Salam sejahtera kepada pembaca sekelian, agak lama juga tak update blog ini, agak busy skrg ni dengan kursus dan penulisan.
Untuk post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya membuat keuntungan dengan menggunakan Teknik Pelaburan Jangka Pendek menggunakan “OPM” iaitu Pajak Gadai Ar Rahnu. Boleh refer di sini camner teknik ini dilakukan seperti penerangan dari sifu emas saudara Syukor.
Artikel ini ditulis bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menerangkan kepada pembaca sekelian yang mungkin agak sangsi / ragu-ragu / tak yakin “ boleh ke aku jana pendapatan tambahan dengan Teknik Jangka Pendek ini”, sambil melabur emas untuk Jangka Panjang / Sederhana..?..selain itu untuk menggalakkan anda menjadi agen Public Gold, kerana sambil melabur, anda boleh jana income lumayan juga, tak percaya….bacalah sampai habis artikel ini.
Jawapannya BOLEH SANGAT kalau dengan emas fizikal dan saya cuba buktikan bagaimana ianya dilakukan. Kalau nak menunjuk saya rasa diri saya bukan orangnya, saya masih belajar lagi dan income ini pun masih kecil berbanding otai-otai emas lain di luar sana yang boleh jana lebih dari ini dengan teknik yang lebih advance……saya sekadar berkongsi pengalaman sebenar .
OK konsep teknik ini adalah “beli harga rendah dan jual harga tinggi”. Kalau dilihat pada carta emas bulan Oktober dan November 2009 lalu, harga terendah berlaku pada 30 Okt 09. Lihat carta emas dunia untuk pemahaman;
Pada 30 Okt itu saya telah membawa 2 ketul emas saya 100gm ke Ar Rahnu Bank Rakyat cawangan Yong Peng Johor untuk dipajakkan. Hasilnya saya dapat pinjaman sebanyak RM18800 iaitu 65% daripada nilaian marhum oleh pihak Ar Rahnu.
Dengan pinjaman itu saya terus order pada hari itu juga beberapa unit Gold Bar Public Gold untuk dijual iaitu 6 ketul 20 gm dan berjumlah RM15168. Harga setiap satunya RM2528 pada masa itu. Saja saya tak gunakan habis duit pinjaman itu untuk membeli emas kerana nak standby sedikit cash untuk emergency case, kot-kot ada orang nak jual emas dia balik ke….atau nak tebus sedikit sedikit ke….mana tahu…kan.
Lepas itu masa berlalu dan jika ada jualan saya akan terus order balik dengan Public Gold sehinggalah harga emas dah ada untung jualan 5-10%, barulah saya jual terus emas-emas dari duit pinjaman itu. Alhamdulillah saya dapat menjual kesemua 6 gold bar itu dan rezeki lebih pula bulan ini dapat jual seunit 50 gram dan 100 gram serta beberapa set dinar dari stok asal saya. Muai jugalah hasilnya.
So pada 25 Okt lalu oleh kerana emas pun dah tinggi harganya dan kebetulan ada customer nak beli 100 gm saya, maka terpaksalah saya tebus salah satu emas 100 gm yg ketika itu sedang dipajak di Ar Rahnu.
Mari kita lihat contoh keuntungan sebenar jualan emas 6 keping 20 gm itu;
1) RM 2659 – RM2528 = RM 131
2) RM 2736 – RM2528 = RM 208
3) RM 2733 - RM2528 = RM 205
4) RM 2743 - RM2528 = RM 215
5) RM 2831 - RM2528 = RM 303
6) RM 2831 - RM2528 = RM 303
Jualan emas 100 gm : RM 13860 – RM11276 = RM 2584
Secara kasarnya jumlah keuntungan kasar saya adalah RM 1365 + RM 2584 = RM 3949 sehingga 25 Nov 09. Itu belum dikira komisen jualan lagi tu….boleh tahan..!!
Jika ditolak dengan kadar upah simpan baru RM232.67 seperti resit tebus sebahagian ini di bawah, saya masih lagi beroleh keuntungan.
Dan ini contoh surat pajak gadai selepas saya tebus sebahagian emas saya untuk mengurangkan upah simpan kerana emas masih dalam fasa uptrend, so ini kira main untuk second round la pula dari 25 Nov sampai insyaallah bulan Feb 2010.
Hasilnya untuk round kedua ini saya hanya perlu bayar RM 111sebulan saja selama tempoh saya pajak. Lebih kurang 1.14% sebulan, dari nilai pinjaman kita sebenarnya kadar upah simpan itu.
OK Kesimpulannya melalui hasil jualan emas 20 gm, 6 ketul yg dibeli menggunakan duit pinjaman Ar Rahnu itu, saya dah dapat jana keuntungan RM 1365 dlm tempoh lebih kurang sebulan jer……..dan bukan itu saja emas saya 100gm dah naik “capital gain” dari nilainya RM11276 ke RM13860. So 2 keuntungan dalam satu kombinasi pelaburan.
OK itu saya selaku agen Public Gold, bagaimana kalau anda selaku pelabur biasa pula..? Untungkah buat Pelaburan Jangka Pendek ini sambil melabur untuk jangka panjang?
Jom kita buat sedikit kira-kira,
Keuntungan ANDA selaku Pelabur Emas Fizikal.
Katakan pada situasi yang sama, anda pajak 2 ketul emas 100 gm di Ar Rahnu dan dengan pinjaman RM18800 pun anda beli 6 ketul gold bar 20 gm Public Gold pada 30 Okt 09.
So, anda pun tunggu punya tunggu, dah nama pun pelabur kan….so sehinggalah pada tarikh 30 Nov 09, iaitu harga tertinggi untuk musim ini, kira dah tak tahan nak pakai duit dah, anda pun jumpalah saya selaku agen Public Gold untuk jualkan semula 6 ketul emas 20 gm anda. Anda kena jualkan semuanya agar anda boleh tebus semula emas 100 gm anda yg sedang dipajak itu.
Berdasarkan harga emas website Public Gold, jika anda menjualkan semua emas anda itu maka harganya adalah RM 2670 (rujuk harga We Buy). Maka, keuntungan anda
Untung Jual balik 1 ketul pada Agen : RM 2670 – RM 2528 = RM 142
Anda jual balik 6 ketul, maka jumlah untung = RM 852
OK lepas tu anda kena gi Ar Rahnu untuk tebus semula sebahagian emas anda 100gm dengan membawa wang modal anda RM18800 dan keuntungan RM 852 tadi.
Tolak upah simpan berjumlah RM 232.67, Maka untung bersih anda selaku pelabur emas adalah RM 619.33
RM 619.33 dijana hasil dari Teknik Pelaburan Jangka Pendek selama lebih kurang sebulan jer, duduk diam-diam emas naik harga dan dapat extra cash….best tak??
Rasa terbakar tak….??? Kalau boleh esok juga nak gi Pajak Gadai kan….
So itulah kelebihan emas fizikal berbanding emas pelaburan berbentuk buku seperti GIA ataupun Maybank Gold Passbook. Anda tak akan dapat melakukan teknik pajak jangka pendek melaluinya. Jadi bukalah minda anda, sama-samalah kita belajar teknik pelaburan emas ini dan simpan emas fizikal banyak-banyak. Tak rugi beli emas sebenar.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan bolehlah komen artikel ini atau boleh berhubung direct dengan saya di talian 016 – 7254054.
Jika anda berminat nak jadi Agen Public Gold, boleh menghubungi saya, kita runding camaner nak jadi Agen walaupun modal anda belum cukup…


admin Under
| 



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)



aih - lepas baca ni, baru aku sedar betapa mudahnya jadi agent forex.
LAGI cepat.
Say no to Forex…x syariah compliant. Banyak menipu…forex ni macam wayang kulit gak…dia tgk kita untung lebih je..pastu tgk lah dia akan kaut lagi lebih dari kita..pastu kita yang rugi putih mata…dah cuba baru tau…say no to forex
this is not forex game ya….ini physical gold game….tak semestinya
guna forex chart, terus di cap forex….bukan, chart adalah tools yg memaparkan harga dalam real time….tapi klu trading station ye
memang forex….
insyaallah, biar sikit, lambat, tapi dengan emas sebenar lebih berkah, halal….itu lagi besar habuannya di sana….
betul tu en. nizam … konsep rezeki ni, biarlah sikit asalkan Halal, daripada banyak tapi Haram buat apa … rezeki Haram ni, memang senang nak dapat untung besar … katakan dapat RM10,000 … tapi time Allah nak tarik balik, lebih daritu Dia tarik … Nauzubillah
yang penting rezeki halal, sikit pun takpe, tapi konsisten….sikit2 lama-lama jadi banyak juga kan?
camne nk tengok written u. asik nampak ni je
salam, cuba try guna mozilla firefox atau chrome
klu guna internet explorer tak jadi…………
salam admin blog.
bagaimana caranya orang biasa mcm saya nk beli emas ni n buat saving utk ni,…?
saya yakin sgt emas mmg akan diperlukan lagi 5 thun akan datang….mungkin tym tu orang dah mula berebut2…
jadi, bagaimana caranya untuk saya mulakan step petama…
mungkin sedara boleh buat tips and step di blog sedara..
-sofea-
Tips Lumayan
Download Rahsia Percuma Bagaimana Menjana RM245,752 Dari Rumah. Terhad
P.S: jgn lupa inform pada saya di email.
Salam,thanks kpd Sofea krn bertanya, ok, utk org baru dan belum biasa dgn membaca chart emas, saya tidak menggalakkan anda untuk terus melakukan teknik jangka pendek ini, kerana ada risiko terliba dlm teknik ini. Jika prediction kita salah,cth dijangka harga nak naik, rupanya teru-terusan jatuh, so kita kena bayar lebih kat upah simpan. Selain itu, pada pendapat saya teknik ini sesuai untuk mereka yg dah ada at least 100 gram dan lebih….
Jika Sofea baru bermula, lebih baik cuba apply teknik pemurataan kos, iaitu beli emas setiap bulan / ikut mampu secara konsisten untuk setahun dua dulu utk biasakan diri dengan trend kenaikan dan penurunan emas…sebab klu baru first time ni, emosi masa melabur tu yg kena control, lagi-lagi bila harga emas jatuh..
Lepas tu, barulah beralih kepada pelaburan jangka panjang sambil mencari peluang utk masuk pasaran buat pelaburan jangka sederhana dan seterusnya jangka pendek…
Ada juga pelabur emas yg membeli emas utk disimpan lama untuk satu tujuan pelaburan yg lama…pilihan di tangan sofea….
Untuk lebih jelas tentang teknik pelaburan emas, boleh rujuk ebook Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas yg ada di banner atas blog ini…
ok selamat melabur….
Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.
Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.
Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.
Terima kasih.
mcmna saya nk ckp dengan pegawai bank public tu? nak kena ckp “nak buka akaun simpanan” atau “nak buka pelaburan emas”?mn 1?
atau satu persatu?
sila blas ke email saya. kadg2 terlupa nk lawat blog anda.TQ
wahhh…sangat bagus tips dari khairulnizam! hehe. yeyeh, ada petunjuk.
klu setiap bulan bli, insyaallah saya boleh..
nizam, bagila tips yang lebih ringkas bagi asas2 nak mulakan gold public saving ni? bkn saya sje yg tak tahu, ramai lagi yang xthu, dan mereka nak tahu.
boleh lah sekiranya publish di blog sedara. harap boleh…
salam thanks atas sokongan. insyaallah saya sdang dlm projek buat ebook tentang teknik pelaburan emas berdasarkan penggunaan carta emas, camner nak buat pelaburan emas dgn bantuan graf emas….he he, dlm tu saya includekan segala tips dan teknik untuk bermula yg saya sendiri dah buat sejak mula bergiat tahun 2008….dlm emas….
insyaallah akan terjawab semua persoalan sofea….so tunggu ya my first ebook dan register lah dlm email list, saya agar sofea org terawal dapat tahu ……thanks
admin
hehe..jgn lupa yer emel kat saya juga kalau dah siap ebook tu..
salam, insyaallah..sedang giat mempersiapkannya….
Salam tuan tanah,
saya nak jadi agen jugak. tapi modal tak cukup. kalau buat personal loan berbaloi tak? lepas tu macam mana nak jual emas PG tu balik? kena aktif cari agen lain ke? satu lagi, kalau jual dekat agen, dia akan beli dengan harga jualan ke harga belian? macam mana nak untung kalau dia beli dengan harga belian, sebab lagi murah dari harga masa kita mula2 beli dulu. komisyen plak dia kira dari harga emas yang kita beli dgn PG ye?
salam zaki….
ok saya jawab setakat pengetahuan saya
1. jadi agen bermodal loan. Secara kasarnya memang jangka panjang emas boleh lipatgandakan pulangan, tapi utuk a few years pertama tempoh loan anda, zaki kena cari jalan bagaimana nak bayar ansuran loan bank itu. Kalau nak saya ada satu jalan bagaimana anda boleh buat biz emas dgn loan….baru 2 minggu ini saya tgh launch dan promosi Projek Unik 1 Minggu 1 Dinar kepada orang ramai…utk tolong tampal poket yang bocor wang. Nak tahu boleh email saya di knizambiz@gmail.com utk keterangan lanjut.
2. dlm PG sistem, kita jual dan beli emas dapat komisen dari PG. PG juga bagi peluang kita buat duit sedikit dari overiding agen bawah kita yg kita sendiri lantik dan berdaftar dgn PG, namun anda kena jadi Master Dealer dulu. Klu tak nak pun takpe jadi normal dealer, jual beli macam biasa.
3. jual dgn agen kena guna harga WE BUY…di kolum harga emas di PG website. Bagaimana nak buat untung dengan membeli banyak2 gold bar PG or apa apa gold bar pun, ada strateginya…..baru buat untung dengan membeli gold bar dari orang lain termasuk jika kita agen, dan ada agen nak jual emasnya kat kita……saya amat gemar teknik ini, nak tahu jom ke SINI..
harap menjawab persoalan zaki thanks
salam tuan tanah,
saya nak tanya ckit.kalau saya jual gold bar PG pada agen PG, dia akan beli pada harga jualan or pada harga belian?
salam harga belian
saya mempunyai barang kemas beberapa barang kemas yang di beli dgn harga rm 65 segram dulu berharga rm 4000 sekarang saya rasa brg kemas saya mungkin lagi naik jika saya ingin membuat pelaburan jangka pendek boleh kah anda berikan tip2nya dan cara2 utk mendapatkan keuntungan
salam,
boleh , teknik pelaburan 2 in 1 ini boleh diaplikasikan pada barang kemas juga. saya ada jelaskan teknik ini dalam ebook saya yang bakal di pasaran sekejap lagi, so, dapatkan ia nanti…..
SALAM EN NIZAM
SY NAK TNYE CMNE EN.NIZAM TEBUS BALIK EMAS DALAM ARRHNU TUU?
ADAKAH EN.NIZAM GUNA DUIT SENDIRI? @ GUNA DUIT HASIL PNJAMAN DRI ARRAHNU?
SATU LAGI EH TERNGKAN APE TU PROSESS OVERLAPIG?
ADAKAH KITE KENE BELI EMAS KEMUDIAN PAJAK KT ARRAHNU. KEMUDIAN ORDER LAGI N PAJAK LG SAMPAI DUIT PINJAMAN 2 MKIN SIKIT(CZ ARRAHNU JZ BG PINJAMAN 65%)PD PNDAGAN SY DUIT KITE MAKIN CIKIT
EMAS DI ARRAHNU MKIN BYAK TPI XLEH NAK WAT KUAR(TEBUS BLIK) CZ DUIT DAH HBIS ASIK BELI EMAS N PAJAK KT ARRAHNU…
HARAP BERI PNJELASAN EN. NIZAM..
salam,
emas tu akan dtebus sebahagiannya daripada hasil untung overlapping dan selebihnya dalam 60% dari duit hasil sisihan dari gaji kita dan duit tepi…klaau ada untung niaga / dapat komisen / dapat bonus….
jgn bergantung pada untung overlapping utk tebus emas….sebab lagi lama overlapping, lagi byk upah simpan kena bayar dan ditakuti tak dapat diimbangi kenaikan harga emas dengan kadar upah simpan yg dikenakan. Proses overlapping hanyalah ALAT UNTUK KITA MENAGGUH BAYARAN supaya dlm termpoh tu kita bleh cari source lain utk tebus tanpa PERLU BEBANKAN CASHFLOW BULANAN KITA SETIAP BULAN…..
Strategi overlapping ini sesuai utk mereka yg berniaga emas, kerana tujuan overlapping ini utk elak dari emas kita dilelong…..klu nak buat untung melabur cara pajak gadai better guna strategi 2 in 1, lebih selamat dan muaaai. Risiko pun amat rendah utk terkena bayar lebih pada upah simpan. Dlm strategi 2 in 1 yg saya sarankan, ada caranya kita boleh elak dari bayar upah simpan TAPI MASIH BEROLEH UNTUNG LAGI….
salam sy bru jd agen PG…skrg sy ada 2 ketul 50g dan 3ketul 20g…minta tolong bagi tips bgaimana hndk buat keuntungan dri teknik pajak emas…kene ade cash untuk cover untuk tebus ke atw x?sy confuse…sbb sy bli emas PG ni berlainan berat nya…tq
salam, ok yang saya sarankan adalah buat teknik multiply dan buat overlaps jika anda berniaga emas. Klu anda pelabur tegar, boleh juga try wat teknik 2 in 1, 3 in 1 yg saya ada ajar dalam ebook saya ” teknik manipulasi pelaburan emas” di url http://www.pajakemas.com/index.php . Klu anda belum mahir dalam overlaps dan multiply boleh jumpa saya kita cerita panjang lebar camner nak buat….citer online susah nak explian. Tel saya 016 7254054 dan kita set bila nak jumpa…ok?
Salam,
Saya agak kurang pasti bagaimana saudara mengira keuntungan setiap keping 20gm spt dibawah. Bagaimana kenaikkan harga 20gm Emas berbeza utk setiap 6keping itu?
Mari kita lihat contoh keuntungan sebenar jualan emas 6 keping 20 gm itu;
1) RM 2659 – RM2528 = RM 131
2) RM 2736 – RM2528 = RM 208
3) RM 2733 - RM2528 = RM 205
4) RM 2743 - RM2528 = RM 215
5) RM 2831 - RM2528 = RM 303
6) RM 2831 - RM2528 = RM 303
salam,
harga nya berbeza sebab saya beli 6 ketul 20 gm tu pada tarikh yg berbeza-beza…jadi harga pun memang berbeza. Tapi saya jualkan semua 6 ketul itu pada waktu yang sama serentak semua, so harga jualnya memang sama utk semua emas tu…
I want to encourage continue your great writing, have a nice afternoon!
Thanks again