March 29 2011

Alkisah….Cerita Pasal Overlaps Emas.

Salam ceria pembaca blog ini. …..

Alhamdulillah diberikan tuhan masa untuk saya mencoret sepatah dua kata dalam blog sempoi ni.

Baru-baru ni saya ada menghadiri Seminar Manipulasi Stok Emas anjuran En Karim dari Bizmambau pada 26 Mac 2011 di Pasir Gudang Johor. Simple sahaja orangnya macam juga saya. Sangat hebat orangnya. Banyak ilmu saya dapat pelajari dalam seminar tersebut antaranya bagaimana mengurus overlaps surat pajak dengan betul, permainan multiply dan inter-banks serta bubbles….he he..ilmu baru tu….serta bagaimana mengembangkan stok emas anda dari 0 gram ke 1kg…2kg….sehingga boleh membeli aset hartanah dari stok emas tersebut. Semuanya adalah rentetan pengalaman beliau dalam bidang “emas” ini sejak 1984 lagi……orang lama beb.

Ok dalam post kali ini saya nak citer sikit pasal overlaps dan apa masalahnya.

Alhamdulillah baru-baru ini, saya juga ada buat “overlaps” ketiga sebahagian surat pajak saya untuk collect sedikit cash jika ada. Sebenarnya ilmu bermain “overlaps” ini juga amat penting bagi pelabur emas yang gemar memajak emas untuk extra untung dan nak dapat stok percuma dari duit Ar Rahnu..OPM lah katakan.

Ini kerana salah timing masuk dan buat overlaps berkemungkinan besar akaun anda “stuck”, tidak dapat dikeluarkan segala emas dalam ar rahnu kerana ketidak cukupan cash untuk menebus dan bebanan bayaran upah simpan yang terkumpul banyak.

Saya pelajari teknik overlaps ini ketika membuat overlaps pertama bagi surat pajak saya dan di kala itu saya cuba mengolah beberapa item dalam surat pajak tersebut seperti had pinjaman, timing dan kadar kenaikan marhum bank dengan bantuan carta emas.

Hasilnya dalam tempoh yang kritikal kebiasaannya antara bulan 11-4 adalah bulan-bulan yang biasanya tiada kenaikan tinggi marhum bank…lebih-lebih lagi Agro Bank..!!! Klu semua stok emas anda awal-awal dahulu dah pulun habis masuk Ar Rahnu……di kala tiba musim bulan-bulan ini, kalau tak kena gaya boleh “jam” akaun kat situ. Camane nak bayar upah simpan kalau semua emas dah kat dalam Ar Rahnu. Klu sikit-sikit takpelah, bolehla keluar duit poket, tapi alau dah berkilo-kilo emas dalam tu, tak ke upah simpan dah jadi RM2K – 4K terkumpul.

Alhamdulillah setelah saya “twist” skit semua overlaps saya dari Mac 2010 ke Mac 2011, saya masih beroleh sedikit keuntungan dari overlaps dan tak perlu bayar semua upah simpan. Rumusannya begini untuk satu contoh item emas berdasarkan pengalaman sebenar memajak di Ar Rahnu KPMNJ Johor Bahru.

Pajakan Pertama (Gold Bar Public Gold 50 gm) – 6/3/2010

Nilai marhum               : RM7100

Pinjaman (40%)           : RM 2840

Tarikh matang              : 5/9/2010

Upah simpan                : RM 184 ( 6 bulan)


Pajakan Kedua (Overlaps) – 17/9/2010

Nilai marhum                                       : RM 7400

Pinjaman (50%)                                  : RM 3700

Upah Simpan                                      : RM 240  (6 bulan)

Jumlah Liabiliti Pinjaman pertama      : RM 3024

Extra Cash hasil overlaps                   : RM 676


Pajakan Ketiga (Overlaps ) – 22/3/2011

Nilai marhum                                       : RM 8100

PInjaman (50%)                                  : RM 4050

Upah Simpan                                      : RM 264   ( 6 bulan )

Jumlah liabiliti pinjaman kedua           : RM 3940

Extra cash hasil overlaps                   : RM 110


Alhamdulillah dengan cara limitkan pinjaman Ar Rahnu, dapat selamatkan anda dari akaun “stuck” jika tiada kenaikan tinggi dalam marhum bank.

Perlu diingat, tujuan overlaps ni bagi saya adalah untuk mendapatkan “stok percuma” yang akan beroleh untung jika ditebus atau dijual dan bukan untuk mendapat untung cash semata-mata. Lebihan cash itu sebagai extra sahaja. Bukan boleh kaya pun dari kaut untung overlaps ini.

OKlah niat ingin ulas sedikit pergerakan harga untuk April ini, tapi dah banyak pula menulis. Masa amat berharga, ada kerja lain nak buat. Nantikan artikel terbaru saya ya di blog ini untuk prediction arah harga pada April ini. Terima kasih.


Admin

Nizam77

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

19 Responses to “Alkisah….Cerita Pasal Overlaps Emas.”

  1. dinsblog.com says:

    menarik teknik nie…thanks bro

  2. arsahd says:

    x paham laaa sheikh?

    • admin says:

      salam, gini ….scara mudahnya gini….kalau harga kita jangka dlm 1-6 bulan akan naik tinggi, kita boleh ambik pinjaman full 65-70%….so, kena bayar upah simpan pun maksimum…..tapi takpe sebab kenaikan harga emas boleh cover upah simpan dan pinjaman lama bila overlaps.

      Tapi klu kita jangka 1-6 bulan tu harga akan tingggi, naik, naik pun tak tinggi jadi kenapa mesti ambik pinjaman sebelum 6 bulan tu berlaku secara full loan? takut nanti bile nak overlaps upah simpan yg maksimum tu +hutang lama tak boleh nak cover kenaikan harga emas yg tak berapa tinggi. Ini pasti akan berlaku kerana akan ada phasa dalam emas ni ,bila supply dan demand akan bertukar arah sekejap utk imbangan ……masa tu biasanya price emas tak dapat nak naik tinggi….klu tuan cuba kira balik pada pajakan pertama tu amik loan 65%, then pajakan kedua tu 70%, dan pajakan ketiga tu ambik full loan juga 70%……nanti tuan akan nampak di mana mekanismenya….

      admin

  3. arsahd says:

    apa maksud limitkan pinjaman ar rahnu

    • admin says:

      benda ni kena try buat…then baru nampak camner……try and error…nanti akan nampak sesuatu bila buat overlaps ni…

    • admin says:

      satu cara sebaiknya….adalah cuba try pajak tu buat secara bulanan….atau klu nak buat juga overlaps saya akan pastikan sentiasa simpan sedikit emas sebagai “ibu” agar klu akaun overlaps anda stuck, tak de untung….anda takde masalah untuk gi tebus jer emas tu dlm ar rahnu sebab ibu emas kita pegang kat tangan. Yang jadi problem nya kebanyakan overlaps ni tak menjadi sebab dah semua emas yang ada dia pulun masuk dalam ar rahnu buat overlaps …..bila berlaku masalah..dah ….sangkut………

  4. nik noorazizah hamzah says:

    salam en nizam….saya telah gadai emas di agro bank pada 9.12,2010….telah matang pada 9.6.2011…saya pergi ke agro bank dan pihak bank lanjutkan 3 bulan lagi…bila matang…baru boleh tukar surat gadai utk 6 bulan…cam mana saya nak buat overlap…

    • admin says:

      salam,

      kita buat overlaps bila ada perubahan harga rate emas bi bank agro. Contohnya, pada 1/1/2011 rate marhum bank adalah rm160/ gm bagi 999. Then katalah pada 3/4/2011 rate bank berubah ke rm175/gm…..tak sampai 6 bulan pun. Di kala tu, pada 3/4/11 anda boleh bawa surat pajak asal bertarikh 1/1/11 dan kata kat pegawai sana …”saya nak buat overlaps”. Itu jer..slebihnya pandailah nanti dia uruskan prosesnya.

      Namun, baru2 ini keluar kenyataan dari agro bank kata…..overlaps hanya boleh dibuat selepas 6 bulan pajakan….Hu hu..tu yg tak bestnya….

      Bila buat overlaps, gunakan rate pinjaman yg rendah dahulu, katlaah kita ambil rate pinjaman sebanyak 50% dulu utk pertama kali…sbb bila rate tak naik slps 6 bulan..kita tak tersedak kena tebus sbb masih ada ruang utk anda ambil untung jika kadar pinjaman dinaikkan lebihdari 50%.

  5. mal says:

    salam tuan… saya rase berminat la dengan pelaburan emas ni… jika saya mulakan modal dgn 20grm dulu cukup tak? bole tunjuk ajar tak… saya xde pengalaman lagi

    • admin says:

      salam,

      ok mulakan dgn modal yg ada. Klu 20gm memang agak lama skit laa nak memberanakkannya jadi besar. Kena byk sabar dan istiqamah menyimpan. Sambil menyimpan teruskan belajar ilmu melabur emas. Sebenarnya banyak teknik melabur emas ni klu nak diceritakan dari yg paling simple ke yg sukar. DARI yg bermodal sekecil 0 gm ke main kilo-kilo….gram.

  6. kamarul says:

    En Hisham,
    saya nak tanya sikit.
    Kalau harga pasaran emas sekarang sbg contoh RM200/gram.
    Berapakah kadar harga kita sebagai pengguna
    untuk beli, jual per gram & harga pajakan Ar Rahnu adakah mengikut harga semasa pembeli biasa @ harga borong @ harga bank.
    T/kasih

    • admin says:

      Lain bank dan institusi yg menjual dan membeli emas….akan berbeza harga nya…sbb harga emas bukan harga yg dikawal di Malaysia. Jadi kena tanya setiap penjual / pembeli dan bank…..

      • mohd asri says:

        As salam…
        kalau dah buat O/L pinjaman kita semakin meningkat lepas 2 camne kita nak setelkan pinjaman 2..

        • admin says:

          tebus dengan stok lain yg boleh dapat pinjaman yang tinggi sedikit dari pinjaman yang dah OL tu.
          Atau tebus sikit demi sedikit stok yg dah OL tu……pun ok juga…

          Atau boleh biarkan shj stok tu di ar rahnu, ambil OL shj…ini dah jadi stok gadai tak tebus.

  7. Watie says:

    Salam En Hisham,
    maknanya sblum ni kalo nak overlaps x kira berapa lama kita da simpan lah yer? asal ada kenaikan even dlm sebulan dua emas naik da boleh overlaps?
    okay yg selepas enam bulan tu utk setiap satu surat atau boleh campur2? maksud saya katala surat yg pertama tu da enam bulan lebih n surat ke dua baru sebulan lebih, boleh x sy overlaps jga surat kedua sbb kita da ada nama dlm tu(yg enam bln lebih tu)?

    • admin says:

      ya, boleh jer overlaps klu ada kenaikan harga emas walaupun blum sampai tempoh 6 bulan.
      Cuma pastikan bawa surat pajak minta pegawai bank tu kirakan dulu, berapa boleh dapat
      kalauharga emas naik camni? Kalau taklepas upah simpan jangan buat OL…nanti kna top up duit
      kocek kita pula.

      Boleh buat sekali gus semua surat2 yg ada. Tunjuk jer kat pegawai tu dan biar dia cek yang mana yg boleh
      dapat duit OL .

      Namun perlu diingat, ambil OL ni sebenarnya menambah hutang ar rahnu anda. Jika anda selesa, teruskan
      , jika tidak, kena belajar dulu bagaimana nak jadikan duit OL tu sebagai income, bukan hutang…….
      takut nanti anda terjerat…..

  8. hafi says:

    TQ admin..byk info yg dapat dari web ni.
    cuma nak tanya, bila kita dah OL time harga tinggi contohnya raya cina ni, dan tentu dapat banyak untung,adakah time harga turun balik, itu masa sesuai untuk kita tebus barang kita?
    sy ingat pas raya cina ni, time harga dah turun sket,sy nak tebus dan gadai balik..time raya aidilfitri,emas naik kembali,sy OL lagi..btl ke cara camtu, minta bantuan.TQ

    • admin says:

      agak bahaya cara tu sbb duit OL yg anda buat cara tu dikira duit hutang bukan untung. Kalau nak gi tebus balik emas tu bila dan OL, kita tetap tak cukup…
      kena ambik balik duit OL ygkita dapat tu dan bagi baliik pada bank dicampur dgn upah simpan.

      Tapi ada caranya kita ambik OL yg bukan hutang, tapiia adalah income….

  9. admin says:

    NAMUN utk jadikan ia sebagai stok gadai tak tebus……perlu ada skil tertentu, jgn main buat shj,
    bertanya dari yang mahir melakukannya.

Leave a Reply