November 14 2009

Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa

Salam semua pembaca….

Alhamdulillah, selamat sampai ke Sunway KL dari Kelantan dan ambil stok, sblm ofis tutup. Klu tak, takde stok la saya utk dibawa ke Johor. Tak dapat la nak ber TT dengan agen-agen emas T’Ganu macam Wazir dan Poklang serta join Seminar di T’Ganu mlm ni.

Lepas ke Sunway, sambung perjalanan semula. Di kesempatan nih,  sambil rilek-rilek ni on the way, sempat juga buka e-paper dan saya kira berita mengejut juga nih, seperti tajuk artikel di atas….untung korang yer…nasib baik SC bagi peluang utk dapatkan balik modal yang terlebur gara-gara Swisscash.

So selepas ini, kita ambillah iktibar dari story di atas, agar jgn lagi terlibat dengan skim-skim cepat kaya nih. Lagi ekonomi jatuh, lagi banyak skim-skim ini wujud di pasaran. Sebabnya mereka nak cash anda untuk maybe selamatkan one of their company yang dah nak bangkrap ke….so diaorang create program-program macam nih.Investlah dalam aset yang memang terbukti mampu memberikan pulangan yang juga lumayan dan yang penting selamat seperti pelaburan emas fizikal Public Gold, anda beli emas, anda dapat emasnya…..macam-macam boleh buat kalau emas ada di tangan kita sendiri…kan….Peace of Mind, seperti tema baju free yang saya dapat masa gi servis kereta di Toyota Kota Bharu, Kelantan.

Mungkin selepas ini pihak SC tak akan membayar lagi duit yang terlebur itu kalau perkara ini berulang.

OK, lah sedikit ulasan berita di Berita Harian 14 Nov 09 ini di bawah untuk dikongsi;

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) sudah menyelesaikan kes penipuan pelaburan haram terbesar negara yang bernilai RM31 juta, kata Pengerusinya, Tan Sri Zarinah Anwar.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, hari ini, beliau berkata, SC dijangka membayar semula wang pelaburan haram SwissCash kepada mangsa seawal tahun depan selepas mendapat kelulusan mahkamah.

Katanya, SC akan melantik pihak pentadbir untuk menguruskan proses tuntutan berkenaan.

“Untuk layak mendapat pampasan itu, pelabur perlu kemukakan dokumen berkaitan sebagai bukti pelaburan yang dibuat mereka,” katanya.”

Haiiii…macam-macam…

OK lah, masa rehat dah habis, masa untuk teruskan perjalanan yang berbaki ini ke Batu Pahat Johor…di sana ada pelanggan yang menunggu untuk emasnya dihantar……..insyaallah pembaca semua, saya akan update pergerakan harga emas next week dalam masa terdekat dalam blog ini, so tunggu ya…. my next article…..

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Pelaburan haram: SC bayar RM31 juta kepada mangsa”

  1. xuan says:

    bagus la kalo camtu…tapi bagi pendapat saya, cam ada sesuatu yg hidden..kenapa sblom ni dah banyak kes yg camni..tapi senyap je…tapi time swiss cash..sanggup bayar balik 31 juta bang…banyak tu…sori, sekadar pandangan perbadi, tak maksudkan apa2 pun

    • admin says:

      emmm, yerp mungkin ada agenda diaorang nih, tapi tak berani nak cakap apa-apa pasal takdak bukti dan tak buat penelitian, kalau Swisscash boleh tolong, hok skim-skim yang sewaktu dengannya pun tolonglah juga…..baru fair…sekadar pandangan saya…

Leave a Reply