
Alhamdulillah, setelah sekian lama tak update blog usang ni…..hari ini diberi kekuatan
oleh tuhan untuk update dan kemaskini segala benda2 yang ada kat blog ni….kata orang, macam masuk rumah yg dah berbulan tinggal , operasi mengemas rumah@operasi mengemas blog.
Bukan sepi dari dunia emas, tapi sebenarnya makin aktif dengan biz dan pelaburan emas serta cabang pelaburan lain. Kalau dulu focus pada jual beli emas secara offline, sekarang dah mula nak beralih pada online gold trading dan internet marketing.
Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog ini. Harap-harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan.
Bagaimana azam tahun baru anda tahun 2012 ini? Saya pasti anda dah pun menetapkan matlamat di tahun baru 2012 ini.
Saya memegang azam untuk fokus pada internet marketing dan mungkin urusan jual beli emas secara fizikal akan saya serahkan pada pembantu saya….isteri saya…sedikit demi sedikit, agar dia pun sama-sama membantu membangunkan perniagaan yang semakin berkembang ini.
Baiklah sedikit update berkenaan aktiviti terbaru yang akan saya lakukan pada 2012.
Pada 6 Februari 2012 ini saya akan melancarkan sebuah Pakej Pelaburan Emas – Siri Belajar Dari Rumah. Ia adalah kesinambungan dari pakej ebook Teknik Manipulasi Emas di Malaysia (v1) yang mendapat sambutan yang sangat baik dan jualan yang menggalakkan dalam tempoh setahun ini bermula Dec 2010.

Pakej Siri Belajar Dari Rumah Pelaburan Emas ini dicipta agar ia menjadi satu rujukan utama dan sebagai pakej yang lengkap untuk pembelajaran bagi mereka yang berminat nak belajar dari asas hingga ke tahap lanjutan pelaburan emas dengan keselesaan hanya dari rumah .
Ya..hanya dari rumah. Tak perlu bersesak sesak ke seminar, keluar duit itu dan ini, cuba itu dan ini yang belum tentu hasilnya.
Untuk itu, pakej ini akan didatangkan dengan 3 ebook utama yang mantap dan pakej video tutorial. Memiliki pakej ini seolah-olah saya mengajar anda di hadapan berkenaan aspek teknikal pelaburan emas. Jimat dah belanja.
Anda akan diajar dari asas jenis-jenis emas yang menguntungkan, bagaimana memilih emas yang sesuai untuk tujuan pelaburan pada skala masa yang sesuai. Setelah itu, tahap kedua akan diajar cara memasang dan membaca carta emas menggunakan indicator EMA-BBand v1 dan v2. Anda akan mampu membeli emas pada tahap terendah dan jual balik pada harga tertinggi dalam satu satu masa menggunakan indicator versi 2 ini yang lebih mantap dari versi 1.
Insyaallah jangan risau jika anda “orang baru” dalam pelaburan emas atau baru first time beli emas, kerana pakej ebook ini disusun agar ia mudah dipelajari oleh sesiapa. Banyak perkara teknikal dah saya permudahkan agar anda mudah faham dan yang paling penting BOLEH TERUS BUAT APA YANG DIPELAJARI….ho ho….tu yang best …
2 Ebook tambahan merupakan bonus kepada mereka yang ingin mempelajari bagaimana memajak untuk mendapatkan upah simpan termurah….pajak emas, tak perlu bayar upah simpan, semuanya emas tolong bayarkan. Jika anda memiliki stok emas yang banyak,saya juga ada menyelitkan bagaimana cara mengurus stok stok emas anda agar ia boleh menjana pendapatan pasif untuk anda. Jadi takle dok saja je stok tu tersimpan berlonggok longgok di rumah. Sebahagian si isteri boleh pakai, sebahagian lagi boleh diniagakan atau diputar putar dalam Ar Rahnu untuk dapat side income.
Untuk itu, jika pembaca blog ini berminat hendak tahu perkembangan lanjut seperti diskaun pra pelancaran atau apa jua bonus yang akan saya emailkan semasa pra pelancaran pakej ini, sila isikan Nama dan alamat Email anda di bawah ini atau di tepi sebelah kanan blog ini untuk mendapatkan sebuah ebook percuma “Bagaimana Melabur Emas Menggunakan Duit Gaji Anda “.
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk memilikinya. Cepat ! Bertindak sekarang, klik link di bawah ini untuk terus mendapatkan ebook percuma anda sekarang juga
Klik pada perkataan SINI untuk dapatkan ebook percuma anda.

Terima kasih, semoga bertemu kembali pada artikel akan datang.
ADMIN


admin Under
| ![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)



terima kasih!
sama sama