August 16 2009

Salam Perkenalan

Salam dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Blog ini bertujuan untuk memberikan informasi berkenaan kepentingan melabur dalam emas, beberapa kaedah dalam pelaburan emas, analisa teknikal harga emas yang dilakukan oleh saya sendiri serta berita dan tips dalam perniagaan emas.

 

Blog ini lebih kepada travelog saya dalam mempelajari dan mempraktikkan kaedah-kaedah pelaburan emas. Segala pengalaman dan pelajaran yang saya kutip sepanjang perjalanan saya, akan saya kongsikan dalam blog ini. Para pembaca sekelian amatlah dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan untuk menambah baikkan persembahan blog ini, insyaallah.Untuk pengetahuan pembaca blog ini sekelian, ilmu berkenaan emas ini amat jarang sekali diperbincangkan di luar sana, sedangkan jika kita tahu menggunakan ilmu emas ini, tidak mustahil dan memang benar, seringkali keuntungan dari pelaburan emas ini lebih berbaloi dari pelaburan di ASB dan Saham Amanah. Namun begitu bukanlah saya ingin mengatakan ASB dan Saham Amanah itu tidak bagus, tetapi ….kan lebih baik kalau dikombinasikan kesemua pelaburan ini bagi mengaut keuntungan yang maksima. Bagi umat islam sendiri emas ini antara alat yang telah Allah anugerahkan kepada kita dengan sifat-sifat logamnya yang amat istimewa untuk kita menjana ekonomi yang lumayan daripadanya, jika kita tahu caranya.

 

Jadi kehadiran blog ini lebih menyemarakkan lagi semangat saya untuk menyebarkan ilmu dan pengalaman melabur dalam emas ini kepada semua pembaca sekelian demi manfaat bersama, kerana itulah sifat ilmu yang sebenarnya, untuk dikongsi dan diajarkan. Semoga usaha ini tidak terhenti di pertengahan perjalanan dan memberikan manfaat kepada semua yang membaca post di blog ini.

 

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Salam Perkenalan”

  1. ada akibat negatifnya ngak pelaburan emas ini…

    • admin says:

      salam
      terima kasih…..saya kurang pasti akibat negatif yang bagaimana maksud saudara, dan investasi yang bagaimana?
      Tetapi apa yg boleh saya katakan, investasi emas ini amat kurang risiko negatifnya jika anda melabur secara membeli emas fizikal. Ini kerana dengan emas fizikal, anda boleh buat 3 jenis investasi secara terus, jangka pendek ke panjang…..dan masing-masing ada tekniknya sendiri. Jika anda investasi emas secara nilai sahaja, contoh di malaysia, ada buku simpanan emas. Melalui buku ini saudara hanya boleh buat pelaburan secara beli semasa harga rendah, jual semasa harga tinggi. Jika salah masuk, maka agak lama juga modal anda terperam dalam buku simpanan itu sementara menunggu harga naik kembali.

Leave a Reply