Salam,
Lama rasa tak update blog ini, maklumlah bulan hari raya, sibuk bekerja dan urusan hari raya ini, apa lagi….berziarah, marhaban dan melayan tetamu yg datang.
Post kali ini saya nak share pengalaman bagaimana saya buat untung dengan menggunakan konsep OPM ” Other people’s money” yang telah Pokli ajar saya masa mula-mula jadi agent Public Gold dulu.
Berbekalkan ilmu yang saya dapat dari sifu utama, saudara Syukor Jutawanemas (di sini ) dan ilmu membaca carta harga emas, saya boleh jangka masa yang sesuai untuk beli dan jual emas dengan agak tepat jugalaaah untuk buat untung guna konsep “Beli harga rendah, Jual harga tinggi”. Saya telah cuba praktikkan ilmu-ilmu tersebut untuk menjana pendapatan. Terima kasih kepada saudara Syukor dan Pokli atas maklumat dan idea beliau.
OK…Bagaimana Caranya.?…
Caranya gini, pada 31 Julai 09 lalu based pada carta, harga emas dah kira rendah tuuu. So saya pun beli Gold Bar 100 gm Public Gold untuk cuba-cuba menyimpan. Kemudian, pada 14 Sept 09, saya pergi pajak Gold Bar 100 gm itu dan saya dapat pinjaman tunai RM8580 dengan upah simpan RM98.23 sebulan. Cuba tengok carta bawah ni, nampak rendahkan harga emas masa tu.
Dengan modal ini, saya beli emas gold bar PG 20gm dan 50 gm pada harga rm2420 dan RM6021 masing-masing, sebagai stok jualan. Boleh tengok contoh Surat Pajak Ar Rahnu Bank Rakyat dipajak pada 14 Sept 09.
Kemudian, pada 10 Oktober, harga dah kira tinggi jugalah berdasarkan pada carta emas, jika saya jualkan balik Gold Bar 100 gm itu pada Public Gold, maka harganya RM11780. Bermakna saya akan dapat balik modal saya RM11276 bersama keuntungan.
Kemudian pula, sebagai agen PG saya telah berjaya menjual balik Gold Bar 20 gm dan 50 gm itu kepada rakan saya dengan harga RM2533 dan RM6304 masing-masing, kedua-duanyanya pada 8 Okt 09. Pada 9 Okt saya pergi tebus semula Gold Bar itu dengan modal hasil jualan itu. Boleh lihat contoh resit tebus emas Ar Rahnu Bank Rakyat;
Jadi, untungkah saya dengan proses Pajak Gadai ini?
OK, jom kita buat kiraan skit, adakah saya untung dengan semua transaksi ini?
1. Keuntungan dari transaksi jual beli Gold Bar 20 gm dan 50 gm ialah;
Untung 20 gm : RM2533 - RM 2420 = RM113
Untung 50 gm : RM6304 - RM6021 = RM283
2. Untung dari Kenaikan Harga Emas Gold Bar 100 gm
Untung 100 gm : RM11780- RM11276 = RM504
3. Komisen jualan oleh Public Gold
4. Tolak kos Upah Simpan Ar Rahnu
Kos simpan : RM81.40
5. Untung Bersih kesemuanya
RM113 + RM283 + RM504 - RM81.40 = RM818.60 + komisen jualan
Jika anda selaku pelabur EMAS sahaja, maka keuntungan anda hasil dari menggunakan Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek ini adalah;
RM504 - RM81.40 = RM422.60
Dalam jangka masa +/- 3 bulan sahaja…duduk diam-diam dapat duit sebab emas naik harga…..he he…..
Jadi ini membuktikan emas mampu menjana pulangan singkat jika kena caranya dan apa kata kali ini kita ubah mentaliti kita jangan jadikan Institusi Pajak Gadai Ar Rahnu sebagai jalan terakhir jika dah terdesak nak pakai wang, sebaliknya jadikan ia tempat untuk kita menjana pendapatan lumayan daripadanya dengan konsep “OPM”.
So jika saya pun boleh, anda pun boleh juga……contact saya untuk keterangan lanjut di 016-7254054 (area: Batu Pahat , Kluang, Air Hitam, Rengit, Yong Peng Johor )

admin Under
| 



![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)






No. 2 tu tak paham……tebus Emas harga 8K……..dpt duit 8K la kan…..Bila masa plak plak dpt 11K….Emas yg. tebus tadi dah jual kat org. ke?
salam, sebenarnya memang dapat 8K balik. No 2 itu “JIKA” PADA MASA ITU saya berhajat nak jualkan emas saya 100gm itu, on the spot saya dapat untung dari kenaikan harga emas tersebut pada untung tersebut jika saya jual ke Public Gold semula. Tetapi untung no 2 itu belum dapat cash lagi sebab smpai sekrang pun saya masih pegang lagi 100 gm itu sebab trend sedang naik lagi, lebih baik saya simpan dahulu sampai trend berubah…so untung no. 2 itu untung maya lagilah (kira untung capital gain, bukan cash flow). Harap saudara faham dengn penerangan ringkas saya ini. Thanks
tq info yang bagus n mudah fahammmm..mohon tunjuk ajar dari saudara
salam, insyaalah kita sama-sama belajar lagi. Boleh insyaallah boleh saya ajarkan….emaskini tanye je, klu saya tahu, saya akan jawab..klu tak tahu…hah kena cari tok guru saya baliklah…he he….
banyak ya untungnya…