May 8 2010

Update Pelaburan Emas dan Kempen Terbaru Emas

Salam sejahtera semua pembaca blog ini…

Alhamdulillah, dah agak lama tak update blog ini. Kebelakangan ini, agak sibuk dengan urusan universiti dan peperiksaan akhir untuk pelajar sana, di samping sedang menyusun semula strategi perniagaan dan pelaburan emas ini. Beberapa kempen baru sedang dilaksanakan seperti “Kempen tukar Emas Terpakai kepada Jongkong Emas / Dinar“. Dalam kempen ini saya giat menceritakan kepada customer dan pengguna emas bagaimana dengan menukar barang emas terpakai dan rosak, patah-patah dengan gold bar/dinar emas, mampu mengembalikan semula nilai emas rosak / patah anda dalam masa yang singkat, jadi secara tak langsung, klu kita beli dan pakai barang kemas, lepas tu dah pakai lama tiba-tiba ia patah, rosak,kemek, mulur , design dah outdated…dsb….maka dengan cara ini, anda mampu kembalikan semula nilai emas rosak anda dengan bantuan gold bar/dinar /GIA Gold account.

Begini caranya;

Katakan harga semasa emas 916 di pasaran sekarang (7/5//10)- RM138/gm

Harga emas terpakai/patah 916 (7/5/10) - RM109.41/gm

Jika anda nak jual anting-anting patah 916 beratnya 2.4 gm, maka

Harga semasa anting-anting baru 916    - RM331.20

Harga terpakai/patah anting-anting 916 - RM262.58 (Harga adalah anggaran, tertakluk pada condition / design anting-anting itu).

Jadi dalam kes ini, anda dah rugi sikit RM 68.62 dalam proses jualan tadi. Jadi bagaimana nak atasi kerugian ini…?

1. Beli emas di kala harga rendah dan jual balik di kala tinggi. Teknik ini sesuai dilakukan dengan emas pelaburan gold bar/ dinar atau GIA Account. Oleh kerana harga jual dan beli semula emas pelaburan sudah dtetapkan oleh institusi yang mengluarkannya, maka mudah untuk kita pantau pelaburan emas ini. Klu untuk customer yang nak melabur cara pantas, saya akan ajar mereka teknik manipulasi graf emas untuk cover balik kerugian RM68.62 tadi dengan GIA Gold Account.

2. Nak lagi pantas cover balik kerugian tadi adalah dengan jadi Agen Pembeli Emas berdaftar dengan saya. Tiada modal diperlukan dan tak payah keluar peluh. Tugas anda hanyalah forwardkan informasi penjual emas kepada saya. Jika urusan pembelian itu dapat disempurnakan, maka anda akan diberikan komisen. Dalam kes di atas, jika anda mampu memberikan prospek penjual emas dalam lingkungan 10 gm, insyaallah anda mampu cover balik kerugian RM 68.12 tadi. Seolah-olah anda menjual anting-anting patah anda tadi dengan harga semasa anting-anting baru.

Jadi bagaimana, siapa kata menjual emas patah-patah itu satu tindakan yang merugikan…??


Gambar Gold Bar dari KFH (Ihsan dari www.jutawanemas.com)

Baiklah, selain  kempen terbaru ini, banyak perkara juga berlaku dalam sebulan saya tak update blog ini, kalau kita baca blog jutawanemas.com, haa, nampak nya sekarang kita dah ada satu alternatif lain dalam melabur emas iaitu

Akaun Pelaburan Emas Kuwait Finance House. Boleh baca artikel tentang KFH di sini, yang dilulas oleh En Syukor Hashim.

http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kuwait-finance-house-malaysia-kfh-gold-account-i/

Apa yang menariknya tentang KFH gold investment ini adalah, spreadnya yang rendah dalam 5% dan hampir sama dengan spread GIA Public Bank, dan ia lebih patuh syariah kerana jika kita ingin keluarkan emas fizikalnya, memang boleh dapat, berbanding akaun GIA yang hanya jual/beli nilai emas sahaja. Kalau nak monitor pergerakan index emas di KFH boleh klik sini

http://www.kfhonline.com.my/kfhmb/

Jadi sekarang saya sedang mengintai-intai peluang untuk menggunakan emas dari KFH sebagai ganti untuk pelaburan di GIA Account, lebih-lebih lagi untuk Teknik Pelaburan Emas Jangka Pendek. Tunggukan artikel saya selepas ini untuk teknik pelaburan jangka pendek yang latest yang dapat dilakukan oleh saya.

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply