Salam sejahtera semua pembaca blog ini. Alhamdulillah dapat menulis kali ini setelah agak lama menyepi dari menulis blog ini. Saya agak sibuk dalam sebulan ini dengan outstation, konferensi, pengajaran dan kursus disamping business dan pelaburan emas ini yang semakin mantap….dari hari ke hari……seperti logam emas itu sendiri. Saya juga yakin mereka yang telah melabur dalam emas juga sentiasa happy kerana kenaikan demi kenaikan dari logam emas ini menjadikan kita makin sayang nak jual emas yang kita miliki……ada emas ini dah macam ada buah hati pulak….saaaayang nak lepas….
OK artikel kali ni saya nak ulas tentang perbandingan harga beberapa institusi pengeluar emas pelaburan yang utama di Malaysia.
Ini kerana sebagai pelabur emas, terutama saya yang amat menggemari buat pelaburan jangka pendek khasnya, juga jangka panjang, timing membeli emas amat penting untuk memastikan pelaburan yang kita lakukan berbaloooi dengan masa yang kita korbankan untuk melihat matangnya hasil pelaburan kita. Itulah matlamat kita melabur kan…..get return as soon as possible with minimum time, minimum risk…..
OK nak diceritakan pada 1/7/10 lalu telah berlaku kejatuhan harga emas yang drastik kerana kesan Non Farm Payroll pada Jumaat lepas. Saya tak pasti apa berita utama NFP tersebut, tak berkesempatan nak analisis fundamental, tapi yang pasti ia menaikkan matawang USD. Cuba lihat screenshot graf emas pada 1/7/10 pada waktu malam….time pasaran US aktif….
Dan ini harga yang dapat saya screenshot dari beberapa institusi pengeluar emas pelaburan yang ada di Malaysia.
Harga Emas Public Gold dan Public Dinar
Harga Emas Public Bank GIA Account
Harga Emas Pelaburan dari Emas Rakyat
OK RINGKASNYA, kali ini peluang untuk buat pelaburan jangka pendek dah terbuka luas, apa lagi saya pun buatla lagi……he he
Pada 1 Julai 2010 saya telah lock beberapa keping Gold Bar dan Dinar pada harga Public Gold seperti harga yang di screenshot kat atas tu….
Pada 2 July 2010, harga emas dah naik balik sedikit. Lihat screenshot graf emas keesokan harinya….
Kemungkinan saya akan pajak dan top up akaun GIA saya pada hari Isnin ini 5 July 2010 atau dari Public Gold / Emas Rakyat (bergantung pada harga masa tu) untuk mulakan kempen Pelaburan Jangka Pendek ini lagi…jika berjaya kali ini, dapatlah sedikit extra duit untuk duit raya ini…..alhamdulillah.
Saya juga ada buat screenshot harga pengeluar emas lain untuk lihat perubahan harga berdasarkan pada perubahan graf emas dunia…..sekadar perbandingan untuk faedah semua pelabur-pelabur emas di Malaysia.
Jom, mulakan pelaburan emas anda kerana pelaburan emas sekarang, contact saya di 016 7254054, untuk “LOCK” atau booking harga dari Public Gold….atau ingin jual emas terpakai anda dan trade in dengan emas pelaburan pun boleh.
Jadilah pelabur yang berilmu dan bijak….

admin Under
| 









![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)





