tahu bagaimana nak buat backup plan persaraan dengan emas, pun ok ebook ini untuk anda.

  1. Nak buat untung extra cash sedikit sambil melabur emas jangka panjang.

  1. Anda minat barang kemas, tapi tak tahu teknik berkesan menjana untung dalam melabur barang kemas. Teruskan ikuti ebook ini.

  1. Anda student, tapi minat sangat nak kumpul emas, iyalah…niat di hati esok-esok nak kahwin pakai dinar emas…bagaimana caranya student boleh kumpul emas secara berkesan dan tidak membebankan.

  1. Selalu sangat ke pajak gadai, tapi asyik kena bayar lebih pada upah simpan. Bagaimana rahsianya anda boleh pajak emas secara FREE sahaja, tapi masih boleh buat untung…

  1. Teknik berkesan bagaimana suri rumah boleh jana income pasif sambil jaga rumah, anak dan suami tapi masih boleh jana income dari barang kemas.

  1. Tiba-tiba anda dapati harga emas dalam musim jatuh harga, bagaimana pelabur emas boleh buat untung ketika harga jatuh…nak tahu, dapatkan ebook ini.

Dan banyak lagi permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan pelabur-pelabur dan peniaga emas di Malaysia ini.

Jadi jika anda seorang yang dah lama melabur emas, akan melabur emas, dah frust melabur emas, ragu-ragu melabur emas, dah untung melabur emas, anda boleh dapatkan update terkini mengenai ebook ini, dan sebagai menghargai pembaca blog ini dan hadiah Hari Raya, saya ingin memberikan BONUS Ebook Teknik Memasang Carta Emas kepada anda semua;


“Sila Klik Link ini untuk Teruskan Download Ebook Edisi FREE ini”

Melalui ebook ini, anda akan diajar langkah-demi langkah untuk memasang carta harga emas dunia yang boleh anda gunakan untuk memantau pergerakan harga emas secara LIVE…Selamat mendownload.

Jika ebook ini bagus untuk anda, apa kata anda sebarkannya pada umum agar semua mendapat manfaatnya. Terima kasih dan selamat Hari Raya….


Admin

www.knizambiz.com

www.pajakemas.com


Share/Save/Bookmark

May 31 2010

Cara Mudah Cari Duit Lebih

Salam, artikel ini ditulis untuk memudahkan lagi urusan Pembelian Emas / Barang Kemas Terpakai, Patah, Rosak, Putus, Baru dan Lama.

Jika anda buntu untuk mencari wang tambahan demi menampung perbelanjaan bulanan anda, maka atas inisiatif ini, saya telah wujudkan program ini untuk sama-sama membantu “win-win” situation. Saya dapat EMAS terpakai, anda dapat komisen hasil belian tadi.

ANDA HANYA PERLU FORWARDKAN INFO INI KEPADA SAYA

1. Nama Penjual Emas / Barang Kemas

2. Barang emas yang hendak dijual

3. No. telefon penjual emas

4. NO Akaun Bank anda (untuk depositkan komisen).

Dan hantar melalui blog ini melalui

1. Ruangan komen blog ini

2. Email saya : knizambiz@gmail.com

3. Call / SMS di : 016 7254054

Saya akan terus buat call pada nombor telefon penjual tadi dan akan jalankan urusniaga pembelian emas. Jika urusniaga berjaya, komisen 20% atas nilai keuntungan  akan diberikan…untuk komisen yang lebih tinggi, sila jadi Agen Pembeli Emas berdaftar dengan saya terlebih dahulu.

ANDA HANYA BERITAHU SAHAJA, DAN SELEBIHNYA KAMI URUSKAN…KOMISEN ANDA DAPAT…..SENANG KERJA KAN?? TIADA RISIKO…BILA-BILA MASA BOLEH BUAT..

Share/Save/Bookmark