Archive for the ‘My Life Stories’ Category

April 8 2010

Update Taklimat Pengenalan “Kenali Emas Anda”

Salam sejahtera semua pembaca setia blog saya…..apa khabar?

Ini merupakan update bagi hebahan Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda yang saya siarkan dalam artikel blog saya yang lepas (boleh lihat artikel saya yang lepas pasal kursus usahawan emas yg pernah saya hadiri), dijadualkan akan berlangsung pada

Tarikh : 11 April 2010  (AHAD)

Masa : 1 – 5 petang

Tempat : Projuta Enterprise, S8, Tingkat 1, Kompleks Niaga   Benteng, Peserai, Batu Pahat, Johor.

OK oleh kerana tempat terhad, masih ada kekosongan dalam 8 orang sahaja lagi. Jika anda berminat untuk menghadiri kursus ini yang tidak berbayar, FREE je….dapat makan dan minum lagi……sila daftar nama, no telefon dan IC No (untuk tujuan sijil penyertaan) anda kepada saya di talian tertera di bawah ini;

Khairulnizam Ngadimon

016 7254054

OK ini ulangan tentang apa faedah yang akan kita dapat bila hadiri taklimat pengenalan ini.

  1. Anda akan tahu apa keistimewaan emas. Jika anda dah tahu anda akan rasa bersyukur dengan emas yang anda miliki…..power rupanya emas ini .
  2. Anda akan tahu bagaimana nak memperolehi pendapatan tambahan secara santai dan part time jer TANPA MODAL….setiap bulan. Haa, dah la tak payah modal, kerja pun santai jer…tapi boleh masyuk income bulan-bulan….boleh tahan. Ada agen saya mampu dapat income RM1200 dalam sehari jer….kerjanya serahkan informasi je pada saya…
  3. Anda berpeluang mengikuti Kursus Usahawan Emas yang mana segala rahsia tentang emas, emas terpakai, emas lelong, emas pelaburan, cara menilai gred dan bagaimana harga emas harian ditentukan, dan paling best, modal sepenuhnya disediakan oleh Koperasi. Senang cerita, segala rahsia yang tokey-tokey emas tak nak orang biasa tahu akan anda pelajari dalam Kursus Usahawan Emas ini…tapi Kursus ini ada tapisan tertentu…..nak tahu…kena datang ke taklimat pengenalan ini.
  4. Duduk dengar penerangan pun lepas tu dapatlah sedikit makan dan mimum free…ok kan.
  5. Anda akan tahu jenis-jenis penipuan / helah yang biasa digunakan oleh penjual / pembeli emas dan bagaimana untuk mengelakkan dari kes-kes ini.
  6. Anda akan mula kenal dengan lebih rapat lagi emas yang ANDA miliki…tak kenal maka tak feel….
  7. Anda dapat tambah kenalan dan networking anda….insyaallah…mungkin juga jodoh / pintu rezeki……wallahualam.

SO…JIKA BERMINAT…DIULANGI..CEPAT!!!, TEMPAT TERHAD….nak ilmu seribu daya, tak nak ilmu seribu dalih……renung-renungkan …..jalan telah tersedia untuk anda……

TARIKH TUTUP TEMPAHAN TEMPAT ADALAH PADA 9 APRIL 2010 ini.

NAK TEMPAH TEMPAT, HUBUNGI

Khairulnizam

016 7254054

Share/Save/Bookmark

March 21 2010

Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda

Salam dan slamat sejahtera semua pembaca blog ini. Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai ke Johor semula setelah bercuti seminggu di Kelantan, cuti sekolah lah katakan…alang-alang isteri saya seorang cikgu sekolah bercuti, dengan kita-kita sekali cuti, cikgu sekolah bukan senang nak apply cuti.

Berbaloi juga cuti ini, di samping dengan keluarga, sempatlah survey-survey lubang-lubang barang kemas murah di Kelantan, insyaallah akan datang saya upgrade services kepada Menjual Barang Kemas 916, 999, menerima tempahan pula dengan harga murah dari harga pasaran. Tunggukan update terkini dari saya ya…..

OK Kali ini nak bercerita pasal Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda yang dijangka akan dilangsungkan pada April 2010 ini di Batu Pahat. Ini adalah projek bersama saya dengan En Salleh Timan (juga Agen Public Gold sah area Batu Pahat) dan Syarikat Keris Emas Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat gergasi dalam bidang Pembelian Emas Terpakai.

Oleh kerana ini adalah kursus pengenalan emas anda, maka selepas seminar ini anda boleh memilih untuk menghadiri kursus intensif usahawan emas.

Jadi apa kandungan kursus intensif usahawan emas ini, akan saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya semasa menghadiri kursus ini dahulu…jeng jeng…..

Apa yang menariknya kursus emas ini, kita diajar mengenali jenis-jenis emas dipasaran, teknik mengenali barang kemas plasu dan tulen dan paling penting camaner nak kenal gred barang kemas tersebut dengan mudah. Haa ini yang paling penting kalau nak beli barang kemas, barulah tak mudah kena tipu bila membeli barangan emas.  Ini gambar saya (posisi duduk di sebelah kiri sekali) dengan peserta kursus semasa menghadiri kursus ini anjuran Keris Emas Resources S/B.

Saya rasa ilmu ini sangat berguna kepada semua yang berminat dengan emas. Iyalah, biasanya ilmu macam ini amat sukar/payah/rahsia nak cari, takde taukeh emas akan dedahkan ilmu-ilmu macam ini. Terima kasih kepada En. Zamri, CEO Keris Emas Resoures yang sudi membongkar rahsia emas ini kepada kami ini yang memang buta pasal emas. Tak rugi hadiri kursus ini, dan rasanya inilah kursus yang amaaat berharga yang pernah saya hadiri.

Selain itu, kursus ini juga mengajar saya bagaimana nak menguji emas tulen/palsu serta terperinci gred-gred emas di pasaran menggunakan Ujian Asid yang mudah.

Ini gambar bagaimana kita menguji emas menggunakan Batu Hitam. Dalam kursus ini kita diajar secara Teori dan Sessi Praktikal…anda test sendiri emas-emas yang diberikan dalam kursus sebagai latihan. Daripada tak tahu, sekarang dah pandai menguji ketulenan emas.

Haa ini pula gambar bagaimana emas anda diuji menggunakan Ujian Asid yang mudah dan praktikal. Bagus ilmu ini kerana rata-rata pengguna emas di Malaysia kebanyakannya tidak begitu mengetahui ilmu-ilmu ini, jadi mudah untuk kita tertipu, rugi bila berurusan dengan emas dan barang kemas.

Jadi saya rasa kursus ini amat perlu kita pelajari bukan sahaja untuk berniaga emas, malah juga sebagai perlindungan dari mudah ditipu / terkena bila anda berurusan dengan EMAS……aset bernilai anda.

Jadi sesiapa berminat nak hadiri Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda, yang akan diadakan pada April 2010 ini (tarikh akan diconfirmkan kelak dalam masa terdekat) di Batu Pahat,Johor, boleh hubungi saya di talian di bawah

Telefon : 016 7254054

Email  : knizambiz@gmail.com

Kursus pengenalan ini FREE sahaja, takyah bayar apa pun dan makanan minuman disediakan. Bukan itu sahaja, PELUANG PERNIAGAAN EMAS juga disediakan untuk anda jika setelah mengetahui ilmu ini, anda bercadang ingin mula berniaga emas DENGAN MODAL DAN TIADA MODAL.

Melalui seminar pengenalan ini, jika nak berniaga emas, perkara MODAL letak di nombor ke 82, kerana modal disediakan oleh Keris Emas Resources untuk anda bermula….

Jadi kepada yangberminat…jangan lepaskan peluang keemasan ini yaaaa, jumpa anda di sanaaaaaaa. :-)

Share/Save/Bookmark

March 2 2010

Pelancaran Public Silver & Public Jewellery

Salam sejahtera semua pembaca blog ini, apa khabar?

Semoga sehat belaka semuanya….alhamdulillah dah selamat kita menyambut Maulidur Rasul dan habis dah bercuti 3 hari……

Pada 28 Feb baru-baru ini telah berlangsung pelancaran produk baru Public Gold iaitu Public Silver dan Public Jewellery di Putrajaya. Upacara gilang gemilang ini diserikan dengan ramai pelabur dan ejen ejen emas yang hadir serta yang menariknya penampilan aktress Diana Danielle sebagai Duta Produk Public Jewellery…….

Ini bermakna pelabur dan semua peminat barang kemas akan berpeluang untuk membeli produk baru yang berkualiti. Barang kemas yang didatangkan oleh Public Jewellery tampak elegan, cantik dengan rekabentuk tersendiri….dan yang penting, hasil survey saya harga jualan barang kemasnya adalah lebih murah dari harga pasaran dan kadar belian balik oleh Public Jewellery pun pada kadar yang amat menarik, setanding dengan kadar belian emas semasa…..worth for our money. Juga setiap barang kemas didatangkan dengan pengesahan dari Assayer yang bertauliah, ini bermakna tiada lagi penipuan dalam nilaian gred barang kemas yang dibeli. Itu yang penting, kita beli emas yang memang gred 916 nilaiannya….

Jadi kepada sesiapa nak cuba pakai dan tempah barang kemas dari Public Jewellery boleh hubungi saya untuk tempahan di 016 - 7254054. Katalog barang kemas boleh dilayari di website mereka di

http://www.publicjewellery.com.my

Ini screenshot website Public Jewellery….untuk tatapan…singgah jangan tak singgah…

Bukan itu saja, kepada pembaca yang berminat nak try invest dalam logam Perak atau istilah B.I nya Silver dah boleh lock harga silver seperti tertera di sebelah kanan bawah website

http://www.publicgold.com.my

Ini screenshot harga semasa Silver di website Public Gold

Jadi sekali lagi hebahan, kepada sesiapa berminat untuk buat tempahan barang kemas boleh hubungi saya di talian 016 - 7254054.


Share/Save/Bookmark

February 21 2010

Gred-gred Emas di Malaysia

Salam sejahtera kepada pembaca sekelian, kebetulan ada masa sedikit untuk saya update blog ini sambil-sambil menunggu isteri saya berurut di Melaka ini.

OK musim cuti panjang dah nak habis, jadi tiba masa untuk ramai keluarga dan warga kota untuk pulang ke rumah dan tempat kerja masing-masing, menyambung semula tugasan. Sepanjang cuti ini saya gunakan kesempatan ini untuk meninjau harga-harga emas di kedai emas, buat perbandingan dengan harga emas terkini dan saya dapati memang masih besar lagi spread (beza harga jual dan beli) walaupun dia dah bagi diskaun up to 60%…FUH…mana tak kaya raya tokeh-tokeh emas ini.

OK artikel kali ini saya nak cerita pasal gred-gred emas yang ada di Malaysia ini. maklumat ini berguna jika anda peminat barang kemas dan nak tahu di mana kedudukan/ranking gred emas ini, yang mana lebih berkualiti…dan paling penting tak tertipu lagi dengan harga yang dijual. Kadang-kadang ada penjual yang beri harga emas 916 pada emas gred 750 dan sebagainya. Ada barang kemas yang dicop kempa 916 tetapi dijual dengan harga emas gred 835….

OK ini grednya. Gred emas tertinggi (paling berkualiti sebab kandungan emas tinggi) adalah yang berada di atas. Emas gred 999.9 adalah paling berkualiti dan mahal kerana ia adalah emas yg telah ditulenkan sehingga 99.9% ketulenan. ..biasanya untuk dibuat jongkong/wafer emas pelaburan.

GRED EMAS  …………… KARAT NO

999.9                                             24K

999                                                 24K

950                                                23K  (emas tarik)

916                                                 22K

875                                                21K

835                                                 20K

800                                                19k  (emas paun)

750                                                 18k

585                                                 14k  (emas campur)

375                                                   9k  (suasa)

Dalam hal ini gred emas terbaik adalah 999.9 dan paling rendah kandungan emasnya adalah emas suasa. Jadi untuk rujuk harga pasaran barang kemas di Malaysia boleh merujuk kepada website ini

http://www.fgjam.org.my/

Atau jika anda ingin menjualkan emas anda, samada emas baru, emas yang dah patah-patah, putus, emas yang tehilang berlian/zircon/batu permata dsb, emas rosak boleh hubungi saya untuk saya beli.

Jika anda ada masalah dengan surat pajak anda, juga boleh hubungi saya untuk saya tolong tebuskan kembali emas anda sebelum ianya dilelong. Rugiii jika dibiarkan emas anda dilelong.

Selamat melabur :-)

Share/Save/Bookmark

February 12 2010

Promosi Perkhidmatan Baru

Salam sejahtera dan apa khabar semua pembaca blog ini. Lama rasanya tak online mengupdate blog ini. Ini kerana dah 3 minggu ini agak sibuk dengan promosi dan buat kerja-kerja awal untuk menggerakkan SERVIS BARU saya selain dari Menjual dan Membeli Emas Pelaburan Public Gold / Dinar.

Kini dengan rasminya saya ingin mempromosikan perkhidmatan saya yang baru iaitu;

1)  Khidmat Membeli Emas Terpakai, Patah, Rosak serta Gold Bar  dan Syiling Emas baru atau lama.

Jika anda ada emas-emas patah / rosak atau memang nak jual emas anda, jangan runsing, jual balik pada saya. Saya beli dengan harga tinggi yang menarik setanding dengan pembeli emas lain. Anda boleh jual pada saya walaupun anda ada emas berkilo-kilo dalam tangan, insyaallah saya beli. Tak semestinya di Johor sahaja, di mana saja anda berada sila hubungi saya, insyaallah, akan ada wakil  saya di sana yang akan menyelesaikan masalah anda.

2)  Khidmat Tolong Tebus Surat Pajak di Ar Rahnu / Konvensional.

Jika anda ada masalah nak tebus semula emas anda di Pajak Gadai Ar Rahnu / Konvensional, jangan biarkan ia begitu saja, anda akan rugi, sebaliknya hubungi saya. Cash akan diberikan untuk tebus emas anda dan baki tebusan akan saya pulangkan kembali ditolak keuntungan. Untuk area luar Johor, boleh hubungi saya, nanti akan saya paskan pada wakil saya di sana untuk menguruskan urusniaga ini.

3)  Khidmat Menguji dan Menilaikan Emas Anda, khidmat jururunding emas .

Anda nak “Trade in” emas anda di kedai emas, pastikan anda timbang sendiri dan pastikan mutu emas anda sebelum ke sana agar anda tidak akan tertipu lagi apabila berurusan dengan emas/barang kemas. Hubungi saya untuk uji emas anda. Statistik menunjukkan ramai pengguna emas tertipu semasa menjalankan urusniaga trade in barang kemas.

Anda juga boleh bertanya tentang emas pelaburan anda, apakah teknik terbaik yang boleh anda lakukan dengan emas pelaburan anda.

4)  Khidmat Mencuci dan Memperbaiki Emas Anda Semula.

Jika anda ada emas yang agak kusam, lusuh, nampak tak bermaya, serahkan pada saya untuk diservis. Kembalikan semula KILAUAN EMAS anda yang sebenar…

5)  Peluang Menjana Pendapatan Lumayan daripada Bisnes Emas kini dibuka.

Bagi yang berminat, ada 2 pelan bisnes iaitu yang bermodal dan bermula tanpa modal yang ingin saya kongsikan. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Satu peluang yang menarik!! Boleh berniaga emas tanpa modal???

Diharapkan perkhidmatan  baru yang saya tawarkan ini akan mampu memeriahka lagi dunia Pelaburan Emas dan memartbatkan nilai EMAS itu sendiri selaku logam yang terpilih.

Saya mengamalkan Prinsip ini dalam Produk dan Perkhidmatan Emas yang saya tawarkan iaitu;

1. Ketelusan dalam urusniaga. Anda boleh timbang sendiri EMAS anda..untuk elak daripada gharar dan riba’

2. Berkonsepkan ” Friendly Services”.

3. Adanya akad JUAL dan BELI yang kami tekankan dalam setiap urusniaga EMAS agar kami dan pihak pelanggan tidak akan terlibat dengan RIBA’ dan agar selaras dengan kehendak syariat islam..

4. Pelanggan yang biasa berurusniaga dengan kami akan diberikan sedikit diskaun dan insentif, insyallah….masih dalam perancangan sebagai tanda menghargai mereka.

Jika anda berminat dengan tambahan servis yang ditawarkan, bolehlah menghubungi saya atau rakan saya di talian tertera di bawah ini atau menulisnya di Ruangan Contact.

EN KHAIRUL : 016-7254054

PN ZUE : 017-7321648

Insyaallah, atas permintaan ramai, analisa teknikal dan fundamental emas akan saya cuba kongsikan dalam blog ini kembali selain artikel tentang emas …..heh hee tunggu …..

Selamat Melabur Emas……….. :-)

Share/Save/Bookmark

December 25 2009

Seminar Emas Bermula Lagi

Salam sejahtera semua pembaca blog ini dan selamat bercuti panjang kali ini. Mungkin ramai yang pulang ke kampung dan tak kurang juga yang pergi bercuti melawat ke tempat-tempat menarik. Apa pun pergunakan cuti anda dengan sebaiknya.

Baiklah, info yang amat berguna kepada agen, bakal agen emas dan pelabur-pelabur emas sekelian, seminar PERCUMA Pelaburan Emas DAN Peluang Perniagaan dalam Emas akan bermula dan dah ada yang bermula. Detail tentngnya ada di bawah ini;

Hari, Tarikh, Masa dan Tempat Seminar
Sat 19.12.09 8pm-10pm Sungai Petani Park Avenue Hotel
Sun 20.12.09 8pm-10pm Butterworth Pearl View Hotel
Sat 26.12.09 8pm-10pm Kota Bahru Grand Riverview Hotel
Sun 27.12.09 8pm-10pm Kuala Terengganu Ming Star Hotel
Sat 02.01.10 8pm-10pm Johor Bahru J. A. Residence Hotel

Detail tempat Seminar
Park Avenue Hotel
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

Pearl View Hotel
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

Grand Riverview Hotel
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

Ming Star Hotel
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

Jadi marilah kita, jom pakat pergi beramai-ramai dan kepada warga Johor YANG INGIN ke seminar ini, untuk mengelakkan kehabisan tempat, sila daftar nama anda kepada saya secara email di knizambiz@gmail.com atau SMS/Call saya di 016 7254054 UNTUK RESERVE TEMPAT. Tempat terhad.

Dan jangan lupa, MASUK PERCUMA…boleh bawa rakan, family sesapa je ke seminar ini….tapi pastikan daftarkan nama anda dan rakan anda dengan saya untuk booking tempat duduk.. :-)

Share/Save/Bookmark

November 15 2009

Kenapa Zaman Sekarang Kena Simpan Emas..?

Salam pembaca semua,

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menulis some artikel untuk mencelikkan bangsa kita kepada revolusi emas, kembali kepada emas.

OK saya cuba mengulas satu persoalan yang mana memang dah ramai yg mengulas, tapi utk blog saya blum ada lagi. Jawapan mutlak bagi soalan kat atas tu adalah, sebab EMAS NAIK HARGA. Ini semua orang perasan. Pernahkah kita lihat harga emas jatuh teruk? Tak pernah tuan-tuan dan puan-puan semua. Dah 2600 tahun berlalu, emas telah digunakan di seluruh dunia sebagai matawang, tetapi ia tidak pernah turun harga……hebatkan?

Ini bermakna kalau 2 tahun dulu mungkin harga emas dalam sekitar RM85-100 segram, jangan haraplah sekarang kita akan dapat membeli emas pada harga tersebut lagi.

Sedangkan sistem matawang berasaskan kredit yang digunapakai sekarang tak sampai 2600 tahun pun asyik buat hal, sana-sini matawang jatuh teruk, harga saham banyak yang turun dari naik, hyperinflasi , kemiskinan sana sini dan sebagainya yang tak pernah surut.

Gambar di bawah adalah matawang emas pertama di dunia digunakan sejak 2600 tahun lalu oleh Kerajaan Lydia , agak-agak lah sekarang nih kalau saya nak bagi wang emas lama ni pada pembaca semua….nak tak? Kenapa nak? Kan matawang lama…..jawapannya sebab IA ADALAH EMAS. Ia tetap bernilai sekarang walaupun ia dah berusia lebih 2000 tahun. Malahan kalau sekarang ada syiling emas ini dan cuba jual di kedai emas, kita akan dapat pada harga terkini, zaman ini, bukan harga pada zaman dia 2600 tahun lalu, maknanya walaupun usia berlalu, zaman berlalu, duitnya pun dah nampak buruk, tetapi ia tetap dapat mempertahankan nilai kekayaannya sepertimana nilai kekayaan di zamannya. Ini baru betul penyimpan kekayaan.


Gambar : Antara Matawang Emas Pertama di Dunia

Berbeza dengan wang kertas, hari ini nilai kekayaan RM50 adalah RM50, tetapi selepas 20-50 tahun, nilai kuasa beli RM50 dah bukan RM50 lagi sebab harga barang yang dulunya berharga RM50, selepas 20-50 tahun dah bukan bernilai RM50 tapi mungkin RM100. So, kena top up lagi duit kertas untuk beli barang yang sama. Contohnya rumah, lepas 10 tahun, rumah yang sama juga, malah semakin buruk, tapi nak beli, harganya dah naik. Bukan nilai harta itu yang naik, tetapi nilai wang kertas itu yang semakin menurun sedar tak sedar sebenarnya. Lagi banyak wang diperlukan untuk membeli barang yang sama. Kes ini sama macam beli karipap. Dulu RM1 dapat 4-5 keping, sekarang RM1 dapatlah 2-3 keping. Karipap yang sama juga lebih kurang je rasanya.

Kita perlu menyimpan emas terutamanya sekarang untuk selamatkan kekayaan kita. Adakah selamat untuk menyimpan wang yang setiap masa dan tahun nilainya semakin susut? Memang nampak banyak wang, kita simpan di bank, tetapi dalam diam kita tak sedar inflasi telah membunuh kekayaan kita dalam senyap dengan memakan nilai wang kertas kita.


Jadual 1 : Kadar Inflasi di Malaysia dari 2003 - 2009 (Sehingga 17 Sept 09)

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


Jadual 1 menunjukkan kadar inflasi di Malaysia setiap tahun…..apa citer ni naiiiiik je inflasi. Cuba bandingkan dengan kadar dividen ASB kita dlm Jadual 2.


Jadual 2 : ASB Dividen dan Bonus. Gambar Ihsan dari Jutawanemas.com


Didapati seolah-olah trend nya, lagi tinggi inflasi, semakin rendah dividen yg akan diperolehi di ASB. Yelah, bank terpaksalah rendahkan kadar interest rate agar orang boleh berbelanja, buat loan, tapi hasilnya, bank tak dapat untung tinggi, maka dia bagilah pelabur-pelabur dividen yang rendah. Tapi cuba tengok nilai harga emas dalam Jadual 3, amacam?


Jadual 3 : Harga Emas dari 1990 - 2007


Lagi tinggi inflasi, lagi tinggi harga emas naik, so pilihan di tangan anda untuk mula menukar wang kertas dengan emas bar / dinar emas, untuk mempertahankan ekonomi dan kekayaan kita.

Jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah emas sebagai aset simpanan anda.

Jangan dok pening / buat alasan payah nak simpan lagi, ada syarikat / bank yang menawarkan khidmat safe deposit box utk simpan emas atau dokumen penting, dan kadar bayaran pun memang rendah.

Adakah berbaloi melihat nilai simpanan anda menyusut 5-7% setahun sebab inflasi dan macam-macam kos, sedangkan emas boleh cecah pulangan 27% dan lebih, dengan kos kadar simpan di safe box cuma 1-2% setahun?

Fikir-fikirkanlah……

Share/Save/Bookmark

November 14 2009

Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa

Salam semua pembaca….

Alhamdulillah, selamat sampai ke Sunway KL dari Kelantan dan ambil stok, sblm ofis tutup. Klu tak, takde stok la saya utk dibawa ke Johor. Tak dapat la nak ber TT dengan agen-agen emas T’Ganu macam Wazir dan Poklang serta join Seminar di T’Ganu mlm ni.

Lepas ke Sunway, sambung perjalanan semula. Di kesempatan nih,  sambil rilek-rilek ni on the way, sempat juga buka e-paper dan saya kira berita mengejut juga nih, seperti tajuk artikel di atas….untung korang yer…nasib baik SC bagi peluang utk dapatkan balik modal yang terlebur gara-gara Swisscash.

So selepas ini, kita ambillah iktibar dari story di atas, agar jgn lagi terlibat dengan skim-skim cepat kaya nih. Lagi ekonomi jatuh, lagi banyak skim-skim ini wujud di pasaran. Sebabnya mereka nak cash anda untuk maybe selamatkan one of their company yang dah nak bangkrap ke….so diaorang create program-program macam nih.Investlah dalam aset yang memang terbukti mampu memberikan pulangan yang juga lumayan dan yang penting selamat seperti pelaburan emas fizikal Public Gold, anda beli emas, anda dapat emasnya…..macam-macam boleh buat kalau emas ada di tangan kita sendiri…kan….Peace of Mind, seperti tema baju free yang saya dapat masa gi servis kereta di Toyota Kota Bharu, Kelantan.

Mungkin selepas ini pihak SC tak akan membayar lagi duit yang terlebur itu kalau perkara ini berulang.

OK, lah sedikit ulasan berita di Berita Harian 14 Nov 09 ini di bawah untuk dikongsi;

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.”

Haiiii…macam-macam…

OK lah, masa rehat dah habis, masa untuk teruskan perjalanan yang berbaki ini ke Batu Pahat Johor…di sana ada pelanggan yang menunggu untuk emasnya dihantar……..insyaallah pembaca semua, saya akan update pergerakan harga emas next week dalam masa terdekat dalam blog ini, so tunggu ya…. my next article…..

Share/Save/Bookmark

October 25 2009

Satu Cerita Menarik Pengalaman Usahawan Tempatan

Salam, bertemu kembali pembaca sekelian setelah hampir seminggu saya tidak dapat update blog ini dek kesibukan urusan kelahiran baby girl saya yang baru. Alhamdulillah pada 15 Okt 09 pukul 6.33 pagi titik tolak saya mendapat seorang lagi cahaya mata baru, perempuan….

Alhamdulillah, cukup dah 2 pasang anak-anak saya sekarang. Hadirnya memberikan semangat baru buat saya seolah-olah baby saya ini ” baby emas betullah”. Di saat saya sedang menemani isteri di wad selepas bersalin, di samping isteri dan baby di sebelah, rezeki tak disangka datang, saya diziarahi oleh anak didik saya dan di kesempatan ini satu urusniaga pembelian emas dapat dijalankan tanpa diduga….rezeki anak….rezeki anak. Pembelian yag agak besar juga 50 gram gold bar PG …..aduhai kelakar juga rasanya bila diingat balik..kat hospital pun sempat bisnes….

OK lah di kesempatan ini ingin saya ceritakan tentang satu peluang perniagaan yang amat menarik dan lumayan di internet yang saya baru sertai dan sudah mula mendatangkan hasilnya….program pemasaran secara AutoViral…yelah, asyik citer emas jer, tukar selera skit. Satu coretan pengalaman benar seorang usahawan internet tempatan yg hebat Zamri Nanyan….ikuti kisahnya….dan hayatinya…fuh

Erti Kebebasan Dan Disiplin Dalam Perniagaan Internet
oleh Zamri Nanyan
3 Ogos 2009 merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang. Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini. Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya selama 12 tahun lebih di dalam syarikat “Research & Development” tersebut.

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja bukannya mudah.

Saya bukannya seorang bujang. Dengan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya, saya pasti ada rintangannya.

Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan nekad saya sendiri.

Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan untuk melakukan apa yang saya kehendaki.

Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri anak saya membesar di depan mata.

Namun, di sinilah datangnya cabaran dan disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya. Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah. Apa yang dilarang, itu yang dia nak.

Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang bebas untuk melakukan perkara yang saya suka, saya masih lagi melakukannya pada masa rutin harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan internet saya pada waktu malam apabila si anak kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan datang, ianya akan berubah)

Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan perniagaan internet sepenuh masa? :)

Atau menjalankan perniagaan internet separuh masa itu sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa?

Tak tahulah apa jawapan anda.

Tetapi, definisi saya ialah jika anda tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya secara konsisten, anda sebenarnya telahpun menjalankan perniagaan internet anda secara sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan orang lain ataupun tidak.

Dan jika anda berhenti kerja dengan orang lain, dan masih menjalankan perniagaan internet anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga bermaksud perkara yang sama.

Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya, bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta. Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.

Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya melakukan perniagaan internet secara separuh masa sebelum ini, kerana bagi pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu, ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya bahawa saya melakukan perniagaan internet ini separuh hati sahaja.

Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata bahawa saya menjalankan perniagaan internet secara sepenuh masa, dan bekerja separuh masa - kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat tersebut.

Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda juga ingin membina perniagaan internet anda untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati, konsisten dengan apa yang anda usahakan dan tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda juga dapat membina perniagaan internet dengan masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/life4freedom untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.


Dari $10 Ke $17,521 Sebulan. Ini Rahsianya.
Sistem Pemasaran AutoViral Terbaru


Share/Save/Bookmark