April 16 2011

Pelaburan Emas Jangka Pendek Suku Pertama 2011

Salam ceria semua pembaca blog saya….

OK post kali ini nak bercerita tentang masa yang ditunggu-tunggu, nak ambik untung setelah sekian lama melabur emas. Dah nama pelabur….mesti la nak ambil untung kan? Apa hal kalau dok simpan jer….bila nak merasa nikmat untung tu….

Kita review balik pelaburan emas kita pada suku tahun pertama 2011 ini.

Kita mula memborong emas dengan banyak pada 7 Feb 2011 lalu setelah ”confirm ” signal EMA-Bband (v1) di chart emas. Harga yang terpapar pada masa tu, semasa timing betul-betul cantik utk membeli macam di bawah;

Jom kita buat analisa keuntungan berapa profit anda bila main Strategi 2 in 1 ini.

Pada 7 Feb 2011, beli emas fizikal Public Gold / GCP dan terus masuk pajak Ar Rahnu. Katakan modal asal pembelian anda RM50,000

Anda mampu membeli emas

Rantai Tangan GCP : 200 gm x RM 153.49 = RM 30,698

Gold Bar Public Gold : 100 gm = RM 15,108

20 gm = RM 3050

JUMLAH BELIAN = RM 48,856


Marhum Agro Bank pada 7 Feb 2011 adalah RM 154 per gram

Pinjaman (jika anda customer tetap) : 70% x RM 49280 = RM 34,496

Upah Simpan : 0.8% x RM 34,496 = RM 276 sebulan

Kemudian saya bawa duit hasil pajak sebanyak RM 34,496 tadi ke Maybank dan saya buka dan invest dalam buku akaun emas GSPA.

Harga emas GSPA pada 7 Feb 2011 : RM 134.51 per gram

Jumlah Belian : RM 34,496 / 134.51 = 256 gram

Maka saya dah boleh beli 256 gram dari duit hasil pajak tu….he he banyak tu…

Kemudian tunggu punya tunggu…dah kita beli dulu pada harga terendah, apa nak risau, pada 15 April 2011, kira OK lah harga pun dah tinggi…..berdasarkan pada signal EMA-Bband, potensi untuk naik masih ada lagi kalau tengok kat chart emas. Tapi apa nak buat, tangan dah gatal…..nak pakai cash…keluarkan ajelah untung yang ada…



Harga buy back GSPA pada 15 April 2011 : RM 140.47 per gram

Jualkan semua emas GSPA : 256 gram x RM 140.47

: RM 35,960.32

Saya bawa cash sebanyak RM 35,960 ke Agro Bank bersama dengan surat pajak pada 7 Feb lalu untuk tebus semula emas 320 gram anda.


Jumlah upah simpan utk 2 bulan 10 hari : RM 640

Lebihan cash setelah ditebus emas asal : RM 35,960 – RM 34,496

= RM 1464

Untung bersih setelah ditolak upah simpan : RM 1464 – RM 640

= RM 824….


Jadi dalam tempoh 2 bulan tu dapatlah extra cash RM 824, boleh lah…sapa nak bagi free free jer kan? Bukan buat apa pun….


Dalam kes saya, sebab Ar Rahnu YAPEIM tu belakang rumah saya jer, macam takde buat apa pun, tahu-tahu lepas 2 bulan dapat extra cash RM 824…..he he duduk diam dapat cash…


Itu baru 320 gram emas. Klu ada 1 kg, cuba kira skit….


RM 140. 47 x 801 gram = RM 112,516

Upah simpan 2 bulan = RM1900

Untung bersih                 = RM 112,516 – (RM107,800 + RM 1900)

= RM 2816


Kalau saya tak nak tebus dan nak main lagi permainan emas ni. Katakan saya buat overlaps bagi emas asal 320 gm sebab dalam tempoh 2 bulan ini ada kenaikan tinggi pada harga emas.

Marhum Agro Bank pada 15 April 2011 adalah RM 167 / gram

Pajakan Pertama

RM 154 x 320 x 70% : RM 34,496

0.8% x RM 34,496         : RM 276 sebulan upah simpan

Pajakan Kedua (Overlaps)

RM 167 x 320 x 70% : RM 37,408

Lebihan cash : RM 37,408 – ( RM 34,496 + RM 640) = RM 2272


Senang cerita dengan modal emas anda yang asal sahaja berbagai arah cash extra boleh masuk kalau anda tahu caranya nak putar-putar emas anda tu….2 in 1, overlaps, bisnes emas, bisnes internet, affiliate income….semua tu mudah untuk dibuat jika tahu caranya…dan yang penting ada kemahuan untuk terus belajar ilmu “money makes money”.


Bagi mereka yang mahir dalam bab-bab investment ni, sebenarnya bukan sahaja 2 in 1 malah 10 in 1 punya strategi pun boleh kita apply kalau tahu apa yang kita buat dengan emas kita.


Contohnya, saya apply beberapa strategi terhadap emas asal saya


Agihan duit hasil pajak emas asal;

- 50% akan masuk buku akaun emas

- 20% akan masuk “high risk investment” sebagai income harian

- 30% medium risk investment macam pelaburan emas terpakai, emas lelong


Jadi dengan ini, saya dapat mempelbagaikan arah kemasukan extra cash saya setiap bulan. Barulah setiap bulan senyuuuum jer……


Ok harap artikel ini berguna untuk tatapan anda semua…..dan hebahkan pada kawan-kawan anda jika maklumat ini amat berguna…..kita sebarkan ilmu yang baik yang membantu ini, dapat pahala.


Admin

Nizam77

019 - 7724054

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Pelaburan Emas Jangka Pendek Suku Pertama 2011”

  1. Mohd kudin says:

    Berkaitan pelaburan dlm gspa maybank, saya ada baca bhw ianya tidak halal. Berkaitan dgn high risk investment seperti forex juga tidak halal disisi islam. Sekiranya tuan ada alternatif yg halal, boleh la share disini. Ini kerana gspa dan forex adalah konvensional dan mengandungi unsur riba.

    • admin says:

      salam,

      Dalam pelaburan kena tgk yang mana haram/halal. Klu GSPA HARAM…JANGAN MAIN….MAIN dgn KFH…..Kuwait Finance House. Berkenaan high risk invsmtent pun sama, kita kena pilih. Boleh jer saham kaunter syariah dan FCPO….kedua-dua tu high risk investment yg patuh syariah…….yang penting kena pilih dengan ilmu dan buat bila dah yakin..jgn ikut orang……apa orang buat, kita kena tapis dulu……thanks for the good comment…..

      • admin says:

        dalam kes ini yg penting adalah teknik bagaimana proses untuk mengambil untung dalam sesuatu pelaburan itu…..namun pemilihan jenis instrumen pelaburan dan caranya masih lagi KITA PERLU PILIH………..itu kena belajar dan pilihan masing-masing. Klu haram , jgn ikut, ikut yg halal jer…..tak susah kan?

        • Mohd Kudin says:

          terima kasih atas jwpn yg hebat. Yg penting kita perlu pandai memilih dan tidak ikut shj apa yg org buat. Semoga pelaburan kita dirahmati dan berlandaskan hukum syarak. Wassalam.

    • zamkl says:

      salam,

      Saya tak main forex tapi saya pasti forex tu ada yg Harus.
      Kalau forex haram maka semua urusniaga kita yg libatkan matawang asing adalah haram.

  2. azhar says:

    salam tuan, minta izin meng “copy” artikel tuan ke blog saya. jazakallah

Leave a Reply