Salam sejahtera kepada pembaca sekelian, kebetulan ada masa sedikit untuk saya update blog ini sambil-sambil menunggu isteri saya berurut di Melaka ini.
OK musim cuti panjang dah nak habis, jadi tiba masa untuk ramai keluarga dan warga kota untuk pulang ke rumah dan tempat kerja masing-masing, menyambung semula tugasan. Sepanjang cuti ini saya gunakan kesempatan ini untuk meninjau harga-harga emas di kedai emas, buat perbandingan dengan harga emas terkini dan saya dapati memang masih besar lagi spread (beza harga jual dan beli) walaupun dia dah bagi diskaun up to 60%…FUH…mana tak kaya raya tokeh-tokeh emas ini.
OK artikel kali ini saya nak cerita pasal gred-gred emas yang ada di Malaysia ini. maklumat ini berguna jika anda peminat barang kemas dan nak tahu di mana kedudukan/ranking gred emas ini, yang mana lebih berkualiti…dan paling penting tak tertipu lagi dengan harga yang dijual. Kadang-kadang ada penjual yang beri harga emas 916 pada emas gred 750 dan sebagainya. Ada barang kemas yang dicop kempa 916 tetapi dijual dengan harga emas gred 835….
OK ini grednya. Gred emas tertinggi (paling berkualiti sebab kandungan emas tinggi) adalah yang berada di atas. Emas gred 999.9 adalah paling berkualiti dan mahal kerana ia adalah emas yg telah ditulenkan sehingga 99.9% ketulenan. ..biasanya untuk dibuat jongkong/wafer emas pelaburan.
GRED EMAS …………… KARAT NO
999.9 24K
999 24K
950 23K (emas tarik)
916 22K
875 21K
835 20K
800 19k (emas paun)
750 18k
585 14k (emas campur)
375 9k (suasa)
Dalam hal ini gred emas terbaik adalah 999.9 dan paling rendah kandungan emasnya adalah emas suasa. Jadi untuk rujuk harga pasaran barang kemas di Malaysia boleh merujuk kepada website ini
http://www.fgjam.org.my/
Atau jika anda ingin menjualkan emas anda, samada emas baru, emas yang dah patah-patah, putus, emas yang tehilang berlian/zircon/batu permata dsb, emas rosak boleh hubungi saya untuk saya beli.
Jika anda ada masalah dengan surat pajak anda, juga boleh hubungi saya untuk saya tolong tebuskan kembali emas anda sebelum ianya dilelong. Rugiii jika dibiarkan emas anda dilelong.
Selamat melabur


admin Under
| 
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)



saya tak faham berkenaan emas campur (585) apa yg dimaksudkan dgn emas campur?adakah ianya tiruan? terima kasih
SALAM,
Hana, emas campur 585 adalah gred emas yang berketulenan 58.5% emas lebih kurang. Memang dalam emas ini ada campuran logam lain dan bergantung pada tukang emas, apa kandungannya boleh berbeza-beza. Namun emas ini adalah emas lama dan amat sukar didapati sekarang…
salam. saya masih dalam kemusykilan dengan emas 585 saya tahu die mas campur tapi saya nak tahu emas ini adakah akan turun warna dan adakah harganya pun di pasaran akan semakin murah or kata lain kurang laku ke?
emas 585 ni jarang juga ada di market….emas lama…..satu geng dengan emas paun
turun warna ….yg macam mana tu, saya agak kurang faham d situ maksud nya….?warnanya memang agak pudar, tapi ia masih ada content emas…..
harga still ikut harga pasaran emas 585…tapi memang jarang dah jumpa emas nih…..
hi…
saya nak tanya… bgmana caranya utk mgetahui cara tukang emas measure dia punya nilai dan saya dapat keuntungan yg lumayan hasil drpd jualan tersebut
cara terbaik ialah bila kita tahu dan ada ilmu tentang gred tersebut….itu lebih baik, sebab kita akan tahu tempat mana yg boleh kita jualkan utk dapat untung lebih.
tapi klu tak tahu, anda boleh cuba emas anda dan test di beberapa kedai emas dan ambil yg purata…..jgn terus pergi ke satu kedai dan terus jualkan, risik dulu apa gred emas anda dan berapa rega per gram yg dia tawarkan pada anda.
salam
tukang emas yang merupakan rakan saya ini dia measure menggunakan asid test. Kekadang dia just judge menggunakan pengalaman bentuk dan jenis emas yang ada.
saya kurang faham maksud mieya dgn bagaimana mieya bleh untung dari hasil jualan emas. ? adakah maksudnya mieya ingin jualkan emas pada tukang emas dan mieya nak tahu bagaimana caranya boleh buat untung dgn cara tersbut….atau mieya ambil dari tukang emas barang emas dan nak tahu bagaimana bleh dapat untung bila jual balik pada customer ke?
saya nak tahu,emas 58516 tu emas 585 seperti yg di maksudkan itu ke?
ya…emas 585
salam,
betul ker emas sarawak lain dengan emas dari semenanjung?
ada orang sarawak kata, mereka tidak akan membeli emas melainkan dari sarawak sahaja.
lagi satu, ada juga kata emas dari kelantan juga berbeza. mereka anggap emas dari kelantan lebih berkualiti i.e dari segi warna dsb.
betul ker dakwaan ini?
atau gred emas memang sudah selaras untuk seluruh malaysia seperti artikel saudara diatas?
terima kasih.
sy nk tahu..emas 585 tu laku ke kalau nak jual….skrg ni bape nilainya kalau nk ditolak….terima kasih
salam, laku lagi, tapi tak semua kedai emas nakambil….kena survey. Susah juga nak jumpa emas 585 ni…..dahnak pupus….
Assalamualaikum En Nizam.
Saya ingin tahu samada En Nizam membeli suasa (emas 375)?
Saya ada cigarette case suasa seberat 148.2gm yang ada Hallmark London Assay Office diperbuat oleh Asprey London pada tahun 1926 375GOLD.
Saya juga ada beberapa lagi cigarette cases 925 Sterling Silver yang jumlah beratnya 1,898gm. Adakah En Nizam berminat untuk membeli?
Salam.
Abdul Hadi
abdulhadiabdulhamid@gmail.com.
salam, kena check samada ia suasa atau silver…..saya mmg beli suasa dan silver, cuma klu jarak jauh sgt antara saya dgn anda, saya rasa tak akan ambil…nanti tak lepas cover kos sbb harga belian balik suasa pun pling rendah dlm gred emas terpakai…..anda duduk di mana?
salam…..saya nak buat pertanyaan sikit ………. buat masa kini berapa harga segram emas 585..
Saya dapati tiada maklumat mengenai harga nya…
terima kasih
salam,
mmg sbb emas gred ni pun dah jarang jarang ada di pasaran, walaupun ia tetap wujud lagi
d malaysia. Klu nak tahu boleh rujuk pada web FGJAM di http://www.fgjam.org.net atau boleh terus bertanya di
kedai kedai emas di tempat anda.
salam,sy ade beli emas 916,tp ble p pjk.bank ckp ni bkn 916.835.knape blh jd cmtu?kalau mas terpakai, adakh ia akan turun gred?atau emas yg sy beli tu mmg bkn 916?
salam,
jika beli mmg emas 916, tapi bila bank nilaikan ia jadi 875 , 835 etc tu kita namakan sebagai downgrade. Ini memng
biasa berlaku di mana2 bank yg ada ar rahnu. Lain bank kadang2, tspi brg yang sama masuk pajak boleh dapat nilaian yang berbeza-beza.
Perkara ni jadi sebab mesin timbangan tu sendiri. Bila dah rami yg masu pajak arr ahnu, bila selaluguna mesin tu
akan org kata” biol ” sikit. Calibration setting beransur-ansur lari dari setting asal.
Pernah juga ada kes, bank tu / pegawai tu sendiri yang menurunkan gred tu, pun ada……
Sebab lain downgrade adalah kerana faktor design barang kemas tersebut. Bila pattern yg banyak berongga, ada loceng,
banyak sangat batu zircon, kebiasaannya akan downgrade.
cara terbaik jika ingin tahu nilaian sebenar emas kita, anda boleh bawa emas anda ke ar rahnu YAPEIM dimana
di sana pergi ke kaunter dan cakap dgn pegawai sana “saya nak uji emas ini”……nanti dia akan uji
dengan timbangan densimeter dan ujian asid utk tentukan gred sebenar emas anda.
ass.perkenalkn saya ruslan dari jawa barat indonesia,,,saya punya lahan pertambangan emas yang belum di ketahui oleh sesiapapun dan baru di temukan,,,saya bermaksud menjual batu batu yang berkandungan emas tersebut,,,untuk info lebih lanjut call 087823613123 atau ilal_ruslan@yahoo.com
kat saya ade 2 gelang emas lame belah rotan.. kat dlm die xde cop emas 916 ke hape ker cme ade 1 cop yg tak brape nk paham.. cam tulisan cina.. pnah usha kat kdai emas.. kdai emas 1st bgtau emas 916.. kdai emas 2nd kate 750.. yg sy tau emas 750 nih yg ade batu2 sume.. btol ker..? camne nak tau 916 ke 750 ke klau xde cop tu?
salam, thanks kerna bertanya….
ok biasa kalau cincin belah rotan, klu ikut pengalaman beli emas terpakai ni….samada 835 atau 750. Jarang cincin akan dapat 16 gred klu tolak balik, kecuali kalau chop kempa 916 tu mmg ada tertulis, klu tolak ke kedai balik, boleh dapat…
jika anda ada membeli brg kemas pastikan chop kempa gred ada terpahat pada barang kemas tersebut. KLU tak sure,
just tanya kedai tu, tang mana dia nyer cop kempa.
Ini kerana utk memudahkan proses jual balik emas tersebut pada kedai/ peraih emas sbb bila ada chop kempa,
anda sebagai pengguna ada hak untuk minta penjlasan kenapa chop 16, tapi bila jual balik dpt cuma gred 750.
kalu brg ada cop 18k ada mknenye
SALAM, BOLEH REFER jadual gred emas di malaysia
askum , saya nak tanye . kalo emas 18k masih boleh djual ke atau tidak ? bolehkah dpat dgn harga yg tnggi ? saya , amat berharap anda dapat membalas comment dari saya ini . terima kasih
salam,
emas 18k amat jarang nak jupa tapi ada lagi…..klu pandai buat boleh diasingkan aloi lain dgn emas pure tu,dan hasilnya akan dapat emas pure. So emas pure tu
berketulinan 999 boleh dijual dgn harga yg tinggi.
apa mksud cncin emas yg xde tlis 916…dia hnya tlis PT…
cincin tu kosong jer tiada apa2 cop kempa……kekadang ada tertulis tulisan cina…
PT maksudnya PLATED & GOLD PLATED .. yakni BUKAN EMAS kecuali ianya lulus ujian asid ..
saya ada 1 cincin emas 585..dlu time sy bli hrge nye rm350.tp knape skrg bl sy nk jual nye bnyk kdai emas xnk ye….dorg kata xde value…knape blh jd cmtu ye?
jual kat pembeli pembeli emas lain…cm saya ker…..kedaiemas malas nak buat dgn emas 585, byk prosesnya kena extrakemas 999 balik….klu boleh mrk nak ambik balik emas yg boleh dijualbalik kat kedai dgn mudah, atau mudah nak lebut balik….
klau btl emas 585 xde value dh skrg kire nye org yg jual emas 2 blh dikire mnipu la ye….rugi lh cmni….bli mhl2 tp last2 xde hrge nk jual balik.
mmm, betul la tu, kena tanya kenapa dia jual emas 585, rasionalnya….sebab ramai yg saya jumpa memang tak nak beli pun emas 585….MELAINKAN klu dia tahu cara nak tulenkan emas 585 tu…..biasa dia ambik juga
As salam…
Saya nak tanya betul ker emas 916 tak sesuai tuk batu permata.
Dari apa yg sy survey banyak guna emas 750 n 858 kenapa yer…
Tnq…
750 lbh sesuai,keras…..berbanding 916
Emas mempunyai 20++ gred .. pernah dengar dengan EMAS SEPULUH ?
emas 24k, istilah biasa disebut di kelantan