Salam pembaca semua,
Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menulis some artikel untuk mencelikkan bangsa kita kepada revolusi emas, kembali kepada emas.
OK saya cuba mengulas satu persoalan yang mana memang dah ramai yg mengulas, tapi utk blog saya blum ada lagi. Jawapan mutlak bagi soalan kat atas tu adalah, sebab EMAS NAIK HARGA. Ini semua orang perasan. Pernahkah kita lihat harga emas jatuh teruk? Tak pernah tuan-tuan dan puan-puan semua. Dah 2600 tahun berlalu, emas telah digunakan di seluruh dunia sebagai matawang, tetapi ia tidak pernah turun harga……hebatkan?
Ini bermakna kalau 2 tahun dulu mungkin harga emas dalam sekitar RM85-100 segram, jangan haraplah sekarang kita akan dapat membeli emas pada harga tersebut lagi.
Sedangkan sistem matawang berasaskan kredit yang digunapakai sekarang tak sampai 2600 tahun pun asyik buat hal, sana-sini matawang jatuh teruk, harga saham banyak yang turun dari naik, hyperinflasi , kemiskinan sana sini dan sebagainya yang tak pernah surut.
Gambar di bawah adalah matawang emas pertama di dunia digunakan sejak 2600 tahun lalu oleh Kerajaan Lydia , agak-agak lah sekarang nih kalau saya nak bagi wang emas lama ni pada pembaca semua….nak tak? Kenapa nak? Kan matawang lama…..jawapannya sebab IA ADALAH EMAS. Ia tetap bernilai sekarang walaupun ia dah berusia lebih 2000 tahun. Malahan kalau sekarang ada syiling emas ini dan cuba jual di kedai emas, kita akan dapat pada harga terkini, zaman ini, bukan harga pada zaman dia 2600 tahun lalu, maknanya walaupun usia berlalu, zaman berlalu, duitnya pun dah nampak buruk, tetapi ia tetap dapat mempertahankan nilai kekayaannya sepertimana nilai kekayaan di zamannya. Ini baru betul penyimpan kekayaan.

Gambar : Antara Matawang Emas Pertama di Dunia
Berbeza dengan wang kertas, hari ini nilai kekayaan RM50 adalah RM50, tetapi selepas 20-50 tahun, nilai kuasa beli RM50 dah bukan RM50 lagi sebab harga barang yang dulunya berharga RM50, selepas 20-50 tahun dah bukan bernilai RM50 tapi mungkin RM100. So, kena top up lagi duit kertas untuk beli barang yang sama. Contohnya rumah, lepas 10 tahun, rumah yang sama juga, malah semakin buruk, tapi nak beli, harganya dah naik. Bukan nilai harta itu yang naik, tetapi nilai wang kertas itu yang semakin menurun sedar tak sedar sebenarnya. Lagi banyak wang diperlukan untuk membeli barang yang sama. Kes ini sama macam beli karipap. Dulu RM1 dapat 4-5 keping, sekarang RM1 dapatlah 2-3 keping. Karipap yang sama juga lebih kurang je rasanya.
Kita perlu menyimpan emas terutamanya sekarang untuk selamatkan kekayaan kita. Adakah selamat untuk menyimpan wang yang setiap masa dan tahun nilainya semakin susut? Memang nampak banyak wang, kita simpan di bank, tetapi dalam diam kita tak sedar inflasi telah membunuh kekayaan kita dalam senyap dengan memakan nilai wang kertas kita.
Jadual 1 : Kadar Inflasi di Malaysia dari 2003 - 2009 (Sehingga 17 Sept 09)
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual 1 menunjukkan kadar inflasi di Malaysia setiap tahun…..apa citer ni naiiiiik je inflasi. Cuba bandingkan dengan kadar dividen ASB kita dlm Jadual 2.
Jadual 2 : ASB Dividen dan Bonus. Gambar Ihsan dari Jutawanemas.com
Didapati seolah-olah trend nya, lagi tinggi inflasi, semakin rendah dividen yg akan diperolehi di ASB. Yelah, bank terpaksalah rendahkan kadar interest rate agar orang boleh berbelanja, buat loan, tapi hasilnya, bank tak dapat untung tinggi, maka dia bagilah pelabur-pelabur dividen yang rendah. Tapi cuba tengok nilai harga emas dalam Jadual 3, amacam?
Jadual 3 : Harga Emas dari 1990 - 2007
Lagi tinggi inflasi, lagi tinggi harga emas naik, so pilihan di tangan anda untuk mula menukar wang kertas dengan emas bar / dinar emas, untuk mempertahankan ekonomi dan kekayaan kita.
Jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah emas sebagai aset simpanan anda.
Jangan dok pening / buat alasan payah nak simpan lagi, ada syarikat / bank yang menawarkan khidmat safe deposit box utk simpan emas atau dokumen penting, dan kadar bayaran pun memang rendah.
Adakah berbaloi melihat nilai simpanan anda menyusut 5-7% setahun sebab inflasi dan macam-macam kos, sedangkan emas boleh cecah pulangan 27% dan lebih, dengan kos kadar simpan di safe box cuma 1-2% setahun?
Fikir-fikirkanlah……