Salam sejahtera semua pembaca blog ini, apa khabar?
Artikel kali ini ingin saya kupas beberapa teknik jualan dan belian yang saya gunakan dengan cara memanipulasikan graf emas untuk memperolehi lebih untung.
Jika anda penjual emas pelaburan, mungkin teknik ini berguna dalam membantu anda mencapai target income anda setiap bulan.
Jika anda suka beli emas lelong, teknik ini juga berguna kalau anda nak buat “flip” jual balik untuk raih profit.
Jika anda seorang pelabur emas, teknik ini juga berguna jika anda nak ambil sedikit profit segera sambil-sambil menunggu ”buah lain masak ranum di hujung tahun portfolio pelaburan anda. Apa yang menariknya teknik ini adalah ianya tiada risiko, kerana jika anda tersilap menjangka pun tak mengapa, jangka panjang anda tetap akan untung juga, cuma jika ada peluang raih profit segera dalam masa yang singkat, mengapa ditunggu “buah yang belum tentu masak ranum…kan”
Oleh kerana bermula bulan Jan 2010 hingga sekarang harga emas agak tak cantik sikit, masih ada ruang untuk kita raih profit, walaupun tak banyak. Seminggu dua ini saya berjaya lakukan transaksi jual beli emas pelaburan dan sedikit emas terpakai dalam julat harga yang ditunjukkan dalam graf emas ini untuk saya, sekurang-kurangnya saya dapatlah income lebih skit dari hasil kenaikan harga emas. Duduk diam-diam emas naik harga. Cuba perhatikan graf di bawah;
Pada 15/2/10 saya beli stok gold bar baru 5 ketul 20 gm untuk dijual.
Kemudian pada 23/2/10 lebih kurang seminggu, saya jual balik 2 ketul 20 gm pada pelanggan.
Dengan bantuan graf emas, saya dah dapat profit RM52 x 2 = RM104 dicampur komisen jualan untuk 5 ketul 20 gm sebanyak …RM199.50..dalam masa seminggu saya dah dapat RM 303.50..boleh tahan muai juga….lepas jugalah minyak kereta seminggu dua ini.
Katakan jika anda jadi agen Public Gold dan beli 5 ketul macam saya buat. Selepas itu, mungkin anda nak simpan sahaja di GIA Public Bank akaun dan jualkannya balik pada harga seperti tertera di bawah….
Oleh kerana harga belian pada 15/2/10 untuk GIA akaun adalah RM 119.10/gram, masih belum profit lagi, maka anda kena tunggu lagi sampai harga buying price dah lebih dari RM119.97.
Di sini apa yang dapat saya simpulkan adalah joom join jadi agen Public Gold, sambil melabur emas boleh niaga emas dan manfaatkan graf emas dalam membantu anda memperolehi income yang pantas dan muaaai. Jika anda di posisi pelabur, ambil masa sedikit untuk nikmati untung segera ini.
Di sini saya nak offer, sesiapa berminat nak jadi agen bawah rangkaian emas knizambiz.com, boleh hubungi saya. Insyaallah saya berikan tips untuk cuba teknik manipulasi graf emas ini dari masa ke semasa disamping bantuan membuat khidmat jualan dan belian balik emas cusotmer anda, serta bantuan untuk mengenali jenis-jenis emas di pasaran, mengenalpasti emas tulen dan palsu, lebih-lebih lagi jika anda membuat belian balik dari pelanggan anda.

admin Under
| 



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






ape syarat2 nk jd aegn nih?
ok, mimi….syarat utama nak jadi agen ni
1. jujur dan amanah….sebab kebiasaannya customer akan bank in duit dulu utk beli emas utk lock harga
2. modal…….klu dgn Public Gold sekarang dah RM39-40K MODAL starting. Tapi dengan saya insyaallah kita boleh runding berapa tahap kemampuan, tak semestinya rm40k, yang penting mimi boleh mula berjual beli emas.
3. minat dalam emas. Sebab lagi banyak ilmu dalam emas, lagi ramai customer akan deal dengan kita…tapi itu boleh dipelajari sedikit demi sedikit.
kLU DAH OK, mimi call/sms saya ……bantuan jualan dan belian balik emas akan saya bantu, serta tips dan teknik melabur emas yang basic dan advance.thanks
admin