November 15 2009

Kenapa Zaman Sekarang Kena Simpan Emas..?

Salam pembaca semua,

Alhamdulillah diizinkan Allah untuk menulis some artikel untuk mencelikkan bangsa kita kepada revolusi emas, kembali kepada emas.

OK saya cuba mengulas satu persoalan yang mana memang dah ramai yg mengulas, tapi utk blog saya blum ada lagi. Jawapan mutlak bagi soalan kat atas tu adalah, sebab EMAS NAIK HARGA. Ini semua orang perasan. Pernahkah kita lihat harga emas jatuh teruk? Tak pernah tuan-tuan dan puan-puan semua. Dah 2600 tahun berlalu, emas telah digunakan di seluruh dunia sebagai matawang, tetapi ia tidak pernah turun harga……hebatkan?

Ini bermakna kalau 2 tahun dulu mungkin harga emas dalam sekitar RM85-100 segram, jangan haraplah sekarang kita akan dapat membeli emas pada harga tersebut lagi.

Sedangkan sistem matawang berasaskan kredit yang digunapakai sekarang tak sampai 2600 tahun pun asyik buat hal, sana-sini matawang jatuh teruk, harga saham banyak yang turun dari naik, hyperinflasi , kemiskinan sana sini dan sebagainya yang tak pernah surut.

Gambar di bawah adalah matawang emas pertama di dunia digunakan sejak 2600 tahun lalu oleh Kerajaan Lydia , agak-agak lah sekarang nih kalau saya nak bagi wang emas lama ni pada pembaca semua….nak tak? Kenapa nak? Kan matawang lama…..jawapannya sebab IA ADALAH EMAS. Ia tetap bernilai sekarang walaupun ia dah berusia lebih 2000 tahun. Malahan kalau sekarang ada syiling emas ini dan cuba jual di kedai emas, kita akan dapat pada harga terkini, zaman ini, bukan harga pada zaman dia 2600 tahun lalu, maknanya walaupun usia berlalu, zaman berlalu, duitnya pun dah nampak buruk, tetapi ia tetap dapat mempertahankan nilai kekayaannya sepertimana nilai kekayaan di zamannya. Ini baru betul penyimpan kekayaan.


Gambar : Antara Matawang Emas Pertama di Dunia

Berbeza dengan wang kertas, hari ini nilai kekayaan RM50 adalah RM50, tetapi selepas 20-50 tahun, nilai kuasa beli RM50 dah bukan RM50 lagi sebab harga barang yang dulunya berharga RM50, selepas 20-50 tahun dah bukan bernilai RM50 tapi mungkin RM100. So, kena top up lagi duit kertas untuk beli barang yang sama. Contohnya rumah, lepas 10 tahun, rumah yang sama juga, malah semakin buruk, tapi nak beli, harganya dah naik. Bukan nilai harta itu yang naik, tetapi nilai wang kertas itu yang semakin menurun sedar tak sedar sebenarnya. Lagi banyak wang diperlukan untuk membeli barang yang sama. Kes ini sama macam beli karipap. Dulu RM1 dapat 4-5 keping, sekarang RM1 dapatlah 2-3 keping. Karipap yang sama juga lebih kurang je rasanya.

Kita perlu menyimpan emas terutamanya sekarang untuk selamatkan kekayaan kita. Adakah selamat untuk menyimpan wang yang setiap masa dan tahun nilainya semakin susut? Memang nampak banyak wang, kita simpan di bank, tetapi dalam diam kita tak sedar inflasi telah membunuh kekayaan kita dalam senyap dengan memakan nilai wang kertas kita.


Jadual 1 : Kadar Inflasi di Malaysia dari 2003 - 2009 (Sehingga 17 Sept 09)

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia


Jadual 1 menunjukkan kadar inflasi di Malaysia setiap tahun…..apa citer ni naiiiiik je inflasi. Cuba bandingkan dengan kadar dividen ASB kita dlm Jadual 2.


Jadual 2 : ASB Dividen dan Bonus. Gambar Ihsan dari Jutawanemas.com


Didapati seolah-olah trend nya, lagi tinggi inflasi, semakin rendah dividen yg akan diperolehi di ASB. Yelah, bank terpaksalah rendahkan kadar interest rate agar orang boleh berbelanja, buat loan, tapi hasilnya, bank tak dapat untung tinggi, maka dia bagilah pelabur-pelabur dividen yang rendah. Tapi cuba tengok nilai harga emas dalam Jadual 3, amacam?


Jadual 3 : Harga Emas dari 1990 - 2007


Lagi tinggi inflasi, lagi tinggi harga emas naik, so pilihan di tangan anda untuk mula menukar wang kertas dengan emas bar / dinar emas, untuk mempertahankan ekonomi dan kekayaan kita.

Jadilah pengguna yang bijak. Pilihlah emas sebagai aset simpanan anda.

Jangan dok pening / buat alasan payah nak simpan lagi, ada syarikat / bank yang menawarkan khidmat safe deposit box utk simpan emas atau dokumen penting, dan kadar bayaran pun memang rendah.

Adakah berbaloi melihat nilai simpanan anda menyusut 5-7% setahun sebab inflasi dan macam-macam kos, sedangkan emas boleh cecah pulangan 27% dan lebih, dengan kos kadar simpan di safe box cuma 1-2% setahun?

Fikir-fikirkanlah……

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Kenapa Zaman Sekarang Kena Simpan Emas..?”

  1. emaskini says:

    btul bro….orang kita sekarang ni , mcm-macam alasan….

  2. faizulamin says:

    Dah 2600 tahun berlalu, emas telah digunakan di seluruh dunia sebagai matawang, tetapi ia tidak pernah turun harga……hebatkan?

    betul ke? pada hemat saya, harga emas still fluctuate. Sekiranya harga emas sentiasa naik, sahaja, masakan mungkin minggu lepas berlaku penurunan? saya rasa, statement yang tepat adalah, “meskipun berlaku turun-naik harga emas, ia tetap agak stabil berbanding matawang”.

    satu lagi perkara perbahasan. mungkin akan mengundang debat di kalangan org biasa sbb dia agak furu’. –>
    Sekiranya wang fiat bukan sistem terbaik, tetapi mengapa harga emas masih menggunakan matawang tertentu? juga, sekiranya org menyimpan emas untuk keuntungan, maka sudah pasti keuntungan itu juga bersifat matawang. Sbb kita tunggu harga emas naik untuk dijual dalam tempoh tertentu. Bukankah begitu? ertinya, biarpun kita membeli emas, sebenarnya objektif utama adalah untuk menunggu harga emas naik dan menjual dan mendapat kelebihan harga dalam bentuk matawang, bukan sebagai rezab kekayaan..

    ;-)

    p/s: by the way, keep ur blog updated frequently sbb i dah wat debut dalam majalah.

    best wishes!
    faizulamin.net

    • admin says:

      ok insyallah komen baguus, saya cuba jawab berdasarkan pemahaman saya.

      1. harga emas memang fluctuate, tak dinafikan tetapi kita kena bezakan antara trend utama dengan sub trend dalam istilah tading nih, insyallah klu sapa-sapa dah biasa trade dia akan tahu beza 2 istilah ni. So major trend memang naik, especially after year 2000. Sub trend nilah yg orang confuse, dan trend inilah yang selalu fluctuate turun naik….
      tapi bagi ssesetengah trader, ada baiknya fluctuate, sebab biasanya akan diikuti oleh price breakout biasanya, especially untuuk emas klu buat pemerhatian pada past chart pattern.
      Tu yang kadang-kadang, ada sesetengah news berlaku untuk create suasana volatile di kalangan pelabur dan at the end major player akan buat tindakan yang membuatkan price breakout…

      2. ok kenapa emas diniagakan dalam matawang tertentu, mungkin sebabnya US dah create sistem ekonomi dunia yang mewajibkan semua negara guna USD currency dalam apa jua transkasi import export. Cuba klu satu dunia pakat guna wang emas ataupun sekurang-kurangnya matawang kertas yg bersandarkan emas, tak akan berlaku lah spekulasi yg melampau sebab matawang kertas boleh dicetak sesuka hati , tapi emas takboleh?
      cuba bayangkan klu guna emas, dan kalau ada spekulasi pun, at least di tahap yang boleh dikawal dan tak keterlaluan sebab yg menyebabkan berlakunya spekulasi ni sbab US boleh keluarkan duit lebih lebihan dan boleh simpan lebih-lebihn tanpa kawalan, sedangkan emas tak boleh….kuantitinya terhad…susah nak dimanipulasikan.Bila sumber terhad, jadi hukum semulajadi supply and demand akan berjalan dengan betul…..org kata “free market”….tiada gangguan luaran dari government ke, federal ke aper ker…..
      Itu sekadar pendapat saya yang masih belajar dan kurang ilmu lagi, saya bersedia untuk belajar lagi jika apa yg ditulis ini mungkin kurang tepat……yg baik dari allah, yg buruk dari manusia….insyaallah.

      3. Mendapat untung dari kenaikan harga emas tak salah dlm islam jika urusan transaksi jual beli yang dilakukan menepati adab dan kaedah syariah yang betul……so gunalah emas fizikal untuk melabur emas. Ini krana emas bkan sahaja bertindak sebagai matawang sejak 2600 tahun lalu, tetapi zaman sekarang ia dah jadi part of a commodity, ada kegunaannya dalam industri dan macam-macam….so sbb tu ia bersifat seperti komoditi, ada turun naiknya…..

Leave a Reply