April 8 2010

Update Taklimat Pengenalan “Kenali Emas Anda”

Salam sejahtera semua pembaca setia blog saya…..apa khabar?

Ini merupakan update bagi hebahan Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda yang saya siarkan dalam artikel blog saya yang lepas (boleh lihat artikel saya yang lepas pasal kursus usahawan emas yg pernah saya hadiri), dijadualkan akan berlangsung pada

Tarikh : 11 April 2010  (AHAD)

Masa : 1 – 5 petang

Tempat : Projuta Enterprise, S8, Tingkat 1, Kompleks Niaga   Benteng, Peserai, Batu Pahat, Johor.

OK oleh kerana tempat terhad, masih ada kekosongan dalam 8 orang sahaja lagi. Jika anda berminat untuk menghadiri kursus ini yang tidak berbayar, FREE je….dapat makan dan minum lagi……sila daftar nama, no telefon dan IC No (untuk tujuan sijil penyertaan) anda kepada saya di talian tertera di bawah ini;

Khairulnizam Ngadimon

016 7254054

OK ini ulangan tentang apa faedah yang akan kita dapat bila hadiri taklimat pengenalan ini.

  1. Anda akan tahu apa keistimewaan emas. Jika anda dah tahu anda akan rasa bersyukur dengan emas yang anda miliki…..power rupanya emas ini .
  2. Anda akan tahu bagaimana nak memperolehi pendapatan tambahan secara santai dan part time jer TANPA MODAL….setiap bulan. Haa, dah la tak payah modal, kerja pun santai jer…tapi boleh masyuk income bulan-bulan….boleh tahan. Ada agen saya mampu dapat income RM1200 dalam sehari jer….kerjanya serahkan informasi je pada saya…
  3. Anda berpeluang mengikuti Kursus Usahawan Emas yang mana segala rahsia tentang emas, emas terpakai, emas lelong, emas pelaburan, cara menilai gred dan bagaimana harga emas harian ditentukan, dan paling best, modal sepenuhnya disediakan oleh Koperasi. Senang cerita, segala rahsia yang tokey-tokey emas tak nak orang biasa tahu akan anda pelajari dalam Kursus Usahawan Emas ini…tapi Kursus ini ada tapisan tertentu…..nak tahu…kena datang ke taklimat pengenalan ini.
  4. Duduk dengar penerangan pun lepas tu dapatlah sedikit makan dan mimum free…ok kan.
  5. Anda akan tahu jenis-jenis penipuan / helah yang biasa digunakan oleh penjual / pembeli emas dan bagaimana untuk mengelakkan dari kes-kes ini.
  6. Anda akan mula kenal dengan lebih rapat lagi emas yang ANDA miliki…tak kenal maka tak feel….
  7. Anda dapat tambah kenalan dan networking anda….insyaallah…mungkin juga jodoh / pintu rezeki……wallahualam.

SO…JIKA BERMINAT…DIULANGI..CEPAT!!!, TEMPAT TERHAD….nak ilmu seribu daya, tak nak ilmu seribu dalih……renung-renungkan …..jalan telah tersedia untuk anda……

TARIKH TUTUP TEMPAHAN TEMPAT ADALAH PADA 9 APRIL 2010 ini.

NAK TEMPAH TEMPAT, HUBUNGI

Khairulnizam

016 7254054

Share/Save/Bookmark

April 6 2010

Pergerakan harga April 4- 10

Salam sejahtera pembaca blog saya sekelian, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis lagi dalam blog ini.

Amacam, minggu lepas menyaksikan kenaikan harga emas lagi, terasa debaran momentum kenaikan harga emas macam dah nak bermula lagi tahun ini…dah 2 kali garisan Resistance berjaya dilepasi harga emas dalam 2 minggu lepas, adakah minggu ini naik lagi….?

Ini screenshot setakat mana dah harga emas bergerak setakat hari Selasa malam 11.14 malam.

Ok analisa fundamental yang dapat dikenalpasti……

Nampak gaya US menyuntik lagi wang ke dalam pasaran, ada potensi market USD samada akan jatuh atau stabil buat satu tempoh masa tertentu.

The US Federal Reserve has completed its purchase of $1.7 trillion (£1.1bn) of mortgage securities, agency debt and US Treasuries, the conjuring trick of “credit easing” that allowed Ben Bernanke to create stimulus equal to 12pc of GDP. The Fed’s money creation has been more or less the size of Washington’s borrowing needs for the last year, as Beijing notes with suspicion. SUMBER :

http://www.telegraph.co.uk/finance/comment/ambroseevans_pritchard/7553511/Deflation-on-the-prowl-as-Bernanke-shuts-down-his-printing-press.html

American Unemployment Claims: Published on Thursday at 12:30 GMT. Yet another drop in the weekly jobless claims is due. After reaching 439K, they’re predicted to drop to 432K, supporting more job gains in the next NFP. Recent releases were better than expected.

British rate decision: Published on Thursday at 11:00 GMT. The Official Bank Rate is expected to stay at the historic low of 0.5%, and the Quantitative Easing program will probably not receive extra cash, after exhausting the 200 billion pounds allocated to it. The focus will be on the MPC rate statement, and especially comments about the government deficit and the economy.

http://www.forexcrunch.com/eurusd-outlook-april-5-9/

Besar kemungkinan ada kemungkinan harga emas akan naik lagi sekitar Rabu dan ada price correction selepas Rabu……..mungkin disebabkan banyak positif news release on US Dollar pada Khamis dan Jumaat ini.

Walaubagaimanapun ini adalah jangkaan berdasarkan analisis fundamental yang simple jer…

Analisa Teknikal carta emas jika dilihat sekarang masih lagi dalam fasa uptrending oleh semua signal-signal utama saya sekurang-kurangnya ada harapan untuk mencecah paras Resistance 3 pada US 1142 / ounce atau lebih dalam minggu ini.

Selamat melabur……penuhkan ilmu pelaburan di minda anda, sebelum mula melabur. :-)

Share/Save/Bookmark

March 31 2010

Pergerakan Harga Mac 28 - Apr 3

Salam sejahtera semua pembaca blog saya, minggu ini dipenuhi dengan aktiviti menghantar emas kepada pelanggan setelah ambil stok sedikit sambil-sambil join Kursus Latihan Agen Public Gold yang dikendalikan oleh Sifu Syukor Hashim di HQ Bandar Sunway Petaling Jaya pada  28 Mac lalu.

Banyak ilmu baru berkenaan emas yang saya belajar dari beliau….serta teknik-teknik jualan yang lebih advance….cayalah sifu…dan peluang berjumpa otai-otai emas lain macam saudara Azman, Pokya Putraemas.com, Hasfarizan dan lain-lain…

Minggu lepas menyaksikan news release menyebabkan harga emas naik secara drastik dan kenaikan ini adalah antara kenaikan yang muaai juga sebab harga dah cuba melepasi 2 kali garisan Support, petanda kenaikan drastik akan berlaku dan kalau dah naik, harga insyaallah dah tak cecah lagi harga lama….harap-harap. ALHAMDULILAH saya dapat LOCK pada harga tersebut, dan ada juga bebrapa customer yang lock juga harga tersebut, tahniah….

Harga terendah musim ini


OK minggu ini saya berkesempatan untuk analisis harga emas ini….

Ada kemungkinan kenaikan dollar US yang kuat mungkin berlaku pada hari Rabu ini selepas news release pada Rabu 8.15 am (waktu Malaysia)….disebabkan data pengangguran dijangka lebih baik berbanding Feb 2010 lalu. Kalau dilihat pada carta malam ini pun graf emas dah mula menurun balik…..walaupun kalau dikaji secara teknikal carta, patutnya takde reversal lagi, tapi itulah penangan “news release“. Ia boleh merubah arah trend secara tiba-tiba…..cuba tengok tuuu kat carta, candlestik akhir sekali…

Investors should start readying themselves for some strong gains in the labor market. Why? It’s because both data and anecdotal evidence point in that direction, at least for a while. “We are going to be hiring this year,” said Joe Brusuelas, of Stanford-based economic research firm Brusuelas Analytics. He pegs the likely gain in payrolls at around 225,000 for March, up from a loss of 36,000 in February. SUMBER :

http://blogs.wsj.com/economics/2010/03/25/dont-be-shocked-by-jobs-boom-next-week/

Antara bukti mengapa ada sesetengah pekerja yang berkelulusan tinggi tapi dapatlah kerja ala kerani pun ok bagi some US citizen. Ini petanda berita di atas ada kebenarannya. So confirm dollar USD naik Rabu ini.

Don Carroll, a former financial analyst with a master’s degree in business administration from a top university, was clearly overqualified for the job running the claims department for Cartwright International, a small, family-owned moving company here south of Kansas City. But he had been out of work for six months, and the department badly needed modernization after several decades of benign neglect. It turned out to be a perfect match. SUMBER :

http://www.nytimes.com/2010/03/29/us/29overqualified.html?ref=business

Ini satu lagi news kuat yang boleh menaikkan dolar US dan menjatuhkan nilai Emas Rabu ini…Non Farm Payroll utk March 2010 dijangka menyentuh tentang data unemployment yang dijangka naik boom….

On Friday, the U.S. is expected to show growth of 200,000 nonfarm jobs when the government reports the monthly data for March. Some economists are even predicting gains of up to 250,000. Read our complete economic calendar and consensus forecast. If the forecasts prove accurate, it would be the largest expansion since November 2007 and only the second advance in the past 27 months. SUMBER :

http://www.marketwatch.com/story/jobs-jobs-jobs-is-focus-for-investors-2010-03-28

March 28 (Bloomberg) — Employers in the U.S. probably added jobs in March for the second time in more than two years, setting the stage for a broadening of the expansion, economists said before a report this week. Payrolls probably rose by 190,000, the most in three years, after declining 36,000 in February, according to the median forecast of 62 economists surveyed by Bloomberg News before the Labor Department’s April 2 report. Other reports may show consumer spending and confidence increased, while factories expanded and home prices declined.

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=a8qAxLY2AvLw&pos=1

Secara keseluruhannya, boleh dikatakan minggu ini bermula Rabu ini ada kemungkinan harga emas menurun balik selepas kenaikan drastic pada minggu lepas…berdasarkan pada Fundamental analisis.

Teknikal Analisis

Pergerakan harga emas minggu ini …

MACD : Uptrend

ADX Level : Mula membentuk downtrend pattern

MA crossing : Downtrend

B-Band : Downtrend

Teknikal analisis masih belum menunjukkan signal downtrend yang ketara lagi hari Selasa ini, walaubagaimanapun, berhati-hati juga dengan news release di atas, boleh jadi mengubah pattern sekarang ke downtrend….pada aras

Support 2 : US 1102 / ounce

Support 3 : US 1098 / ounce

Jika emas mula turun balik, peluang baik kepada pelabur emas yang terlepas peluang kenaikan harga yang drastic minggu lepas…jom beli emas dengan saya, ready stok siap…

Selamat Melabur :-)

Share/Save/Bookmark

March 24 2010

Pergerakan Harga 21 - 27 Mac

Salam sejahtera semua pembaca blog ini,

Alhamdulillah, agak dah lama tak update pergerakan harga emas ini, ada yang sms dan email saya kenapa dah lama tak post artikel pergerakan harga. Jawapannya ada dua iaitu samaada saya agak sibuk dengan tugasan kerja hakiki saya dan keadaan harga emas dalam sebulan dua ini agak tak berapa menarik, musim sideway amat panjang bermula bulan Dec 2009 lepas. Jadi ceritanya pada musim sideway ini agak membosankan berkisar tentang unemployment dan sektor perumahan di US yang kejap turundan naik…..

OK lah ini ulasan pandangan saya tentang arah harga dalam minggu ini.

Analisa Fundamental

So far….ada beberapa berita di US yang saya kira akan kuat mempengaruhi harga emas minggu ini.  Jika dilihat dari carta emas terkini, beginilah rupanya…..musim sideway yang panjang naik, turun, naik turun….

Berita tentang penurunan jualan sektor perumahan yang menurun petanda penstrukturan semula pengangguran di US masih belum tampak hasilnya. Ekstrak berita;

Sales of existing U.S. homes fell in February for a third month,
indicating a lack of jobs is hindering government efforts to revive
demand. Purchases dropped 0.6 percent to a 5.02 million annual rate,
the lowest level in eight months and in line with the median forecast
of economists surveyed by Bloomberg News, figures from the National
Association of Realtors showed today in Washington. SUMBER :


http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=azrewqFwlhXk&pos=1

Selain itu news yang akan keluar pada hari Rabu ini mngkin boleh melonjakkan sedikit Dollar US dan menjatuhkan kembali sedikit harga emas, kerana indeks pengeluaran industri dijangka meningkat di kala sektor perumahan masih merudum. Ekstrak berita;

March 21 (Bloomberg) — Orders for long-lasting goods in the U.S.
probably climbed in February for a third month, and home sales were
little changed, adding to evidence manufacturing is heading the
recovery, economists said before reports this week. SUMBER :


http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&sid=aAfOqnrHMIb8&pos=5

Analisa Teknikal Carta

Berdasarkan pada kedudukan candlestik dan chart pattern indicator saya trend harga di frame Daily adalah dalam fasa

MACD               :  Uptrend

ADX Level         :  Tiada trend kuat terbentuk, masih sideway

MA Crossing      :  Downtrend

B-Band               :  Downtrend

Dapat disimpulkan, secara keseluruhannya harga emas dijangka menurun kerana downtrend kuat di semua USD currency pair, memungkinkan harga emas jatuh…..dan price akan buat sedikit correction pada paras Support 1, sebelum price mula berlegar-legar di sekitar Support 1 dan 2.

Support 1         :  US 1095/ ounce

Support 2         :  US 1090/ ounce

Support 3         :  US 1085/ounce

Dalam hal ini, pencarian harga terendah musim ini masih belum datang lagi…..tapi ia pasti akan datang……so prepare your capital for the incoming big waves…….

Selamat Melabur  :-)

Share/Save/Bookmark

March 21 2010

Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda

Salam dan slamat sejahtera semua pembaca blog ini. Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai ke Johor semula setelah bercuti seminggu di Kelantan, cuti sekolah lah katakan…alang-alang isteri saya seorang cikgu sekolah bercuti, dengan kita-kita sekali cuti, cikgu sekolah bukan senang nak apply cuti.

Berbaloi juga cuti ini, di samping dengan keluarga, sempatlah survey-survey lubang-lubang barang kemas murah di Kelantan, insyaallah akan datang saya upgrade services kepada Menjual Barang Kemas 916, 999, menerima tempahan pula dengan harga murah dari harga pasaran. Tunggukan update terkini dari saya ya…..

OK Kali ini nak bercerita pasal Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda yang dijangka akan dilangsungkan pada April 2010 ini di Batu Pahat. Ini adalah projek bersama saya dengan En Salleh Timan (juga Agen Public Gold sah area Batu Pahat) dan Syarikat Keris Emas Resources Sdn Bhd, sebuah syarikat gergasi dalam bidang Pembelian Emas Terpakai.

Oleh kerana ini adalah kursus pengenalan emas anda, maka selepas seminar ini anda boleh memilih untuk menghadiri kursus intensif usahawan emas.

Jadi apa kandungan kursus intensif usahawan emas ini, akan saya ceritakan berdasarkan pengalaman saya semasa menghadiri kursus ini dahulu…jeng jeng…..

Apa yang menariknya kursus emas ini, kita diajar mengenali jenis-jenis emas dipasaran, teknik mengenali barang kemas plasu dan tulen dan paling penting camaner nak kenal gred barang kemas tersebut dengan mudah. Haa ini yang paling penting kalau nak beli barang kemas, barulah tak mudah kena tipu bila membeli barangan emas.  Ini gambar saya (posisi duduk di sebelah kiri sekali) dengan peserta kursus semasa menghadiri kursus ini anjuran Keris Emas Resources S/B.

Saya rasa ilmu ini sangat berguna kepada semua yang berminat dengan emas. Iyalah, biasanya ilmu macam ini amat sukar/payah/rahsia nak cari, takde taukeh emas akan dedahkan ilmu-ilmu macam ini. Terima kasih kepada En. Zamri, CEO Keris Emas Resoures yang sudi membongkar rahsia emas ini kepada kami ini yang memang buta pasal emas. Tak rugi hadiri kursus ini, dan rasanya inilah kursus yang amaaat berharga yang pernah saya hadiri.

Selain itu, kursus ini juga mengajar saya bagaimana nak menguji emas tulen/palsu serta terperinci gred-gred emas di pasaran menggunakan Ujian Asid yang mudah.

Ini gambar bagaimana kita menguji emas menggunakan Batu Hitam. Dalam kursus ini kita diajar secara Teori dan Sessi Praktikal…anda test sendiri emas-emas yang diberikan dalam kursus sebagai latihan. Daripada tak tahu, sekarang dah pandai menguji ketulenan emas.

Haa ini pula gambar bagaimana emas anda diuji menggunakan Ujian Asid yang mudah dan praktikal. Bagus ilmu ini kerana rata-rata pengguna emas di Malaysia kebanyakannya tidak begitu mengetahui ilmu-ilmu ini, jadi mudah untuk kita tertipu, rugi bila berurusan dengan emas dan barang kemas.

Jadi saya rasa kursus ini amat perlu kita pelajari bukan sahaja untuk berniaga emas, malah juga sebagai perlindungan dari mudah ditipu / terkena bila anda berurusan dengan EMAS……aset bernilai anda.

Jadi sesiapa berminat nak hadiri Kursus Pengenalan Kenali Emas Anda, yang akan diadakan pada April 2010 ini (tarikh akan diconfirmkan kelak dalam masa terdekat) di Batu Pahat,Johor, boleh hubungi saya di talian di bawah

Telefon : 016 7254054

Email  : knizambiz@gmail.com

Kursus pengenalan ini FREE sahaja, takyah bayar apa pun dan makanan minuman disediakan. Bukan itu sahaja, PELUANG PERNIAGAAN EMAS juga disediakan untuk anda jika setelah mengetahui ilmu ini, anda bercadang ingin mula berniaga emas DENGAN MODAL DAN TIADA MODAL.

Melalui seminar pengenalan ini, jika nak berniaga emas, perkara MODAL letak di nombor ke 82, kerana modal disediakan oleh Keris Emas Resources untuk anda bermula….

Jadi kepada yangberminat…jangan lepaskan peluang keemasan ini yaaaa, jumpa anda di sanaaaaaaa. :-)

Share/Save/Bookmark

March 9 2010

Melabur & Berniaga Emas Dengan Bantuan Carta Emas

Salam sejahtera semua pembaca blog ini, apa khabar?

Artikel kali ini ingin saya kupas beberapa teknik jualan dan belian yang saya gunakan dengan cara memanipulasikan graf emas untuk memperolehi lebih untung.

Jika anda penjual emas pelaburan, mungkin teknik ini berguna dalam membantu anda mencapai target income anda setiap bulan.

Jika anda suka beli emas lelong, teknik ini juga berguna kalau anda nak buat “flip” jual balik untuk raih profit.

Jika anda seorang pelabur emas, teknik ini juga berguna jika anda nak ambil sedikit profit segera sambil-sambil menunggu ”buah lain masak ranum di hujung tahun portfolio pelaburan anda. Apa yang menariknya teknik ini adalah ianya tiada risiko, kerana jika anda tersilap menjangka pun tak mengapa, jangka panjang anda tetap akan untung juga, cuma jika ada peluang raih profit segera dalam masa yang singkat, mengapa ditunggu “buah yang belum tentu masak ranum…kan”

Oleh kerana bermula bulan Jan 2010 hingga sekarang harga emas agak tak cantik sikit, masih ada ruang untuk kita raih profit, walaupun tak banyak. Seminggu dua ini saya berjaya lakukan transaksi jual beli emas pelaburan dan sedikit emas terpakai dalam julat harga yang ditunjukkan dalam graf emas ini untuk saya, sekurang-kurangnya saya dapatlah income lebih skit dari hasil kenaikan harga emas. Duduk diam-diam emas naik harga. Cuba perhatikan graf di bawah;

Pada 15/2/10 saya beli stok gold bar baru 5 ketul 20 gm untuk dijual.

Kemudian pada 23/2/10 lebih kurang seminggu, saya jual balik 2 ketul 20 gm pada pelanggan.

Dengan bantuan graf emas, saya dah dapat profit RM52 x 2 = RM104 dicampur komisen jualan untuk 5 ketul 20 gm sebanyak …RM199.50..dalam masa seminggu saya dah dapat RM 303.50..boleh tahan muai juga….lepas jugalah minyak kereta seminggu dua ini.

Katakan jika anda jadi agen Public Gold dan beli 5 ketul macam saya buat. Selepas itu, mungkin anda nak simpan sahaja di GIA Public Bank akaun dan jualkannya balik pada harga seperti tertera di bawah….

Oleh kerana harga belian pada 15/2/10 untuk GIA akaun adalah RM 119.10/gram, masih belum profit lagi, maka anda kena tunggu lagi sampai harga buying price dah lebih dari RM119.97.

Di sini apa yang dapat saya simpulkan adalah joom join jadi agen Public Gold, sambil melabur emas boleh niaga emas dan manfaatkan graf emas dalam membantu anda memperolehi income yang pantas dan muaaai. Jika anda di posisi pelabur, ambil masa sedikit untuk nikmati untung segera ini.

Di sini saya nak offer, sesiapa berminat nak jadi agen bawah rangkaian emas knizambiz.com, boleh hubungi saya. Insyaallah saya berikan tips untuk cuba teknik manipulasi graf emas ini dari masa ke semasa disamping bantuan membuat khidmat jualan dan belian balik emas cusotmer anda, serta bantuan untuk mengenali jenis-jenis emas di pasaran, mengenalpasti emas tulen dan palsu, lebih-lebih lagi jika anda membuat belian balik dari pelanggan anda.

Share/Save/Bookmark

March 2 2010

Pelancaran Public Silver & Public Jewellery

Salam sejahtera semua pembaca blog ini, apa khabar?

Semoga sehat belaka semuanya….alhamdulillah dah selamat kita menyambut Maulidur Rasul dan habis dah bercuti 3 hari……

Pada 28 Feb baru-baru ini telah berlangsung pelancaran produk baru Public Gold iaitu Public Silver dan Public Jewellery di Putrajaya. Upacara gilang gemilang ini diserikan dengan ramai pelabur dan ejen ejen emas yang hadir serta yang menariknya penampilan aktress Diana Danielle sebagai Duta Produk Public Jewellery…….

Ini bermakna pelabur dan semua peminat barang kemas akan berpeluang untuk membeli produk baru yang berkualiti. Barang kemas yang didatangkan oleh Public Jewellery tampak elegan, cantik dengan rekabentuk tersendiri….dan yang penting, hasil survey saya harga jualan barang kemasnya adalah lebih murah dari harga pasaran dan kadar belian balik oleh Public Jewellery pun pada kadar yang amat menarik, setanding dengan kadar belian emas semasa…..worth for our money. Juga setiap barang kemas didatangkan dengan pengesahan dari Assayer yang bertauliah, ini bermakna tiada lagi penipuan dalam nilaian gred barang kemas yang dibeli. Itu yang penting, kita beli emas yang memang gred 916 nilaiannya….

Jadi kepada sesiapa nak cuba pakai dan tempah barang kemas dari Public Jewellery boleh hubungi saya untuk tempahan di 016 - 7254054. Katalog barang kemas boleh dilayari di website mereka di

http://www.publicjewellery.com.my

Ini screenshot website Public Jewellery….untuk tatapan…singgah jangan tak singgah…

Bukan itu saja, kepada pembaca yang berminat nak try invest dalam logam Perak atau istilah B.I nya Silver dah boleh lock harga silver seperti tertera di sebelah kanan bawah website

http://www.publicgold.com.my

Ini screenshot harga semasa Silver di website Public Gold

Jadi sekali lagi hebahan, kepada sesiapa berminat untuk buat tempahan barang kemas boleh hubungi saya di talian 016 - 7254054.


Share/Save/Bookmark

February 21 2010

Gred-gred Emas di Malaysia

Salam sejahtera kepada pembaca sekelian, kebetulan ada masa sedikit untuk saya update blog ini sambil-sambil menunggu isteri saya berurut di Melaka ini.

OK musim cuti panjang dah nak habis, jadi tiba masa untuk ramai keluarga dan warga kota untuk pulang ke rumah dan tempat kerja masing-masing, menyambung semula tugasan. Sepanjang cuti ini saya gunakan kesempatan ini untuk meninjau harga-harga emas di kedai emas, buat perbandingan dengan harga emas terkini dan saya dapati memang masih besar lagi spread (beza harga jual dan beli) walaupun dia dah bagi diskaun up to 60%…FUH…mana tak kaya raya tokeh-tokeh emas ini.

OK artikel kali ini saya nak cerita pasal gred-gred emas yang ada di Malaysia ini. maklumat ini berguna jika anda peminat barang kemas dan nak tahu di mana kedudukan/ranking gred emas ini, yang mana lebih berkualiti…dan paling penting tak tertipu lagi dengan harga yang dijual. Kadang-kadang ada penjual yang beri harga emas 916 pada emas gred 750 dan sebagainya. Ada barang kemas yang dicop kempa 916 tetapi dijual dengan harga emas gred 835….

OK ini grednya. Gred emas tertinggi (paling berkualiti sebab kandungan emas tinggi) adalah yang berada di atas. Emas gred 999.9 adalah paling berkualiti dan mahal kerana ia adalah emas yg telah ditulenkan sehingga 99.9% ketulenan. ..biasanya untuk dibuat jongkong/wafer emas pelaburan.

GRED EMAS  …………… KARAT NO

999.9                                             24K

999                                                 24K

950                                                23K  (emas tarik)

916                                                 22K

875                                                21K

835                                                 20K

800                                                19k  (emas paun)

750                                                 18k

585                                                 14k  (emas campur)

375                                                   9k  (suasa)

Dalam hal ini gred emas terbaik adalah 999.9 dan paling rendah kandungan emasnya adalah emas suasa. Jadi untuk rujuk harga pasaran barang kemas di Malaysia boleh merujuk kepada website ini

http://www.fgjam.org.my/

Atau jika anda ingin menjualkan emas anda, samada emas baru, emas yang dah patah-patah, putus, emas yang tehilang berlian/zircon/batu permata dsb, emas rosak boleh hubungi saya untuk saya beli.

Jika anda ada masalah dengan surat pajak anda, juga boleh hubungi saya untuk saya tolong tebuskan kembali emas anda sebelum ianya dilelong. Rugiii jika dibiarkan emas anda dilelong.

Selamat melabur :-)

Share/Save/Bookmark

February 17 2010

Pergerakan Harga 14-20 Feb

Salam sejahtera, kepada semua pembaca blog ini, Selamat Menyambut Tahun Baru China kepada yang menyambutnya, dan kepada yang tidak menyambutnya pun…he he….selamat bercuti panjaaaang. Semoga sentiasa dirahmati tuhan dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan.

Cuti panjang ini tidak bercuti ke mana, just berjalan-jalan bawa family bersiar-siar, holiday sambil promosi Gold Bar Public Gold dan Servis Membeli Emas Terpakai.

OK dah lama rasanya tak update pergerakan harga ini, kali ini insyaallah diberikan kesempatan olehNYA lagi…

Minggu ini, hasil carian, didapati banyak indicator news yang memihak kepada kejatuhan nilai Dollar US dan ini bermakna minggu ini harga emas naik semula…seperti dalam carta emas setakat Rabu pagi ini.

Antara berita fundamental di US secara ringkasnya mengatakan penurunan nilai Dollar US minggu ini disebabkan pada suntikan dana untuk sektor perumahan di US dipotong, permintaan terhadap aset Dollar di seluruh dunia menurun. Ini antara ekstrak beritanya;

Feb. 16- International demand for long-term U.S. financial assets grew in December at a slower pace than a month earlier, as China sold U.S. government securities, a U.S. Treasury Department report showed. Net buying of long-term equities, notes and bonds totaled $63.3 billion for the month, compared with net purchases of $126.4 billion in November, the Treasury said in Washington.

Sumber : http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601083&sid=a1mKfP3W.Ang

Over the next six months, the federal government plans to wind down many of its emergency programs for housing. Then it will become clear if the market can function on its own. People here are pretty sure the answer will be no.

Sumber : http://www.nytimes.com/2010/02/15/business/15housing.html?ref=business

Berdasarkan analisis teknikal carta pula;

MACD : Uptrend

MA Crossing : Uptrend

B-Band : Uptrend

ADX Lelvel : Uptrend dijangka sehingga Khamis ini dan Jumaat ada kemungkinan harga emas menurun sedikit

Kadar kenaikan harga emas berdasarkan Fibonacci level

Resistance 1  : US 1121 / oz

Resistance 2  : US 1127 / oz

Resistance 3  : US 1136 / oz

Secara keseluruhan minggu ini adalah UPTREND bagi emas, harga,….. yahoo naiiik balik minggu ini..cepat tempah stok emas anda melalui saya di 016 7254054 AREA JOHOR…

Selamat Melabur     :-)

Share/Save/Bookmark

February 12 2010

Promosi Perkhidmatan Baru

Salam sejahtera dan apa khabar semua pembaca blog ini. Lama rasanya tak online mengupdate blog ini. Ini kerana dah 3 minggu ini agak sibuk dengan promosi dan buat kerja-kerja awal untuk menggerakkan SERVIS BARU saya selain dari Menjual dan Membeli Emas Pelaburan Public Gold / Dinar.

Kini dengan rasminya saya ingin mempromosikan perkhidmatan saya yang baru iaitu;

1)  Khidmat Membeli Emas Terpakai, Patah, Rosak serta Gold Bar  dan Syiling Emas baru atau lama.

Jika anda ada emas-emas patah / rosak atau memang nak jual emas anda, jangan runsing, jual balik pada saya. Saya beli dengan harga tinggi yang menarik setanding dengan pembeli emas lain. Anda boleh jual pada saya walaupun anda ada emas berkilo-kilo dalam tangan, insyaallah saya beli. Tak semestinya di Johor sahaja, di mana saja anda berada sila hubungi saya, insyaallah, akan ada wakil  saya di sana yang akan menyelesaikan masalah anda.

2)  Khidmat Tolong Tebus Surat Pajak di Ar Rahnu / Konvensional.

Jika anda ada masalah nak tebus semula emas anda di Pajak Gadai Ar Rahnu / Konvensional, jangan biarkan ia begitu saja, anda akan rugi, sebaliknya hubungi saya. Cash akan diberikan untuk tebus emas anda dan baki tebusan akan saya pulangkan kembali ditolak keuntungan. Untuk area luar Johor, boleh hubungi saya, nanti akan saya paskan pada wakil saya di sana untuk menguruskan urusniaga ini.

3)  Khidmat Menguji dan Menilaikan Emas Anda, khidmat jururunding emas .

Anda nak “Trade in” emas anda di kedai emas, pastikan anda timbang sendiri dan pastikan mutu emas anda sebelum ke sana agar anda tidak akan tertipu lagi apabila berurusan dengan emas/barang kemas. Hubungi saya untuk uji emas anda. Statistik menunjukkan ramai pengguna emas tertipu semasa menjalankan urusniaga trade in barang kemas.

Anda juga boleh bertanya tentang emas pelaburan anda, apakah teknik terbaik yang boleh anda lakukan dengan emas pelaburan anda.

4)  Khidmat Mencuci dan Memperbaiki Emas Anda Semula.

Jika anda ada emas yang agak kusam, lusuh, nampak tak bermaya, serahkan pada saya untuk diservis. Kembalikan semula KILAUAN EMAS anda yang sebenar…

5)  Peluang Menjana Pendapatan Lumayan daripada Bisnes Emas kini dibuka.

Bagi yang berminat, ada 2 pelan bisnes iaitu yang bermodal dan bermula tanpa modal yang ingin saya kongsikan. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Satu peluang yang menarik!! Boleh berniaga emas tanpa modal???

Diharapkan perkhidmatan  baru yang saya tawarkan ini akan mampu memeriahka lagi dunia Pelaburan Emas dan memartbatkan nilai EMAS itu sendiri selaku logam yang terpilih.

Saya mengamalkan Prinsip ini dalam Produk dan Perkhidmatan Emas yang saya tawarkan iaitu;

1. Ketelusan dalam urusniaga. Anda boleh timbang sendiri EMAS anda..untuk elak daripada gharar dan riba’

2. Berkonsepkan ” Friendly Services”.

3. Adanya akad JUAL dan BELI yang kami tekankan dalam setiap urusniaga EMAS agar kami dan pihak pelanggan tidak akan terlibat dengan RIBA’ dan agar selaras dengan kehendak syariat islam..

4. Pelanggan yang biasa berurusniaga dengan kami akan diberikan sedikit diskaun dan insentif, insyallah….masih dalam perancangan sebagai tanda menghargai mereka.

Jika anda berminat dengan tambahan servis yang ditawarkan, bolehlah menghubungi saya atau rakan saya di talian tertera di bawah ini atau menulisnya di Ruangan Contact.

EN KHAIRUL : 016-7254054

PN ZUE : 017-7321648

Insyaallah, atas permintaan ramai, analisa teknikal dan fundamental emas akan saya cuba kongsikan dalam blog ini kembali selain artikel tentang emas …..heh hee tunggu …..

Selamat Melabur Emas……….. :-)

Share/Save/Bookmark