Salam dan slamat sejahtera semua pembaca blog ini. Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai ke Johor semula setelah bercuti seminggu di Kelantan, cuti sekolah lah katakan…alang-alang isteri saya seorang cikgu sekolah bercuti, dengan kita-kita sekali cuti, cikgu sekolah bukan senang nak apply cuti.
Berbaloi juga cuti ini, di samping dengan keluarga, sempatlah survey-survey lubang-lubang barang kemas murah di Kelantan, insyaallah akan datang saya upgrade services kepada Menjual Barang Kemas 916, 999, menerima tempahan pula dengan harga murah dari harga pasaran. Tunggukan update terkini dari saya ya…..
OK Kali ini nak bercerita pasal Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda yang dijangka akan dilangsungkan pada April 2010 ini di Batu Pahat. Ini adalah projek bersama saya dengan En Salleh Timan (juga Agen Public Gold sah area Batu Pahat) dan Syarikat Keris Emas Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat gergasi dalam bidang Pembelian Emas Terpakai.
Oleh kerana ini adalah kursus pengenalan emas anda, maka selepas seminar ini anda boleh memilih untuk menghadiri kursus intensif usahawan emas.
Jadi apa kandungan kursus intensif usahawan emas ini, akan saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya semasa menghadiri kursus ini dahulu…jeng jeng…..
Apa yang menariknya kursus emas ini, kita diajar mengenali jenis-jenis emas dipasaran, teknik mengenali barang kemas plasu dan tulen dan paling penting camaner nak kenal gred barang kemas tersebut dengan mudah. Haa ini yang paling penting kalau nak beli barang kemas, barulah tak mudah kena tipu bila membeli barangan emas. Ini gambar saya (posisi duduk di sebelah kiri sekali) dengan peserta kursus semasa menghadiri kursus ini anjuran Keris Emas Resources S/B.
Saya rasa ilmu ini sangat berguna kepada semua yang berminat dengan emas. Iyalah, biasanya ilmu macam ini amat sukar/payah/rahsia nak cari, takde taukeh emas akan dedahkan ilmu-ilmu macam ini. Terima kasih kepada En. Zamri, CEO Keris Emas Resoures yang sudi membongkar rahsia emas ini kepada kami ini yang memang buta pasal emas. Tak rugi hadiri kursus ini, dan rasanya inilah kursus yang amaaat berharga yang pernah saya hadiri.
Selain itu, kursus ini juga mengajar saya bagaimana nak menguji emas tulen/palsu serta terperinci gred-gred emas di pasaran menggunakan Ujian Asid yang mudah.
Ini gambar bagaimana kita menguji emas menggunakan Batu Hitam. Dalam kursus ini kita diajar secara Teori dan Sessi Praktikal…anda test sendiri emas-emas yang diberikan dalam kursus sebagai latihan. Daripada tak tahu, sekarang dah pandai menguji ketulenan emas.
Haa ini pula gambar bagaimana emas anda diuji menggunakan Ujian Asid yang mudah dan praktikal. Bagus ilmu ini kerana rata-rata pengguna emas di Malaysia kebanyakannya tidak begitu mengetahui ilmu-ilmu ini, jadi mudah untuk kita tertipu, rugi bila berurusan dengan emas dan barang kemas.
Jadi saya rasa kursus ini amat perlu kita pelajari bukan sahaja untuk berniaga emas, malah juga sebagai perlindungan dari mudah ditipu / terkena bila anda berurusan dengan EMAS……aset bernilai anda.
Jadi sesiapa berminat nak hadiri Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda, yang akan diadakan pada April 2010 ini (tarikh akan diconfirmkan kelak dalam masa terdekat) di Batu Pahat,Johor, boleh hubungi saya di talian di bawah
Telefon : 016 7254054
Email : knizambiz@gmail.com
Kursus pengenalan ini FREE sahaja, takyah bayar apa pun dan makanan minuman disediakan. Bukan itu sahaja, PELUANG PERNIAGAAN EMAS juga disediakan untuk anda jika setelah mengetahui ilmu ini, anda bercadang ingin mula berniaga emas DENGAN MODAL DAN TIADA MODAL.
Melalui seminar pengenalan ini, jika nak berniaga emas, perkara MODAL letak di nombor ke 82, kerana modal disediakan oleh Keris Emas Resources untuk anda bermula….
Jadi kepada yangberminat…jangan lepaskan peluang keemasan ini yaaaa, jumpa anda di sanaaaaaaa.

admin Under
| 
![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)





