Archive for the ‘Teknik Pelaburan Emas’ Category

January 12 2012

Tahun Baru 2012 dan Update Terkini

2012

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update blog usang ni…..hari ini diberi kekuatan

oleh tuhan untuk update dan kemaskini segala benda2 yang ada kat blog ni….kata orang, macam masuk rumah yg dah berbulan tinggal , operasi mengemas rumah@operasi mengemas blog.

Bukan sepi dari dunia emas, tapi sebenarnya makin aktif dengan biz dan pelaburan emas serta cabang pelaburan lain. Kalau dulu focus pada jual beli emas secara offline, sekarang dah mula nak beralih pada online gold trading dan internet marketing.

Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog ini. Harap-harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan.

Bagaimana azam tahun baru anda tahun 2012 ini? Saya pasti anda dah pun menetapkan matlamat di tahun baru 2012 ini.

Saya memegang azam untuk fokus pada internet marketing dan mungkin urusan jual beli emas secara fizikal akan saya serahkan pada pembantu saya….isteri saya…sedikit demi sedikit, agar dia pun sama-sama membantu membangunkan perniagaan yang semakin berkembang ini.

Baiklah sedikit update berkenaan aktiviti terbaru yang akan saya lakukan pada 2012.

Pada 6 Februari 2012 ini saya akan melancarkan sebuah Pakej Pelaburan Emas – Siri Belajar Dari Rumah. Ia adalah kesinambungan dari pakej ebook Teknik Manipulasi Emas di Malaysia (v1) yang mendapat sambutan yang sangat baik dan jualan yang menggalakkan dalam tempoh setahun ini bermula Dec 2010.

bundle

Pakej Siri Belajar Dari Rumah Pelaburan Emas ini dicipta agar ia menjadi satu rujukan utama dan sebagai pakej yang lengkap untuk pembelajaran bagi mereka yang berminat nak belajar dari asas hingga ke tahap lanjutan pelaburan emas dengan keselesaan hanya dari rumah .

Ya..hanya dari rumah. Tak perlu bersesak sesak ke seminar, keluar duit itu dan ini, cuba itu dan ini yang belum tentu hasilnya.

Untuk itu, pakej ini akan didatangkan dengan 3 ebook utama yang mantap dan pakej video tutorial. Memiliki pakej ini seolah-olah saya mengajar anda di hadapan berkenaan aspek teknikal pelaburan emas. Jimat dah belanja.

Anda akan diajar dari asas jenis-jenis emas yang menguntungkan, bagaimana memilih emas yang sesuai untuk tujuan pelaburan pada skala masa yang sesuai. Setelah itu, tahap kedua akan diajar cara memasang dan membaca carta emas menggunakan indicator EMA-BBand v1 dan v2. Anda akan mampu membeli emas pada tahap terendah dan jual balik pada harga tertinggi dalam satu satu masa menggunakan indicator versi 2 ini yang lebih mantap dari versi 1.

Insyaallah jangan risau jika anda “orang baru” dalam pelaburan emas atau baru first time beli emas, kerana pakej ebook ini disusun agar ia mudah dipelajari oleh sesiapa. Banyak perkara teknikal dah saya permudahkan agar anda mudah faham dan yang paling penting BOLEH TERUS BUAT APA YANG DIPELAJARI….ho ho….tu yang best …

2 Ebook tambahan merupakan bonus kepada mereka yang ingin mempelajari bagaimana memajak untuk mendapatkan upah simpan termurah….pajak emas, tak perlu bayar upah simpan, semuanya emas tolong bayarkan. Jika anda memiliki stok emas yang banyak,saya juga ada menyelitkan bagaimana cara mengurus stok stok emas anda agar ia boleh menjana pendapatan pasif untuk anda. Jadi takle dok saja je stok tu tersimpan berlonggok longgok di rumah. Sebahagian si isteri boleh pakai, sebahagian lagi boleh diniagakan atau diputar putar dalam Ar Rahnu untuk dapat side income.

Untuk itu, jika pembaca blog ini berminat hendak tahu perkembangan lanjut seperti diskaun pra pelancaran atau apa jua bonus yang akan saya emailkan semasa pra pelancaran pakej ini, sila isikan Nama dan alamat Email anda di bawah ini atau di tepi sebelah kanan blog ini untuk mendapatkan sebuah ebook percuma “Bagaimana Melabur Emas Menggunakan Duit Gaji Anda “.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk memilikinya. Cepat ! Bertindak sekarang, klik link di bawah ini untuk terus mendapatkan ebook percuma anda sekarang juga

Klik pada perkataan SINI untuk dapatkan ebook percuma anda.

percuma04

Terima kasih, semoga bertemu kembali pada artikel akan datang.

ADMIN

Share/Save/Bookmark

September 11 2011

Musim Raya dapat Untung Emas Fasa Kedua 2011

Salam sejahtera, semua pembaca blog ini….


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan pada semua muslimin dan muslimat. Masih belum terlambat untuk saya sekeluarga mengucapkannya pada anda.

Pastinya musim raya kali ini disambut meriah dengan sana-sini rumah terbuka, kunjung mengunjung sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai. Tapi kena beringat……perut dah sebulan relax, jangan pulak raya ini anda henjut makan berlebihan kelak merana badan. Satu tips yang saya dapat semasa tak sengaja terdengar radio di kereta berkenaan tips makan untuk elak mengantuk (lebih-lebih lagi ketika memandu) dan agar perut kurang meragam,


  1. Jangan makan makanan berlemak dan karbohidrat berlebihan, sebab ia boleh menyebabkan mengantuk..
  2. Biasakan makan sederhana agar perut kita ada kitaran begini, 1/3 air, 1/3 makanan dan 1/3 angin.
  3. Kurangkan minum air bergas….maklum sajalah raya-raya ini..kehadiran gas dalam perut menggalakkan mengantuk.


OK dah lama jugak tak sempat nak update blog ini. Tahniah pada semua pemilik ebook Teknik Manipulasi Emas saya kerana pada mereka yang ikuti updates yang saya email, jika timing anda beli dulu masa bulan Mei dan jual pegangan emas pada 21 Ogos, anda dah boleh merasa nikmat untung emas dekat-dekat RM23-26 segram!!


Klik sini untuk lihat sebahagian updates harga emas pada 21 August 2011


Jika anda masih baru / mula berjinak-jinak dengan pelaburan emas, dapatkan ebook Teknik Maipulasi Pelaburan Emas DI SINI agar anda tidak lagi teragak-agak untuk mula melabur emas. Pakej ebook ini menerangkan dengan lengkap A to Z cara bermula dan cara efektif bermain dengan emas fizikal dan emas buku akaun agar anda beroleh untung dari emas fizikal serentak dengan emas buku akaun.


Ebook ini akan diteruskan jualannya sehingga November 2011. Jualan akan dihentikan seketika pada Disember 2011 untuk membolehkan ebook ini di”upgrade” ke Versi 2.


Insyaallah Versi 2 ini lebih mantap. Lebih banyak teknik baru diselitkan seperti Teknik Memajak di Bank Rakyat / Agro dan Yapeim serta kaedah menggunakan emas sebagai sandaran untuk semua jenis liabiliti / loan agar kali ini anda tidak akan terjerat dengan loan anda. Yang pasti, semua teknik ini adalah hasil pengalaman sebenar saya sendiri.


Nantikan kemunculan ebook Versi 2 ini insyaallah pada tahun hadapan 2012. Tahun baru, teknik main emas yang baru…..mantap gitu.

Akhir kata, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya sekeluarga.

Share/Save/Bookmark

April 16 2011

Pelaburan Emas Jangka Pendek Suku Pertama 2011

Salam ceria semua pembaca blog saya….

OK post kali ini nak bercerita tentang masa yang ditunggu-tunggu, nak ambik untung setelah sekian lama melabur emas. Dah nama pelabur….mesti la nak ambil untung kan? Apa hal kalau dok simpan jer….bila nak merasa nikmat untung tu….

Kita review balik pelaburan emas kita pada suku tahun pertama 2011 ini.

Kita mula memborong emas dengan banyak pada 7 Feb 2011 lalu setelah ”confirm ” signal EMA-Bband (v1) di chart emas. Harga yang terpapar pada masa tu, semasa timing betul-betul cantik utk membeli macam di bawah;

Jom kita buat analisa keuntungan berapa profit anda bila main Strategi 2 in 1 ini.

Pada 7 Feb 2011, beli emas fizikal Public Gold / GCP dan terus masuk pajak Ar Rahnu. Katakan modal asal pembelian anda RM50,000

Anda mampu membeli emas

Rantai Tangan GCP : 200 gm x RM 153.49 = RM 30,698

Gold Bar Public Gold : 100 gm = RM 15,108

20 gm = RM 3050

JUMLAH BELIAN = RM 48,856


Marhum Agro Bank pada 7 Feb 2011 adalah RM 154 per gram

Pinjaman (jika anda customer tetap) : 70% x RM 49280 = RM 34,496

Upah Simpan : 0.8% x RM 34,496 = RM 276 sebulan

Kemudian saya bawa duit hasil pajak sebanyak RM 34,496 tadi ke Maybank dan saya buka dan invest dalam buku akaun emas GSPA.

Harga emas GSPA pada 7 Feb 2011 : RM 134.51 per gram

Jumlah Belian : RM 34,496 / 134.51 = 256 gram

Maka saya dah boleh beli 256 gram dari duit hasil pajak tu….he he banyak tu…

Kemudian tunggu punya tunggu…dah kita beli dulu pada harga terendah, apa nak risau, pada 15 April 2011, kira OK lah harga pun dah tinggi…..berdasarkan pada signal EMA-Bband, potensi untuk naik masih ada lagi kalau tengok kat chart emas. Tapi apa nak buat, tangan dah gatal…..nak pakai cash…keluarkan ajelah untung yang ada…



Harga buy back GSPA pada 15 April 2011 : RM 140.47 per gram

Jualkan semua emas GSPA : 256 gram x RM 140.47

: RM 35,960.32

Saya bawa cash sebanyak RM 35,960 ke Agro Bank bersama dengan surat pajak pada 7 Feb lalu untuk tebus semula emas 320 gram anda.


Jumlah upah simpan utk 2 bulan 10 hari : RM 640

Lebihan cash setelah ditebus emas asal : RM 35,960 – RM 34,496

= RM 1464

Untung bersih setelah ditolak upah simpan : RM 1464 – RM 640

= RM 824….


Jadi dalam tempoh 2 bulan tu dapatlah extra cash RM 824, boleh lah…sapa nak bagi free free jer kan? Bukan buat apa pun….


Dalam kes saya, sebab Ar Rahnu YAPEIM tu belakang rumah saya jer, macam takde buat apa pun, tahu-tahu lepas 2 bulan dapat extra cash RM 824…..he he duduk diam dapat cash…


Itu baru 320 gram emas. Klu ada 1 kg, cuba kira skit….


RM 140. 47 x 801 gram = RM 112,516

Upah simpan 2 bulan = RM1900

Untung bersih                 = RM 112,516 – (RM107,800 + RM 1900)

= RM 2816


Kalau saya tak nak tebus dan nak main lagi permainan emas ni. Katakan saya buat overlaps bagi emas asal 320 gm sebab dalam tempoh 2 bulan ini ada kenaikan tinggi pada harga emas.

Marhum Agro Bank pada 15 April 2011 adalah RM 167 / gram

Pajakan Pertama

RM 154 x 320 x 70% : RM 34,496

0.8% x RM 34,496         : RM 276 sebulan upah simpan

Pajakan Kedua (Overlaps)

RM 167 x 320 x 70% : RM 37,408

Lebihan cash : RM 37,408 – ( RM 34,496 + RM 640) = RM 2272


Senang cerita dengan modal emas anda yang asal sahaja berbagai arah cash extra boleh masuk kalau anda tahu caranya nak putar-putar emas anda tu….2 in 1, overlaps, bisnes emas, bisnes internet, affiliate income….semua tu mudah untuk dibuat jika tahu caranya…dan yang penting ada kemahuan untuk terus belajar ilmu “money makes money”.


Bagi mereka yang mahir dalam bab-bab investment ni, sebenarnya bukan sahaja 2 in 1 malah 10 in 1 punya strategi pun boleh kita apply kalau tahu apa yang kita buat dengan emas kita.


Contohnya, saya apply beberapa strategi terhadap emas asal saya


Agihan duit hasil pajak emas asal;

- 50% akan masuk buku akaun emas

- 20% akan masuk “high risk investment” sebagai income harian

- 30% medium risk investment macam pelaburan emas terpakai, emas lelong


Jadi dengan ini, saya dapat mempelbagaikan arah kemasukan extra cash saya setiap bulan. Barulah setiap bulan senyuuuum jer……


Ok harap artikel ini berguna untuk tatapan anda semua…..dan hebahkan pada kawan-kawan anda jika maklumat ini amat berguna…..kita sebarkan ilmu yang baik yang membantu ini, dapat pahala.


Admin

Nizam77

019 - 7724054

Share/Save/Bookmark

March 29 2011

Alkisah….Cerita Pasal Overlaps Emas.

Salam ceria pembaca blog ini. …..

Alhamdulillah diberikan tuhan masa untuk saya mencoret sepatah dua kata dalam blog sempoi ni.

Baru-baru ni saya ada menghadiri Seminar Manipulasi Stok Emas anjuran En Karim dari Bizmambau pada 26 Mac 2011 di Pasir Gudang Johor. Simple sahaja orangnya macam juga saya. Sangat hebat orangnya. Banyak ilmu saya dapat pelajari dalam seminar tersebut antaranya bagaimana mengurus overlaps surat pajak dengan betul, permainan multiply dan inter-banks serta bubbles….he he..ilmu baru tu….serta bagaimana mengembangkan stok emas anda dari 0 gram ke 1kg…2kg….sehingga boleh membeli aset hartanah dari stok emas tersebut. Semuanya adalah rentetan pengalaman beliau dalam bidang “emas” ini sejak 1984 lagi……orang lama beb.

Ok dalam post kali ini saya nak citer sikit pasal overlaps dan apa masalahnya.

Alhamdulillah baru-baru ini, saya juga ada buat “overlaps” ketiga sebahagian surat pajak saya untuk collect sedikit cash jika ada. Sebenarnya ilmu bermain “overlaps” ini juga amat penting bagi pelabur emas yang gemar memajak emas untuk extra untung dan nak dapat stok percuma dari duit Ar Rahnu..OPM lah katakan.

Ini kerana salah timing masuk dan buat overlaps berkemungkinan besar akaun anda “stuck”, tidak dapat dikeluarkan segala emas dalam ar rahnu kerana ketidak cukupan cash untuk menebus dan bebanan bayaran upah simpan yang terkumpul banyak.

Saya pelajari teknik overlaps ini ketika membuat overlaps pertama bagi surat pajak saya dan di kala itu saya cuba mengolah beberapa item dalam surat pajak tersebut seperti had pinjaman, timing dan kadar kenaikan marhum bank dengan bantuan carta emas.

Hasilnya dalam tempoh yang kritikal kebiasaannya antara bulan 11-4 adalah bulan-bulan yang biasanya tiada kenaikan tinggi marhum bank…lebih-lebih lagi Agro Bank..!!! Klu semua stok emas anda awal-awal dahulu dah pulun habis masuk Ar Rahnu……di kala tiba musim bulan-bulan ini, kalau tak kena gaya boleh “jam” akaun kat situ. Camane nak bayar upah simpan kalau semua emas dah kat dalam Ar Rahnu. Klu sikit-sikit takpelah, bolehla keluar duit poket, tapi alau dah berkilo-kilo emas dalam tu, tak ke upah simpan dah jadi RM2K – 4K terkumpul.

Alhamdulillah setelah saya “twist” skit semua overlaps saya dari Mac 2010 ke Mac 2011, saya masih beroleh sedikit keuntungan dari overlaps dan tak perlu bayar semua upah simpan. Rumusannya begini untuk satu contoh item emas berdasarkan pengalaman sebenar memajak di Ar Rahnu KPMNJ Johor Bahru.

Pajakan Pertama (Gold Bar Public Gold 50 gm) – 6/3/2010

Nilai marhum               : RM7100

Pinjaman (40%)           : RM 2840

Tarikh matang              : 5/9/2010

Upah simpan                : RM 184 ( 6 bulan)


Pajakan Kedua (Overlaps) – 17/9/2010

Nilai marhum                                       : RM 7400

Pinjaman (50%)                                  : RM 3700

Upah Simpan                                      : RM 240  (6 bulan)

Jumlah Liabiliti Pinjaman pertama      : RM 3024

Extra Cash hasil overlaps                   : RM 676


Pajakan Ketiga (Overlaps ) – 22/3/2011

Nilai marhum                                       : RM 8100

PInjaman (50%)                                  : RM 4050

Upah Simpan                                      : RM 264   ( 6 bulan )

Jumlah liabiliti pinjaman kedua           : RM 3940

Extra cash hasil overlaps                   : RM 110


Alhamdulillah dengan cara limitkan pinjaman Ar Rahnu, dapat selamatkan anda dari akaun “stuck” jika tiada kenaikan tinggi dalam marhum bank.

Perlu diingat, tujuan overlaps ni bagi saya adalah untuk mendapatkan “stok percuma” yang akan beroleh untung jika ditebus atau dijual dan bukan untuk mendapat untung cash semata-mata. Lebihan cash itu sebagai extra sahaja. Bukan boleh kaya pun dari kaut untung overlaps ini.

OKlah niat ingin ulas sedikit pergerakan harga untuk April ini, tapi dah banyak pula menulis. Masa amat berharga, ada kerja lain nak buat. Nantikan artikel terbaru saya ya di blog ini untuk prediction arah harga pada April ini. Terima kasih.


Admin

Nizam77

Share/Save/Bookmark

March 25 2011

Selusuri First Quarter Tahun 2011

Salam ceria kepada semua pembaca blog ini.

Alhamdulillah lamanyaaaaaa……saya tak mencoret sepatah dua kata untuk blog ini. Sebenarnya bukan tidak aktif lagi, malah makin aktif….cuma….kekangan masa, untuk menguruskan biznes dan portfolio pelaburan saya, beban kerja hakiki yg menuntut masa untuk menyiapkan….ditambah semakin ke hujung semester universiti, semakin banyak giler workload……selain menguruskan keluarga bersama-sama dengan isteri dan anak-anak kecil comel saya……hu hu……blog ini yg jadi mangsanya…..bak kata orang “dah naik lalang dah”.


He he..apa nak buat….insyaallah saya tetap akan teruskan perjuangan untuk menyampaikan hasrat untuk lihat ramai rakyat malaysia khasnya orang Islam…..memiliki dan pandai menguruskan emas-emas mereka seperti tanah pusaka yang diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.


Konsep pelaburan saya senang saja, dah beli emas fizikal asal, dah…. jangan dijual sampai bila-bila. Beli untuk wariskan pada generasi seterusnya. Buat duit dengan “ibu emas asal” tersebut. Makin lama, stok asal makin banyak dikumpul….cash setiap bulan datang mencurah-curah dari “ibu emas asal” tersebut. Itulah yang nenek moyang kita lakukan dahulu, beli tanah dan generate cash dari tanah pusaka tuu…jadi tanah pusaka tak tergadai, malah makin banyak pula.

Jom klik sini kalau nak tahu caranya...KLIK SINI


Banyak perlara berlaku dalam sebulan dua ini. Permulaan tahun 2011 kita disajikan dengan ketegangan di Mesir, kemudian berterusan sehingga kini melanda krisis pula di Libya, perang dah berlaku. Tidak cukup dengan itu, tirai 2011 dikejutkan kita oleh gempa bumi dan tsunami yang dahsyat di Jepun. Ekonomi di US yang semakin merudum….menambahkan sakit telinga mendengar, tak tahan mata melihat… Tuan tuan dan puan puan, dunia kita semakin hari semakin tenat….kiamat dah semakin haaampir. Di sebalik kita mengejar dunia, insaflah semua jangan sampai kita lupa asal-usul dan tujuan kita yg hakiki….akhirat…di sana ia menanti…


Mari kita renungkan insaf sedikit diri ini dengan lihat video tsunami di Jepun ini. Klik Sini


Di sebalik ketenatan dunia ini, kalau kita lihat, ada satu benda yang semakin bersinar, terus ”maintain”…..gemilang iaitu emas dan perak. Ia semakin menunjukkan belang dan taring….dengan kenaikan demi kenaikan saban tahun. Kita sendiri dapat lihat bagaimana peperangan berlaku sana sini, ekonomi runtuh sana sini, malapetaka sana sini…..minyak naik……harga barang naik…..tapi bagi EMAS DAN PERAK….dia lagi naik….berita baik kepada yang dah melabur emas lama dah……anda pasti tidak menyesal dengan melabur emas dan perak.


Bagi yang telah mendapatkan pakej ebook saya, updates terkini tentang tarikh dan masa yang sesuai untuk memborong emas dan fasa-fasa tertentu yang dilalui oleh pasaran emas dan perak akan dihuraikan sambil anda melabur emas, agar anda dapat gunakan case study sebenar ini bersama-sama dengan panduan lengkap dalam pakej ebook saya ” Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia” ini.

Tidak kira apa jua strategi pajak, multiply ke, rempit ke….overlaps ker……apa apa lah punye strategi….klu anda tak tahu timing sesuai nak beli, jual dan borong habis emas……..tak ke mana juga strategi tu semua…..untung pun tak maksimum…. macam seolah-olah anda melabur emas tak jumpa jalan…..mungkin sampai, tapi kena traffic jam dulu lah jawabnya berbanding kalau melabur dah nampak clear jalan di hadapan, lurus atau bengkok ke jalannnya, kan ke mudah nak jangka bila time nak perlahan, speeding atau take a break skit…..


Jadi nak tahu….senang jer, saya dah mudahkan jalannya untuk anda, melalui pengalaman sebenar saya mencari teknik termudah nak kenal jalan raya emas  ini…..maka saya himpunkan dalam sebuah pakej ebook yang mengajar anda langkah demi langkah mengenal ”highway” emas tu semudah ABC.


Kuota dah semakin sedikit, kurang dari 100 unit je lagi sebelum jualan ditutup. KLIK SINI untuk mendapatkan pakej ebook ini.


Untuk ulasan pembaca sekelian, contoh updates yang saya berikan kepada semua pemilik sah ebook saya ini boleh anda download untuk baca di sini ya. Guna password “bestbuy” untuk membuka file pdf ini.

Updates 19 Februari 2011 carta emas


Kalau nak FREE EBOOK untuk cuba test power dulu main emas…..boleh isikan nama dan alamat email di ruangan “Download Free Ebook” di ruangan kanan blog ini  Anda boleh download dan cuba dahulu…..tengok bakat dan potensi anda bagaimana….boleh ker….main emas berbantukan carta emas..!!!

Klik SINI untuk dapatkan FREE EBOOK


OK….dah panjang ni menulis….dalam masa terdekat ini saya akan huraikan sedikit arah pergerakan harga emas untuk bulan April 2011 ini…ke mana next target agaknya ya…..hmmmm.


Nantikan artikel saya dalam blog ini dalam masa terdekat …insyaallah dalam 2-3 hari lagi…..tunggu ya….terima kasih semua….


Admin

www.pajakemas.com

Share/Save/Bookmark

January 16 2011

Jom Pakat Guna Ar Rahnu Beli Barang

Salam ceria semua pembaca blog ini….

Selamat Tahun Baru 2011, agak terlewat sikit nak saya ucapkan…almaklumlah awal tahun tempohari, 2 orang anak saya mula memasuki alam persekolahan, ditambah dengan Semester baru universiti bermula, sibuk dengan tugasan hakiki dan pengurusan pelajar baru. Kepada pelajar baru di UTHM, selamat mendaftar dan mengharungi hidup baru sebagai siswa / siswi universiti.

Baiklah, sedikit update tentang jualan ebook saya “ Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia”, alhamdulillah sehingga ke hari ini, masih ada kuota 129 unit sahaja sebelum saya MENUTUP TERUS JUALAN. Kepada yang belum mendapatkannya, jangan tunggu lagi, masa yang sesuai untuk mulakan kembali pelaburan emas anda hampir bermula……signal MT4 bagi carta emas sudah ke arah fasa downtrend yang lama. Sekarang masa untuk mengumpul modal dan bersedia untuk menunggu “IKAN BESAR” muncul dalam carta emas….

Jadi untuk memastikan anda tidak terlepas peluang memancing “IKAN BESAR” tu, pastikan anda mendapatkan pakej ebook saya DI SINI…..fast action fast result.


Beli Motorsikal Guna Ar Rahnu

OK artikel kali ini saya nak kupas tentang satu kegunaan Ar Rahnu yang special. Baru-baru ini, saya ada membuat pembelian motorsikal dengan menggunakan sistem Ar Rahnu.

Kenapa saya menggunakan Ar Rahnu….kerana saya tidak ingin terikat dengan bayaran bulanan bank yang penuh dengan ”interest” dan saya ingin mengaplikasikan konsep emas asal anda sebagai ibu duit. Betul tuan-tuan dan puan-puan, kalau anda boleh beranggapan demikian, seribu satu aplikasi boleh kita wujudkan dengan emas fizikal ini.


Bagaimana saya melakukannya?

OK pada Nov 2010 lalu, saya telah membeli sebuah motorsikal Modenas model GT128 masa tu harganya RM5400 cash (selepas diskaun). Dengan menggunakan deposit tunai yang ada di tangan RM1400, saya bayarkan deposit belian di sebuah kedai motor di Batu Pahat.


Selepas itu, saya memajakkan 2 ketul gold bar Public Gold 20 gram ke Ar Rahnu Agro Bank Batu Pahat. Hasil pajakan tersebut, saya beroleh cash tunai RM 4300. Saya bawa cash tunai tersebut ke kedai motor semula dan bayarkan baki RM 4000 kepada tokey kedai tersebut.



Ini bermakna saya telah membeli motorsikal secara cash (best tu) dan dapat elak dari sistem riba’ bank yang ada…yahoo…tokey kedai tu senyum jer, iyalah bukan senang nak jumpa customer beli motor bayar cash terus.


OK part yang kedua, bagaimana nak tebus semula emas saya yang dipajak tu?

  1. Anda boleh guna konsep overlapping surat pajak, tahun demi tahun untuk tebus semula emas. Caranya, apabila harga emas naik anda tukar surat pajak lama ke surat pajak baru melalui penilaian semula emas anda. Contoh kiraan;

Pajakan Pertama

Katakan nilai marhum Agro Bank pada 16 Nov 2010 ialah RM165/gm

40 gm x 165 x 65% pinjaman = RM 4300

Upah simpan ( utk 6 bulan) = RM 238.75

Jumlah cagaran = RM 4538.75


Pajakan Kedua ( Overlapping )

Katakan nilai marhum Agro Bank pada 16 Mei 2011 ialah RM 175/gm

40 gm x 175 x 70% pinjaman = RM 4900

Penilaian semula = RM 4900 – RM 4538.75

= RM 361.25

Maka dalam overlapping ini, anda dapat tunai RM 361.25

Anda harus belikan emas 999 dengan duit RM 361 tersebut. Dengan duit RM 361 dan top up sikit dengan cash di tangan RM 339, gunakan untuk membeli Dinar 999 seberat 4.25 gm dari GCP ( boleh contact saya untuk lock beli Dinar 999 ini ).


Anda ulang proses overlapping ini dan setiap untung dari overlapping tersebut dibelikan emas. Apabila jumlah berat gram emas yang dibeli hasil untung overlapping menyamai berat 40 gm emas yang dipajak, ini bermakna anda dah dapat semula modal anda yang asal ( 40 gram berat emas).


Habis apa nak buat dengan emas 40 gram dalam Agro Bank yang dipajak tu?

Kalau pada saya, biarkan sahaja di Agro Bank. Anda boleh jadikan 40 gm emas tu sebagai afterburner income pasif anda. Setiap kali ada kenaikan harga emas, anda hanya perlu buat overlapping dan ambil untung cash…klu nak tebus pun takde masalah. Anda hanya perlu telefon saya (016-7254054) atau agen-agen di bawah rangkaian saya yang lain untuk tolong tebuskan surat pajak anda. So….selesai masalah.

Kelebihan cara ini adalah anda dapat motorsikal, dapat balik modal emas anda dan dapat extra emas dalam Agro Bank sebagai afterburner income pasif sampai bila-bila.


Lambat sangatlah nak selesai cara ni? Takde cara lain ker?

OK cara lain yang anda boleh buat adalah anda bayar sedikit demi sedikit nilai pinjaman RM 4300 dan upah simpan surat pajak tersebut sedikit-sedikit sampai selesai dan tertebuslah kembali emas anda 40 gram itu. Sebaik-baiknya kalau ada cash RM 4300 dalam setahun dua ni, terus sahaja bayarkan pinjaman tersebut dan settle, emas anda tertebus kembali. Dalam kes ini oleh kerana anda gunakan Ar Rahnu, kelebihannya adalah anda boleh himpunkan semua upah simpan selama 6 bulan terus, jadi anda tidak terikat dengan bayaran ansuran bulanan motor di bank yang membebankan cash flow bulanan, jika anda beli motorsikal dengan cara biasa ( guna loan bank).

OK kalau cara kedua ini pun ada problem juga, maka anda gabungkanlah 2 teknik yang saya jelaskan di atas, insyaallah boleh nyer tebus…..takde masalah lah….


OK cuba kita bandingkan Teknik Ar Rahnu ini kalau kita beli motorsikal secara ansuran bank.

Mengikut apa yang dicadangkan oleh tokey kedai motor tersebut semasa saya nak membeli motorsikal ini, begini ceritanya….

Tokey kedai kata, kalau nak beli secara ansuran, kaedahnya saya perlu buat begini;

Deposit = RM 2000

Bayaran bulanan = RM 200

Tempoh loan = 2 tahun ( 24 bulan)

Dengan cara di atas, nampak macam mudah jer nak buat, iyalah bulan-bulan baru RM100 jer. Tapi cuba kalau kita lihat berapakah jumlah bayaran yang telah anda buat untuk motorsikal ini setelah 2 tahun.

Anggaran kiraan = RM 2000 + ( RM 200 x 24 bulan) = RM 6800…!!

Nampak tak pembaca sekelian, beli cash baru RM5400 (dapat diskaun lagi), tapi kalau ansuran bank…. dah kena bayar lebih untuk motor RM6800. Anda dah rugi RM 1400. Boleh beli dinar 2 ketul tuuu dengan RM 1400…

Jadi pembaca sekelian, setelah membaca artikel ini, apa perasaan anda? Anda rasa mana berbaloi, guna Ar Rahnu untuk membeli barang atau guna cara biasa, loan bank?

Kalau anda nak beli kereta ke, perabot baru ke, tanah lot ke….konsepnya sama sahaja, beli emas dulu, then pajak dan guna duit hasil pajak buat beli harta atau barang lain…insyaallah berbaloi-baloi.

Tepuk dada tanyalah iman……inilah masanya nak martabatkan kembali sistem Pajak Gadai Islam Ar Rahnu yang ada……demi untuk melihat islam lebih gemilang di mata semua orang, termasuk orang bukan islam, mereka akan nampak sistem islam ini lebih adil dan telus….insyaAllah.


Share/Save/Bookmark

November 30 2010

Pelancaran Pakej Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas bermula

Salam ceria semua pembaca blog ini.

Apa khabar semua?

Pada hari ini seperti yang dijanjikan, saya akan mula secara rasminya lancarkan Pakej Ebook sulung saya “Teknik Mnaipulasi Pelaburan Emas di Malaysia”.

Setelah 2 hari sesi Pre Launch sambutan terhadap pakej ebook ini amat menggalakkan. Kuota 50 unit pembeli awal pada harga diskaun secara rasminya telah HABIS DIJUAL.

Kepada yang telah membeli awal dulu, pastikan anda buka email anda pada pukul 1 tengah hari ini untuk mula download pakej ini.


Jadi kepada anda yang berminat hendak mendapatkan pakej ebook ini beserta dengan bonusnya sekali adalah pada harga asal RM100 sahaja per pakej.

Untuk senarai manfaat, testimoni, faedah yang bakal pembeli dapat sila KLIK SINI.

Selain itu pakej ebook ini juga didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan apabila setelah membaca kandungan pakej ebook ini dan menghadiri sessi worksyop teknikal, anda masih tidak berjaya menjana apa jua keuntungan dalam pelaburan emas, maka saya bersedia untuk pulangkan wang anda kembali.

Jadi anda tidak rugi apa-apa pun dalam kes ini, dapat ilmu berharga yang saya kira sukar orang nak dedahkan.

Saya akan cuba pastikan pembeli pakej ebook ini mendapat keuntungan dalam pelaburan emas mereka melalui teknik yang diajarkan dalam pakej ini.

OK bagaimana nak dapatkannya?

Sila ke laman web ini untuk teruskan pembelian ebook ini dengan KLIK DI SINI


Ebook utama Teknik Manipulasi Pelaburan Emas

Bonus Utama Teknik Rahsia Memajak Emas


Kuota jualan untuk pakej ini dihadkan kepada 300 unit sahaja, dan selepas itu akan dipertimbangkan untuk jualan dibuka semula atau pun DI TUTUP TERUS.

Jadi dapatkan pakej anda awal sebelum kuota ini habis dan jualan sudah ditutup.

Bertindak sekarang, klik di sini untuk menempah unit anda sekarang!

Jika anda berminat untuk tolong mempromosikan pakej ebook ini, insyaallah saya sedang menyiapkan sistem affiliate untuk membolehkan anda mendaftar dan mula mempromosikan pakej ini. Kita sama-sama beroleh sedikit rezeki dari tuhan, insyaallah.

Jika dah siap pasang nanti saya akan buka pendaftaran affiliate dalam blog ini dalam masa terdekat. He he tak siap lagi, jadi rajin-rajinlah melawat blog ini.Maklumlah budak baru belajar hal-hal ebook ini. Dulu asyik main offline sahaja, nak tahun baru 2011, kena strategi baru main online pulak.

Dari segi komisen affiliate bagi pakej ini akan diberikan komisen RM30 per pakej. Ini kerana saya perlu tampung sedikit kos untuk conduct sessi teknikal worksyop. Kira OK kan…..yang penting jika anda rasa pakej ini berguna pada rakan-rakan anda, harap dapatlah ianya disebarkan untuk manfaat bersama.

OK jangan lupa dapatkan naskhah anda sekarang sebelum jualan ditutup terus. Terima kasih kepada pembeli awal kerana anda telah membuat langkah bijak dengan membeli pakej ini.

Admin

Share/Save/Bookmark

November 16 2010

Salam Aidil Adha dan Update Ebook

Salam sejahtera dan ceria semua peminat emas dan pembaca blog sempoi ini. Pertama sekali saya dan keluarga nak ucap Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam di luar sana. Semoga Aidil Adha kali ini disambut meriah bersama keluarga tersayang, pastikan anda berhati-hati dalam perjalanan pergi dan pulang bercuti.

Dah agak lama tak update blog ini, sampai dah nak hilang “tune” nak menulis ini. Agak sibuk dengan persiapan untuk melanjutkan hal-hal penyelidikan yang tertangguh dan untuk urusan further studies saya tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, Business EMAS dan pelaburan EMAS still ON lagi, cuma lepas ni banyak skit lah kekangan dek kerana nak uruskan masa dengan banyak tugasan hakiki.

Sambutan pelaburan emas di sana-sini semakin meriah walaupun kita dah hampir di penghujung tahun 2010. Banyak seminar yang saya attend semua full house, petanda kesedaran orang ramai tentang emas semakin menyinar. Alhamdulillah.


OK kali ini nak bercerita tentang ebook yang saya dok kata nak release tu. Secara rasminya saya akan mula edarkan kepada public ebook yang saya tulis sendiri bertajuk ”Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia” pada 30 November 2010 jam 9.00 pagi waktu Malaysia ini. Dah namanya pun teknik manipulasi emas, jadi kandungannya pun 70% berkisar tentang teknik pelaburan emas yang asas, pertengahan dan advance dengan gunakan carta emas untuk membantu anda dalam perniagaan dan pelaburan emas.

Walaubagaimanapun, kepada yang sudah subscribe pada ebook Edisi Percuma saya, akan ada ”Special Discount” yang tarikhnya saya rahsiakan untuk beberapa hari sahaja. Jadi subscribe lah pada ebook Edisi Percuma saya di sebelah kanan blog ini atau klik DI SINI untuk mendapatkannya agar anda tidak terlepas peluang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ebook ini dari segi faedahnya, testimoni mereka yang sudah cuba teknik dalam ebook ini, serta BONUS-BONUS istimewa yang disediakan khas untuk pembeli sah ebook ini boleh menuju ke link di bawah ini;

Link ke detail tentang Pakej  Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas. Klik sini

Ikhlas


Admin

Khairulnizam

Share/Save/Bookmark

August 9 2010

Selamat Datang Ramadhan dan Update Emas

Salam sejahtera, apa khabar semua pembaca blog ini. Lama sudah saya tidak mencoretkan artikel di blog ini. Saya agak sibuk sekarang dengan urusan pengajaran dan tugasan universiti. Yang paling best adalah sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah ebook pertama saya tentang pelaburan emas. Jika tiada aral melintang insyaallah dijangka selepas Hari Raya ini akan siap dan fasa seterusnya untuk proses pemasaran.

Saya rasa sudah sampai masanya saya kumpulkan semua case study dan pengalaman saya selama 2 tahun lebih juga dalam pelaburan emas ini kepada pembaca sekelian dalam bentuk ebook untuk manfaat bersama sesama peniaga emas dan pelabur emas.

Saya tak ingin ulas panjang tentang ebook ini panjang lebar, insyaallah bila dah hampir siap, akan saya hebahkan kandungan dan objektif ebook ini saya terbitkan. Ini kerana saya mendapat permintaan dan pertanyaan yang boleh tahan juga banyaknya dari rakan-rakan peniaga, pelabur emas dan juga email dari pembaca blog ini, untuk menerangkan secara detail kaedah pelaburan emas ini. Saya akui saya masih belum betul-betul mahir dalam selok belok emas ini, dan masih banyak yang perlu saya belajar lagi…namun secebis pengalaman saya, kiranya boleh dikongsikan untuk manfaat semua.

Baiklah sebelum ramai yang mengucapkannya, saya yang terawal ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Ramadhan bagi tahun ini kepada semua pembaca blog ini, Selamat Berpuasa dan diharap jalanilah ibadah ini dengan keihklasan dan hati yang mengharapkan pengampunan Allah. Bulan yang penuh berkah ini Allah bukakan pintu pengampunan bagi hambanya dengan seluas-luasnya, maka manfaatkanlah waktu ini ya….


Update Pergerakan Harga Emas.

Oklah, dah agak lama dah tidak update selepas harga emas mengalami fasa downtrend yang agak lama juga, hampir sebulan lebih.

Berita baiknya, pada 2 Ogos 2010 lalu, harga emas telah ada menunjukkan tanda-tanda perubahan trend yang ketara, dan apabila diamati segala aspek fundamental dan teknikal, saya menjangka, kali ini emas sedang dalam fasa permulaan untuk kembali ke fasa uptrend. Alhamdulillah…harap-harap begitulah….cuba lihat harga pada 2 Ogos lalu….


Jadi,saya telah memajakkan gold bar yang telah dibeli dahulu pada 1 Julai 2010 di Agro Bank untuk dapatkan extra cash. Cash hasil pajak itu bolehlah digunakan untuk membeli emas GIA untuk mulakan Kempen Pelaburan Jangka Pendek lagi….dan harga GIA pada masa itu adalah seperti di bawah;


Sehingga ke hari ini, alhamdulillah, trend semakin naik dan kini aras harga emas pada graf sudah berada pada tahap seperti graf di bawah ini. Diharapkan harga akan terus naik dan insyaallah selepas mencapai target keuntungan, saya akan jualkan emas-emas GIA tersebut dan tebus kembali gold bar yang saya pajakkan di Agro Bank beserta dengan untung hasil pelaburan jangka pendek ini.



Jika pembaca ingin mengetahui bagaimana caranya saya melakukan teknik ini langkah demi langkah yang simple dan mampu anda lakukan, nantikan kemunculan ebook sulung saya di pasaran dan rajin-rajinlah menjenguk selalu blog ini ya, terima kasih…..


Share/Save/Bookmark

July 4 2010

Perbandingan Harga Emas Pelaburan

Salam sejahtera semua pembaca blog ini. Alhamdulillah dapat menulis kali ini setelah agak lama menyepi dari menulis blog ini. Saya agak sibuk dalam sebulan ini dengan outstation, konferensi, pengajaran dan kursus disamping business dan pelaburan emas ini yang semakin mantap….dari hari ke hari……seperti logam emas itu sendiri. Saya juga yakin mereka yang telah melabur dalam emas juga sentiasa happy kerana kenaikan demi kenaikan dari logam emas ini menjadikan kita makin sayang nak jual emas yang kita miliki……ada emas ini dah macam ada buah hati pulak….saaaayang nak lepas….

OK artikel kali ni saya nak ulas tentang perbandingan harga beberapa institusi pengeluar emas pelaburan yang utama di Malaysia.

Ini kerana sebagai pelabur emas, terutama saya yang amat menggemari buat pelaburan jangka pendek khasnya, juga jangka panjang, timing membeli emas amat penting untuk memastikan pelaburan yang kita lakukan berbaloooi dengan masa yang kita korbankan untuk melihat matangnya hasil pelaburan kita. Itulah matlamat kita melabur kan…..get return as soon as possible with minimum time, minimum risk…..

OK nak diceritakan pada 1/7/10 lalu telah berlaku kejatuhan harga emas yang drastik kerana kesan Non Farm Payroll pada Jumaat lepas. Saya tak pasti apa berita utama NFP tersebut, tak berkesempatan nak analisis fundamental, tapi yang pasti ia menaikkan matawang USD. Cuba lihat screenshot graf emas pada 1/7/10 pada waktu malam….time pasaran US aktif….

Dan ini harga yang dapat saya screenshot dari beberapa institusi pengeluar emas pelaburan yang ada di Malaysia.

Harga Emas Public Gold dan Public Dinar

Harga Emas Public Bank GIA Account

Harga Emas Pelaburan dari Emas Rakyat

OK RINGKASNYA, kali ini peluang untuk buat pelaburan jangka pendek dah terbuka luas, apa lagi saya pun buatla lagi……he he

Pada 1 Julai 2010 saya telah lock beberapa keping Gold Bar dan Dinar pada harga Public Gold seperti harga yang di screenshot kat atas tu….

Pada 2 July 2010, harga emas dah naik balik sedikit. Lihat screenshot graf emas keesokan harinya….


Kemungkinan saya akan pajak dan top up akaun GIA saya pada hari Isnin ini 5 July 2010 atau dari Public Gold / Emas Rakyat (bergantung pada harga masa tu) untuk mulakan kempen Pelaburan Jangka Pendek ini lagi…jika berjaya kali ini, dapatlah sedikit extra duit untuk duit raya ini…..alhamdulillah.

Saya juga ada buat screenshot harga pengeluar emas lain untuk lihat perubahan harga berdasarkan pada perubahan graf emas dunia…..sekadar perbandingan untuk faedah semua pelabur-pelabur emas di Malaysia.

Jom, mulakan pelaburan emas anda kerana pelaburan emas sekarang, contact saya di 016 7254054, untuk “LOCK” atau booking harga dari Public Gold….atau ingin jual emas terpakai anda dan trade in dengan emas pelaburan pun boleh.

Jadilah pelabur yang berilmu dan bijak….

Share/Save/Bookmark