Archive for the ‘pengenalan blog’ Category

April 16 2011

Pelaburan Emas Jangka Pendek Suku Pertama 2011

Salam ceria semua pembaca blog saya….

OK post kali ini nak bercerita tentang masa yang ditunggu-tunggu, nak ambik untung setelah sekian lama melabur emas. Dah nama pelabur….mesti la nak ambil untung kan? Apa hal kalau dok simpan jer….bila nak merasa nikmat untung tu….

Kita review balik pelaburan emas kita pada suku tahun pertama 2011 ini.

Kita mula memborong emas dengan banyak pada 7 Feb 2011 lalu setelah ”confirm ” signal EMA-Bband (v1) di chart emas. Harga yang terpapar pada masa tu, semasa timing betul-betul cantik utk membeli macam di bawah;

Jom kita buat analisa keuntungan berapa profit anda bila main Strategi 2 in 1 ini.

Pada 7 Feb 2011, beli emas fizikal Public Gold / GCP dan terus masuk pajak Ar Rahnu. Katakan modal asal pembelian anda RM50,000

Anda mampu membeli emas

Rantai Tangan GCP : 200 gm x RM 153.49 = RM 30,698

Gold Bar Public Gold : 100 gm = RM 15,108

20 gm = RM 3050

JUMLAH BELIAN = RM 48,856


Marhum Agro Bank pada 7 Feb 2011 adalah RM 154 per gram

Pinjaman (jika anda customer tetap) : 70% x RM 49280 = RM 34,496

Upah Simpan : 0.8% x RM 34,496 = RM 276 sebulan

Kemudian saya bawa duit hasil pajak sebanyak RM 34,496 tadi ke Maybank dan saya buka dan invest dalam buku akaun emas GSPA.

Harga emas GSPA pada 7 Feb 2011 : RM 134.51 per gram

Jumlah Belian : RM 34,496 / 134.51 = 256 gram

Maka saya dah boleh beli 256 gram dari duit hasil pajak tu….he he banyak tu…

Kemudian tunggu punya tunggu…dah kita beli dulu pada harga terendah, apa nak risau, pada 15 April 2011, kira OK lah harga pun dah tinggi…..berdasarkan pada signal EMA-Bband, potensi untuk naik masih ada lagi kalau tengok kat chart emas. Tapi apa nak buat, tangan dah gatal…..nak pakai cash…keluarkan ajelah untung yang ada…



Harga buy back GSPA pada 15 April 2011 : RM 140.47 per gram

Jualkan semua emas GSPA : 256 gram x RM 140.47

: RM 35,960.32

Saya bawa cash sebanyak RM 35,960 ke Agro Bank bersama dengan surat pajak pada 7 Feb lalu untuk tebus semula emas 320 gram anda.


Jumlah upah simpan utk 2 bulan 10 hari : RM 640

Lebihan cash setelah ditebus emas asal : RM 35,960 – RM 34,496

= RM 1464

Untung bersih setelah ditolak upah simpan : RM 1464 – RM 640

= RM 824….


Jadi dalam tempoh 2 bulan tu dapatlah extra cash RM 824, boleh lah…sapa nak bagi free free jer kan? Bukan buat apa pun….


Dalam kes saya, sebab Ar Rahnu YAPEIM tu belakang rumah saya jer, macam takde buat apa pun, tahu-tahu lepas 2 bulan dapat extra cash RM 824…..he he duduk diam dapat cash…


Itu baru 320 gram emas. Klu ada 1 kg, cuba kira skit….


RM 140. 47 x 801 gram = RM 112,516

Upah simpan 2 bulan = RM1900

Untung bersih                 = RM 112,516 – (RM107,800 + RM 1900)

= RM 2816


Kalau saya tak nak tebus dan nak main lagi permainan emas ni. Katakan saya buat overlaps bagi emas asal 320 gm sebab dalam tempoh 2 bulan ini ada kenaikan tinggi pada harga emas.

Marhum Agro Bank pada 15 April 2011 adalah RM 167 / gram

Pajakan Pertama

RM 154 x 320 x 70% : RM 34,496

0.8% x RM 34,496         : RM 276 sebulan upah simpan

Pajakan Kedua (Overlaps)

RM 167 x 320 x 70% : RM 37,408

Lebihan cash : RM 37,408 – ( RM 34,496 + RM 640) = RM 2272


Senang cerita dengan modal emas anda yang asal sahaja berbagai arah cash extra boleh masuk kalau anda tahu caranya nak putar-putar emas anda tu….2 in 1, overlaps, bisnes emas, bisnes internet, affiliate income….semua tu mudah untuk dibuat jika tahu caranya…dan yang penting ada kemahuan untuk terus belajar ilmu “money makes money”.


Bagi mereka yang mahir dalam bab-bab investment ni, sebenarnya bukan sahaja 2 in 1 malah 10 in 1 punya strategi pun boleh kita apply kalau tahu apa yang kita buat dengan emas kita.


Contohnya, saya apply beberapa strategi terhadap emas asal saya


Agihan duit hasil pajak emas asal;

- 50% akan masuk buku akaun emas

- 20% akan masuk “high risk investment” sebagai income harian

- 30% medium risk investment macam pelaburan emas terpakai, emas lelong


Jadi dengan ini, saya dapat mempelbagaikan arah kemasukan extra cash saya setiap bulan. Barulah setiap bulan senyuuuum jer……


Ok harap artikel ini berguna untuk tatapan anda semua…..dan hebahkan pada kawan-kawan anda jika maklumat ini amat berguna…..kita sebarkan ilmu yang baik yang membantu ini, dapat pahala.


Admin

Nizam77

019 - 7724054

Share/Save/Bookmark

March 29 2011

Alkisah….Cerita Pasal Overlaps Emas.

Salam ceria pembaca blog ini. …..

Alhamdulillah diberikan tuhan masa untuk saya mencoret sepatah dua kata dalam blog sempoi ni.

Baru-baru ni saya ada menghadiri Seminar Manipulasi Stok Emas anjuran En Karim dari Bizmambau pada 26 Mac 2011 di Pasir Gudang Johor. Simple sahaja orangnya macam juga saya. Sangat hebat orangnya. Banyak ilmu saya dapat pelajari dalam seminar tersebut antaranya bagaimana mengurus overlaps surat pajak dengan betul, permainan multiply dan inter-banks serta bubbles….he he..ilmu baru tu….serta bagaimana mengembangkan stok emas anda dari 0 gram ke 1kg…2kg….sehingga boleh membeli aset hartanah dari stok emas tersebut. Semuanya adalah rentetan pengalaman beliau dalam bidang “emas” ini sejak 1984 lagi……orang lama beb.

Ok dalam post kali ini saya nak citer sikit pasal overlaps dan apa masalahnya.

Alhamdulillah baru-baru ini, saya juga ada buat “overlaps” ketiga sebahagian surat pajak saya untuk collect sedikit cash jika ada. Sebenarnya ilmu bermain “overlaps” ini juga amat penting bagi pelabur emas yang gemar memajak emas untuk extra untung dan nak dapat stok percuma dari duit Ar Rahnu..OPM lah katakan.

Ini kerana salah timing masuk dan buat overlaps berkemungkinan besar akaun anda “stuck”, tidak dapat dikeluarkan segala emas dalam ar rahnu kerana ketidak cukupan cash untuk menebus dan bebanan bayaran upah simpan yang terkumpul banyak.

Saya pelajari teknik overlaps ini ketika membuat overlaps pertama bagi surat pajak saya dan di kala itu saya cuba mengolah beberapa item dalam surat pajak tersebut seperti had pinjaman, timing dan kadar kenaikan marhum bank dengan bantuan carta emas.

Hasilnya dalam tempoh yang kritikal kebiasaannya antara bulan 11-4 adalah bulan-bulan yang biasanya tiada kenaikan tinggi marhum bank…lebih-lebih lagi Agro Bank..!!! Klu semua stok emas anda awal-awal dahulu dah pulun habis masuk Ar Rahnu……di kala tiba musim bulan-bulan ini, kalau tak kena gaya boleh “jam” akaun kat situ. Camane nak bayar upah simpan kalau semua emas dah kat dalam Ar Rahnu. Klu sikit-sikit takpelah, bolehla keluar duit poket, tapi alau dah berkilo-kilo emas dalam tu, tak ke upah simpan dah jadi RM2K – 4K terkumpul.

Alhamdulillah setelah saya “twist” skit semua overlaps saya dari Mac 2010 ke Mac 2011, saya masih beroleh sedikit keuntungan dari overlaps dan tak perlu bayar semua upah simpan. Rumusannya begini untuk satu contoh item emas berdasarkan pengalaman sebenar memajak di Ar Rahnu KPMNJ Johor Bahru.

Pajakan Pertama (Gold Bar Public Gold 50 gm) – 6/3/2010

Nilai marhum               : RM7100

Pinjaman (40%)           : RM 2840

Tarikh matang              : 5/9/2010

Upah simpan                : RM 184 ( 6 bulan)


Pajakan Kedua (Overlaps) – 17/9/2010

Nilai marhum                                       : RM 7400

Pinjaman (50%)                                  : RM 3700

Upah Simpan                                      : RM 240  (6 bulan)

Jumlah Liabiliti Pinjaman pertama      : RM 3024

Extra Cash hasil overlaps                   : RM 676


Pajakan Ketiga (Overlaps ) – 22/3/2011

Nilai marhum                                       : RM 8100

PInjaman (50%)                                  : RM 4050

Upah Simpan                                      : RM 264   ( 6 bulan )

Jumlah liabiliti pinjaman kedua           : RM 3940

Extra cash hasil overlaps                   : RM 110


Alhamdulillah dengan cara limitkan pinjaman Ar Rahnu, dapat selamatkan anda dari akaun “stuck” jika tiada kenaikan tinggi dalam marhum bank.

Perlu diingat, tujuan overlaps ni bagi saya adalah untuk mendapatkan “stok percuma” yang akan beroleh untung jika ditebus atau dijual dan bukan untuk mendapat untung cash semata-mata. Lebihan cash itu sebagai extra sahaja. Bukan boleh kaya pun dari kaut untung overlaps ini.

OKlah niat ingin ulas sedikit pergerakan harga untuk April ini, tapi dah banyak pula menulis. Masa amat berharga, ada kerja lain nak buat. Nantikan artikel terbaru saya ya di blog ini untuk prediction arah harga pada April ini. Terima kasih.


Admin

Nizam77

Share/Save/Bookmark

March 24 2010

Pergerakan Harga 21 - 27 Mac

Salam sejahtera semua pembaca blog ini,

Alhamdulillah, agak dah lama tak update pergerakan harga emas ini, ada yang sms dan email saya kenapa dah lama tak post artikel pergerakan harga. Jawapannya ada dua iaitu samaada saya agak sibuk dengan tugasan kerja hakiki saya dan keadaan harga emas dalam sebulan dua ini agak tak berapa menarik, musim sideway amat panjang bermula bulan Dec 2009 lepas. Jadi ceritanya pada musim sideway ini agak membosankan berkisar tentang unemployment dan sektor perumahan di US yang kejap turundan naik…..

OK lah ini ulasan pandangan saya tentang arah harga dalam minggu ini.

Analisa Fundamental

So far….ada beberapa berita di US yang saya kira akan kuat mempengaruhi harga emas minggu ini.  Jika dilihat dari carta emas terkini, beginilah rupanya…..musim sideway yang panjang naik, turun, naik turun….

Berita tentang penurunan jualan sektor perumahan yang menurun petanda penstrukturan semula pengangguran di US masih belum tampak hasilnya. Ekstrak berita;

Sales of existing U.S. homes fell in February for a third month,
indicating a lack of jobs is hindering government efforts to revive
demand. Purchases dropped 0.6 percent to a 5.02 million annual rate,
the lowest level in eight months and in line with the median forecast
of economists surveyed by Bloomberg News, figures from the National
Association of Realtors showed today in Washington. SUMBER :


http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=azrewqFwlhXk&pos=1

Selain itu news yang akan keluar pada hari Rabu ini mngkin boleh melonjakkan sedikit Dollar US dan menjatuhkan kembali sedikit harga emas, kerana indeks pengeluaran industri dijangka meningkat di kala sektor perumahan masih merudum. Ekstrak berita;

March 21 (Bloomberg) — Orders for long-lasting goods in the U.S.
probably climbed in February for a third month, and home sales were
little changed, adding to evidence manufacturing is heading the
recovery, economists said before reports this week. SUMBER :


http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=aAfOqnrHMIb8&pos=5

Analisa Teknikal Carta

Berdasarkan pada kedudukan candlestik dan chart pattern indicator saya trend harga di frame Daily adalah dalam fasa

MACD               :  Uptrend

ADX Level         :  Tiada trend kuat terbentuk, masih sideway

MA Crossing      :  Downtrend

B-Band               :  Downtrend

Dapat disimpulkan, secara keseluruhannya harga emas dijangka menurun kerana downtrend kuat di semua USD currency pair, memungkinkan harga emas jatuh…..dan price akan buat sedikit correction pada paras Support 1, sebelum price mula berlegar-legar di sekitar Support 1 dan 2.

Support 1         :  US 1095/ ounce

Support 2         :  US 1090/ ounce

Support 3         :  US 1085/ounce

Dalam hal ini, pencarian harga terendah musim ini masih belum datang lagi…..tapi ia pasti akan datang……so prepare your capital for the incoming big waves…….

Selamat Melabur  :-)

Share/Save/Bookmark

August 16 2009

Salam Perkenalan

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Blog ini bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan kepentingan melabur dalam emas, beberapa kaedah dalam pelaburan emas, analisa teknikal harga emas yang dilakukan oleh saya sendiri serta berita dan tips dalam perniagaan emas.

 

Blog ini lebih kepada travelog saya dalam mempelajari dan mempraktikkan kaedah-kaedah pelaburan emas. Segala pengalaman dan pelajaran yang saya kutip sepanjang perjalanan saya, akan saya kongsikan dalam blog ini. Para pembaca sekelian amatlah dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan untuk menambah baikkan persembahan blog ini, insyaallah.Untuk pengetahuan pembaca blog ini sekelian, ilmu berkenaan emas ini amat jarang sekali diperbincangkan di luar sana, sedangkan jika kita tahu menggunakan ilmu emas ini, tidak mustahil dan memang benar, seringkali keuntungan dari pelaburan emas ini lebih berbaloi dari pelaburan di ASB dan Saham Amanah. Namun begitu bukanlah saya ingin mengatakan ASB dan Saham Amanah itu tidak bagus, tetapi ….kan lebih baik kalau dikombinasikan kesemua pelaburan ini bagi mengaut keuntungan yang maksima. Bagi umat islam sendiri emas ini antara alat yang telah Allah anugerahkan kepada kita dengan sifat-sifat logamnya yang amat istimewa untuk kita menjana ekonomi yang lumayan daripadanya, jika kita tahu caranya.

 

Jadi kehadiran blog ini lebih menyemarakkan lagi semangat saya untuk menyebarkan ilmu dan pengalaman melabur dalam emas ini kepada semua pembaca sekelian demi manfaat bersama, kerana itulah sifat ilmu yang sebenarnya, untuk dikongsi dan diajarkan. Semoga usaha ini tidak terhenti di pertengahan perjalanan dan memberikan manfaat kepada semua yang membaca post di blog ini.

 

Share/Save/Bookmark