November 30 2010

Pelancaran Pakej Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas bermula

Salam ceria semua pembaca blog ini.

Apa khabar semua?

Pada hari ini seperti yang dijanjikan, saya akan mula secara rasminya lancarkan Pakej Ebook sulung saya “Teknik Mnaipulasi Pelaburan Emas di Malaysia”.

Setelah 2 hari sesi Pre Launch sambutan terhadap pakej ebook ini amat menggalakkan. Kuota 50 unit pembeli awal pada harga diskaun secara rasminya telah HABIS DIJUAL.

Kepada yang telah membeli awal dulu, pastikan anda buka email anda pada pukul 1 tengah hari ini untuk mula download pakej ini.


Jadi kepada anda yang berminat hendak mendapatkan pakej ebook ini beserta dengan bonusnya sekali adalah pada harga asal RM100 sahaja per pakej.

Untuk senarai manfaat, testimoni, faedah yang bakal pembeli dapat sila KLIK SINI.

Selain itu pakej ebook ini juga didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan apabila setelah membaca kandungan pakej ebook ini dan menghadiri sessi worksyop teknikal, anda masih tidak berjaya menjana apa jua keuntungan dalam pelaburan emas, maka saya bersedia untuk pulangkan wang anda kembali.

Jadi anda tidak rugi apa-apa pun dalam kes ini, dapat ilmu berharga yang saya kira sukar orang nak dedahkan.

Saya akan cuba pastikan pembeli pakej ebook ini mendapat keuntungan dalam pelaburan emas mereka melalui teknik yang diajarkan dalam pakej ini.

OK bagaimana nak dapatkannya?

Sila ke laman web ini untuk teruskan pembelian ebook ini dengan KLIK DI SINI


Ebook utama Teknik Manipulasi Pelaburan Emas

Bonus Utama Teknik Rahsia Memajak Emas


Kuota jualan untuk pakej ini dihadkan kepada 300 unit sahaja, dan selepas itu akan dipertimbangkan untuk jualan dibuka semula atau pun DI TUTUP TERUS.

Jadi dapatkan pakej anda awal sebelum kuota ini habis dan jualan sudah ditutup.

Bertindak sekarang, klik di sini untuk menempah unit anda sekarang!

Jika anda berminat untuk tolong mempromosikan pakej ebook ini, insyaallah saya sedang menyiapkan sistem affiliate untuk membolehkan anda mendaftar dan mula mempromosikan pakej ini. Kita sama-sama beroleh sedikit rezeki dari tuhan, insyaallah.

Jika dah siap pasang nanti saya akan buka pendaftaran affiliate dalam blog ini dalam masa terdekat. He he tak siap lagi, jadi rajin-rajinlah melawat blog ini.Maklumlah budak baru belajar hal-hal ebook ini. Dulu asyik main offline sahaja, nak tahun baru 2011, kena strategi baru main online pulak.

Dari segi komisen affiliate bagi pakej ini akan diberikan komisen RM30 per pakej. Ini kerana saya perlu tampung sedikit kos untuk conduct sessi teknikal worksyop. Kira OK kan…..yang penting jika anda rasa pakej ini berguna pada rakan-rakan anda, harap dapatlah ianya disebarkan untuk manfaat bersama.

OK jangan lupa dapatkan naskhah anda sekarang sebelum jualan ditutup terus. Terima kasih kepada pembeli awal kerana anda telah membuat langkah bijak dengan membeli pakej ini.

Admin

Share/Save/Bookmark

November 16 2010

Salam Aidil Adha dan Update Ebook

Salam sejahtera dan ceria semua peminat emas dan pembaca blog sempoi ini. Pertama sekali saya dan keluarga nak ucap Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam di luar sana. Semoga Aidil Adha kali ini disambut meriah bersama keluarga tersayang, pastikan anda berhati-hati dalam perjalanan pergi dan pulang bercuti.

Dah agak lama tak update blog ini, sampai dah nak hilang “tune” nak menulis ini. Agak sibuk dengan persiapan untuk melanjutkan hal-hal penyelidikan yang tertangguh dan untuk urusan further studies saya tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, Business EMAS dan pelaburan EMAS still ON lagi, cuma lepas ni banyak skit lah kekangan dek kerana nak uruskan masa dengan banyak tugasan hakiki.

Sambutan pelaburan emas di sana-sini semakin meriah walaupun kita dah hampir di penghujung tahun 2010. Banyak seminar yang saya attend semua full house, petanda kesedaran orang ramai tentang emas semakin menyinar. Alhamdulillah.


OK kali ini nak bercerita tentang ebook yang saya dok kata nak release tu. Secara rasminya saya akan mula edarkan kepada public ebook yang saya tulis sendiri bertajuk ”Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia” pada 30 November 2010 jam 9.00 pagi waktu Malaysia ini. Dah namanya pun teknik manipulasi emas, jadi kandungannya pun 70% berkisar tentang teknik pelaburan emas yang asas, pertengahan dan advance dengan gunakan carta emas untuk membantu anda dalam perniagaan dan pelaburan emas.

Walaubagaimanapun, kepada yang sudah subscribe pada ebook Edisi Percuma saya, akan ada ”Special Discount” yang tarikhnya saya rahsiakan untuk beberapa hari sahaja. Jadi subscribe lah pada ebook Edisi Percuma saya di sebelah kanan blog ini atau klik DI SINI untuk mendapatkannya agar anda tidak terlepas peluang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ebook ini dari segi faedahnya, testimoni mereka yang sudah cuba teknik dalam ebook ini, serta BONUS-BONUS istimewa yang disediakan khas untuk pembeli sah ebook ini boleh menuju ke link di bawah ini;

Link ke detail tentang Pakej  Ebook Teknik Manipulasi Pelaburan Emas. Klik sini

Ikhlas


Admin

Khairulnizam

Share/Save/Bookmark

October 10 2010

Projek Terbaru 1 MInggu 1 Dinar Emas

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog setia saya, terima kasih kerana kunjungan anda ke sini menyebabkan saya akan terus memperjuangkan kepentingan kita semua memilki dan menyimpan dinar dan emas sebagai penyimpan nilai kekayaan kita.

Alhamdulillah sudah lama ingin update blog sempoi saya ini, tapi kekangan masa dan tugasan hakiki menyebabkan agak lama juga tak dapat post artikel terbaru.

Banyak aktiviti dan perkara yang nak diceritakan di sini;

Berkenaan ebook sulung saya, insyaallah masih on target lagi, dijangka hujung Oktober ini akan dilancarkan jika tiada masalah. Jika ingin mengetahui perkembangan terbaru ebook saya boleh ke link ini pajakemas.com.


Update Pergerakan Emas

Baiklah, mari kita lihat update terkini pergerakan harga emas sekarang. Jika dilihat pada kedudukan sekarang di carta emas, woow, harga emas saya kira untuk tahun ini telah berjaya melepas halangan demi halangan  untuk ke harga terbaru di aras USD 1300 / ounce. Harga ini dijangka akan ding dong sebelum stabil buat beberapa minggu dan wallahualam, apa akan jadi lepas tu….


Alhamdulillah pelaburan jangka pendek saya telah memberikan pulangan yang menarik, berkat kesabaran saya tidak jual semua emas GIA saya masa time raya ni yang penuh dengan dugaan sana-sini untuk mengeluarkan dan membelanjakan wang investment di GIA. Setakat ini status harga emas GIA dari mula melabur hingga sekarang adalah seperti dalam screenshot carta emas di bawah.


Ikutkan hati macam macam nak dibeli sebelum raya tempohari…sana sini SALE, JUALAN MURAH, JUALAN LELONG, boleh cair iman, tapi kerana tetap dengan keputusan untuk simpan lagi pegangan pelaburan, harga akan naik lagi lepas raya ni…..yess, kan betul naik kaw kaw harga lepas raya….alhamdulillah.



Emas saya yang asal juga dah naik harga. Di samping menjana pulangan jangka panjang atas emas fizikal, saya juga  dah menjana  pulangan jangka pendek dengan emas GIA saya, alhamdulillah….


Secara kasarnya dalam pelaburan jangka pendek jika anda beli emas 1 kg di GIA, untung anda sekarang (9/10/2010) adalah

1000 gm x (RM 131.06 – RM 123.12) = RM 7940…!!!

Dalam masa lebih kurang 2 bulan sahaja, itu pun trend kenaikan belum betul-betul di paras harga tertinggi lagi nih….kalaulah anda semua ada 1 kg emas, atau cash RM150,000 boleh dah beli 1 kg emas……tak ke untung macam tu…….


Baiklah dari segi jangkaan harga emas akan datang, jika berdasarkan analisa teknikal sahaja, (tak sempat nak lihat berita fundamental);

RSI                  :  harga dah mula oversold

Stoch              :  harga dah lama dah oversold

Bband             :  masih uptrend

Heiken Ashi   :  momentum uptrend kuat lagi.


Berdasarkan petunjuk di atas, saya menyimpulkan harga akan naik lagi setelah buat pembetulan dalam minggu ni, diharap harga naik sehingga pertengahan  / hujung bulan Oktober ini. Namun, suasana harga emas sekarang agak tak masuk akal juga skrg, kerana harga dah tinggi dan mungkn pelabur perlu alert pada news fundamental yang boleh menjatuhkan semula harga emas. Ini kerana signal RSI dan Stochastic dah nak ke hujung skala 100%. Kebiasaannya kalau dah ke hujung skala 100% tu, dah tak lama nak jatuh balik harga bila-bila masa sahaja.


Projek Terbaru 1 Minggu 1 Dinar

Ok baru-baru ini saya telah buat eksperimen dengan diri sendiri dan alhamdulillah saya berjayalah setakat ini melakukannya. Nak tahu apa dia para pembaca sekelian, dua minggu lepas, saya telah launching projek terbaru saya diberi nama

PROJEK 1 MINGGU 1 DINAR EMAS

Projek ini saya launch atas inisiatif saya untuk melihat lebih ramai orang awam seperti saya dan anda semua untuk memiliki kemampuan membeli 1 dinar emas setiap minggu non stop. Wah, 1 dinar je sekarang dah RM630. Kalau sebulan dah kena beli RM 2520. ”Fuh dah macam gaji saya sebulan ni abang Nizam, mana laraaat!”…..keluh seorang pemerhati, he he….


Ya betul, kalau gaji anda cuma RM 2000, camner nak join projek ini kan….TAPI….TAPI melalui program ini saya akan bimbing anda sampai pandai bagaimana anda berkemampuan membeli 1 dinar setiap minggu…….betuul, saya dah buat dah, dah nampak hasilnya di peringkat awal ni….saya amat yakin saya boleh teruskan konsistensi setiap minggu, semua orang saya pasti boleh buat….semangat kena ada….


OK untuk penerangan lebih lanjut tentang projek ini dan bagaimana nak buat, saya akan cerita lebih detail dalam posting blog artikel akan datang, so nantikan ya, rajin-rajinlah melawat ke blog saya, terima kasih semua…..

Selamat Melabur……

Share/Save/Bookmark

September 14 2010

Salam Idulfitri dan Update Ebook

Salam sejahtera dan ceria kepada semua pembaca blog ini…diam tak diam kepada semua umat islam, syawal sudah menjelma. Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam..

Sudah agak lama tidak update blog ini, kerana agak sibuk menyiapkan persiapan Aidilfitri dan menyiapkan penulisan ebook saya. Alhamdulillah ebook telah hampir siap, dan dijangka akan dilancarkan secara rasminya pada Oktober 2010 ini.

OK sedikit kupasan tentang ebook sulung saya bertajuk “ Teknik Manipulasi Pelaburan Emas di Malaysia”. Ebook ini adalah hasil penulisan saya sendiri berdasarkan pengalaman melabur dan berniaga emas pelaburan dan emas terpakai selama 2 tahun.

Berkenaan isi kandungan ebook ini, jika anda menghadapi masalah seperti di bawah ini, maka, anda harus teruskan membaca artikel ini.

  1. Kurang pasti cara sebenar pelaburan emas dijalankan kerana kurangnya kajian kes sebenar bagaimana ianya dilakukan.

  1. Anda terbeli emas fizikal pada harga yang tinggi, dan tak sanggup nak tunggu sampai 2 tahun untuk menunggu emas anda menghasilkan pulangan, maka ebook ini sesuai untuk anda.

  1. Dah nak bersara / pencen, tapi tabungan dana persaraan belum cukup. Harapkan KWSP pun tak cukup juga. Jika anda ingin tahu bagaimana nak buat backup plan persaraan dengan emas, pun ok ebook ini untuk anda.

  1. Nak buat untung extra cash sedikit sambil melabur emas jangka panjang.

  1. Anda minat barang kemas, tapi tak tahu teknik berkesan menjana untung dalam melabur barang kemas. Teruskan ikuti ebook ini.

  1. Anda student, tapi minat sangat nak kumpul emas, iyalah…niat di hati esok-esok nak kahwin pakai dinar emas…bagaimana caranya student boleh kumpul emas secara berkesan dan tidak membebankan.

  1. Selalu sangat ke pajak gadai, tapi asyik kena bayar lebih pada upah simpan. Bagaimana rahsianya anda boleh pajak emas secara FREE sahaja, tapi masih boleh buat untung…

  1. Teknik berkesan bagaimana suri rumah boleh jana income pasif sambil jaga rumah, anak dan suami tapi masih boleh jana income dari barang kemas.

  1. Tiba-tiba anda dapati harga emas dalam musim jatuh harga, bagaimana pelabur emas boleh buat untung ketika harga jatuh…nak tahu, dapatkan ebook ini.

Dan banyak lagi permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan pelabur-pelabur dan peniaga emas di Malaysia ini.

Jadi jika anda seorang yang dah lama melabur emas, akan melabur emas, dah frust melabur emas, ragu-ragu melabur emas, dah untung melabur emas, anda boleh dapatkan update terkini mengenai ebook ini, dan sebagai menghargai pembaca blog ini dan hadiah Hari Raya, saya ingin memberikan BONUS Ebook Teknik Memasang Carta Emas kepada anda semua;


“Sila Klik Link ini untuk Teruskan Download Ebook Edisi FREE ini”

Melalui ebook ini, anda akan diajar langkah-demi langkah untuk memasang carta harga emas dunia yang boleh anda gunakan untuk memantau pergerakan harga emas secara LIVE…Selamat mendownload.

Jika ebook ini bagus untuk anda, apa kata anda sebarkannya pada umum agar semua mendapat manfaatnya. Terima kasih dan selamat Hari Raya….


Admin

www.knizambiz.com

www.pajakemas.com


Share/Save/Bookmark

August 9 2010

Selamat Datang Ramadhan dan Update Emas

Salam sejahtera, apa khabar semua pembaca blog ini. Lama sudah saya tidak mencoretkan artikel di blog ini. Saya agak sibuk sekarang dengan urusan pengajaran dan tugasan universiti. Yang paling best adalah sekarang saya sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah ebook pertama saya tentang pelaburan emas. Jika tiada aral melintang insyaallah dijangka selepas Hari Raya ini akan siap dan fasa seterusnya untuk proses pemasaran.

Saya rasa sudah sampai masanya saya kumpulkan semua case study dan pengalaman saya selama 2 tahun lebih juga dalam pelaburan emas ini kepada pembaca sekelian dalam bentuk ebook untuk manfaat bersama sesama peniaga emas dan pelabur emas.

Saya tak ingin ulas panjang tentang ebook ini panjang lebar, insyaallah bila dah hampir siap, akan saya hebahkan kandungan dan objektif ebook ini saya terbitkan. Ini kerana saya mendapat permintaan dan pertanyaan yang boleh tahan juga banyaknya dari rakan-rakan peniaga, pelabur emas dan juga email dari pembaca blog ini, untuk menerangkan secara detail kaedah pelaburan emas ini. Saya akui saya masih belum betul-betul mahir dalam selok belok emas ini, dan masih banyak yang perlu saya belajar lagi…namun secebis pengalaman saya, kiranya boleh dikongsikan untuk manfaat semua.

Baiklah sebelum ramai yang mengucapkannya, saya yang terawal ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Ramadhan bagi tahun ini kepada semua pembaca blog ini, Selamat Berpuasa dan diharap jalanilah ibadah ini dengan keihklasan dan hati yang mengharapkan pengampunan Allah. Bulan yang penuh berkah ini Allah bukakan pintu pengampunan bagi hambanya dengan seluas-luasnya, maka manfaatkanlah waktu ini ya….


Update Pergerakan Harga Emas.

Oklah, dah agak lama dah tidak update selepas harga emas mengalami fasa downtrend yang agak lama juga, hampir sebulan lebih.

Berita baiknya, pada 2 Ogos 2010 lalu, harga emas telah ada menunjukkan tanda-tanda perubahan trend yang ketara, dan apabila diamati segala aspek fundamental dan teknikal, saya menjangka, kali ini emas sedang dalam fasa permulaan untuk kembali ke fasa uptrend. Alhamdulillah…harap-harap begitulah….cuba lihat harga pada 2 Ogos lalu….


Jadi,saya telah memajakkan gold bar yang telah dibeli dahulu pada 1 Julai 2010 di Agro Bank untuk dapatkan extra cash. Cash hasil pajak itu bolehlah digunakan untuk membeli emas GIA untuk mulakan Kempen Pelaburan Jangka Pendek lagi….dan harga GIA pada masa itu adalah seperti di bawah;


Sehingga ke hari ini, alhamdulillah, trend semakin naik dan kini aras harga emas pada graf sudah berada pada tahap seperti graf di bawah ini. Diharapkan harga akan terus naik dan insyaallah selepas mencapai target keuntungan, saya akan jualkan emas-emas GIA tersebut dan tebus kembali gold bar yang saya pajakkan di Agro Bank beserta dengan untung hasil pelaburan jangka pendek ini.



Jika pembaca ingin mengetahui bagaimana caranya saya melakukan teknik ini langkah demi langkah yang simple dan mampu anda lakukan, nantikan kemunculan ebook sulung saya di pasaran dan rajin-rajinlah menjenguk selalu blog ini ya, terima kasih…..


Share/Save/Bookmark

July 4 2010

Perbandingan Harga Emas Pelaburan

Salam sejahtera semua pembaca blog ini. Alhamdulillah dapat menulis kali ini setelah agak lama menyepi dari menulis blog ini. Saya agak sibuk dalam sebulan ini dengan outstation, konferensi, pengajaran dan kursus disamping business dan pelaburan emas ini yang semakin mantap….dari hari ke hari……seperti logam emas itu sendiri. Saya juga yakin mereka yang telah melabur dalam emas juga sentiasa happy kerana kenaikan demi kenaikan dari logam emas ini menjadikan kita makin sayang nak jual emas yang kita miliki……ada emas ini dah macam ada buah hati pulak….saaaayang nak lepas….

OK artikel kali ni saya nak ulas tentang perbandingan harga beberapa institusi pengeluar emas pelaburan yang utama di Malaysia.

Ini kerana sebagai pelabur emas, terutama saya yang amat menggemari buat pelaburan jangka pendek khasnya, juga jangka panjang, timing membeli emas amat penting untuk memastikan pelaburan yang kita lakukan berbaloooi dengan masa yang kita korbankan untuk melihat matangnya hasil pelaburan kita. Itulah matlamat kita melabur kan…..get return as soon as possible with minimum time, minimum risk…..

OK nak diceritakan pada 1/7/10 lalu telah berlaku kejatuhan harga emas yang drastik kerana kesan Non Farm Payroll pada Jumaat lepas. Saya tak pasti apa berita utama NFP tersebut, tak berkesempatan nak analisis fundamental, tapi yang pasti ia menaikkan matawang USD. Cuba lihat screenshot graf emas pada 1/7/10 pada waktu malam….time pasaran US aktif….

Dan ini harga yang dapat saya screenshot dari beberapa institusi pengeluar emas pelaburan yang ada di Malaysia.

Harga Emas Public Gold dan Public Dinar

Harga Emas Public Bank GIA Account

Harga Emas Pelaburan dari Emas Rakyat

OK RINGKASNYA, kali ini peluang untuk buat pelaburan jangka pendek dah terbuka luas, apa lagi saya pun buatla lagi……he he

Pada 1 Julai 2010 saya telah lock beberapa keping Gold Bar dan Dinar pada harga Public Gold seperti harga yang di screenshot kat atas tu….

Pada 2 July 2010, harga emas dah naik balik sedikit. Lihat screenshot graf emas keesokan harinya….


Kemungkinan saya akan pajak dan top up akaun GIA saya pada hari Isnin ini 5 July 2010 atau dari Public Gold / Emas Rakyat (bergantung pada harga masa tu) untuk mulakan kempen Pelaburan Jangka Pendek ini lagi…jika berjaya kali ini, dapatlah sedikit extra duit untuk duit raya ini…..alhamdulillah.

Saya juga ada buat screenshot harga pengeluar emas lain untuk lihat perubahan harga berdasarkan pada perubahan graf emas dunia…..sekadar perbandingan untuk faedah semua pelabur-pelabur emas di Malaysia.

Jom, mulakan pelaburan emas anda kerana pelaburan emas sekarang, contact saya di 016 7254054, untuk “LOCK” atau booking harga dari Public Gold….atau ingin jual emas terpakai anda dan trade in dengan emas pelaburan pun boleh.

Jadilah pelabur yang berilmu dan bijak….

Share/Save/Bookmark

May 31 2010

Cara Mudah Cari Duit Lebih

Salam, artikel ini ditulis untuk memudahkan lagi urusan Pembelian Emas / Barang Kemas Terpakai, Patah, Rosak, Putus, Baru dan Lama.

Jika anda buntu untuk mencari wang tambahan demi menampung perbelanjaan bulanan anda, maka atas inisiatif ini, saya telah wujudkan program ini untuk sama-sama membantu “win-win” situation. Saya dapat EMAS terpakai, anda dapat komisen hasil belian tadi.

ANDA HANYA PERLU FORWARDKAN INFO INI KEPADA SAYA

1. Nama Penjual Emas / Barang Kemas

2. Barang emas yang hendak dijual

3. No. telefon penjual emas

4. NO Akaun Bank anda (untuk depositkan komisen).

Dan hantar melalui blog ini melalui

1. Ruangan komen blog ini

2. Email saya : knizambiz@gmail.com

3. Call / SMS di : 016 7254054

Saya akan terus buat call pada nombor telefon penjual tadi dan akan jalankan urusniaga pembelian emas. Jika urusniaga berjaya, komisen 20% atas nilai keuntungan  akan diberikan…untuk komisen yang lebih tinggi, sila jadi Agen Pembeli Emas berdaftar dengan saya terlebih dahulu.

ANDA HANYA BERITAHU SAHAJA, DAN SELEBIHNYA KAMI URUSKAN…KOMISEN ANDA DAPAT…..SENANG KERJA KAN?? TIADA RISIKO…BILA-BILA MASA BOLEH BUAT..

Share/Save/Bookmark

May 31 2010

Pergerakan Harga May 31 - Jun 5

Salam sejahtera semua pembaca blog saya…..apa khabar?

Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menulis untuk blog ini. Lama juga tak update pergerakan harga emas ini, ada sedikit kesibukan dengan tugas hakiki dan pelaburan. Minggu lepas, mnyaksikan harga emas menurun selepas satu kenaikan secara drastik kesan “debt crisis” di EURO zone.

Untuk minggu ni, bagaimana…? Berikut antara análisis yang dapat dikenalpasti boleh beri kesan pada harga emas, secara tak langsung. Cuba lihat graf emas setakat minggu ini.

Analisa Fundamental

Antara news headlines yang penting minggu ini;

“US Pending Home Sales: Published on Wednesday 10 AM,(Malaysia Time). Other housing figures from the US were excellent. For example, existing home sales jumped by 7.6%. So also with pending home sales, the positive trend will probably continue. The rise of 5.3% seen last month will probably be followed by a similar rise of 4.8%, boosting the dollar.”

- Memungkinkan US Dollar naik kembali, menurunkan harga emas

“American ADP Non-Farm Payrolls: Published on Thursday at 8:15 AM (Malaysia Time) The figure from ADP isn’t too good in predicting the Non-Farm Payrolls, but always shakes the markets. This somewhat lagging indicator showed a gain in jobs in the past two months. The gain of 32K jobs in the private sector will probably be followed by a bigger rise this time – 56,000.”

- Kesan kenaikan pada USD dan menurunkan harga emas.

“American Unemployment Claims: Published on Thursday at 12:30 GMT. This weekly barometer is usually a better indicator. During most of this month’s weeks, it stood around 440K, signalling a positive NFP. Unemployment claims stood on 460K last week. A drop below 430K will raise expectations, while a rise above 480K will be very disappointing.”

“Non-Farm Payrolls: Published on Friday 8:30 AM (Malaysia Time). The most important indicator was superb last month – it showed that the American job market gained 290K jobs, far better than 198K that was predicted. Also the previous month’s number was upgraded to 230K. On the other hand, the unemployment rate jumped from 9.7% to 9.9%, avoiding double digits, but still causing worries.”

Secara keseluruhannya, pada minggu ini, banyak berita positif dari USD menungkinkan sedikit penurunan pada harga emas dunia.

Analisa Teknikal

Secara keseluruhan, daripada Weekly dan Daily timeframe untuk carta emas, signal utama saya masih lagi bertahan pada posisi UPTRENDING. Di timeframe Daily;

MACD : Uptrend

RSI : Belum ada terbentuk trending pattern.

MA crossing : Uptrend

B-Band : Uptrend

LK-FDI : Masih uptrending lagi, belum masuk fasa sideway.

Jadi secara keseluruhannya, berdasarkan pada analisis Fibonacci, harga emas akan naik buat seketika mencecah paras Resistance 2 di US 1218/ ounce, sebelum harga emas jatuh sedikit, bergantung pada Non Farm Payrolls news yang akan keluar pada Jumaat ini. Jika harga emas jatuh sedikit, peluang yang baik untuk membeli emas pada harga rendah…Kadar penurunan harga

Support 2 : US 1202 / ounce

Support 3 : US 1197 / ounce

Semoga analisa ini dapat beri panduan dalam pelaburan emas anda.

Share/Save/Bookmark

May 11 2010

Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek…dia buat lagi…

Salam sejahtera kepada semua peminat emas, especially pembaca blog saya, terima kasih, kerana sudi menatapi blog sempoi ini….

Alhamdulillah, dah dekat sebulan dua ni, emas mengganas kembali. Dalam keganasan ini, saya sempat melabur untuk jangka pendek, cuma tak banyak emas yang dapat saya “mainkan” dalam tempoh ini, ada kekangan sedikit, banyak keperluan perlu dibereskan dahulu…tapi yang penting adalah juga profit dapat dijana dari tempoh ini.

OK, teknik ini bermula pada 25 Mac 2010 (paras harga terendah) hingga 9-11 May 2010, dalam 46 hari juga.

OK Bagaimana ianya boleh dilakukan..?

Mula-mula sekali, pada 25 Mac 2010, telah berlaku satu kejatuhan harga emas ke tahap terendah pada musim ini, iaitu sebanyak RM 2578 / 100 gram. Cuba lihat screenshot rega emas bar Public Gold.

Katakan anda telah lock dan membeli sebanyak 1 kilogram emas Public Gold pada harga belian RM 127691.

1 KG EMAS PG = RM127691

Kemudian, oleh kerana anda ingin ambil profit jangka pendek dari emas 1kg yang telah anda beli tadi, anda pun pajakkan ia di Pajak Gadai Ar Rahnu (ni kena tanya agen PG katne yg boleh pajak), kalau tanya saya, kalau orang Johor, pergi aje ke KPMNJ Jalan Segget JB untuk memajak emas anda, kat sana diaorang terima Gold Bar dan Dinar Public Gold.

Dalam proses pemajakan emas tadi, dengan 1 kg emas, saya jangkakan anda akan dapat cash sebanyak RM 89383 . Ini kerana kadar pajak di KPMNJ adalah lebih kurang Bank Rakyat, harga semasa tinggi sedikit dari harga di Public Gold. Dalam kes ini saya anggarkan anda dapat cash 70% dari nilai RM127691, untuk memudahkan kiraan.

Tunai diterima selepas pajak 1 kg emas = RM 89383

OK Step seterusnya, pada hari yang sama juga selepas gi pajak, anda harus beli lagi emas gold bar samaada dari Public Gold atau mana-mana institusi yang ada pelaburan emas seperti GIA Public Bank, Emas bar 950 dari Emas Rakyat, gold bar dari KFH. Prinsipnya, anda mesti beli emas dengan institusi yang memberikan spread emas yang paling kecil dan semestinya patuh syariah….

1. Kebiasaannya, untuk penjual emas, boleh je beli emas PG sebab pergerakan harga lebih pantas dan senang jual walaupun spread agak besar juga.

2. Kalau anda pada posisi pelabur, mungkin boleh beli emas GIA, KFH, atau Emas Rakyat, kerana spread yang lebih kecil, dan senang nak jualkan bila dah untung, tak perlu cari customer untuk jual.

Dalam kes saya ini, saya telah membeli emas GIA dengan harga RM 115.24/ gram. Katakan dengan cash RM89383 tadi, anda mampu membeli emas GIA sebanyak 775 gram.

RM 89311 = RM 115.24 X 773  gram Emas GIA Public Bank

OK Step seterusnya, adalah menunggu dengan penuh sabar dan yakin, EMAS ANDA AKAN NAIIIIIIK HARGA….. kerana anda dah beli pada harga terendah….apa nak bimbang. Teruskan kerja hakiki anda….

Waktu yang dinantikan telah tiba, harga emas telah sampai ke kemuncak ketinggiannya. Dan alhamdulillah pada 8 May 2010, harga emas dah kira tinggi jugalah, walaupun sebenarnya kalau ikutkan analisis, belum cecah ke kemuncaknya lagi.  Cuba lihat graf dan screenshot harga emas pada waktu itu.

Harga emas GIA semasa dah tinggi.

Harga emas PG semasa dah tinggi

OK, pada 11 Mei 2010, pada harga buying price GIA Public Bank RM 121.45/ gram, anda bolehlah menjual kembali emas GIA yang telah dibeli dahulu pada 25 Mac lalu. Berapa nak jual?….kalau saya jual semua sekali tinggalkan baki 2 gram dalam GIA sahaja, sebab harga emas akan jatuh selepas itu. Jika anda jualkan semua RM773 gram pada harga RM 121.45 / gram, maka anda akan terima balik cash sebanyak RM 93880.85

RM 121.45/ gram x 775 gram = RM 93880.85

OK, sampai masanya untuk anda bawa semua cash RM93880.85 itu ke tempat dimana anda pajakkan emas 1kg anda dahulu, di KPMNJ. Cuba kita buat analisa sedikit sebelum nak tebus emas anda.

1) Jumlah pinjaman di KPMNJ = RM 89383

2) Anggaran upah simpan sebulan = RM 1001.10

(Anggaran ini dibuat pada kadar 1.12% dari nilai RM 89383 iaitu

1.12% x RM89383  / sebulan)

3) Jumlah upah simpan sehingga 11 May 2010 iaitu 47 hari = RM 1570

Bawa RM 93880 tadi ke KPMNJ dan bayarkan upah simpan RM 1570. Bakinya pula anda bayarkan balik nilai pinjaman asal sebanyak RM 89383 dan anda akan dapat balik emas 1 kg anda beserta lebihan cash di tangan RM 2927.85 sebagai untung hasil dari teknik pelaburan emas jangka pendek tadi.

RM93880.85 - RM89383 - RM1570 = RM 2927.85

Haa….dalam masa 47 hari pelaburan emas anda sebanyak 1 kg ini kelebihan yang anda dapat dengan menggabungkan teknik jangka panjang dan jangka pendek ;

1)  Emas 1 kg anda telah naik “capital gain” dari RM 127691 ke nilai RM 136342, KENAIKAN SEBANYAK RM8651 dalam masa 47 hari jer….

2) Anda dapat raih untung cash tambahan RM 2927.85 sambil-sambil duduk menunggu harga emas naik.

3) Sesak-sesak, nak pakai duit, boleh pajakkan emas anda, dan anda masih boleh terima faedah kenaikan emas anda itu walaupun sedang dipajak.

SO tuan-tuan dan puan-puan, itu baru 1 kg EMAS punya kemampuan, cuba kalau ada 3-5 kilogram emas, tak ke boleh jana income bulanan macam tuuuu,

ITULAH SEBABNYA…..SAYA NAK STRIVE JUGA KUMPUL 1 KG DAN LEBIH EMAS ….kerana ia mampu juga jana PASSIVE INCOME yang hebat…sehebat passive income dari pelaburan hartanah…

dan begitu jugalah kepada anda semua, simpanlah emas sambil pelajarilah ilmu pelaburan emas ini, insyaallah ia mampu memberikan pulangan yang hebat jika tahu caranya…..dan untuk musim seterusnya, saya akan cuba melakukan variasi pada teknik ini iaitu untuk menukar platform dari GIA ke gold bar KFH ataupun gold bar dari Emas Rakyat, kerana pada pendapat saya, ianya lebih patuh syariah berbanding GIA Account, kerana sekarang kita dah ada alternatif yang lebih baik.

Untuk informasi lanjut / membeli atau jual emas, boleh hubungi saya di 016 7254054……

Share/Save/Bookmark

May 8 2010

Update Pelaburan Emas dan Kempen Terbaru Emas

Salam sejahtera semua pembaca blog ini…

Alhamdulillah, dah agak lama tak update blog ini. Kebelakangan ini, agak sibuk dengan urusan universiti dan peperiksaan akhir untuk pelajar sana, di samping sedang menyusun semula strategi perniagaan dan pelaburan emas ini. Beberapa kempen baru sedang dilaksanakan seperti “Kempen tukar Emas Terpakai kepada Jongkong Emas / Dinar“. Dalam kempen ini saya giat menceritakan kepada customer dan pengguna emas bagaimana dengan menukar barang emas terpakai dan rosak, patah-patah dengan gold bar/dinar emas, mampu mengembalikan semula nilai emas rosak / patah anda dalam masa yang singkat, jadi secara tak langsung, klu kita beli dan pakai barang kemas, lepas tu dah pakai lama tiba-tiba ia patah, rosak,kemek, mulur , design dah outdated…dsb….maka dengan cara ini, anda mampu kembalikan semula nilai emas rosak anda dengan bantuan gold bar/dinar /GIA Gold account.

Begini caranya;

Katakan harga semasa emas 916 di pasaran sekarang (7/5//10)- RM138/gm

Harga emas terpakai/patah 916 (7/5/10) - RM109.41/gm

Jika anda nak jual anting-anting patah 916 beratnya 2.4 gm, maka

Harga semasa anting-anting baru 916    - RM331.20

Harga terpakai/patah anting-anting 916 - RM262.58 (Harga adalah anggaran, tertakluk pada condition / design anting-anting itu).

Jadi dalam kes ini, anda dah rugi sikit RM 68.62 dalam proses jualan tadi. Jadi bagaimana nak atasi kerugian ini…?

1. Beli emas di kala harga rendah dan jual balik di kala tinggi. Teknik ini sesuai dilakukan dengan emas pelaburan gold bar/ dinar atau GIA Account. Oleh kerana harga jual dan beli semula emas pelaburan sudah dtetapkan oleh institusi yang mengluarkannya, maka mudah untuk kita pantau pelaburan emas ini. Klu untuk customer yang nak melabur cara pantas, saya akan ajar mereka teknik manipulasi graf emas untuk cover balik kerugian RM68.62 tadi dengan GIA Gold Account.

2. Nak lagi pantas cover balik kerugian tadi adalah dengan jadi Agen Pembeli Emas berdaftar dengan saya. Tiada modal diperlukan dan tak payah keluar peluh. Tugas anda hanyalah forwardkan informasi penjual emas kepada saya. Jika urusan pembelian itu dapat disempurnakan, maka anda akan diberikan komisen. Dalam kes di atas, jika anda mampu memberikan prospek penjual emas dalam lingkungan 10 gm, insyaallah anda mampu cover balik kerugian RM 68.12 tadi. Seolah-olah anda menjual anting-anting patah anda tadi dengan harga semasa anting-anting baru.

Jadi bagaimana, siapa kata menjual emas patah-patah itu satu tindakan yang merugikan…??


Gambar Gold Bar dari KFH (Ihsan dari www.jutawanemas.com)

Baiklah, selain  kempen terbaru ini, banyak perkara juga berlaku dalam sebulan saya tak update blog ini, kalau kita baca blog jutawanemas.com, haa, nampak nya sekarang kita dah ada satu alternatif lain dalam melabur emas iaitu

Akaun Pelaburan Emas Kuwait Finance House. Boleh baca artikel tentang KFH di sini, yang dilulas oleh En Syukor Hashim.

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kuwait-finance-house-malaysia-kfh-gold-account-i/

Apa yang menariknya tentang KFH gold investment ini adalah, spreadnya yang rendah dalam 5% dan hampir sama dengan spread GIA Public Bank, dan ia lebih patuh syariah kerana jika kita ingin keluarkan emas fizikalnya, memang boleh dapat, berbanding akaun GIA yang hanya jual/beli nilai emas sahaja. Kalau nak monitor pergerakan index emas di KFH boleh klik sini

http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/

Jadi sekarang saya sedang mengintai-intai peluang untuk menggunakan emas dari KFH sebagai ganti untuk pelaburan di GIA Account, lebih-lebih lagi untuk Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek. Tunggukan artikel saya selepas ini untuk teknik pelaburan jangka pendek yang latest yang dapat dilakukan oleh saya.

Share/Save/Bookmark